“Makan tanggung, break cangkung”. Akhirnya suami halau kakak dia yg menumpang lepas suami dia buat benda tu dlm tandas.

Foto sekadar hiasan

Apa itu parasit? Ianya bermaksud orang yang tidak berguna yang menumpang hidup pada orang lain.

Okay, aku Sohee. Sini aku nak story sikit. Family aku ada 6 orang. Aku anak no 2 dari 4 beradik. Aku tinggal dengan family aku tapi aku bukan parasite ya.

Tiap bulan kami 4 beradik bagi duit belanja, bayarkan bil api air, dan penuhkan peti ais dengan barang dapur. Tapi 5 tahun yang lepas, datanglah sepasang laki bini duduk rumah family aku..

Siapa dorang nie? Laki bini ni kulaan(saudara). Bininya sepupu aku yang bernama Rina. Lakinya nama Budi. Nama jer budi tapi sejenis tak reti kenang budi pun. Dorang datang menumpang rumah aku.

Alasan dorang, kena halau dengan tuan rumah sebab tuan rumah nak bagi anaknya dari overseas duduk rumah tue. Tapi kami musykil sebabnya, kenapa mereka tak balik terus rumah Mak Ayah dorang.

Pelik jugaklah.. Abah aku ada tanya hal tue, tapi dengan muka sedih dorang cakap taknak susahkan dan buat Mak Ayah dorang sedih atau risau. Dorang kata dorang taknak Mak Ayah dorang tahu. Aku pun hurmmm…

Dah namanya pun parasite, memanglah attitude mengalahkan tuan rumah. Bilik aku dengan bilik Mak Abah aku ada aircond.

Rina dengan Budi nie duduk bilik bersebelahan dengan aku. Rina pernah minta yang dia nak bilik aku. Kata dia, Budi ada alergik kulit.

Memang taklah aku nak bagi. Dengan tak tahu malunya, Rina jumpa dengan Mak aku, nak bilik Mak Abah aku pulak.

Serba-salah Mak tapi aku dah cakap dengan Mak. Akhirnya, Mak aku ikut cakap aku. Lemak berkrim laki bini tue…

Macam cerita Huda tue, ye memang takde hulur2 sikit ya. Sedap laki bini tue makan minum tanggung.

Cuma bezanya, Rina dengan Budi nie kerja dan belum ada anak lagi. Budi tue dulu duda, ada anak sorang tapi anaknya dengan bekas isteri dia.

Nugget, sosej, kentang ke apa kalau Rina goreng memang untuk dia saja. Padahal yang beli kami adik-beradik.

Kalau aku basuh baju (aku jenis basuh baju setiap hari), kalau ada kain baju laki bini tue, aku campak tepi. Biar dorang basuh sendiri. Aku basuh kain baju Mak Abah dengan aku jer.

Ater lantak ler… Ikut hati, nak aje aku tereban (lempar) kain baju deme kat parit.. Geram aku!

Adik bongsu aku lelaki. Dia belajar kat satu kolej di Shah Alam. Balik cuti sem. Bila ada laki bini kat ruang tamu, saja aku jerit kat adik aku yang dalam bilik cakap,

“Woi yang dalam bilik tue! Ate sedap bebenor guling-guling ataih katil tue.. Koje banyak nie! Tolong sikit!”

Then laki bini tue pandang dan pandang sesama mereka. Adik aku keluar, aku tarik dia ke belakang dan cakap aku saja jer nak bagi sedass kat laki bini tue. Adik aku sengih jerlah. Sejak-sejak tue, ada deme berdua, mesti aku “mengucing”.

Mak dan Bapak Rina nie tahu yang anak menantu ada kat rumah kami. Tapi kirim salamlah deme nak menegur anak menantu. Biorkan aje…

Ater bukan orang lain kata deme. Saudara jugak… Iye ler, saudara memang macam itu. Suka hati Apak kamu jer..

Kome nak ke “ubat” untuk orang macam Rina dengan Budi nie? Ubat dia, kebetulan Mak Abah pergi bercuti kat Perlis. Rombongan orang Masjid sebab Abah salah seorang AJK Masjid. 3 hari 2 malam di sana.

Balik tue, kakak aku yang ambil bawa ke rumah dia. Berbulan ler deme duduk situ. Tinggal ler aku dengan laki bini tue kat rumah.

Aku tak masak, aku beli jer atau order kat Grabfood untuk aku jer. Rina pernah tanya aku beli makanan ke Aku jawab, “ha’ah” then terus masuk bilik. Kain baju dorang menimbun dalam bakul langsung aku tak pandang.

Biarkan aje. Aku start nak buat “jahat”, aku pergi tukar kunci mangga grill. Kebetulan dorang keluar pergi mana. Aku pun keluar jugak pergi rumah Tok saudara aku kat kampung sebelah…

Agaknya, baru ada akal laki bini tue, pandai pun berhambus dan pergi rumah Mak Ayah dorang. Yes, drama swasta dah start.

Korang mesti dah boleh agak kan apa yang laki bini cakap.. Deme ler paling tersakiti, teraniaya, dihalau saudara… Pooodahh!!!

Dan buat status kat FB tulis, “Sedihnya bila mana saudara kita sendiri yang halau kita seperti tak bermaruah..”

Aku gelakkan jer. Dia lupa kot yang dia friend dengan aku. Aku kasi emoji gelak. Lepas tue dia padam status.

Dengan itu, damailah rumah kami tanpa parasite tue. Mak Abah aku pun dah balik rumah tue balik. Mak Ayah Rina tue adik Mak aku.

Biasalah, dorang lebih percayakan anak sendiri kan. So apa yang anak menantu deme cerita, percaya jerlah…

Harap, spesis parasite nie mohon sedor dirilah yer.. Dah menumpang, menyusahkan orang. Tak payah nak berlembut dengan spesis tak tahu malu nie. Parap(tampar) dan tempi(siku) kan aje orang tue.

Kalau ada yang komen pelik tue, benda nie memang wujud. Minta simpang ler jadi kat kome2 semua yer…

– Sohee (Bukan nama sebenar)

P/S : Memang parasit sungguh sedara penulis, dah bagi betis, nk peha. Dah menumpang rumah orang, buatlah cara molek. Mesti korang menyirap baca. Korang sambung cerita di bawah. Pasal parasit juga..

Salam semua. Saya Huda. Umur saya 33 tahun. Dah kahwin 7 tahun yang lepas. Dah ada anak seorang. Macamana ye nak mula… Bukan masalah dengan mentua, suami tetapi dengan kakak ipar suami.

Untuk pengetahuan, dulunya kakak ipar dengan suami serta 5 anaknya duduk di rumah kampung. Rumah ibu dan ayah mertua. Dari bujang sampailah dia dah kahwin, ada anak 5 nie duduk situ.

Kakak ipar tak kerja. Suami dia kerja tapi suka berhenti. Nanti kerja tempat lain, tak sampai 4 bulan berhenti lagi. Alasan tak seronok, boss berlagak, tak suka dia. Itu saja alasan dia.

Dah berbuih mulut dinasihati tapi tak pernah nak berubah. Sampai cakap tak perlu masuk campur katanya. Saya tak pernah masuk campur pun. Suami jer yang selalu tegur.

Dalam bulan jun tahun ini, Kakak ipar nak berpindah ke rumah kami. Dan dia memberitahu Ibu dan Ayah mertua saya yang suami dan saya bersetuju bagi mereka pindah ke rumah kami. Padahal, tak pernah mereka berbincang hal itu. Tiba-tiba sahaja petik nama kami pula.

Takpe, kami beri peluang tapi suami saya dah bagi syarat, cuma dua bulan saja. Dalam masa dua bulan tue, usaha cari rumah sewa dan cari kerja.

Dari situlah bermulanya episode “hitam”. Segalanya mengharap kami.

Sampai duit belanja anak mereka pun minta pada kami dengan alasan mereka orang susah dan cakap dengan suami saya takkan dengan adik beradik sendiri nak berkira. Dengan isteri semua boleh.

Saya geram jugalah dengar tapi tak kerana suami, lama dah tue saya bertumbuk dengan kakak ipar. Patutlah adik beradik suami lain macam taknak layan sangat mereka nie. Sebabnya, abang sulung suami dah terkena.

Sudah dibantu, akhirnya kakak ipar mengadu pada salah seorang Mak saudara suami yang isteri abang sulung tak suka mereka anak beranak. Bagi makan pun berbeza.

Bila hal tue sudah sampai ke telinga abang sulung suami, sejak tue abang sulung dah tak nak layan lagi mereka. Hari raya pun tak bercakap.

Dan giliran kami pula. Saya pernahlah masak kaki ayam masak kicap. Kakak ipar komplen cakap kaki ayam nie nak bagi makan kat orang.

Dia cakap lagi yang dia geli dan takkan bagi anak2 makan benda tue. Dahlah menolong masak pun tak, tak tahu diuntung pulak tue.

Takde maknanya suami dia nak hulur2 duit barang dapur. Sesen pun tarak! Tapi demand memacam seolah mereka pula tuan rumah. Jajan anak2 dia kena belikan.

Dan anak2 dia pandai minta duit kat suami saya. Anaknya nombor 4 siap cakap, “Pakndak, nak duit. Mama suruh minta…” Budak tue masih kecil dan polos. Memang dah diajar oleh maknya. Takkan pandai sendiri. Ada tukang ajar.

Suami kakak ipar perokok. Dahlah hisap r0kok, hisap v@pe lagi. Nak cepat kembali ke Rahmatullah ke gamaknya. Kot ye pun, tengok keadaan. Anak saya memang tak biasa. Sebab suami tak pernah mer0kok ataupun hisap v@pe.

Suami kakak ipar hisap r0kok tak kena tempat. Hisap dalam rumah, dalam toilet, kadang ada anak2 pun selamba saja.

Dan dah masuk 3 bulan, suami dah geram akhirnya, suami halau mereka keluar. Suami punyalah marah sampai cakap,

“Jangan berani lagi korang anak beranak datang sini lagi! Balik, pergi berambus!”Kakak ipar menangis dan merayu. Suaminya pun tapi memang big NO kali nie.

Akhirnya mereka pulang semula ke rumah Mak dan Ayah Mertua. Seperti biasa, memang ada saja gebang dan bohong mereka bercerita tentang kami.

Mak dan Ayah mertua dah faham sangat. Just diam jer. Cerita kat lain pun sama. Akhirnya mereka diam sendiri sebab memasing buat tak tahu saja. Dengar boleh, percaya jangan.

Saya dan suami nie terlalu baik. Dulu2 pun, kami rajin juga beri duit pada anak2 mereka. Yelah, dah anak buah kan. Balik kampung, mesti belikan oleh2 atau jajan. Pernah juga bawa makan dan berkelah.

Tapi tak sangka mereka cerita lain pada orang lain di belakang. Sejak2 tuelah, kami mengambil tindakan “jangan terlalu baik” pada mereka. Pandai-pandailah hidup lepas nie.

Satu hari, abang pada Mak mertua yang kami panggil Pak Uteh datang dan kakak sulung dan suaminya kena “brainwash”. Kata Mak mertua, mereka berdua senyap tak cakap apa2 sampai ke sudah.

Biarlah. Saya dengan suami dah tak nak campur. Harap berubahlah. Belum lagi part Mak mertua jaga kelima2 anaknya. Mak mertua pernah kena terajang dek salah sorang anaknya sampai lebam pipi.

Mak mertua mengadu pada kakak ipar. Dan dia cakap, “Biasalah, Mak. Budak2 macam tuelah… Mungkin yang dia nak Mak tak bagi kot, dia marahlah.”

Langsung takde rasa bersalah. Anak tue yelah masih tak berakal. Patut Maknya berakal.

Kalau ikut, cerita semua nanti panjang macam sinetron. Ini pun dah panjang lebar. Saya bukan menghasut orang suruh jangan jadi baik.

Bukan begitu. Buat baik berpada2. Itu saja. Jangan sampai kena pijak, kena buli. Yang patut saja. Saya pun bukan manusia sempurna jugak.

Ada buat salah silap…

– Huda (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUMConfession

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Mula2 baca, geram bebenor. Tapi sampai ending, puas hati sungguh.
Orang xsedar diri ni, memang patut kena layan macam tu. Akhirnya aman damai

Netizen 2 : Puaih hati bebenor nengok taktik komer merambuskan parasit tue! Tahniah ler komer!! Baca confession komer ni teringat pulok ke pah bedah!

Netizen 3 : Sbb tu dlm rumah …jgn ada bilik kosong….semua mesti bpenghuni….kalau ada kosong,terus jd kan ia stor…atau tempat gantung,iron,kumpul pakaian blm blipat dlm bakul.br la takde tempat utk org tumpang….
Puas hati baca citer ni sbb akhirnya parasit berjaya dihalau keluar

Netizen 4 : Mesti mak ayah tt sesaja je g rumah kakak lepas balik dari trip 3d2n tu kan kan. Ate nak halau idok sampai hati, nasib baik kamu hati kering buat begitu. Aje nye yob Yong sesuka hati kamu je duduk romah org makan tanggung, berak cangkung

Netizen 5 : Spesis ni jenis tau amik kesempatan ‘kelemahan’ kita jenis tak gamak, tak sampai hati, malu nk ckp NO. Sedara, opismate, jiran ada je dimana mana tggu nk “ngap” je. Tahniah ko suksess “kikis”

Netizen 6 : Sy pernah ada pengalaman dgn parasit ni..level sedara jgk, umur baru setahun jagung..tp sesedap rasa je buat fitnah kat sy. Dia stay rumah family sy tu sy tak kisah sgt sbb my mom aka makcik dia yg pelawa siap tanggung mkn minum & belanja sekolah dia..nak tolong buat kerja rumah mmg tak le..betul2 dia jadi ‘tetamu’ kat rumah my family even stay situ drp form 1-form 5..tp bila kita jgk yg tolong dia dapatkan kerja part time..tu pun sbb my mom yg merayu suruh sy tolong (sementara tunggu result SPM keluar), kita plk yg di fitnah mcm2..buruk kan kita kat family kita..atok, nenek & sedara mara kat kg. Sampai kat tempat kerja pun difitnah nya sy..padahal kita yg ‘promoted’ dia kat bos suruh bagi kerja tu. Beria dia buruk kan sy pd kwn2 kerja & bos dgn harapan sy akan di pulau kan kat tempat kerja..tp dia silap org lah, sy senior staff kot, agak2 kwn2 kerja & bos nak percaya ckp dia budak baru nak up @ sy? End up..mmg dia yg kena buang kerja lah kan. Berani dia buat taik dgn org yg dah tolong dia ni..sampai skrg bila sy blk kg, family dia menyorok bila nampak kelibat sy..tahu plk malu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *