Mak mertua call suami 5 kali sehari. Diam2 aku dgr prbualan mereka, trkjut buat aku keguguran anak pertama.

Foto sekadar hiasan : Aku Melati, berumur 35 tahun, pernah berkahwin dan pernah bahagia. Bekas suami bernama Dahan, kini berumur 38 tahun.

Aku bekerja sebagai jurutera di syarikat GLC yang ada di serata Malaysia. Dahan bekerja sebagai penjawat awam gred p&p.

Kami bernikah semasa aku berumur 28 tahun. Berkenalan dalam setahun, kemudian kami bernikah dalam majlis yang cukup simple tapi indah.

Beberapa bulan selepas aku nikah, aku hamil. Hanya Tuhan sahaja tahu kegembiraan aku dan Dahan waktu tu.

Tetapi aku mengalami alahan yang agak teruk. Jadi aku tak boleh pergi site. Perasaan serba salah terhadap anak-anak buah aku dan bos aku waktu tu.

Tapi Alhamdulillah mereka memahami. Cuma aku sahaja yang tak sedap hati. Dahan pulak tak pernah gagal dalam menjaga aku ketika aku tak larat dan sakit.

Aku bekerja di kedah. Dahan pula bekerja di Perlis. Dahan ada rumah di Perlis yang diduduki oleh mak dan abang lelakinya. Aku pula menyewa rumah di Kedah di mana sewa rumah kami berkongsi separuh separuh.

Rumah kami sewa di kawasan kampung sikit. Aku tak kisah sebab aku faham Dahan banyak komitmen. Jadi aku cuba bantu mana yang boleh.

Keluarga Dahan baik-baik orangnya terutama maknya. Tak pernah menengking apatah memaki. Maknya ibu tunggal diceraikan suami.

Cuma sepanjang kami menjadi suami isteri, ada juga yang buatkan aku terasa. Mungkin juga aku yang sensitif. Tapi tak apa, aku terima.

Sepertimana yang semua tahu, alahan aku kuat. Jadi hujung minggu aku luangkan masa untuk berehat. Nampak macam malas, tapi yang pernah alami je tahu.

Apabila dapat tahu ke bekas mak mertua aku, dia membuat keputusan untuk datang setiap hujung minggu untuk melawat dan membantu katanya.

Aku menghargai jasanya. Walaubagaimanapun, aku bertambah penat sebab selalunya dia akan bawa bekas abang ipar (Daun) waktu tu, jadi aku terpaksa jaga aurat dan tak bebas dalam rumah sendiri.

Tambahan pula, mak mertua suka keluar berjalan dan diajaknya aku dan suami ketika aku penat teruk.

Aku cuba kuatkan diri untuk melayan mak mertua aku. Kemudian dia suka bawa tetamu di mana suami yang perlu beli makanan untuk menjamu mereka.

Aku memang tak larat untuk masak ramai2 sebab memang cara mereka kalau tetamu datang, perlu jamu juadah berat.

Dan akhirnya aku perlu kemas rumah dan bersihkan pinggan mangkuk. Keadaan berulang awalnya aku tak kisah, akhirnya aku penat dan memakan diri.

Bila Dahan nampak aku penat, dia tanya kenapa? Jadi waktu tu aku takut untuk bersuara pada dia berkenaan keluarganya sebab bab2 keluarga dia akan jadi defensif sangat2. Mungkin dia sayang sangat2 pada keluarganya. Jadi aku jawab, “penat bekerja”.

Bila Dahan ada dengan aku, hari2 maknya akan call. Kalau sekali sehari tak apa. 5 kali sehari. Kadang aku tanya maknya call untuk apa. Dijawabnya sebab maknya tak tahu pasang itu ini. Aku pun pelik, padahal Daun ada di sana.

Dulu ada juga isu dengan keluarga aku sebab ayah aku memang sayangkan aku. Disoalnya Dahan kenapa tak utamakan bayar rumah sewa sepenuhnya sebelum bayar rumah untuk maknya?

Sungguh aku menyesal sebab aku backup Dahan sebab aku sayangkan dia sangat2 pada waktu tu.

Dia pun cadang pada aku untuk berhenti bekerja dan duduk dengan keluarganya di Perlis.

Aku pun tanya dengan dia sehabis lembut, “nanti Daun ada sekali la ye?” sebab concern aku adalah aku perlu pakai tudung selalu. Aku tiada ill-feeling terhadap Daun.

Daun baik, lembut orangnya tapi itu adalah concern aku. Lalu Dahan respon secara dingin sebab dia tak suka orang berkata tentang keluarganya. Itu baru sikit aku cuba suarakan, kalau aku cakap pasal maknya, pasti dia marah.

Aku pun memendam dan memendam. Hinggalah bulan ketiga aku hamil, aku mengalami keguguran. Hancur luluh aku waktu tu. Aku mengalami kemurungan.

Dua minggu aku tak masuk kerja. Dalam aku tengah sedih boleh lagi Dahan ajak aku duduk rumahnya, jadi aku berkeras memang aku tak nak.

Dua tahun lebih berlalu aku pula masih trauma untuk ada anak sebab aku nilai keadaan pun masih lagi keduanya tak bersedia. Dahan pula nakkan anak sangat. Ada hikmah ketika tu. Dahan pula asyik utamakan maknya dengan selalu pergi ke Perlis.

Setelah berfikir panjang dan penat memendam, akhirnya aku bersuara pada Dahan. Aku luahkan apa yang aku tak puas hati selama ni tentang keutamaan dia terhadap keluarganya. Aku dah bersedia apa2 respon dari Dahan.

Dahan kecewa dengan aku. Dia tanya aku semula macam mana nak dia selesaikan sebab dia akan sentiasa pilih keluarganya dulu.

Jadi dalam rasa sedih aku senyum padanya dan jawab “kalau itu yang you pilih, then, pergi lah ke keluarga you”. Dia tersentap dan terdiam.

Beberapa bulan lepas tu, aku diceraikan dengan talak 1. Sedih memang sedih. Setelah sekian lama aku memilih Dahan dulu yang tak pernah letak aku nombor satu, akhirnya aku pilih aku.

Tahun berlalu, aku pun dah naik pangkat. Aku lihat kembali hidup aku, ada juga traumanya Fasa Move On tak lah semudah sepertimana orang tengok.

Aku pun tak pasti Dahan teringatkan aku juga atau tak, tapi setiap birthday, hari raya dan lain2 dia tak pernah gagal whatsapp aku. Kadang ada juga dia tanya khabar. Aku pula masih sedih lagi walau tahun dah berlalu, rindu juga pada anak aku dulu.

Aku mohon doa semua untuk aku kuat. Itu sahaja. Di sini aku meluah untuk aku lepaskan apa yang dalam hati aku untuk tanya pendapat sekali. Thank you semua sudi membaca…

– Melati (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Kita jadi ibu jangan lah terlalu “clingy” berpaut rapat pd anak..hingga dia tak boleh berfungsi sebagai sebagai suami. Menantu alahan mengandung patut ada rasa simpati kalau taknak bantu jgn la menyusahkan. Pelik sungguh perangai.Patut seronok la nak dpt cucu dan bantu apa yg boleh.

Lelaki kalau nak jadi suami fikir dulu boleh ke nak pikul tanggungjawab? Kesian anak orang. Jaga ibu tak salah tapi kenalah seimbang. Ini langsung tak fahami isteri. Puan dah buat keputusan tepat. Semoga dpt jodoh yg lebih baik dan bertanggungjawab.

Netizen 2 : Apa yg dahan buat Tu X salah.sgt..dia utamakan mak dia yg single mom.. dahna pun lelaki yg baik..apa yg sis buat ni pun X Salah SBB sis pun utamakan hak sis.. sis pun isteri yg baik..dlm pkahwinan mmg byk pgorbanan..smtimes mmg Ada benda yg Kita tpaksa buat atau lepaskan demi ptahankan kbahgiaan rumahtgga..bila dah Ada ank..Lagi la byk yg Kita tpaksa korbankan Kalo nak rumahtgga Tu kekal bahagia.. so dlm kes sis ni..korang X cukup kuat Lagi utk bkorban byk demi ptahankan rumahtgga .. so jadi single adalah yg tbaik.. apapun..smg semuanya mnemui kbhagiaan yg dcari..aminn

Netizen 3 : Saya rasa masalah kecik je ni kalau bincang elok2. Ada solusi lebih baik, sbb apa yg TT complain tu bnde biasa. Cuma bkas suami TT terlalu cpt sentap tnpa fikir baik buruk luahan tu. Sayang bercerai sbb hal ni je semata2. Mcm perangai kebudakkan je suami TT. Dlm rumah tangga kena ada kerjasama, fhm situasi pasangan, give and take.. kalau x ada, mmg susah. Semua nk cpt, cerai aje bab panas sb pakai baju lengan pnjg n tudung, mmg betul. Dhla jihad nk tutup aurat dlm rumah (bukan semua org blh istiqamah), jd suami tu hargailah kan kekuatan isteri nk jaga aurat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *