Mlm tu kami pergi rumah bomoh, ambil gmbar setiap sudut. Lpas 5 tahun bru nmpak sesuatu, terus kami syak Adam yg rancang semua ni.

Foto sekadar hiasan : Nama yang aku guna dalam ni bukan nama sebenar. Sebelum tu aku perkenalkan dulu nama aku Fariz.

Kisah ni bermula bila aku sambung belajar dekat satu institusi pengajian tinggi di Malaysia. Bila pertama kali masuk aku pun di tempatkan dalam satu bilik dengan 4 orang strangers.

Tak sampai berapa hari kami semua ni memang dah rapat jadi lepas dalam beberapa bulan sebelum kami tamatkan final semester dan seterusnya praktikal.

Kami ber-5 memang dah rancang nak pergi satu tempat ni, tapi cancel last minit sebab ada masalah dekat kawasan tu.

Jadi malam tu tengah sambil bersembang dan bersedih sebab cancel. Kawan aku yang sorang ni pun buka radio MJ 12. Kalau yang tak tahu MJ 12 ni kira macam segment radio orang share kisah seram.

Jadi kami ber-5 pun dengar. Jadi sampai DJ Kc ni cakap “kisah yang terakhir” sebelum tutup konti. Jadi DJ ni pun baca kisah last ni, dah dalam beberapa minit.

Kawan aku sorang ni nama dia Ikhwan macam “eh aku kenal tempat ni” aku dengan yang lain macam ketawa. Sambil tu kawan aku explain, sebab dalam cerita tu dia jelaskan tempat tu dan jalan dia serta kawasan tu memang dengan jelas.

Cerita yang di baca tu pula sebenarnya tentang satu rumah dekat perkampungan ni. Kawan aku pun bagi tahu dia kenal sangat kawasan ni sebab rumah yang dalam cerita tu dekat kampung atuk dia.

Kawan aku pun dengan laju ambil kertas lepas tu dia tulis balik jalan dan ciri rumah yang di ceritakan DJ tadi.

Lepas dah dalam sejam dia explain aku yang lain ni memang dah kira yakin. Dalam kumpulan kami ber-5 ni ada sorang nama Adam dia ni sepanjang bertahun kita orang sama.

Instinct dia kira paling tepat, kalau dia cakap macam tak sedap hati ke kalau macam dia cakap tak bagus confirm betul.

Adam pun cakap “eh takkan lah kebetulan sangat ni, kita tak dapat pergi tempat satu ni sebab hal ‘hantu’ sekarang pula dengar kisah hantu dan rumah kampung atuk si Wan ni pula” jadi bila fikir bilik eh terlalu kebetulan sangat ni.

Lepas dalam 20-30 minit fikir. Wan pun cadang dekat kami apa kata besok balik kampung atuk dia. Lagipun drive dalam 2 jam lebih dah sampai. Adam ni dia dah setuju terus, aku pula last sekali.

Bila dah okay malam tu tidur esok pukul 7 dah gerak.

Dalam perjalan ni Wan drive sambil dia cerita dekat kampung dia katanya rumah tu katanya bomoh punya rumah. Dia ni meningal tak tahu sebab apa tapi orang kampung cakap sebab ilmu dia juga. Panjang lebar juga si Wan ni cerita.

Bila dah sampai ni Wan terus bawa kami kawasan rumah tu. Rumah tu dah bertahun kena tinggal tapi terus terang masih lawa lagi luar dia cuma bersemak samun. Jadi kita orang dalam sejam tu pusing keliling.

Yang sorang kawan aku lukman ni dia ada kamera jadi segala sudut dia ambil gambar. Mulanya kami tengok dari luar, tapi Adam tiba ajak masuk dalam rumah tu.

Semua macam terkejut tapi follow juga masuk dalam memang bersarang labah-labah semua. Yang lukman pula dia ambil gambar setiap penjuru rumah tu.

Dah dalam sejam baru kita orang keluar dan terus pergi rumah atuk Wan ni. Tapi Wan dah warning jangan kasitahu atuk dia kita pergi rumah tu. Kami pun semua senyap, lepas dah 2 hari duduk rumah atuk Wan semua balik.

Tapi sebenarnya balik tu tak ada lah macam gangguan ke apa, bila dah seminggu lukman dah print gambar semua bila kami check tak ada lah macam ada “penampakkan” ke apa.

Jadi Adam pun cakap “mungkin aku silap kot” jadi kita orang ni pun ketawa sambil suruh adam belanja makan sebab dia salah.

Jadi lepas graduate dah ada hala tuju masing² bekerja. Lebih kurang 5 tahun kemudian. Tahun 2021, waktu tengah pandemic kawan aku yang ke-5 nama dia zul.

Dia video call dalam pukul 4:00 pagi bulan puasa ni tengah nak kemas sahur LP. Waktu call tu tengok muka dia nervous semacam jadi kita orang tanya apa masalah. Tapi dia asyik repeat “korang takkan percaya” dah dalam 10 minit Zul ni dia dah tenang.

“Ingat tak dulu final year kita pergi kampung atuk Wan ni pasal rumah seram yang kita dengar dari radio” dah Zul cerita baru semua ingat balik. Sebab dah lama aku pun baru teringat balik.

Wan ni pun terus tanya “apa jadi?” Sebab iyalah rumah tu dekat kampung atuk dia. Zul pun cerita sebab 2-3 hari lepas aku post throwback gambar dengan barang waktu zaman study dulu.

Dia pun terasa macam nak cari balik barang lama dan gambar lama zaman study dulu. Sekali dia pun terjumpa gambar yang kami ber-5 pergi rumah ‘berhantu’ ni.

Ceritanya, dah habis exam dulu lukman ni cakap korang nak tak gambar yang rumah berhantu ni. Tapi Adam ni cakap “kasi Zul je lah sebab dia kan ada macam diary” jadi Zul pun okay dia pun letak dan tampal gambar tu dalam diary.

Bila Zul dah jumpa ni dia ambik gambar ingat nak share dalam group. Tapi dia tersalah share, sepatutnya dalam group kami. Tapi dia ter share dalam chat tunang dia.

Tapi dia tak perasan dah dalam 5 minit tunang dia hantar mesej “u hantar gambar apa ni?” Jadi Zul ni bila dia check baru macam “eh sorry tersalah hantar, jadi Zul pun explain ni gambar rumah diorang pergi zaman study dulu.”

Lepas dah explain, Zul ni pun terlupa nak re send balik gambar tu dalam group. Esoknya, dalam pukul 3:30 pagi. Tunang Zul ni call dia, Zul terkejut jadi dia tanya kenapa.

Tunang dia pun explain gambar rumah yang dia hantar tu dia macam “familiar” sangat.

Jadi dia pun tunjuk dekat family dia mak, ayah dengan adik beradik dia. Tapi diorang tak ingat, sampai lah adik dia tengok. Dia pun cakap “eh ini bukan gambar yang akak lukis dulu ke”

Tunang Zul ni pun berlari dalam bilik cari lukisan dan memang tepat. Hampir serupa dengan dalam gambar. Dari dalam rumah, luar rumah.

Kisahnya, tunang Zul ni dulu umur dia 17,18 tahun kena buatan orang. Tak tahu siapa, jadi dia bawa jumpa pakar alternative.

Pakar ni cakap orang yang buat dia ni ada tanam benda selagi benda tu keluarkan dan lupus selagi tu payah berubat 100%.

Tunang Zul ni pun selalu sakit sambil dia mimpi tersesat dekat rumah ni. Setiap kali dia bangun, dia lukis rumah tu macam mana. Tangga dia, halaman dia, jalan.

Family dia cuba cari rumah tu dan tak jumpa. Penyakit dia kira sekarang dah okay tapi cuma 60-70%. Yang ustazan ni pernah kasitahu benda tu dah gali dan jumpa baru boleh tunang Zul ni kembali asal.

Jadi bila family dia dah perasan terus suruh call Zul. Zul pun terkejut, selama ni dia tahu tunang dia memang pernah kena buatan orang.

Tapi dia tak pernah cerita bab lukisan tu semua. Zul pun berbual dengan mak dan ayah tunang dia sambil explain nanti dia akan call kawan dulu ajak tolong uruskan benda ni.

Jadi lepas habis je call, Zul pun video call kami semua waktu Sahur ni. Bila dah dengar tu memang macam terkejut terus. Aku pun memang speechless.

Jadi macam kebetulan sangat ni. Kau bayangkan, kalau gambar tu tak ada pada Zul dan dia tak tersalah send. Dan dalam masa yang sama kalau aku tak share gambar throwback dan yang paling penting iyalah Adam.

Dulu kami semua ingat yang instinct adam ni salah tapi tidak. Benda ni terlampau kebetulan sangat. Adam pun macam terkejut dia sendiri pun tak percaya.

Jadi kami ni semua decide untuk pergi balik rumah tu. Sebab tunang Zul ni cakap dia yakin benda tu memang kena tanam dekat rumah tu. Dia siap tahu lokasi dekat mana ikut mimpi.

Waktu ni tengah pkp, semua duduk serata malaysia. Macam-macam surat buat nak kasi dapat rentas negeri punya pasal.

Sampai sana, Zul memang dah bawa ustazah dengan suami yang rawat tunang dia. Dah dalam sejam mengali kami jumpa, bukan satu dua.

Tapi 3, dalam tu ada gambar. Gambar tunang dia waktu kecik, lepastu masuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Ada rambut, kuku, dan gigi sekali.

Lepas ambil gambar, ambil video. Ustazah ni pun bakar semua benda tu. Tunang Zul ni pula bila tahu barang yang ada dalam bekas tu.

Terus dia tahu siapa yang buat, adik beradik mak dia. Sebab dulu akak mak dia ni pernah datang rumah dia tengok gambar family lepastu siap potongkan kuku sapu sampah kemas rumah. Padahal dia dua orang ni tak rapat.

Bila diorang pergi rumah makcik tunang Zul ni lepas mak dia dah mengamuk menjerit jerit baru dia menangis nangis mengaku. Sebab “jealous” keluarga adik dia ni kaya senang. Sebenarnya banyak lagi, tapi Zul cerita separuh je.

Terus terang aku ber-5 ni memang terkejut sangat. Sampai sekarang benda tak boleh lupa. Zul pun dah kahwin, setiap kali kami berbual benda nanti semua confirm pandang Adam. Kronologi “kebetulan” dia macam ni.

Siapa yang booking tempat kami bercuti? Adam. Tapi tempat tu cancel sebab ada kes kena rasuk. Adam juga yang malam tu suggest “eh buka MJ 12 lah dengar malam malam ni” dari awal memang centered dia adam.

Selalu juga kami gurau “kau ada rancang ke benda ni Adam” tapi itulah dia pun kebetulan tu melampau sangat. Sampai sekarang aku kalau teringat benda ni speechless.

– Fariz (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Bukan kebetulan tu.. takdir dan tunggu masa yang tepat..Allah makbulkan doa2 orang yang teraniya dan zul, confessor, rakan2 Allah jadikan pemudahcara, nak tolong tunang Zul ni. Dan akhirnya jumpa masa yang tepat. Ada hikmah dia.. Pengajaran untuk semua yang masih hidup ni.

Netizen 2 : Alhamdulillah akhirnya ada juga cerita yang lain dari yang lain selain dari kisah luahan membuka aib lakibini.lapang pala otak aku,hubungan dua insan bercinta tak jadi,mak bapak toksik kat anak anak,anak anak yang kemurungan sebab mak bapak yang toksik.ahhhhhh tenang

Netizen 3 : Jahatnya kakak kepada mak tunang zul tu. Kerana iri hati & dengki sanggup guna bomoh buat anak buah sendiri. Selalu kalau kita sakit misteri ni, mmg org terdekat yg buat, bkn org jauh pun. Harap makcik tunang zul tu taubat nasuha sebab dah mensyirikkan Allah swt. Nauzubillah. Kita kalau cemburu cepat2 lah istighfar. Adik sendiri kot yang kau buat tu.

Netizen 4 : alhamdulillah..maaf kalau saya cakap dalam hidup ni tak ada kebetulan, melainkan memang begitu sudah diaturkan. setiap tingkah laku kita terdorong oleh pilihan kita yang dalam pengetahuanNya sebelum kita terfikir lagi, kemudiannya diizinkan Tuhan. tunang Zul tu diizinkan Tuhan untuk sembuh, cuma jalan menuju kesembuhan tu masih rahsia tapi sekarang bukan lagi rahsia la. setiap yang berlaku, takda yang sia-sia, cuma kita tahu hikmah sekarang atau nanti, atau takkan tahu sampai bila-bila.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.