Menyesal aku izin suami berbaik dgn bekas isteri. Pagi2 lg mereka dah buat kerja. Dgn alasan jumpa anak.

**gambar sekadar hiasan

Nama aku Siti Mazlin (pastilah bukan nama sebenar). Aku Setiausaha di sebuah syarikat besar.

Suami aku asalnya adalah boss aku. Nama suami aku Wahab (bukan nama sebenar).

Aku sudah berkahwin 2 tahun dengan suami aku seorang duda anak dua. Anak-anak tiri aku perempuan usia 13 dan 11 tahun. Sekarang aku mengandung 6 bulan.

Aku mengaku aku yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga suami aku dengan isterinya. Isterinya Laila (bukan nama sebenar) seorang engineer di syarikat Oil n Gas di Kuala Lumpur.

Bukan salah aku. Suami aku yang main mata dengan aku di pejabat. Suami aku kata dia tak bahagia dengan isterinya.

Suami aku kata dia harap akan ada anak lelaki dengan aku kerana kedua-dua anaknya perempuan dan isterinya sangat garang dengannya.

Banyak keburukan isterinya aku dengar dari mulut Wahab.

Aku intai juga akaun fb isteri Wahab. Isterinya cantik tidak seperti yang Wahab katakan isterinya hodoh dan selekeh. Isterinya jenis bergaya dan nampak baik. Aku tengok video mereka bercuti di Pulau Jeju, isterinya bercakap lemah-lembut.

Aku lihat tidaklah mulut Laila celupar seperti yang Wahab selalu cerita. Ada 3 ribu friends dia berbanding aku yang hanya ada 2 ratus friends. Bagai sepadan dengan Wahab yang kacak bergaya berbanding aku.

Aku mula merajuk kerana aku kata pada Wahab isterinya cantik. Namun Wahab memujuk aku. Wahab kata pada pandangan mata Wahab, aku lagi cantik dari isterinya.

Kami kerap bercuti dan tinggal di hotel-hotel apabila ada kesempatan. Wahab selalu menipu Laila kata outstation.

Kami terus bercinta 2 tahun sebelum akhirnya Wahab meminang aku. Wahab ceraikan isterinya kerana aku.

Bahagia aku rasa apabila Wahab utamakan aku dari isterinya dan anak-anaknya. Aku rasa aku yang paling cantik dan beruntung kerana Wahab ceraikan isterinya kerana aku. Kami berkahwin dengan meriah.

Mungkin aku rasa bersalah kerana menjadi punca perceraian Wahab dengan isterinya Laila (bukan nama sebenar). Jadi aku nekad nak baikkan mereka berdua.

Aku pujuk Wahab teman Laila belikan barang keperluan sekolah anak-anak mereka. Laila memang benci kepada aku.

Anak-anak tiri aku selalu menyindir aku kerana diajar Laila. Anak-anak tiri panggil aku “Biatch” “Penyondol”. Aku sabar kerana sedar kesalahan aku bercinta dengan suami orang.

Aku tetap mendorong Wahab berbaik dengan Laila demi anak-anak. Aku layan anak-anak tiri dengan baik walaupun aku sakit hati kerana dipanggil B1tch setiap kali Wahab tiada. Aku rasa hendak ketuk-ketuk kepala dua budak perempuan tuh.

Hinggalah suatu malam ketika Wahab mandi, aku ternampak di Notification hp Wahab mesej dari Laila. “Best laa pagi tadi, abang makin lama makin power”. Aku sentap. Aku baca mesej Laila kerana aku tahu password hp suami aku.

Berdegup laju jantung aku. Aku lihat banyak mesej bagai orang bercinta. Banyak gambar-gambar bertukar antara mereka.

Bekas Suami bercinta dengan Bekas Isteri. Bekas Suami itu adalah Suami Aku!!! Wahab. Macamana aku boleh terlepas pandang??

Aku mengamuk. Suami aku keluar dari bilik air, aku baling segala apa yang sempat aku capai. Berdarah kepala suami aku kena pasu kaca mahal hadiah kahwin aku itu. Pecah berderai.

Aku mengamuk sepanjang malam. Aku pecahkan semua yang boleh aku pecahkan. TV 60 inci, aku hempas periuk Noxxa, aku toreh sofa chesterfield dengan pisau. Aku toreh semua langsir.

Aku pecahkan cermin depan kereta BMW Wahab dengan batu taman. Kuat pula aku angkat batu hiasan besar itu dengan sekali baling pecah cermin kereta Wahab. Aku benar-benar marah!!!

Suami aku terkejut. Dia cuba pujuk aku. Aku Tak Nak!! Aku pecahkan frame gambar kahwin kami. Aku pecahkan sliding door kaca. Aku benar-benar sakit hati.

Suami aku kutuk aku pada Laila sama seperti yang suami aku kutuk Laila pada aku dulu.

Sekarang aku sedih. Aku tidak percaya lagi pada suami aku. Aku berhenti kerja. Sekarang aku 24jam duduk dalam pejabat suami aku. Handphone suami, aku pegang dan check sentiasa.

Aku sedih. Alangkah baiknya jika suami aku tidak berbaik dengan bekas isterinya seperti janda lain. Aku tengok ramai perempuan yang bermusuh dengan bekas suami mereka selepas bercerai.

Sekurang-kurang apabila benci, mereka tak maen dengan bekas suami seperti Wahab dan Laila. Bodohnya aku kerana baikkan mereka berdua.

Wahab bagitahu aku, biasalah zaman sekarang bekas suami kalau berbaik dengan bekas isteri mesti jumpa, ambil kesempatan ketika jumpa anak. Semua macam itu kalau berbaik.

Yang tak jumpa itu jenis perempuan yang benci bekas suami mereka. Jenis yang tengok muka pun tak mahu. Habis aku???? Nak campak mana aku ini???

Aku lebih suka Laila seperti perempuan lain yang benci bekas suami mereka. Tak Berjumpa. Tak Bercakap. Block Sampai Matti.

Kenapa Laila tak block sahaja suami aku?? Jadi aku block Laila. Aku tukar nombor handphone suami aku. Laila dan anak-anak nak bercakap kena melalui aku.

Sekarang aku tak boleh tidur lena. Aku kerap terjaga malam. Lima enam kali aku terjaga. Aku mesti check suami aku tidur atau tidak di sebelah aku. Aku check handphone suami aku.

Aku mula menjadi wakil suami aku dalam membalas mesej-mesejnya. Termasuk mesej-mesej dari tempat kerja. Aku jadi setiausaha suami aku 24jam.

Adakah aku sudah hilang akal?

Aku cuma mahu mempertahankan perkahwinan aku ini. Aku akan berikan anak lelaki kepada Wahab dalam masa 3 bulan lagi. Aku takut dalam aku pantang nanti Laila berjumpa Wahab dan mereka berskandal lagi.

Alangkah baiknya kalau Laila benci kepada bekas suaminya seperti janda-janda lain. Tidaklah aku separuh gila begini.

Aku mahu Laila benci kepada Wahab. Apa perlu aku buat?

Bantu aku please!!!!!

Isteri kecewa,

– Siti Mazlin (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Wahid Elias : Ala..tt. daripada awak mengamuk, suruh aja wahab rujuk balik wife dia. Wahab tak boleh move on tu. Apa ada hal, lagipun hubungan awak dgn isteri dan anak dia ok apa. Dulu awak pun skandal dgn siwahab juga. Bila kena btg hidung ngapa mengamuk? Wahab tu mampu jer poligami kan. Tengok jenama brg yg awak rosakkan tu semua, jenama kayangan weeeii..bkn senang nak dpt kalau awak buat tindakan pentingkan diri. Terima la poliggami. Jgn penting diri sendiri.

Xiina Xa : Rs mcm roda kan..berputar dan jumpa pusingan nya kembali.. seumpama wahab adalah satu alat aje..remote tu di mana?? Remote tu bukan pada awak..tp cuba fikir dimana?? Kan… Awak pon jd alat jugak..yg manis nya cuma sementara, last2 balik kpd lubuknya.. begitu lah dunia kita sekarang ni yg semua nya pinjaman..jadi awak kena setkan diri awak just meminjam dari laila..dan kembali kan semula kpd wahab.. kalau awak tak bagi balik wahab, awak akan mengalami satu depression yg kuat akhirnya awak tak siuman..atau setidak-tidaknya awak kena low kan perasaan utk menguasai, awak kena redha bermadu.. berkongsi dengan cara yg halal..bg lah Wahab kawin semula dengan bekas isteri nya itu.. mencari halal itu fardhu dan semoga anda bertiga hidup dalam redha Allah…amin.. walhualam.maaf kalau x kena

Izzah Isma : sbnrnya puan… bila jdi faktor kepada penceraian ni, isteri pertama berhak buat tuntutan utk kesalahan puan sebagai org ketiga dlm hubungan.

yang kedua puan kena thu, laki yang burukkan isteri mrk dihadapan perempuan lain bukanlah lelaki yang baik. mereka hanya nakkan perhatian dan tubuh badan puan semata2. lepas dh dpt, nnti dia akan buat perkara yang sama terhadap puan dan tinggalkan puan persis dia tinggalkan isteri pertamanya. puan dh runtuhkan rumah tgga org lain dan pisahkan anak2 dgn ibunya sndiri. itu pun dh cukup menganiayai hak anak2 tersebut. maka puan jgnlah merungut.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.