Mlm tu di RnR, hairan ada sorg prempuan ketuk tingkap kereta nk bg “sesuatu”, bila dia mengilai terus aku tekan minyak.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih ingat lagi tak kepada saya yang selalu berkongsi kisah dan pengalaman saya yang mempunyai deria ke 6?

Jika masih ingat, Alhamdulillah terima kasih dan mana yang sudah lupa salam perkenalan sekali lagi saya ucapkan

Malam ini sunyi jer kan. Mesti kalian sedang lena dibuai mimpi atau masih ada yang tidak mampu lelap memikirkan apa akan terjadi pada hari esok.

Apa kata yang tidak mahu lelap itu saya belanja satu kisah pendek ketika berada di sebuah perhentian RNR di lebuh raya.

Cerita ini sudah lama berlalu. Sebelum saya mendirikan rumah tangga lagi. Zaman remaja yang penuh dengan suka dan duka.

Ketika kejadian itu hujan turun renyai-renyai, tiba-tiba terasa seperti ingin ‘membuang hajat’. Teman saya memilih untuk berhenti di sebuah RNR yang paling hampir.

Malam itu kenderaan yang berhenti pun tidak banyak memandangkan lebuhraya itu masih baru. Pada ketika itu juga kelihatan hanya sebuah kereta sahaja yang berada di situ. Mungkin berhenti untuk ‘membuang hajat’ seperti saya.

Memikirkan keadaan yang sangat kritikal saya cekalkan diri masuk ke toilet manakala teman saya menunggu di kereta kerana bimbang jika kereta dicerobohi memandangkan banyak barang berharga ada di dalamnya.

Lega apabila melangkah masuk ke dalam tandas, ada seorang perempuan sedang mencuci tangan. Jadi suasana tidaklah sunyi dan suram kerana bunyi deruan air paip memecah suasana.

Masa diambil tidak terlalu lama. Ketika saya keluar, perempuan itu masih berada di sinki dan masih lagi mencuci tangan.

“Nak balik ke pantai timur ke dik?” Soalnya apabila saya berdiri di sebelahnya untuk mencuci tangan.

“A’ah. Betul… Akak?” Soal saya kembali.

“Sama lah, pesan pada teman tu hati-hati memandu nanti, jalan ni nampak jer lurus tapi banyak orang m4ti kem4langan,” ujarnya lagi.

“In Sha Allah. Saya keluar dulu yer,” saya meminta diri kerana bimbang memandangkan teman saya keseorangan diluar sana.

Ketika saya melangkah keluar, saya nampak perempuan yang sama sedang duduk di bangku batu. Saya cepatkan langkah kaki saya.

Perempuan itu menoleh dan melihat saya sambil tersenyum.

“Bila masa dia keluar?” Soal hati saya.

Saya melangkah masuk ke dalam kereta dan segera menutup pintu. Teman saya yang terlelap di kerusi pemandu sedikit terkejut.

“Lamanya… Berak ke? Kata nak kencing jer,” omelnya tanpa melihat kearah saya.

“Lama ke? Rasanya tak sampai 10 minit pun,” ujar saya perlahan.

“Manaaaa… Tengok ni dah hampir sejam tau. Sembelit ke apa,” soalnya geram sambil menggosok mata. Mungkin masih mamai kerana baru bangun daripada tidur.

“Eh nampak tak perempuan tu?”

Sebelum habis saya berkata-kata, tiba-tiba ada seseorang mengetuk cermin tingkap saya. Saya menoleh, perempuan yang sama sedang berdiri diluar kereta sambil memberi isyarat supaya saya membuka tingkap.

Saya menoleh kearah teman saya yang merenung saya dalam keadaan pelik.

Saya menoleh kembali kearah perempuan yang berdiri di luar tingkap saya.

Perempuan tersebut memberi isyarat supaya saya menurunkan tingkap. Saya menurunkan tingkap sedikit kerana bimbang jika ada niatnya untuk merompak.

Teman saya segera menghidupkan enjin kereta, malangnya gagal. Berkali-kali teman saya cuba, masih juga tidak berjaya.

“Ni telefon adik tertinggal,” katanya sambil menunjukkan telefon bimbit kepada saya.

“Kak… Tuuu”

Saya menunding jari kearah perempuan seorang lagi yang duduk di bangku batu berhadapan dengan kereta saya.

“Oh… Itu kembar akak…” Jawabnya sambil ketawa.

Apabila enjin kereta berjaya dihidupkan, tanpa berlengah lagi, teman saya segera meninggalkan RNR tersebut.

“Awak ni dah kenapa? Kan saya tengah bercakap dengan akak tu tadi. Nampak sangat biadab jalan macam tu jer,” soal saya geram.

“Kenapa apa nya? Perempuan mana? Apa yang biadabnya? Awak buka tingkap lepas itu bercakap sensorang, awak fikir tu lucu?”

Jawabnya sambil menggosok tengkuk sambil beristighfar panjang. Saya terkedu mendengar jawapan daripada teman saya itu tadi.

Saya melihat ke arah RNR yang baru ditinggalkan. Syukur alhamdulillah saya tidak mengambil pemberiannya itu tadi (telefon bimbit).

Tidak dapat saya gambarkan jika saya mengambil pemberiannya itu tadi, mungkin ‘dia’ akan terus mengikuti saya pada seumur hidup. Jauh di sudut hati saya berdoa, semoga roh kamu tenang di alam sana. Al Fatihah.

Saudara saudari sekalian, saya ingin berpesan. Jangan sesekali mengambil sesuatu pemberian daripada orang asing yang langsung kita tidak kenal.

Apatah lagi jika ketika itu waktu maghrib kerana boleh jadi itu adalah saka atau jin yang tidak bertuan yang sedang mencari tuan atau seseorang yang ingin melepaskan saka peliharaannya kepada tuan baru kerana tidak sanggup membelanya lagi. Nauzubillah.

– Adik (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Kampung Nenek saya jauh di tanah beradat, rumah saya pula di negeri sebelah utara. Masa kecil sangatlah suka family kami gerak blk kampung malam sebab malam kan sejuk..lagipun, ayah dan ibu suka drive dalam keadaan yg tenang (sbb anak2 confirm gaduh kalau waktu siang semasa travel). So, satu malam, waktu cuti sekolah bulan Disember, kami bergerak blk kampung Nenek selepas isyak. Kami adik-beradik tidur lepas penat bermain dalam kereta. Dulu2 highway PLUS bukan macam sekarang, RnR pun hanya ada Sg. Perak, Seremban etc. Lampu jalan pun hampir tiada. RnR juga selalu jadi tempat persinggahan kami. Jadi, bayangkanlah kalau balik malam tu highway sunyi dan lengang.

Enak kami tidur, tiba2 kami terbangun setelah kereta kami melambung. Langgar apa wallahualam. Kami anak2 tanya ibu bapa, bapa kata entah mungkin batu. Akan tetapi pelik betul batu di tengah highway sedangkan ibu bapa kata mmg takde apa2 pun atas highway. Ibu dan kami dah berasa takut, tapi bapa tenangkan kami. Bapa dan ibu baca doa, kemudian tutup radio. Kami teruskan perjalanan macam biasa.

Kemudian, salah seorang daripada kami hendak buang air, jadi bapa belok masuk ke kawasan rehat. Yang paling aneh, masuk kawasan situ jalan terus saja, tiada pondok atau bangunan tandas. Lurus jalannya sehingga kami tiba di penghujungnya iaitu jalan mati. Pelik kan? Walhal biasa dah berhenti di kawasan rehat situ. Muka bapa dah cuak, ibu pun naik seram. Kami adik-beradik apalah lagi. Bapa pun decide nak patah balik keluar dari kawasan rehat tu. Ibu terus menerus membaca ayat suci al-Quran (suratul Kursi). Alhamdullillah kami berjaya keluar dari kawasan itu setelah lama bapa memandu.

Sejak dari kes itu, kami tak pernah balik malam lagi.Alhamdullillah, sekarang kemudahan di PLUS pun semakin banyak
dan ramai orang juga yang actually suka gerak malam.

P/s: Ibu bapa saya memang ‘nampak’ , sebab tu kalau balik malam, ibu suruh anak2 tidur. Kami adik-beradik pun boleh rasa kehadiran mereka, cuma dah semakin berkurang setelah dewasa.

Netizen 2 : Dulu l/k 20 tahun yg lalu, Saya pernah kena di highway Karak, lalu situ dalam 2.00 pagi , kami satu kereta dengan kawan kawan sekampung nak hadir program di masjid di Selangor, semasa lalu situ, tiba tiba ada sebuah kereta dengan lampu tinggi sedang menuju menentang arus kearah kereta kami, laju pula tu, kami stay lorong Kiri, kereta tu warna putih menuju kearah kami dilorong kanan disebelah kereta kami, kalau kereta tu dilorong yang sama, Tak tahu nak bayang, parah la, …Tak tahu Lah tu kereta betul ke atau makhluk Jin, sebab Masa tu belum ada lagi kes kereta menentang arus, kami semua senyap Tak terkata , dia lalu sebelah kami dengan laju nya menentang arus , sedangkan itu one-way, dua lorong … siapa ada pengalam gitu dii Karak…. wallhuklm

Netizen 3 : seram juga , Saya baru balik , lalu lpt2, pernah juga singgah R n R tu tengah malam , tiada orang memang seram , tapi terpaksa la , nak ke bilik air, hati hati kawan kawan, Jin ni suka mmengacau manusia, banyak kan zikir…

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *