Mak mertua paksa suami ceraikan aku sbb xkje gomen, trkjut dia xboleh nk tntut harta sbb kereta dan rumah atas nama aku

*gambar sekdar hiasan

Kepada emak mertuaku H..

Ini coretan hatiku selepas anak lelakimu menjatuhkan talaknya dan sempena hari penghabisan Iddahku.

Emak,

Emak memang emak yang cukup sayangkan anak dan tidak boleh melihat kesusahan anak walaupun sekelumit pun

Memang saya bukan menantu pilihan, berdasarkan saya tidak bekerja tetap dan emak tidak tahu yang bekas menantumu ini adalah lulusan master di UK.

Ya, saya tidak menghebohkan kepada sesiapa kerana bagi saya sijil ini tidak perlu dihebahkan dan menjadi ukuran sebagai calon menantu.

Bila kali pertama kita bertentang mata, ayat pertama emak adalah apakah pekerjaanku. Saya hanya menyatakan saya bekerja sendiri disamping menjadi guru tusyen part time.

Belum habis mukadimah, emak terus menarik muka dihadapan saya.

Ya, anak emak itu bekerja kerajaan, sebagai pembantu perubatan. Dengan mudahnya emak luncurkan ayat “paling tidakpun carilah jururawat” didepanku pada pertemuan pertama kita.

Emak, emak tahu tak selepas itu saya membawa diri jauh dari anak emak. Bukan kerana rajuk, tetapi saya tidak ingin perkahwinan yang mendapat restu terpaksa dari emak mertua.

Kerana anak emak itu masih mencari saya, menagih cinta sehingga masuk hospital akibat depresi, saya membuat solat istikarah dan dialah yang saya nampak sebagai jodoh saya.

Oleh itu saya menerima dia dengan harapan yang satu hari nanti emak akan menerima saya.

Emak, memang dia anak emak, tetapi hanya pasangan hidup yang lebih mengetahui dari hujung rambut hingga hujung kaki sang suami.

Emak mengatakan yang anak emak ini bekerja kuat dan mempersoalkan saya kenapa tidak minta kerja gomen.

Tapi emak tidak tahu, pusat tusyen yang saya katakan saya bekerja part time guru itu adalah milik saya.

Rumah yang anak emak duduk itu rumah saya, kereta yang anak emak bawa emak pergi jalan-jalan itu adalah kereta saya.

Ya, saya halang dia untuk berterus terang kerana maruah suami saya perlu jaga. Lagipun pasti emak rasa janggal sekiranya emak bertandang ke rumah menantu, bukan rumah anak emak sendiri.

Saya sayangkan emak, dan saya sayangkan suami waktu itu. Setiap kali emak datang, ada sahaja tidak kena.

Emak tengking saya bila saya ingin renovate rumah kononnya tidak bersyukur rumah yang suami sediakan.

Emak buang masakan saya kerana kononnya masakan saya ini menambah penyakit anak emak.

Duhai emak, kerana mulut saya ini ringan kononnya ingin menjaga emak dek kerana sakit, saya menjadi hamba dirumah sendiri.

Selama 5 bulan kami berkahwin emak sudah heboh mengatakan saya ini mandul. Habis semua ipar duai mengata saya dan bila saya enggan balik kampung, emak hamburkan kata kesat kepada saya.

Tahukah emak disaat itulah saya baru keguguran kerana terlalu stress dengan sikap family mertua.

Ya silap saya kerana saya banyak pendam. Saya banyak menjaga hati semua orang, maruah suami sehingga diri saya tergadai dan depresi.

Setiap bulan emak dapat duit belanja RM700 dari suami, emak ku sayang, emak tahu tak berapa gaji sebagai pembantu perubatan setiap bulan?

Bila suami belikan emas sebagai hadiah, emak merajuk balik kampung sampai enggan bercakap dengan anak emak.

Habis saya dimaki oleh ipar duai mengatakan saya menantu derhaka walaupun ipar2 itu tkde sorang pun yang ingin menjaga emak.

Emak, 8 bulan usia perkahwinan kami saya memohon fasakh. Ya, kerana saya tidak sampai hati melihat air mata anak emak hari2 apabila emak enggan bercakap dengannya.

Saya tidak berdendam mahupun bergaduh dengan suami. Tapi saya enggan melihat suami tersepit diantara isteri dan seorang ibu yang melahirkannya.

Apabila kes cerai berjalan, emak datang ke mahkamah dan paksa anak emak untuk dapatkan hak rumah itu.

Barulah terbongkar semuanya yang segala harta benda termasuk kereta adalah milik saya yang mutlak. Tiada harta sepencarian kerana semuanya saya beli sebelum kahwin.

Emak tersayang, saya kembalikan anakmu semula dan kahwinkanlah dia dengan menantu pilihan emak.

Walaupun dia masih sayangkan saya, tapi saya selalu mengatakan.. isteri boleh dicari, tapi emak hanyalah seorang didunia ini. Biarlah saya beredar kerana saya jugak ada hati yang ingin dijaga.

Buat R, 8 bulan menjadi isterimu adalah kenangan terindah sepanjang hidupku. Ketahuilah yang bekas isterimu ini redha diatas segalanya.

Bahagialah dirimu dengan kunci syurgamu dan doaku takkan pernah terputus hingga akhir hayatku

Buat semua pembaca, jadilah memoriku ini sebagai pengajaran.

Sekiranya bakal mertua sudah tidak berkenan, janganlah teruskan hubungan kerana amat jarang bagi seorang ibu mertua dapat menerima menantu bukan pilihan apabila sudah berkahwin kelak.

Buat ibu2 mertua, hargailah menantumu. Kerana hanya mereka yang mengetahui mengenai kekurangan dan kelebihan anakmu.

Harta dan pangkat bukan beerti menantumu itu akan menjaga dan menyayangimu hingga akhir usia.

Sekian nukilanku,

– Laila (Bukan nama sebenar)

Antara komen warganet :

Insyirah : Jadi menantu zaman ni rasa tak sesuai berwatak Cinderella atau bawang merah.Terlalu merendah diri hingga dipijak orang.Awal perkahwinan dan seterusnya bila cerita bab harta perlu jelas.Ini hak saya..rumah saya..kereta saya.

Bila family suami bertanya cerita sajalah.Kenapa perlu jaga air muka suami jika itu benarnya hak kita.Jika hanya pendam dan biarkan diri diperlekeh memang mengundang masalah.Sopan santun, merendah diri ada batasnya dik.

Orang jika baik layanannya pada kita,baik jugalah layanan kita tetapi jika sebaliknya berlaku sentiasalah berhati2 dan berwaspada.

Kelen Stafeld : Memang wujud cerita mcm ni depan mata. Teringat ada jiran perempuan tua gila ni dia tak tahu menantu dia tu ada rumah and kereta walaupun suri rumah, paksa anak cerai tak sampai setahun kahwin.

Bila tahu anak lelaki takde apa2 lepas cerai dia yg gila talak kacau bekas menantu. Alhamdulillah bekas menantu dah jumpa suami dan mentua yg baik. Anak lelaki perempuan tua gila tu sampai skrg tak kahwin2 lg sbb semua dah tahu perangai toksik diorg sekeluarga.

Aku panggil perempuan tua gila sbb semua menantu perempuan dia stress kena kacau dgn perangai gila dia. Anak 6 org 3 org lelaki bercerai hidup lg 3 org anak perempuan tak kahwin2. Kesian anak2 perempuan dia takde sape berani masuk meminang sbb mulut puaka dia.

Amalina Hani : Alhamdulillah. I hope you know your value. Kadang2 mmg perlu untuk tak berterus terang tapi kadang2 teramat perlu untuk habaq terang2. Sebab manusia tak sedaq diri ni BERLAMBAK wujud. Btw moga mendapat jodoh sekufu yang memberi bahagia sampai jannah. Aamiin

Btw sy pernah juga jmpa emak yg jenis memilih tapi sebab sy bukan anak senegeri. I walked away. Sebab takut kes gini la. Kenal kita pun belum dah macam² dok tak suka. Pelik. Tapi alhamdulillah la walked away

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *