Lpas ptus 10 thun, aku jmpe balik ex aku time krja kilang dlu, dia bwk 3 anak. Mlm tu dia luahkan sesuatu pd aku sbelum tidur.

Foto sekadar hiasan : Aku selalu terbaca kisah perempuan terjebak dengan cinta suami orang so aku nak share jugak kisah aku yang lebih kurang sama, tapi lain pengakhiran. Haha. Terima kasih admin kalau approve cerita aku. Sorry kalau terpanjang.

Cerita aku ni bermula masa aku praktikal kat sebuah kilang di Penang. Walaupun praktikal, aku taklah muda sangat, umur lebih kurang 25 tahun sebab aku lambat sambung ijazah. Kilang ni buat part kenderaan so, ramailah lelaki dalam tu.

Biasalah kalau perempuan baru masuk kilang kan, ramailah yang dok usha. Tapi masa tu aku tak layan sangat sebab aku dah ade crush yang aku tunggu selama 7 tahun.

So kalau ade orang kirim salam ke apa, aku buat tak tahu saja. Tapi aku takdelah sombong masa kerja, just aku fokus kat kerja praktikal melebihi manusia dalam tu.

Sampailah satu hari aku dapat tahu yang crush aku bertunang. Aku pernah confess dengan crush aku tapi kena reject. Even kena reject, aku tetap setia tunggu dia suke aku sampailah dia bertunang, and aku yakin dia bukan jodoh aku.

So berbulan-bulan aku menangis. Akhir bulan aku nak habis praktikal, aku cakap dalam hati, maybe aku kena mula buka peluang kat orang lain. Sebab dah lama sangat aku suka kat orang yang sama.

Kat dalam kilang aku praktikal tu, ade seorang brader ni. dia paling kacak la kirenye kat situ and ramai peminat. Masa aku decide nak move on tu, baru aku perasan brader ni selalu dok senyum kat aku kalau aku lalu kat area dia bekerja.

Kadang-kadang aku perasaan kalau kat kantin, dia dok tenung saja aku lama-lama and bila aku pandang balik, dia senyum. Tapi aku buat bodoh saja and makan.

Satu hari, aku dapat kertas yang ada no telefon brader tu dari seorang pekerja. Aku tahu nama brader tu sebab dia kan popular, so bile tengok saja kertas tu, aku tak tahu kenapa tapi aku terus buang dalam tong sampah.

Lupe nak cakap, nama dia Syah. 2 hari lepas tu, ada satu kakak ni datang kat tempat aku kerja and minta no telefon. Aku pun bagi saja sebab dia perempuan kan.

Malam tu aku dapat mesej dari Syah yang cakap “Kenapa awak buang kertas yang abang bagi?” Lah rupenye kakak yang minta no telefon tu bagi no aku kat Syah. Sabar jelah aku.

Dipendekkan cerita, aku pun start kawan dengan Syah and adalah insiden ramai perempuan kat kilang tak tegur aku sebab tak puas hati Syah kawan dengan aku. Aku rasa takde salah kot aku kawan dengan dia sebab dia single. Huhu.

Lepas aku habis praktikal, aku still kawan dengan Syah yang membawa kepada akhirnya aku couple dengan dia. Dia tua 5 tahun dari aku. So aku panggil dia abang. Lepas setahun aku couple dengan dia, baru aku tahu yang dia ni playbuaya and dah tidur dengan beberapa wanita.

Itu pun aku dapat tahu dari kawan dia. Sakit jantung aku waktu tu sebab masa kat kilang, tak nampaklah pulak sifat miang dia layan ramai wanita. Tapi Syah merayu menangis kat aku cakap tu semua kisah silam dia and dia memang dah berubah.

Aku masa tu macam berbelah bahagi tapi aku terima saja dia sebab aku ni jenis malas nak carik boifren. Haha. Lagipun sepanjang aku couple dengan Syah, dia tak pernah ambil kesempatan ke apa kat aku. So aku pun caye jelah yang dia memang dah berubah.

Perhubungan aku dengan Syah ni sampai dah tahap dia nak datang rumah aku jumpe mak ayah. Tapi seminggu sebelum dia datang, aku ternampak gambar dia dengan seorang perempuan kat FB kawan aku.

Duduk rapat and mesra. Aku confront Syah and dia cakap budak tu yang suke dia. Aku sampai telefon budak tu and warning jangan nak suka boifren aku. Haha. Entah pape saja kalau fikir balik.

Akhirnya aku tetap putus sebab Syah tinggalkan aku, dengan alasan dia dah suka budak perempuan tu. Aku kecewa giler sampai setiap malam aku doa aku dapat jodoh cepat.

Aku bukan menangis waktu malam saja, even waktu kerja pun aku menangis dalam sujud time solat Zohor dan Asar. Peritnye perasaan dikhianati. Aku tak pernah contact Syah lepas tu even dia ade jugak mesej aku minta maaf etc.

10 tahun berlalu, ada beberapa lelaki yang hadir dalam hidup aku sepanjang tempoh tu dan aku pernah jugak bertunang and putus. Umur aku dah pun 35 tahun tanpa aku jumpa jodoh aku.

Kadang-kadang rasa down sebab apesal susah sangat aku nak kahwin. Setiap hari aku doa dipertemukan jodoh sambil menangis.

Then one day, masa aku tengah beli makanan kat sebuah restoren di KL, ade seorang lelaki tegur aku. Bila aku pandang, rupenye Syah yang tersenyum bersama 3 orang budak kecil.

Aku dah lama lupekan Syah sebab dah 10 tahun kan, tapi bila dia muncul tibe-tibe camni, aku rasa macam baru saja kejadian aku dan dia berkenalan kat kilang tu.

So kitorang berborak and dia cerita yang dia dah kahwin (bukan dengan budak perempuan yang rampas dia dari aku. Haha), anak tiga and duduk kat area sama dengan aku. Kebetulan wife dia kerja waktu tu so tak dapatlah aku jumpe wife dia. Kecilnya dunia.

Malam tu, aku dapat mesej dari Syah sebab aku tak pernah block dia and no aku pun tak pernah tukar. Aku layanlah jugak sebab dah lama tak jumpa, macam banyak benda nak diceritakan. Cerita pasal wife dia siapa, life harian dia dan macam-macam lagi.

Dia mesej and call waktu malam saja. Aku tahu saja, maybe dia takut wife dia tahu. Tapi kemudian aku rasa uneasy. So aku realise yang kalau aku layan Syah ni lama-lama, aku pun akan terjebak dengan cinta suami orang.

Haha.

Lagipun Syah dah start bersweet-sweet dengan aku, mengimbau kenangan lama and cakap kan bagus kalau aku dan dia kahwin, dan aku pulak macam dah terpengaruh sebab aku single and lonely (kadang-kadang).

Biaselah kite kan nak hidup berpasangan. Haha. Kemain pulak aku lupe dia pernah mengkhianati cinte aku. Cis.

Aku terfikir jugak, adekah doa-doa aku bersama tangisan tu, termakbul dengan kehadiran Syah? Maybe Syah ni jodoh aku? Kenapa aku terjumpa dengan dia setelah sekian lama?

Lama aku berperang dengan prinsip aku yang taknak ambil hak orang dan perasaan hati aku yang tak tahu adekah ini lelaki yang Allah nak bagi sebagai jodoh? Aku keep on doa, doa, dan doa.

Tapi kemudian, aku sedar kekhilafan aku yang tak sepatutnya bukak peluang pada lelaki yang dah jadi suami orang, so aku block saja dia and teruskan hidup aku macam biase. Aku rasa ini ujian Allah untuk aku. Nak tengok aku gelabah ke tak maybe. Huhu.

Walaupun aku dah 35, takde siapa nak and maybe aku akan keseorangan sampai tua, tapi aku tak sanggup nak kecewakan perempuan lain untuk kepuasan aku sendiri.

Lagipun aku rasa, ramai saja lelaki dalam donia ni yang umur macam aku or lebih tua, bujang, just aku saja belum jumpe (sedapkan hati).

Aku memang nak sangat kahwin, tapi apelah gune aku kahwin tapi ade perempuan lain menangis sebab aku. Baik aku enjoy-enjoy life aku ni tanpa menyemakkan fikiran aku dengan hubungan terlarang.

Okay ekceli ape aku nak cakap, kalau kite sebagai perempuan gune otak sikit and tak ikut perasaan, so takdelah kite ni sailang hak orang.

Even poligami dibenarkan, tapi bukan semua lelaki layak nak kahwin banyak. Huhu. Lagipun, aku tak faham camne ade orang sampai hati nak rebut laki orang pastu puas hati bile dapat ambil laki orang tu. Aku yang mesej-mesej saja ni pun dah rase macam jahat giler.

Baru-baru ni aku ternampak gambar Syah satu famili kat FB kawan aku sebab diorang kerja tempat sama, and aku tengok senyuman wife and anak-anak dia dalam gambar, aku lega sebab aku tak jadi penghancur rumahtangga Syah.

Semoga kat luar sana, kat dunia yang luas ini, satu hari nanti, aku pun bertemu jugak dengan jodoh aku and dapat ambil gambar satu famili macam Syah.

– Aileen (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Antara akal (tak sanggup nak mengecewakan perasaan wife + rasa bersalah sebab melayan) vs nafsu (ingin rasa disayangi secara halal, memandangkan confessor dah 35 tahun. Byk fobia buruk dlm hubungan). Sy tak mau judge sis. Sy x layak. Sedangkan sy pn byk dosa. Cuma sy pnh melalui pengalaman sis. Di penghujung, percaya la, bila kita pilih akal ( rasa bersalah pda wife Syah, menjaga maruah diri kita jgn jadi org ketiga) inshaAllah sis akn nmpk hikmah nya di hujung sekali iaitu – Allah nak kita hidup ni kebergantungan hnya pada Dia. Percaya aturan hidup yg Dia dh susun. Just kita perlu berdoa n jg maruah diri je. Sy tau sis mungkin sunyi, memikirkan usia skrg belom bjmpa jodoh. Tapi trust me, bila pilih akal tadi, indah menanti sis kat hujung sana. And ia sangat berbaloi utk ditunggu. Hugs sis. Sis kuat!

Netizen 2 : Saya umur 30 tahun masih single, tak ada pun rasa terdesak nak kahwin. Tapi jodoh ni Allah yang tentukan. Jadi doa yang baik-baik je. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Nerizen 3 : Terbaik Aileen..
Keputusan yg tepat. Awak tak rugi satu sen pon.
Laki org ni slalu nya nk test market je. Awak tak layan, dia akan try ppuan lain pulak. That’s a normal habit bagi lakitagune.

Semoga awak dipertemukan jodoh yg baik2 & tau hargai awak. Kalau xde jodoh pon awak still boleh happy. Ppuan yg dah berkahwin pon tak semestinya diorg bahagia. Sesetengah tu kalau boleh nk undur masa nak jadi bujang balik

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.