Mak mertua nk berduaan dgn anak lelakinya tanpa isteri dan cucu. Mlm tu terus pegi hspital, doktor pun hairan apa yg terjadi.

Foto sekadar hiasan : Assalammualaikum semua. Saya ingin mendapatkan sokongan dan komen positif dari pembaca semua.

Oleh sebab saya bakal czer minggu depan, doktor psikiatri risau saya akan mengalami post parthem depression. Doktor sahkan saya mempunyai MDD, PTSD dan ANXIETY.

Kisahnya bermula saya nikah dengan suami. Sebelum nikah, suami kata mil beri syarat calon isteri seorang yang jaga solat, tutup aurat.

Alhamdulillah saya lepas semua tu. Awalnya mil seolah restu kami bernikah. Saya angap mil saya sebagai seorang ibu dan gembira apabila wataknya seolah pentingkan agama. Suami ada 5 adik beradik lelaki dan 1 kakak. Dan masih ada fil.

Awal nikah suami mengadu takde duit sebab mil minta duit yang sepatutnya jadi duit hantaran saya. Kira saya takde duit hantaran. Pakai cheq palsu. Awal nikah saya dan suami pergi rumah sedara mara untuk berkenalan. Tapi mil call untuk ajak pergi majlis di kawasan jirannya.

Mil kata nak pergi ke perak untuk jumpa abangnya. Saya pun turut saja. Walaupun suami tiada duit. Saya guna duit saya. Bagi saya tiada apa nak berkira sebab angap emak sendiri kan. Bermula pelik apabila saya suruh suami singgah masjid untuk jamak qasar.

Masa tu sudah pukul 6.15. Tiba2 mil suruh suami teruskan jangan berhenti masjid. Saya dah mula pelik tapi saya diamkan. Alhamdulillah suami singgah masjid. Sejak tu bermula kisah saya makan hati dengan suami dan mil.

Suami pernah kata nak bawa mil sekali duduk serumah dengan kami sebab mil nak cerai dengan fil. Mil kata dia hidup susah. Fil kerja pembawa teksi. Saya tanya berapa nafkah yang fil beri. Katanya sehari RM20.

Saya terdiam. Bagi saya sehari RM20 sudah cukup banyak. Sebulan dah RM600. Belum campur duit yang anak2 beri. Setiap kali saya balik rumah mil. Ayah saya akan kirim kan duit untuk family suami RM100. Kadang2 RM150. Kadang2 RM200. Kadang2 RM300.

Mungkin ayah saya nak mil layan saya dengan baik. Mil tak pernah beritahu pada suami dan anak2nya yang ayah saya beri duit. Tapi dia masih nangis2 kata hidup susah.

Dari awal nikah mil selalu buruk2kan suaminya dan anak perempuannya. Tapi depan suami dan anak perempuannya mil seolah ibu dan isteri solehah.. Mil akan mesej suami ngadu dia di sakit, dia disihir, dia susah. Semua cerita2 yang menyedihkan.

Tapi saya tahu semua tu drama untuk taknak suami beri perhatian pada saya. Mil seolah taknak ada perempuan lain dalam hidupnya. Seolah anggap semua perempuan saingan.

One day mil ngadu sakit sampai tak boleh bangun. Suami risau. Perjalanan dari rumah saya ke rumah mil ambil masa 1 jam. Saya suruh suami bawa mil pergi hospital. Suami teman mil. Macam yang saya jangka.

Doktor sendiri kata tiada sakit apa. Saya ajak prgi darusyifa. Tiada apa kesan juga. Bila balik rumah, mil bergerak macam biasa. Drama sangat.

Selama 3 tahun saya seolah hidup bermadu. Suami lebihkan emak nya. Yela syurga dia. Sibuk bermeseg2 macam orang bercinta. Isteri sendiri seperti tidak wujud.

Pernah saya terbaca wassap suami dan mil. Mil kutuk saya. Dia tuduh saya punca jin agresif serang dia. Mil suruh suami delete mesej tak nak saya baca. Saya ngadu pada suami kenapa mak dia kata camtu pada saya.

Suami marah pada saya. Katanya saya kena fikir positif pada mak dia. Bermula saya jadi benci pada suami sndri. Tidak tahu berpa banyak lagi mil mesej kutuk2 saya. Bila kami balik rumah mil. Mil akan ganggu privacy kami. Seolah tak nak kami bersama.

Mil seolah mempunyai 2 watak. Depan suami mil tunjuk sifat naif, lovely, lemah, selalu drama air mata. Tapi di belakang suami dia tunjuk kebencian dan sinis pada saya. Mil cakap anak2 laki dia ikut kehendak dia dan dia akan tahu semua yang terjadi dalam rumah tangga saya.

Saya jadi tak percaya pada suami sendiri. Seolah suami tidak amanah simpan rahsia rumah tangga. Saya hidup dalam was2 pada suami.

Setelah 3 tahun nikah saya hamil. Tapi keguguran ketika 3 bulan hamil. Saya masuk bilik bedah kena d&c. Masuk ward smua ibu hamil pakai baju pink. Saya sorang pakai baju biru belanng putih. Saya down dan nangis. Doktor pujuk saya di ward.

Waktu pantang mil buat novel post di group saudara maranya. Kisah seorang ibu yang nak beromantik berduaan di tempat istimewa dengan anak lelaki tanpa menantu dan cucu. Dalam keluarganya suami saya saja sudah nikah.

Saya tahu itu luahan hatinya yang nak beromantik brduaan dengan suami saya. Waktu pantang tu saya sudah nekad untuk bercrai. Pulangkan balik suami saya kepada emaknya.

Ayat “tanpa cucu” tu betol2 beri kesan pada mental saya yang baru kehilangan anak. Nenek lain gembira ada cucu. Nenek ni taknak ada cucu demi nak romantik dengan anak kandung sendiri. Kelakar. Saya tanye pendapat ustazah. Katanya mil saya ada bunga2 sumbang mahram.

Saya pendam semua tu ber bulan. Saya tak boleh tengok suami kerana jijik anggap nikah dengan laki yang sumbang mahram. Dan tak boleh angap mil seorang ibu dah. Saya angap madu. Saya hamil kembali selepas 5 bulan gugur. Saya nekad cerai dan terus terang pasal mak dia.

Saya dah tak kisah suami nak marah saya. Lagi elok dia marah dan ceraikan saya terus. Suami baca novel jijik tu dan terkejut. Seorang ibu yang bertudung labuh nampak naif ada nafsu nak berduaan romantik dengan anak sendiri.

Suami kata dia tak baca novel tu sebelum ni. Dia tak tahu apa2. Bila saya luah semua. Baru saya tahu mil banyak reka cerita untuk lagakan saya dan suami.

Sepanjang hamil saya tak boleh tidur dan tak boleh makan. Hari2 mimpi perbuatan mil. Sampai hb drop teruk. Nurse tanya masalah saya sebab dia nampak saya tak terurus.

Saya cerita pada nurse. Nurse rujuk pada doktor psikiatri. Saya di sahkan MDD dan PTSD. Pernah smpai 1 tahap saya nak tikam perut sendiri. Rasa jijik pada anak dalam kandungan.

Saya tahu anak tak bersalah. Tapi kadang2 saya dah lost. Saya sendiri ringan nak terjun bangunan. Paling saya nak buat. Saya nak pukul mil.

Doktor bagi saya ubat. Saya makan hari2 demi anak dalam kandungan. Yang kelakarnya doktor2 psikiatri pun terkejut dengar kes saya. 6 doktor psikiatri saya jumpa. Terkejut semua. Ada yang mata terbeliak. Ada yang muka geli.

Doktor sendiri kata mil saya tu tak normal. Doktor psikiatri lelaki pun marah bila saya kena macam ni. Kes saya dibawa ke ketua doktor pakar di hospital. Doktor2 risau saya jadi post parthem depression. Boleh sampai tahap bunuh diri dan bunuh anak jika tidak terkawal.

Kadang2 saya rasa anak yang keguguran tu masih ada di sisi walaupun hakikatnya sudah tiada. Walaupun makan ubat membantu saya kawal trigger. Tapi sedikit sebanyak masih teringat. Tolong doa kan saya kuat. Saya takut saya lost.

– Insan Terluka (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Kahwin ni kan. Biar satu dunia tak suka kita asalkan suami sentiasa support kita. Tapi kalau suami pun tak support, your effort is nothing sis. Kalau sy jadi awk pun itula sy akan buat, angkat kaki. Sbb berjuang sorang diri takde makna. Hanya akan merosakkan hati dan diri sdiri. You deserve to be happy. Choose what makes you happy sis.

Netizen 2 : Sis…sis kena bgtau ayah n mak sis…pls.. Demi kesihatan sis dan juga anak dlm kandungan.. Sokongan mereka yg menyayangi sis amat2 diperlukan.. Semiga sis cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan terutama sepanjang mengandung, proses melahirkan, berpantang dan membesarkan anak nnt ya.. Sis kena kuat

Netizen 3 : Biasa sangat dengar hal mil yg begini perangai.. last2 bercerai juga ank dan menantu. Baru dia puas hati. Ank lelaki itu hak mutlak diaaaa..sehingga ank lelaki nya buta hati …. isteri terianiaya. nauzubillahiminzalik. Terus kuat dik demi anak dalam kandungan mu itu. Banyakan berzikir . ALLAH dengar doa hambanya yg dalam kesusahan.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.