Mlm pertama ayah vid call mama tnjuk aksi manja dgn bini muda. Hairan mama senyum je, siap ketawa.

Foto sekadar hiasan :

Baca perlahan-lahan kisah di bawah.Sekiranya bermanfaat dan memberi pengajaran, boleh share kisah ini pada kenalan2 anda supaya sama2 kita ambil iktibar.

Assalamualaikum dari Mama J untuk anak2 sekalian. Ya. Memang wujud sejenis lelaki macam ni. Tapi depa akan start meroyan bila nampak bini pertama tak kisah hal depa. Meh mama nak cerita sikit mengenai pengalaman mama.

Mama ni dah berumur lewat 50an. Mama bekas pensyarah di salah satu universiti termuka ni Brunei. Mama orang kuala kangsar. Anak 2 orang anak, 5 cucu. Waktu mama umo 19 tahun.

Mama kena paksa kawin dengan lelaki dari family warak. So geng lebai2 lah. Bukan nak kutuk geng2 ni. Tapi memang dah banyak contoh depan mata, termasuk pengalaman sendiri nak mengadap geng2 ni.

Tapi hikmah setiap ujian tu pasti ada. Asbab jugaklah mama kawin dengan pak lebai ni mama dapat ikut dia belajar ke USA. Pendekkan cerita, setelah 10 tahun berada disana, mama berjaya genggam master.

Tapi pak lebai tak pass sebab sibuk dengan aktiviti dakwah kat sana. So anak2 sekalian fahamlah macamana jerih perih mama nak abiskan pengajian.

Suami sendiri pun asyik behenti kerja disebabkan keluar berjihad kononnya. Sampai anak bini dekat rumah tak makan. Bila kita komplen, dia boleh cakap. Allah ada.

Allah bagi kita makan, bukannya manusia. Perghh menyirap mama bila dgr macamtu. Tu tak kira lagi mama smpai tkboleh mekap langsung. Pakai bedak pun dia tak bagi. Kononnya cantik hanya untuk suami.

Tapi bila kita keluar, meleret mata pak lebai tu tengok pempuan lain. Bini sendiri nak berhias dia tak bagi. Lepas tu komplen muka mama kusamlah, busuk lah.

Yelah, mama nak pakai minyak wangi sikit pun dia tak bagi. Tapi akhlak tu tak melambang ciri2 lelaki soleh. Lepas kami balik malaysia. Pak lebai dapat kerja sebagai pembantu pegawai kat pejabat daerah.

Mama waktu tu dapat scholarship dekat UM sambung phd. So kami pjj. Anak letak kat mama suruh mama jaga. So pak lebai ni jadi bujang trang tang tang lah. Mulalah mata tu liar cari calon bini kedua.

Bila mama dapat tahu, dia salahkan mama, kononnya mama ni belajar tinggi2 sebab nak lawan dia. Sedangkan mama dapat tawaran tu pun sbb dioffer gaji sebagai pembantu penyelidik.

Ibarat kerja jugaklah. Dia cakap pempuan tak boleh pandai2. Kena jadi isteri solehah. So mama waktu tu dari hati pedih tiba2 jadi kebal. Tanya anak sulung, anak cakap biarkan je, tapi buat MOU.

Nasib baik anak mama sorang ni memang budak law. So dia yang karangkan penjanjian, siap depan pesuruhjaya sumpah. kami sign surat penjanjian. Dalam agreement, mama letak syarat, mama boleh pergi kemana saja asalkan bekerja dan bawa anak2 holiday.

Pak lebai tengah angau, dia sign je la surat tu. Para pembaca mesti tertanya2 kenapa mama tak mintak cerai. Satu, sebab mama tak rasa beban pun kalau dimadukan.

Dua, pak lebai tak mau ceraikan, malas turun naik mahkamah. Tiga, sokongan anak2 padu. kami lebih suka makan popcorn smbil lihat drama seterusnya hehe.

So kahwin la pak lebai dengan bini manjah. Uih muda trang tang tang.. sama umo dengan anak sulung.

First night pak lebai kawin tu, boleh plak dia buat video call dengan mama. tunjuk aksi manja bini manjah nii.

Mama siap ketawa dan cakap mama dapat offer pergi brunei. So dia dah ada orang jaga, mama nak bawak anak2 behijrah brunei. Tekejutlah pak lebai tu. Tapi dah dalam penjanjian kan.

Dia lepaskan jelah kami pegi. Siap suruh sponsor tiket dia dengan bini manjahnya honeymoon di brunei.
Mama pun saja je tempah tiket untuk pasangan sejoli ni. Memang depa datang sungguh haha.

Siap tumpang umah mama ni nak berhoneymoon haha. Mama tengok dah macam orang tua miang keladi. Pahamkan bila dh tua tiba2 jiwa muda. Macamtulah perangai dia. Abis ja honeymoon depa balik kl.

Lama jugak kami tak berhubung, adalah 6 bulan. Lepas tu pak lebai call mengadu bini manjah dia ngandung, so i ucap congratulation lah. Tapi suara dia macam tak happy langsung.

Rupanya dia dah tak nak anak. Yelah, umo waktu tu nak menghampiri 50 tahun. Tapi takkan la dia taktau, bini manjah dia tu manusia, bukannya patung. So pandai2 la nak salin pampers anak malam2.

Mama siap hantar cara nak salin pampers dan buat susu anak sebab dia dulu mana pernah peduli nak jaga anak. Dipendekkan cerita, dah 11 tahun mama dimadukan.

Mama pun dah balik kuala kangsar duduk dekat kampung. Anak2 semua dah berjaya. Mama hanya sibuk bercucuk tanam, ke usrah, pergi umrah setiap tahun dan holiday dengan anak2. Pak lebai??

Ni tengah tunggu anak ketiga dengan bini manjah nak lahir, pak lebai pun dah masuk 60 tahun. Tapi tulah terpaksa bekerja jadi drebar taxi sebab pencen tak cukup. Bila dia tengok kami holiday, mulalah meroyan cakap biarkan dia sorang2 cari rezeki.

Kami anak beranak gelak je tengok mesej2 meroyan dia. Tapi setiap malam mama mesti mesej dia mohon ampun. Yelah, dia tetap suami kan. Mama selalu tanya, kalau dah rasa terbeban dengan mama.

Mama boleh je dilepaskan. At least dia tak berdosa dengan mama sebab tak adil. Mama pun halalkan je yang mana tak cukup tu sebab Allah bagi rezeki dekat mama lebih banyak dan alhamdulillah bahagia dengan anak dan cucu2.

Mama share ni sebab mama nak warning dekat golongan suami2 diluar sana. Orang perempuan ni memang nampak jiwa dia lembut. Menangis bila dicurangi. Tapi bila dia bangkit sekali, dia takkan jatuh bawah dah.

Hati dia akan keras sekerasnya sampai kau buat apa sekalipun dekat dia, dia dah tak kisah. Cerita mama ni ambillah sebagai pedoman. Mama pun dah tua.

Mama maafkan segala silap pak lebai dan bini manjahnya. Mama tak mau cerita apa yang depa buat dekat mama. tapi anak2 diluar sana pasti faham bukan mudah nak hadap madu yang dengki.

Sakit hati tengok kita happy. Walaupun dia dh dapat suami 24 jam depan mata dia. Mama nasihatkan isteri2 diluar sana. Belajarlah berdikari.

Kalau suami tak curang sekalipun, mungkin Allah akan ambil dia dari kita. So isteri2 perlu ada back up plan dari mula. Tengah2 suami sayang tu, pujuk dia ambil hibah.

Kalau jadi apa2 dekat dia, at least kamu dan anak2 akan terbela nasib. Mama sekarang hidup aman damai.. Allah bagi kedamaian hati ini sebagai hadiah dari pengorbanan mama jerih perih, air mata dari usia muda hingga sekarang.

Apa yang mama share ni hanya 5% sahaja dari kisah hidup mama. Belum masuk lagi ipar duai dan mentua.. tapi biarlah kisah itu hanya mama sahaja simpan dalam hati.

Kalau ada yang tanya macamana nak kecapi hati damai macam ni, percayalah bukan mudah untuk pupuk hati smpai jadi kental macam ni.

Ia lalui banyak process sehinggalah mama kumpul serpihan2 hati berkecai ni gam balik dan sebab itulah jadi semakin kuat. Gam dengan gam gajah lagi bertambah kuat hehe. Mama doakan semoga anak2 diluar sana diberi kebahagiaan dan kekal hingga ke syurga.

Bagi suami2, belajarlah bertanggungjawab kepada isteri dan anak.

Jangan fikir isteri sanggup kompromi share nafkah tu buatkan kamu rasa mampu nak kawin lain. Try suruh dia stop bayar tengok, mampu tak kamu survive sampai hujung bulan? Fikir-fikirkanlah ye.

Salam sayang,

– Mama J (Bukan nama sebenar)

Antara komen warganet :

Iqbal Hamdi : Jenis lelaki mcm pak lebai ni mmg bersepah. Kawin bukannya kerana ibadah. Tetapi lebih pada nafsu yg sedap tu yg sementara. Tp nk menanggung tu akan selama2nya. Tkboleh nk brain lelaki yg gamak buat anak bini mcmni. Sanggup tanggung beban dari bahagia dgn family.

Sy dh 5 thn kehilangan isteri, smpai skang masih hidup dgn momennya.. tgk anak2 akan nmpak wajah arwah. Tk tergamak lg nk replace 4rwah dgn org lain.

Khawla Azwa : Terbaik Mama J! Tersenyum senyum saya baca. Memang betul apa Mama J kata, perempuan kalau dah keras hati, dia tak peduli dah apa kau buat. Buatlah ikut sesuka hati kamu. Dia tak ambil peduli lagi. Get your life back!

Aslina Majid : Betul la tu, kalau lelaki umo dah nak masuk 50-an tiba2 kawen dgn pompuan muda, nak expect apa kan. Manjah memang manjah. Tang subur tu jangan lupa. Takkan hat muda takmau anak kan.

Mampu cakap padan muka ja la tua2 orang lain layan cucu, tak larat boleh bagi balik kat anak… Dia kena layan anak… Tak larat pun, kena layan jugak, takkan nak biar bini manjah handle sorang2 kan

Nooraziema : Semoga Allah berikan ganjaran syurga kepada Mama, Amiin. Sy berpegang satu, dr dulu2. Lelaki yg menyusahkan isteri pertama, sentiasa susah selamanya.

Lihat saja sekeliling anda. Poligami sunnah, jika mampu. Brapa ramai yg mampu dan mampu* bila berpoligami.Sy xsuka berdebat dgn pasangan psl poligami ni. Sbb dia berpegang “dah jodoh, kena la terima” org lain mungkin boleh terima tp tidak sy.

Kerana sy xmampu, dan sy ada 3 ank perempuan. Sy juga tidak mahu ank perempuan sy diduakan. Sekarang, doa sahaja ikhtiar kita kerana semua sudah trtulis qada dan qadar

Anita Kamaruddin : Allahuakbar. Zalimnya seorang suami. Ini ke balasan terhadap isteri yang mengandung, melahirkan, menjaga dan mendidik zuriatmu? Inikah balasan terhadap isteri yang berkorban bersusah payah membantumu mencukupkan keperluan diri dan keluarga?

Dan kamu boleh bersuka-suka dengan perempuan lain dan mengabaikan nafkah zahir batin isteri mu? Tak terfikirkah kamu betapa sakitnya perasaan isteri yang telah menyerahkan jiwa dan raga?

Kamu jawab lah di hadapan Allah nanti. Allah Maha Adil, Maha Pembalas. Menangis kita baca kisah ni. Semoga kesabaran ini asbab mama J masuk syurga Allah. Amin.

Anyway mama, kenapa tak tuntut fasakh je? Suami pun tak terusan menanggung dosa mengabaikan nafkah isteri, mama pun tak kena taat lagi dengan suami tu, mana tahu mama jumpa jodoh baru, bolehlah honeymoon round the world di hujung usia. Jodoh dengan lecturer juga ke

Bonda Aiman : Tahniah perempuan kerana selalu bijak. Alhamdulillah. kerana kudrat menanggung sakit bersalin membuatkan jiwa seorang perempuan sentiasa kental.

Apabila dia dijatuhkan, dia bangkit semula lebih gagah kerana apa pun kesakitan yang ditanggung. tiada sakit yang lebih sakit daripada sakit melahirkan anak.nAndainya lelaki tahu hasil dari menepis godaan dari bakal madu seorang isteri itu 1 nikmat yang tiada tandingan.

Semestinya seawal langkah pertama perempuan itu memulakan strateginya, seorang suami sedaya upaya berusaha untuk berkata TIDAK. SEPATUTNYA seorang lelaki yang dah berkeluarga berusaha membangun keluarga sedia ada.

Sibukkan diri dengan membina jati diri.Sentiasa cari ilmu dunia akhirat supaya akal mampu uruskan nafsu.Fokus membina keluarga yang sentiasa inginkan kehidupan yang lebih baik.

In sha Allah andai ada badai melanda..masing2 bersedia untuk sama selesaikan. bukan escape.
Kesalan itu datang ketika seseorang itu tiada lagi kudrat. Keseronokan itu pudar apabila diri dah tak larat.Rugi dunia rugi akhirat

Sumber : IIUM Confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *