Maya suka buli selak skirt aku smpai nmpak dlm. Satu hr, aku ajak Maya jmpa di tangga gelap. Aku buat smpai dia menangis.

**gambar sekadar hiasan

Aku Suzi. Berumur awal 40an. Aku nak cerita kisah zaman persekolahan aku yang aku pernah menjadi mngsa buli. Aku bersekolah di salah sebuah negeri di pantai timur sekolah perempuan.

Masa aku sekolah menengah, aku pernah menjadi mangsa buli. Aku boleh di kategori kan student yang pandai lah. Aku selalu dapat no. 1 dalam kelas. Tapi aku jenis yang kurang bergaul.

Aku suka bersendirian dengan dunia aku. Aku suka ke library. Hati aku tenang, banyak buku & aku enjoy di sana. Aku boleh stay kat library berjam jam mengadap buku.

Dalam ramai ramai student ada satu group yang leader nya aku namakan Maya. Maya ni paling suka buli aku dengan group nye.

Contoh.. kalau aku lalu depan dia orang, dia akan halang dengan kaki & akan buat aku terjatuh. Suka selak skit pinafore sekolah sampi nampk seluar dalam aku.

Dan mereka akan ketawa beramai ramai. Since that day, aku pakai shorts dalam pinafore aku. Kalau mereka selak aku dah tak malu.

Bila pergi tengok TV pendidikan, kena tanggal kasut. Selalu Maya & gang akan sorok kasut aku. Sampai aku menangis nangis bila nak balik.

Aku selalu mengadu dengan Pak Kassim, tukang kebun sekolah yang selalu ambil berat tentang aku. Sampai kadang kadang kerana terlalu takut aku akan makan depan Pak Kassim masa rehat.

Maya ni anak orang ada ada. Parents nye orang kuat P1BG, kira Maya ni kebal lah, tak boleh di sentuh.

Aku hidup penuh dendam dengan Maya dan aku bertekat suatu hari nanti aku akan balas apa yang Maya buat pada aku.

Aku & Maya di takdirkan belajar di U yang sama. Di U pun Maya masih seperti dulu. Suka membuli & memjadi ketua.

Aku pernah terserempak dengan nye. Dia nampak seperti terkejut. Aku cuma berlagak seolah olah tak pernah kenal Maya.

Maya sakit hati & menyebar cerita lama masa di sekolah menengah kisah kisah buli nye kepada aku.

Kawan kawan asrama ada menceritakan kisah yang mereka dengar tentang aku di buli Maya. Mujur kawan kawan sebilik aku semua brutal brutal.

Mereka merangcang untuk kenakan Maya. Aku bagi green light pada mereka sebab aku nak Maya rasa macam mana aku rasa.

Seperti yang di rancang, suatu malam rakan aku telah memanggil Maya berjumpa dengan nye di bawah tangga.. kawasan di situ sedikit gelap. Aku telah di arah oleh rakan ku melakukan apa yang aku mahu terhadap Maya.

Ini peluang ku.. aku memakai topeng hantu yang paling seram.. dan menyorok di bawah tangga.

Rakan ku pura pura menyuruh Maya tunggu di situ kerana ada barang yang hendak di berikan pada nye. Lantar kawan ku berlari ke atas…

aku keluar dari belakang Maya sambil membuat bunyi suara garau… di kala itu Maya menjerit jerit ketakutan seperti histeria.. & berlari naik tangga..

Kaki nye terpelecuk & Maya terguling di bawah tangga.. aku lari di bantu kawan kawan ku yang lain menyelamat kan diri. Semua well prepared.

Kami semua berlagak di cafe seolah olah tak tau menau hal yang terjadi pada Maya. Rakan ku yang naik ke atas tadi berpura pura turun & menemui Maya kesakitan di kerumuni student yang lain.

Esok gempar di U, student di ganggu hantu bawah tangga. Semua pengguhuni asrama tak berani melalui tangga berhantu tu lagi.

Aku tak ada sikit pun rasa kasihan pada Maya. Ku anggap Maya seperti orang yang pernah ku kenali.

Bila kami berselisih, dia menunduk kepala nye seolah olah malu pada ku.

Hati ku puas dendam ku terbalas. Sampi hari ini aku tak tau samaada Maya tahu atau tidak akulah orang nye yang menjadi hantu malam itu.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Hafliyaa : Kadang2 kan teringin nak dengar confessor si pembuli ni.

Nak tau la jugak lepas membuli tu, bila dah makin tua, rasa apa ek?

Dah taubat ke. Rasa bersalah ke.
Kenapa suka buli?
Curious nak tau sgt.

Pada hemat aku la kan, kalau pembuli ni, mesti life dia tertinggal ke belakang. Which is yang di buli tu sama ada makin berjaya atau makin kaya.

Arina nasor : Emm buli bukan je dgn perbuatan tapi dgn perkataan juga.. aku ni kena buli dgn perkataan.. sampai skrg aku tak faham kenapa mereka buli aku?! Aku ingat lagi diorg nyanyi berulang2 lagu tu.. “hidung boardcut.. hidung boardcut..” ha sesiapa yg baca komen ni and tahu lagu tu aku bgtau je la.. aku maafkan korang tapi aku x pernah lupa ape korang buat..

Latijah abraham : Yang kecik2 dah jadi pembuli sakitkan hati orang tanpa sebab ni memang semula jadi jahat.. Dah banyak nampak dengan mata sendiri pembuli ni memang sampai ke tua jahat hati hitam jugak.. Dan memang hidup pembuli tak akan aman.. Memang lambat atau cepat akan dapat balasannya tunggu dan lihat je la

Sumber iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *