Foto sekadar hiasan : Hi semua. Aku rasa nak kongsi kisah diri aku dan mak aku. Harap korang faham apa yang aku cuba nak cerita ni.
Mak dan abah aku dah hampir 40 tahun berkahwin. Sekarang masing-masing dah pencen dan tiada apa-apa komitmen sebab aku dan abang aku masing-masing dah berkerjaya dan berkeluarga.
Abah aku sejak dulu memang jenis tak banyak cakap. Kalau dia ada di rumah, boleh kira berapa patah perkataan jer sehari yang keluar dari mulut dia. Abah aku memang jarang bersembang dengan mak, termasuk juga aku atau abang aku.
Tapi mak aku penah cakap, dia terkejut bila nampak betapa ramahnya abah aku bila di luar dengan orang lain atau dengan kawan-kawan keje. Tak sama langsung bila di rumah. Abah aku juga memang jenis tak suka jalan-jalan.
Memang dari aku kecil sampailah aku remaja dunia aku duduk rumah. Tiada istilah nak pegi bercuti apa semua tu. Setakat balik kampong jer. Dunia aku, mak dan abang aku memang terperuk di rumah saja.
Berbalik kisah mak aku ni, sejak aku kecil hingga aku dah mula menginjak dewasa, baru aku nampak betapa sunyinya kehidupan mak aku.
Ada suami tapi bercakap pon jarang-jarang. Dari aku kecil lagi, mak aku tak tidur dengan abah aku. Mak tidur dengan aku sampai aku dah masuk asrama. Tapi waktu tu aku rasa normal lah semua tu.
Tapi lama-lama aku faham. Walaupon aku dah duduk asrama, abah aku tetap tidur kat ruang tamu. Bentang toto. Mak tidur dalam bilik sorang-sorang. Ohh ya abang aku pon duduk asrama jugak.
Bila aku dah menginjak dewasa, berkahwin… barulah mak aku rajin bercerita pasal abah. Pasal kesunyian hidup dia. Mak cakap abah ego dan perangai bodoh sombong.
Mak cakap memang dia banyak makan hati selama kahwin dengan abah. Barang-barang keperluan rumah abah tak menyumbang sangat. Setakat duit dapor jer. Itu pon banyak mak cover termasuk perbelanjaan lain.
Korang jangan salah faham pulak… Aku sebagai anak, bila time mak aku nak meluahkan perasaan, aku dengar jer dan tak memihak pada sapa-sapa. Aku cuba menjadi neutral. Yerlah dua-dua tu darah daging aku kan. Mak abah kandung aku.
Aku sekadar cakap pada mak, kita doa pada Allah, mungkin satu hari abah berubah menjadi macam mak harapkan. Tapi kalau korang nak tahu, level ego abah aku ni, contohnya kalau pegi kenduri kan, tiba-tiba sesat tak jumpa rumah kenduri.
Pakai GPS pon tetap tak berjaya, korang jangan harap lah abah aku berhenti kereta tu dan tanya orang… Walaupon mak aku yang nak tanya orang tunjukkan jalan, abah aku takkan berhenti. Korang rasa apa abah aku buat??
Dia boleh patah balik dan memandu sejam lebih terus balik rumah dan suruh mak aku masak nasi. Mak aku cerita nangis-nangis kat aku.
Mak aku kata takpalah kalau tak jumpa rumah kenduri, tapi singgah jer lah kedai mana-mana sebab dah laparkan.
No no no, abah aku buat tak reti dan drive balik rumah. Yaaa itulah abah aku. Kalau dia kata pegi tempat tu, maka situ saja ya. Jangan mimpi nak singgah sana sini. Takkan terjadi ya!
Dalam tempoh 3 tahun ni, mak aku mengalami depresi yang teruk sampai kena ke hospital dan makan ubat termasuk jumpa pakar psikologi.
Menurut pakar psikologi, depresi yang tiba-tiba berlaku pada mak aku adalah kerana memendam perasaan bertahun-tahun dan punca utama adalah dari suami iaitu abah aku. Haaa masa mak aku dalam tempoh berubat tu barulah abah berubah sikit.
Sikit jer. Tak banyak… lepas tu situasi biasa jadi lagi. Sampai lah sekarang mak aku terpaksa makan ubat. Aku dengan abang aku cuba sedaya upaya takkan cerita apa-apa masalah kami pada mak.
Sebab tak nak bebankan fikiran mak. Walaupon ada masanya sekadar nak berkongsi, tapi kami cuba elakkan. Sebab nanti mak akan mula “overthinking”.
Ok lah, berbalik pulak kisah aku ni, aku dah kahwin dan ada tiga orang anak. Aku dikurniakan suami yang good looking, penyabar, romantik jugak, boleh la tolong buat kerja rumah…
Tapi suami aku ni dari dulu memang mata keranjang. Dia tak pernah setia dan akhirnya aku dimadukan.
Aku dah cuba menerima takdir ni tapi, aku memilih untuk keluar dari perkahwinan dan hubungan toksik ni. Semasa aku dalam krisis dengan suami aku dulu, betapa tertekannya aku.
Aku nak kongsi masalah dengan mak, tapi aku tak nak mak sakit lagi. Jadi aku hadap sorang-sorang. Naik turun mahkamah sorang-sorang sehinggalah aku buat fasakh.
Kes aku sedang berjalan di mahkamah dan sekarang hampir 2 tahun aku duduk sendiri tanpa suami. Suami aku hanya datang melawat anak selang sehari dan beri nafkah duit sahaja.
Sekarang ni hubungan aku dengan suami lebih kepada macam kawan walaupon dia tetap tak nak ceraikan aku dan selalu minta hak dia sebagai suami.
Tapi aku buat tak reti jer sebab aku memang tak nak jadi isteri dia lagi. Aku sekadar pastikan anak-anak kami dapat kasih sayang yang sewajarnya.
Baru-baru ni mak aku meluahkan perasaan pada aku, macam biasa perangai abahlah. Puncanya kecik saja… mak aku ajak makan nasi kandar lepas balik dari rawatan di hospital.
Tapi abah aku buat tak reti. Terus balik rumah… adoilaa… Dan tiba-tiba aku terkeluar ayat ni pada mak…
“Sebab tulah adik (aku bahasakan diri aku adik) nak bercerai mak. Tak kan selama hidup ni nak terus hadap masalah ni. Adik tak nak dah tua nanti adik pon dapat sakit macam mak”.
Allahu… Mak aku terdiam dan termenung bila aku cakap macam tu.
Lepas tu aku minta maaf pada mak aku. Sebab terlepas cakap. Tapi mak aku cuma cakap, “takpalah dah takdir mak macam ni”.
Hmmm… Yer memang salah satu sebab aku dah tak nak teruskan perkahwinan ni sebab aku tak nak hidup dalam hubungan yang serba toksik dalam hidup aku.
Aku memang tak nak jadi macam mak. Makan hati berulam jantung bertahun-tahun lamanya… Semua orang berhak bahagia walaupon tanpa pasangan.
Aku harap mak dan abah diberikan jalan yang terbaik untuk kebahagiaan masing-masing. Dan semoga aku juga dapat hidup tenang dan bahagia bersama anak-anak aku. Bahagia dengan cara aku sendiri. InsyaaAllah. Doakan.
Sekian.
– Nurisya ridz (Bukan nama sebenar)
Antara komen netizen :
Netizen 1 : Allahuakbar…sangat simpati…duduk dalam dilema cam tu….slow talk dgn ibu tu, if dengan bertahan disamping ayah yang berperangai macam tu dapat mendekat kan dirinya dengan Allah, menjadi lebih bertakwa teruskan lah bertahan….if berpisah lebih menenangkan hati ,lebih focus pada ibadah pilihlah yang terbaik…..jelas sgt ada isu yang tak selesai semenjak tidur asing tu…..kalau anak nak cuba bantu, cuba ajak ibu n ayah tu pi kelas tadabur quran…banyak sungguh peringatan dan pengajaran yang boleh diambik iktibar…saya tak nampak sesiapa yang menang disini cuma syaitanirrajim yang berjaya merosakkan kerharmornian rumah tangga…suami yang sgt ego,isteri yang sgt lemah pasrah makan diri…..bertindak lah…Allah pasti membantu…susah susah mohon ibu tu duduk asing dulu dari ayah demi kesembuhan ibu tu…..nanti ibu dah sembuh…boleh pikir pelan b plak…..
Netizen 2 : Aku memang tak nak jadi macam mak. Makan hati berulam jantung bertahun-tahun lamanya… Semua orang berhak bahagia walaupon tanpa pasangan.
Betul. Saya setuju. Selagi Allah beri kita nikmat nyawa, selagi itu lah kita berhak hidup bahagia dan berhak mencari kebahagiaan hidup masing2.
Hidup menderita sehgga terpaksa bergantung kpd ubat tu bukan takdir. Itu pilihan kita sendiri. Sbb Allah Maha pengasih lagi Maha penyayang…
Netizen 3 : Hanya yang melaluinya je faham keadaan toksik dlm rumah tangga mcm ni. To be honest ayah puan mmg takkan berubah. Even dah 40tahun hidup bersama, perangai tetap begitu. Jadi puan dan abg lah tpt mak meluah rasa, mengadu nasib dan bermanja. Mmg dah berumur mcm ni mak dah tak boleh harapkan ayah berubah dah. Mak kena cari kebahagiaan bersama kwn2nya dan anak cucu pulak. Tak boleh biarkan mak sorang2 nnt dia ade je bende nk fikir pasal nasib dia begini, nnt dapat sakit lain pulak. Nak suruh ayah cerai dgn mak? Nope. Ayah tu ego, mana dia nk humban egonya kalau cerai2 ni. Doakan je agar ayah dilembutkan hati dan mak jumpa kebahagiaannya. Utk puan pulak, saya pasti puan tau apa nk dibuat agar puan juga tidak berada dlm keadaan begini. Moga segala urusan puan dan mak dipermudahkan
Sumber : iiumc