Mak bertempik seakan terpaksa jaga aku pntang. Hari ke 2 dah diberi makan burger tepi jalan. Sbb xde pilihan, aku mkn saja sbb lapar

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Permulaan bicara, biar aku kenalkan diri sebagai Mawar berusia akhir 30an dan sudah berumahtangga selama 15 tahun dengan lelaki berkerjaya profesional dan mempunyai 4 orang anak.

Ketika aku remaja, aku kehilangan kasih seorang ibu akibat kemalangan. Hanya ada ayah dan dibantu pembantu rumah dalam hidupku dan adik beradik lain.

Selepas ibu meningggal, ayah berkahwin lain. Tapi kami anak anak tidak rapat dengan ibu tiri tersebut.

Ibu tiri itu juga tidaklah melayan kami seperti anaknya sendiri kerana dia turut ada anak sendiri dari perkahwinan sebelumnya. Hubungan kami seperti orang luar sahaja.

Jadi, hidup remaja aku terkapai kapai mencari erti kasih sayang seorang ibu. Aku lihat orang lain bahagia menelefon ibu sambil meluahkan rasa dan bercerita aktiviti seharian.

Tapi aku.. tidak tahu pada siapa aku harus luahkan. Aku kehilangan kasih seorang ibu ketika masih remaja. Di saat aku masih perlukan bimbingan dan pimpinan seorang ibu..

Ayah pula sangat garang dan tegas. Akibatnya, hubungan kami dengan ayah juga tidak rapat seperti kami dengan aruwah ibu.

Saat aku berkahwin, aku bersyukur aku dikurniakan ibu dan bapa mertua yang masih masih kuat dan sihat.

Ramai orang kata, kalau ibu kandung sudah tiada, ibu mertua ni bagai penganti ibu sendiri. Boleh menumpang kasih sayangnya. Apatah lagi, ibu mertuaku surirumah.

Aku dapat lihat betapa akrabnya hubungan suamiku dan adik beradiknya dengan ibu mereka. Sikit sikit panggil ibu, sikit sikit panggil ibu.. Aku bahagia melihat keharmonian mereka.

Aku cuba menjadi menantu yang baik. Aku rindukan kasih sayang seorang ibu.. Namun, semua pengharapanku pada awal perkahwinan tidaklah seindah yang diimpikan.

Alhamdulillah aku bunting pelamin. Di saat aku mengandung anak pertama, aku harungi dengan tabah. Tiada siapa aku mampu luahkan rasa dan kerisauanku. Aku hanya mampu ‘google’ mencari info info berkaitan penjagaan kehamilan.

Itulah ‘guruku’ setiap kali ada persoalan bermain di minda. Setiap kali aku tanyakan pada ibu mertua, pasti jawapannya ‘dah lupa’. Tiada siapa yang sudi guide aku dan berikan nasihat yang sebenar.

Tibalah saat kelahiran.. biasanya aku dengar orang kata bila anak lahir. Hilang semua kesakitan. Aku membayangkan saat kelahiran paling sakit.

Tapi aku silap.. rupanya menahan sakit contraction sebelum bersalin itu juga sangat sakit. Tiada siapa yang pernah beritahu aku betapa sakitnya ketika contraction berlaku.

Aku mengigil kesakitan menahan sakit sambil berselawat, bertahmid dan sebagainya kesorangan kerana suami aku hanya akan masuk ketika aku sudah bersedia untuk meneran.

Hampir 11 jam aku menahan sakitnya contraction kesorangan barulah lahirnya anak sulung kami

Alhamdulillah..

Selepas aku melahirkan, suami aku menyuruh aku berpantang di rumah mertua kerana dekat dengan tempat kerja suami dan aku sendiri tiada lagi ibu untuk mengajar tentang pantang dan penjagaan anak pertama. Aku turutkan sahaja.

Namun, saat yang paling aku tidak boleh lupa, hari pertama selepas aku melahirkan. Aku berada di wad sambil memeluk bayiku. Ibu dan bapa mertuaku datang melawat.

Nurse disitu bertanya pada mertuaku, “Nanti mak dan baby berpantang dekat mana?”. “TERPAKSA la kami yang jaga” jawab ibu mertuaku selamba dan kuat.

Aku terkedu.. hampir saja air mataku menitis mendengar perkataan ‘terpaksa’ itu. Dari gerak tubuh ibu mertuaku juga yang hanya bersandar di dinding melihat bayiku dari jauh..

Pelbagai soalan bermain dalam fikiranku.. adakah aku menyusahkan mereka? Adakah mertuaku terpaksa?

Kenapa mertuaku kata terpaksa? Teruknya aku. Aku tak punya siapa siapa. Zaman itu, masih belum popular perkhidmatan confinement lady.

Aku juga baru bekerja setahun jagung selepas tamat universiti dan tidak punya banyak simpanan. Sehinggakan ingin bersalin di hospital swasta juga tidak mampu. Inikan pula untuk perkhidmatan confinement lady.

Jadi, aku hanya mampu berharap pada mereka, mertuaku..

Apatah lagi, ini merupakan pengalaman pertamaku. Tapi aku kuatkan hati demi nyawa kecil didepanku..

Balik dari hospital, aku mula proses berpantang di rumah mertua. Tapi banyak perkara aku kena buat sendiri dalam keadaan diri belum pulih kesakitan.

Dengan keadaan bilik yang tidak selesa dan katil yang sudah rosak. Aku sememangnya tidaklah mengharap dilayan seperti puteri.

Jadi, aku cuba uruskan semuanya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Aku masih segan dan tidak biasa meminta bantuan mertua. Mertua juga ada rutinnya sendiri. Menonton tv, ke pasar, bersembang berduaan, berkebun dan sebagainya.

Sehinggakan luka jahitanku terbuka kembali kerana terlalu lasak dan aku harus dijahit kembali buat kali ke2. Perit dan sakitnya seperti luka dijahit hidup hidup.

Makananku juga seperti tidak berpantang. Hari kedua sudah diberi burger ramly tepi jalan. Aku makan sahaja kerana tiada pilihan dan lapar.

Duit gajiku habis untuk membeli barang barang keperluan bayi sebelum ini. Maklumlah, baju bayi sahaja dan berpuluh ringgit sepasang. Apatah lagi dengan kelengkapan lain.

Gajiku juga masih rendah kerana baru bekerja. Sehinggakan kos untuk mengurut juga aku terpaksa skip untuk yang penting penting sahaja.

Suamiku? Sibuk bekerja sahaja. Bila bayi menangis dan berjaga malam, dia akan lari tidur di ruang tamu atau tempat lain sebab bising katanya. Dia perlu tidur yang cukup sebab perlu bekerja esoknya.

Hampir hampir sahaja aku terkena post-partum depression dan aku kerap menangis bila ditinggalkan kesorangan.

Menangis dan terus menangis untuk 6 bulan pertama kelahiran anakku.. aku menjadi terlalu sensitif dan tidak dapat berfikir waras. Aku tiada support dan bahu untuk meluahkan..

Anak kedua dan seterusnya, aku lebih bersedia. Aku berpantang sendiri. Aku menyimpan duit untuk confinement lady.

Alhamdulillah semuanya lebih lancar tanpa aku perlu menyusahkan sesiapa termasuk keluarga suami. Aku lebih rilex dan tenang.

Kini, anak anak sudah bersekolah. Kisah aku dan mertua tu bukan setakat di situ. Banyak lagi peristiwa yang membuatkan aku terasa.

Ketika anak anak perempuan mertuaku bersalin, aku saksikan sendiri layanan yang berbeza. Cucu cucu itu dijaga dengan penuh hati hati dan diberi sepenuh perhatian.

Disediakan bilik yang selesa, diganti katil yang rosak itu pada katil yang baru dan selesa, sanggup bergilir berjaga malam, makanan pantang yang berkhasiat dan macam macam lagi.

Aku sedar, aku hanyalah menantu. Langsung tidak sama seperti anak kandung. Aku menangis di dalam hati..

Sehingga kini, masih jelas kelihatan perbezaan layanan antara anak sendiri dan anak menantu dari mertuaku.

Walaupun anaknya lelaki, menantu perempuan yang akan disuruh itu ini. Dinasihat itu ini. Sehinggakan jika anaknya penat, menantu yang sama sama kerja dan penat juga ini disuruh berkorban sentiasa.

Jika bercuti ke mana mana tempat yang jauh, menantu perempuan yang disuruh memandu kereta kerana anak lelakinya penat.

Sedangkan aku, tiada siapa pun yang pernah bertanya atau fikirkan aku penatkah? Aku perlukan rehatkah? Aku okey kah?

Semua aku yang perempuan ni kena buat, kena berkorban untuk anak lelakinya.. sampai tahap aku rasa, tiada siapa yang sayangkan aku selepas aku kehilangan ibu dan ayahku..

Ya, ayahku juga sudah meninggalkan kami beberapa tahun lepas.. Aku rasa sangat kehilangan…

Tiada lagi figura seorang ayah yang melindungi anak anaknya. Sedangkan ayahku amat adil terhadap menantunya. Jika aku silap, ayah akan menegurku. Menantu pula tidak pernah dimarah walaupun ayahku garang.

Mertuaku pula, anak anak perempuannya pula dilayan dan tatang bagai minyak yang penuh. Anak anak lelaki yang akan dikerah untuk melindungi adik beradik perempuan mereka.

Tetapi, ini tidak berlaku pada menantu perempuan. Menantu perempuan pula kena sentiasa berkorban untuk anak anak lelakinya.

Dan aku.. mulai sedar satu perkara.. aku, sebagai menantu. Memang tak akan pernah sama seperti anaknya sendiri di mata seorang mertua..

Semoga pembaca semua dapat memberikan kata-kata semangat atau kongsi pendapat mengenai masalah aku ini..

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Dlm 10 mertua..2 akan bersikap mcm dalam cerita ni.tu kenyataan.kadang tu menantu beria anggap mertua mcm mak ayah sndri.diorang x anggap cmtu pon..hahaha..suami pon jd tunggul…kena sebelah dia buat x taw je la..cuba sebelah kita kata lebih kurang kedia.mampuih berperang.

Netizen 2 : Kesian….begitulah kalau dpt mentua yg buta hati dan buruk perangai. Awk xpayah susah2 nk jaga hati mentua, berpada lah dlm berbuat baik. Dok diam2 kat rumah sendiri jaga suami dan anak2. Bahagiakan diri dulu sebelum nk bahagiakan orang lain.

Netizen 3 : Ya Allah kesiannyaa. Semoga segala urusan tt dipermudahkan. Kuatlah kerana Allah. Jika perlakuan ibu mertua dan suami tu satu hari nanti melampaui batas, cari kekuatan jangan dituruti. Bumi Allah ini luas, kasih sayang Allah itu luas. Sayangi anak2 tt sepenuhnya. Stay strong

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.