Mak selalu benci dan kutuk aku time kecik. Bila dah kahwin, mak mertua peluk dan belai aku. Terkejut mak tengok, terus dia buat2 ambil berat pasal aku.

Foto sekadar hiasan : Dulu aku minta belikan kasut sukan tapi mak bagi alasan takda duit. Tapi hari yang sama, mak belikan 3 adik aku kasut sukan yang baru padahal mereka masih kecil.

Aku nak kasut sukan sebab aku wakil sekolah dalam suka tapi pakai kasut koyak. Sekarang aku dah kerja ada duit, mak mula datang tunjuk kasih sayang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FB. Terima kasih admin sebab siarkan luahan aku.

Nama aku Ida (bukan nama sebenar), umur aku dah nak masuk 30 tahun. Dah berumahtangga dan dikurniakan 3 orang anak yang comel–comel dan suami yang sangat baik.

Aku mulakan terus cerita tentang mak aku. Aku anak ke 5 daripada 10 orang adik beradik.

Sejak kecil, kena marah dan pukuI dengan mak dah jadi asam garam kehidupan aku. Tapi aku anggap aku layak semua tu sebab aku nakal.

Tapi nakal anak kecil tak seberapa. Bila dah tua ni aku imbau balik apa yang jadi,

aku baru sedar aku sebenarnya dilayan tidak adil oleh mak berbanding adik beradik aku yang lain. Entah kenapa aku tak boleh lupakan peristiwa peristiwa tersebut.

Sem4kin aku cuba untuk lupakan, sem4kin banyak yang aku ingat. Sem4kin aku sedih kenapa mak layan aku macam tu dulu.

Tak hairan lah aku membesar jadi panas baran, tak sabar dan tak pandai toleransi dengan orang.

Tapi alhamdulillah aku dikurniakan kawan–kawan dan pasangan hidup yang baik dan terima buruknya per4ngai aku dulu.

Mereka sabar sehingga aku sedar sendiri dan berubah lebih baik. Masa aku di bangku sekolah, mak sediakan sahaja keperluan aku tapi sekadar yang ada.

Aku aktif main sukan dulu. Suatu hari aku minta belikan kasut sukan tapi mak bagi alasan tak ada duit.

Tapi hari yang sama, mak belikan 3 adik aku kasut sukan yang baru padahal mereka masih kecil dan tak ada keperluan macam aku.

Aku minta dibelikan kasut sukan sebabnya aku mewakili sekolah dalam bola tampar peringkat daerah dengan hanya pakai kasut sekolah yang dah k0yak.

Semasa bulan puasa, aku yang akan bertungkus lumus untuk tolong mak di dapur.

Yang lain memang tak akan nampak muka. Tapi tiba waktu berbuka, tempat duduk di meja makan tak cukup.

Aku terp4ksa makan di ruang depan seorang diri. Adik beradik aku yang lain termasuk mak dan abah tak sediakan penyelesaian.

Bila dah besar ni, aku terfikir kenapa tak insist untuk tambah kerusi je kat meja makan.

Kalau bermain dengan adik beradik aku, mesti aku kena mengalah. Dengan kakak abang aku kena mengalah, dengan adik adik pun kena mengalah.

Kalau ada berg4duh atau menangis tanpa usul periksa mesti aku kena marah. Yang lain akan terlepas.

Aku pernah dipukuI dengan h4nger baju sampai patah berderai. Bukan satu h4nger sahaja pada satu masa tapi dalam 3 – 5 h4nger mak aku guna.

Aku juga pernah kena ik4t seluruh badan lepas aku balik bermain. Tanpa tahu apa salah aku.

Apa–apa yang aku cakap juga tak pernah diambil kira oleh sesiapa dalam keluarga aku.

Aku selalu disisih and di ‘hush’ kan. Ayat yang mak aku selalu guna, “kau ni bukan tahu apa–apa pun”.

Disebabkan mak aku layan aku macam tu, semua adik beradik aku layan aku macam tu juga. Ini menyebabkan aku jadi pendiam dengan keluarga aku.

Keluar dari rumah, aku jadi orang yang berbeza. Ceria dan sangat outgoing sebab aku nak sembunyikan kesedihan aku.

Aku ada permanent scar dekat muka aku sebab mak aku pernah ganyang muka aku masa dia meng4muk. Lepas dah besar sikit dia boleh tanya pula kenapa ada parut di muka.

Kalau ada cikgu yang baik dengan aku, mak aku akan cakap dekat aku dengan memek muka yang benci, mengatakan cikgu aku tak suka aku dan aku ni nampak sangat mengada–ngada.

Pernah sekali tu aku nak stay rumah kawan masa hujung minggu sebab nak belajar Bahasa Inggeris dengan dia.

Mak aku menjerit–jerit marah dekat aku cakap aku gatal sebab ada boyfriend. Niat murni aku, mak aku sendiri yang fikir aku ni jahat.

Kawan aku tu perempuan ya. Adik beradik semua perempuan dan ayah nya dah meninggaI. Jadi dekat rumah dia semua perempuan.

Banyak lagi peristiwa–peristiwa yang aku rasa mak aku sangat bencikan aku. Jadi aku membesar jauh dari kasih sayang keluarga.

Aku menjauh dengan belajar tempat jauh, habis belajar terus kerja di perantauan dan akhirnya berkahwin.

Masa nak kahwin pun macam macam mak aku buat sampai aku hampir tak berkahwin. Mak aku juga sentiasa burukkan keluarga mertua aku.

Padahal mereka sangat baik. Ibu mertua aku tidak segan untuk peIuk dan belai aku. Mak terk3jut tengok semua tu.

Sebab dengan mak, bila aku sentuh dia akan tepis. Bila aku nak letak kepala atas riba dia terus dia kata lenguh padahal bila adik beradik lain letak dia ok je.

Bila aku dah stabil, ada duit dan hidup sangat senang, mak aku mula ambil tahu dan ambil berat pasal aku.

Aku jadi awkward dan pelik. Kenapa sekarang baru nak ambil tahu? Kenapa banyak–banyak tanya pasal hidup aku?

Selama ini aku lah anak yang paling mak tak pernah kesah. Anak yang sentiasa dibenci dan dimarah–marah.

Kenapa sekarang baru tunjuk kasih sayang? Aku jadi marah bila mak mula nak ambil tahu tentang hidup aku. Bagi aku mak tak perlu nak tahu.

Mak mula nak kawal hidup aku. Segala belanja rumah dia soal siasat. Banyak mana duit aku guna pun dia tanya.

Aku cuba untuk berlapang d4da tapi seperti sesuatu tersekat di d4da. Tolong nasihatkan aku untuk ikhlas terima mak. – Ida (Bukan nama sebenar)

**kredit : cite gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.