Mlm tu 1st time nk jmpa BF, bila call tiba2 pmpuan lain angkat, rupanya tu mlm pertama BF dgn prmpuan lain.

#foto sekadar hiasan

Perkenalan kami bermula di FB Dating, pada bulan hujung Oktober 2021. Kalau suka swipe kanan, kalau tak berkenan swipe kiri. Sebelum swipe boleh check profile dia dulu.

Swipe punya swipe ada dua tiga calon berkenan. Macam macam platform dating apps aku ikhitiar untuk mencari jodoh. Maklumlah musim PKP, kerja pulak dari rumah saja. Ya, sampai sekarang kerja dari rumah.

Dalam ramai ramai orang yang matched tu, dia antara yang kerap tegur, Safwan.

Salam, buat apa tu? Dah makan?

Salam, sihat ke?

Salam busy ke?

Salam, sorry lambat reply, jarang buka benda ni.

Bermula dari sini, macam biasa soalan yang aku selalu tanya;

Single? Berpunya? Ada awek? Ada tunang? Ada teman tapi mesra? Ada isteri?

Semua jawapan dia, tak.

I bujang la you.

Serius?

Ya, serius. Niat nak mencari.

Aku kodek kodek FB dia. Tak ada yang pelik. Post pun just profile picture update saja. Try cari tag post, clean jugak.

Lepas tu, kami bertukar username telegram. Aku memang hide phone number kat telegram jadi, dia tak tahu lah phone number aku. Sebab dah berpengalaman sikit, kawan sekejap, rasa tak ngam sekurang kurangnya privasi terjaga.

Bermula berhubung di telegram. Kebanyakkan topik yang biasa orang berkenalan tanya;

Buat apa? Makan apa? Suka makan apa? Kerja ok tak?

Kerja apa? Kerja macam mana? Suka tak kerja tu? Dah lama ke kerja?

Adik beradik berapa? Mak ayah umur berapa? Masih kerja ke?

Sesekali musim semua orang bebas berjalan bila sekatan antara negeri dibuka. Kami bersembang dan bertukar tempat makan yang best di Ipoh dan Penang.

2 ke 3 kali bersembang deep pasal bakal pasangan.

You prefer partner yang macam mana? Apa ciri ciri pasangan yang you cari?

Bila you plan nak kahwin?

Kadang kadang, dia reply laju dan kadang kadang dia reply lambat. Alasan dia, notification tak masuk. Kena buka telegram dulu baru message masuk. Aku pun malas nak beria, sebab orang dating dan pergi tu normal.

Selepas 2 minggu, berhubung di telegram, tiba tiba dia menghilangkan diri dan muncul balik selepas 2 minggu.

Oleh sebab dia dating balik selepas 2 minggu. Aku buat keputusan untuk palau dia. Aku rasa dia tak serius pun. Tapi dia spam selama seminggu ya anak anak.

24/11/2021 –

Hi you. Sorry late. I baru balik kerja pukul 10 tadi. You buat apa tu? Tido dah ke?

25/11/2021 –

Salam. Hi you. Buat apa tu? Dah dinner ke?

26/11/2021 –

Hi you. Buat apa tu? Lunch dah ke? You busy eh? Dah smpai ke penang?

28/11/2021 –

Salam. Hi you. Mana you ni. Senyap saja beberapa hari.

29/11/2021 –

Night you. You mcm dah takmau berkawan dengan I saja.

01/12/2021 –

Night you. Sweet dream. I ada buat salah ke kat you. Jika I ad buat salah dengan you. You bagitau ye. Kot kot I ada buat you marah and takmau berkawan dgn I.

Aku copy paste saja message dia dari telegram dan katanya dia naik laut 4 hari sebab tu dia tak dapat contact aku. Takde coverage.

Salam. Hi you. Sorry late reply. I naik laut 4 hari sebelum ni. Hari ni baru sampai darat. Maaf ye. I bukan senyap sengaja. You apa khabar?

Sihat ke?

Oleh sebab notification telegram dan dia tak dapat message aku rasa sangat susah untuk communicate dengan dia. Aku cakap aku tak berminat untuk teruskan berkenalan. Sebab dia selalu hilang. Tapi dia bagi phone number dia untuk contact dan minta aku contact dia melalui whatsapp.

Sehari selepas kami bertukar phone number, dia start call aku. Ya, kami berborak hampir setiap malam. Pasal semua benda. Kerja, makanan, isu semasa dan termasuklah soal masa depan. Masa berborak mostly pukul 12.30 tengah malam ke atas. Red flag.

Adik aku duduk sekali dengan aku, dan aku ada housemates. Kami rapat dan aku selalu berkongsi cerita.

Adik aku ada cakap 2-3 kali, yang Safwan ni pelik duk call tengah malam. Macam laki orang. Tapi aku ingat dia terpengaruh baca KRT. Sebab dia cakap dalam KRT banyak kes macam ni.

Aku tanya pendapat housemate aku tapi dorang pun tak tahu nak bagi pendapat apa.

Ya la, kami manalah tahu job of nature welder kat S*pur* macam mana. Nak tanya siapa? Dah google tapi tak clear. Kat google mana ada welder bercerita pengalaman bekerja di S*pur*, jadi tak dapat gambaran.

Bila aku bagitau Safwan, dia gelak gelak saja. Dia cakap kami fikir macam macam. Lepas tu dia call aku pukul 9-10 malam. Tapi sekejap saja.

Lepas tu, dia call tengah malam dengan alasan dia balik kerja lambat. Nak mandi, nak rehat dan nak solat dulu.

Semasa kami otp tu, macam macam dia buat. Basuh baju, masak, makan. Macam mana aku tahu? Sebab aku dengar bunyi kuali keletung kelitang.

Ya, sambil berborak sambil bersembang dengan aku. Dengar la bunyi dia kunyah makanan tu. Teman dia makan tengah malam tu dah jadi rutin tapi badan dia kurus. Untunglah.

Masa otp tu, dialah yang memulakan pasal masa depan. Dia yang mula masukkan aku dalam masa depan dia. Aku? Masa tu belum rasa apa apa, belum jumpa buat apa nak beria. Cehhh, ayat orang selalu kena ghosted hahahah.

Oleh sebab dia yang memulakan langkah pertama untuk serius, jadi aku pun layan. Mana tahu jodoh kali ni. Senang nak balik kampung, orang utara memasing.

Antara soalan yang Safwan tanya;

Mak ayah jenis macam mana? OK ke dengan pilihan sendiri? Dorang ada tetapkan ciri ciri menantu ke?

Mak ayah garang ke?

Kami dah bincang pasal bila kahwin, nak duduk mana? Siapa ikut siapa? Boleh PJJ ke tak?

Kalau PJJ, kerja macam mana? Nak kerja atau berhenti kerja lepas ada anak?

Anak nak berapa orang? Ada gene kembar tak? Jarak anak nak berapa tahun? Berpantang rumah sendiri ke family?

Nampak macam sangat serius dan sangatlah real. Kan? Memang soalan soalan dia, soalan yang matang dan bersedia untuk membina rumah tangga.

Pernah sekali aku share dan tanya pendapat dia pasal satu situasi dimana suami atau isteri orang ada skandal.

Tahu apa dia cakap;

I tak faham dengan orang yang macam ni. Dah ada partner pun tak reti hargai. Serius, I cakap dengan you, I nak kahwin sekali saja seumur hidup. I tak nak kahwin banyak kali. I duk doa macam tu la. Cukup seorang isteri untuk buat I bahagia dan membahagiakan dia.

Top notch!

Tak rasa ke reassurance dia bagi sangat on point? Mana dara si bujang mana tak berbunga bunga cheq oi!

Sebulan yang lalu –

Safwan cerita adik bongsu dia akan nikah. Perempuan. Katanya, dia tak rapat sangat la dengan adik dia ni. Sebab dimanjakan.

Adik you kahwin dengan orang mana? Aku tertanya tanya.

Orang sini jugak.

Dah lama ke kenal?

Tak jugak you, kawan sekerja.

Dah settle semua ke? Berapa orang tetamu? Kenduri besar ke? Tanyaku lagi.

Tak besar, jemputan 1000 orang saja.

Musim musim covid ni? Serius la? Aku terkejut, macam mana boleh terfikir nak buat majlis besar macam ni.

Time plan tu, kes rendah you. Sekarang baru kes tinggi.

Aku pun senyap saja la kan, nak kata apa. Catering dah bayar, takkan dapat refund. Tapi suara dia macam gelabah dan risau sebab kes makin naik, kad dah diedarkan dan mak dia positif .

I risau kalau orang tak datang, makanan tak habis. Dah jadi membazir kat situ.

Tapi kalau orang ramai datang, takut jadi kluster. Jawapku lagi.

Berapa dulang hantaran you? Sambungku lagi.

5 berbalas 7. Nanti kat you I nak mintak 19 dulung boleh tak you? Dia tanya dengan excited.

Boleh you, kalau 19 kena balas 17 lah kan?

Memasing gelak sengih, macam dunia ini ana yang punya!

Pelik, tak rapat tapi detail betul tahu berapa dulang hantaran dan siap dengan boleh sebut satu satu hantaran apa adik dia bagi ke pihak lelaki! Husnozon, mungkin mak dia jenis bercerita semua macam mak aku dan dia kuat ingatan.

You, kawan university I jemput pergi kenduri dia kat Manjung. Sengaja aku inform dia, tak menaruh apa harapan.

Bila?

Kenduri dia 13/3, adik you 12/3 kan?

Aah, lepas tu nak pergi tak?

Nak, insyaAllah.

Nak tidur sana ke, balik hari?

Balik hari. Kenapa?

Kalau tidur sana, boleh datang awal sikit. Datang kenduri adik I, 12/3. I jamu you makan. Kata Safwan, teruja.

Boleh ke? Segan pulak. Tapi dalam hati excited la jugak. Dah plan nak pakai baju apa ni, nak kena beli baju baru. First impression penting!

Berbunga!

Boleh saja, nak segan apa. Kenduri. Nanti 13/3 tu kenduri rumah kawan you, I temankan.

Beres, nanti you confirmkan cuti, kita bincang dan plan balik.

Tu la, kerja macam I ni susah nak dapat cuti. Bukan semua orang boleh terima. Ayat yang selalu dia ulang. Kerja macam dia susah nak diterima orang atas faktor kena berjauhan dengan family.

Berulang kali dia tanya aku boleh ke terima kerja macam dia. Kalau kahwin dan mengandung nanti, aku boleh ke pergi checkup sendiri, kalau tiba tiba dia offshore aku okay ke nak uruskan rumah dan anak anak tanpa dia.

Aku terbiasa berdikari, anak sulung.

Nak buat macam mana, you suka kerja macam ni kan. I faham saja.

You, nanti I dah dapat cuti, I nak pergi kat you untuk spend time. 3 hari 2 malam.

Lamanya, first date and meet selalunya sehari saja. Kenapa you sampai 3 hari? Sambil tergelak aku bertanya. Pelik. Tak segan ke?

Dah alang alang nak jumpa, bukan senang I nak cuti. Boleh jalan jalan.

You nak pergi mana? Tanyaku.

Aik, you la kena bawa tempat tempat yang best.

Ye la, you nak ke mana? Tempat yang teringin you nak pergi?

I tak kisah, selalunya orang pergi ke mana?

KLCC, kalau nak shopping, Sogo, kalau nak makan Kampung Baru, lepas tu boleh jalan kaki ke Saloma Bridge.

2 minggu lepas;

Safwan tetiba bawa isu HIV test. Dia kata dia dah buat HIV test. Aku tanya untuk apa?

Saja saja test. Kan kita nak kahwin nanti. Buat sesiap nanti senang.

Awal gila buat test, test tu valid untuk 3 bulan saja kan?

Tak la you, 6 bulan. Dia jawap dengan yakin. Esoknya dia hantar screenshot pre-marriage requirements.

Aku balas whatsapp dia tanya pasal borang online perkahwinan tu dua dua orang kena submit ke?

Sorang saja kena submit you. I dah isi bahagian bakal suami. Tinggal bakal isteri dan wali saja belum. Tengah tunggu calon.

Malamnya dia call aku, seperti malam malam sebelumnya berborak pasal urusan perkahwinan. Apa yang kena buat, borang apa kena submit dan macam kami yang sedang merancang majlis kami.

Dia ada sent gambar dia bertengkolok berwarna cream. Katanya pinjam kawan, ambil berkat.

Kacak tak I?

Kemudian, dia sent lagi gambar kasut kulit hitam dan tanya cantik ke tak. Pelik jugak aku, nak pakai ke mana kasut berkulit macam ni?

Kalau masuk pejabat pun, dia bukan officer.

Baju nikah warna apa?

Baju putih. Dia jawap bersahaja.

Putih apa? Putih banyak jenis.

Off white.

Dalam hati, sejak bila lelaki tahu bezakan warna ni?

Tak try ke baju kawan tu?

Bukan size I la you.

You, I nak bagi kek kat adik I. Kek carrot okay tak? I tak nak kek yang berkrim sangat nanti cair. You rasa kek apa yang sesuai? Tanya Safwan meminta pendapat.

You nak beli kat mana?

Secret recipe. Kawan I ada kerja kat situ. Nanti I suruh dia deliver saja.

Cuti AL dia dibekukan. Ada satu project yang on-hold sebab PKP and sekarang baru resume, jadi management bekukan cuti risau tak cukup staff. Sebab tu dia tak dapat balik ke kenduri adik dia.

Gigihnya, aku google kek SR. tengok menu satu per satu dan aku cadangkan cheesecake.

Okay tak kalau I tulis kat atas kek tu selamat pengantin baru, semoga bahagia ke anak cucu?

Takkan sampai ke anak cucu saja you?

Habis tu?

Tulis la selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke Jannah. Hashtag till Jannah. Gitew!

Kerlas.

Selasa –

Minggu lepas, aku balik kampung seorang. Adik aku outstation. Aku bagitahu Safwan yang aku akan balik kampung, pukul berapa. Dah sampai, aku inform lagi. Macam biasa dia call. Sedang borak borak tu;

You, kirim salam kat parents you tau.

Eh, kenapa pulak?

Ye la, kirim la salam.

Kalau you suruh, I kirim salam kat dorang, maksudnya you nak dorang tahu yang I kawan dengan you la kan?

Mama abah aku memang tak tahu aku kawan dengan siapa, ya la dah banyak kali tak jadi. Kalau setiap kali berkawan, setiap kali bercerita macam tak sedap pulak. Dah la aku berkawan ramai orang. Try and error.

Iye, bagitau la.

Kalau kat kampung, aku sememangnya sibuk. Tapi kami masih whatsapp. Setakat sekali dua, sebab dia jenis suka call. Hari khamis malam, aku call dia sebab dia senyap saja sepanjang hari dari rabu.

Dia angkat call cakap busy sikit, ada hal kena uruskan. Baru balik rumah, padahal masa tu dah pukul 12 lebih tengah malam. Belum mandi, belum makan.

Nanti I call you back. Tapi, dia tak call. Aku pun dah tidur, jadi aku faham dan tak kisah. Mesti penat kan.

Jumaat –

Aku whatsapp dia tanya busy ke? Buat apa? Katanya lepak dengan kawan. Dia reply pukul 1 pagi di mana aku dah terlena.

I tengah lepak dengan member I ni. You dah nak tidur ke?

Sabtu, 6.40 pagi –

I dah terlena tunggu you reply. Busy betul you minggu ni. Tak call I pun.

Sabtu, 11.10 malam –

Aku cuba call Safwan sebab dia tak balas whatsapp aku. Sambil call sambil seterika tudung bawal. Nak pergi kenduri esoknya dan terus balik

KL.

Panggilan pertama tak diangkat.

Panggilan kedua berangkat;

Hello? Suara perempuan.

Aku pelik. Aik? Kenapa perempuan? Handphone hilang ke? Husnozon.

Hello? Ni phone Safwan ke?

Ya, phone Safwan. Siapa ni?

Aku terpempan. Terbeku kat situ 3 saat. Nasib baik tudung tak terbakar. Tudung kesayangan tu.

Ni siapa? Tanyaku semula.

Wife Safwan, ni siapa? Kenapa call husband saya malam malam?

Aku blank. Macam ni kot rasa brain fog. Tak payah kena positif pun dah rasa brain fog. Menggigil aku jawap;

Kawan dia.

Kenapa ya call husband saya tengah malam? Tanya si isteri kali kedua.

Hal kerja. Esok saya call dia lagi. Entah la kenapa terkeluar alasan hal kerja. Padahal jauh sekali!

Aku letak call. 5 saat freeze depan iron board. Tak boleh jadi. Ni prank ke apa? Kenapa tetiba isteri?

Aku call sekali lagi. Tak berangkat. Sekali lagi. Dia angkat! Tapi si isteri.

Hello, saya yang call tadi. Berdebar!

Ya, kenapa?

Boleh tak saya nak confirmkan betul ke ni wife Safwan?

Ya, betul. Kenapa?

Sebab dia cakap dia bujang!

Sebelum ni dia bujang, tapi hari ni kami berkahwin.

Speechless.

Aku dengar dari jauh isteri Safwan bertanya;

Ni dia cakap dia selalu contact awak.

Mana saya kenal dia. Siapa? Safwan menafikan.

Betullah, ini phone Safwan, bukan prank, bukan phone dia hilang. Memang dia.

Nah, cakap sendiri dengan dia. Si isteri memberikan phone kepada dia.

Hello? Ni siapa? Tanya lelaki yang setiap malam menelefon aku melakarkan tentang masa depan. Dia tanya aku siapa.

Siapa? Soalku sarkastik.

Telepon berbalik kepada si isteri;

Selalu ke call macam ni?

Ya. Jawapku tegas, jelas.

Setiap malam?

Ya. Tegas.

Sayup dari jauh tidak jelas butir bicara, pada malam pertama mereka.

Saya minta maaf sebab saya dah jadi orang ketiga dalam perhubungan korang. Kataku dalam aku keliru dengan apa yang terjadi.

Mungkin dia call awak setiap malam, tapi dia vldeo call saya setiap hari. Jadi, korang tak berjaya pun! Si isteri terus letak call.

Tetiba, aku teringat FB Safwan. Terus aku buka profile dia dan yes gambar nikah atas pelamin dan outdoor di-tag oleh photographer!

Profile picture whatsapp bertukar. Gambar dorang atas pelamin. Aku masih boleh view profile picture dia. Dia masih belum block aku di whatsapp. Tertunggu jugak kena block.

Berbaju melayu off-white, bertengkolok cream dan berkasut kulit hitam. Semua gambar yang dia share adalah untuk majlis hari besar dalam hidup dia. Bukan kawan dia punya, bukan nak ambil berkat, bukan majlis adik bongsu perempuan tapi dia. Dia bernikah pada hari itu.

Aku syak, si isteri boleh tergerak untuk angkat panggilan telefon sebab tiada nama pemanggil. Makna kata, mungkin Safwan dah delete nombor dan chat whatsapp kami.

Kesimpulan: Orang ketiga takkan ada kalau tak diberi ruang dan peluang. Ada orang ketiga macam aku, yang tidak tahu sampailah Allah buka jalan macam ni.

Alhamdulillah, masih awal dan aku terus berhenti contact dia. Aku yang patut bersyukur sebab terselamat dari lelaki yang tak jujur dan tulus dalam hubungan. Tak dapat nak bayangkan betapa retaknya hati dan jiwa isteri dia selepas malam tu.

Aku doakan untuk di luar sana yang mencari pasangan, dipermudahkan segala urusan, dibukakan jalan untuk bertemu jodoh, dilembutkan hati kedua dua belah pihak sama ada pasangan atau ahli keluarga untuk menerima kita menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Semoga yang dating mendekati adalah orang yang telus dan ikhlas niatnya dalam membina hubungan yang diredhai Allah.

Kebarangkalian soalan daripada makcik pakcik;

1. Tak selidik sebelum berkawan? Tak check social media ke?

Dah selidik, tapi tak jumpa apa apa termasuk di FB dan IG.

2. Tak terdetik ke untuk berjumpa?

Dah plan, tapi alasan dia cuti dibekukan.

3. Tak buat solat istikharah ke?

Dah buat dan inilah jawapan istikharah yang saya dapat. Dapat tahu dia kahwin pada hari yang sama.

4. Kenapa tak tanya pendapat mak ayah tentang lelaki ni?

Sebab dah banyak kali berkawan tak jadi, segan la nak bercerita laki itu laki ini, kahwinnya tak jugak. Adoiii.

5. Tak rasa pelik ke bila lelaki tahu pasal pre-marriage requirements?

Pelik jugak tapi saya tak ada pengalaman, jadi saya fikir dia prepare untuk kahwin dengan saya tapi malangnya orang lain hahahahaha.

6. Kenapa tak mintak mak ayah carikan?

Mak ayah suruh cari sendiri. Kalau jadi apa apa dorang taknak dipersalahkan.

7. Dah bagitahu ke dekat mak ayah, lelaki tu dah kahwin?

Dah bagitau pagi tadi lepas subuh.

8. Apa reaksi mak ayah lepas dapat tahu?

Speechless sis. Astagfirullah bak kata mak.

9. Tak pernah nampak ke perempuan tu kat FB dia?

Tak pernah.

10. Kenapa cari online, kenapa tak kenal face to face atau kenal melalui kawan?

Sebab tak ada kawan lelaki yang single, dan kawan saya pun tak ada kawan lelaki.

– Loceng (Bukan nama sebenar)

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.