Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum wbt semua. Lately aku banyak baca tentang kecurangan, kajian yang seorang wanita ni buat lastly tersuka suami orang dan solidariti sister yang menjawab kajian tu.
Ini kisah aku pula. Aku terima segala nasihat, kecaman, brainwash dan segala galanya lah untuk aku hentikan dan keluar dari kepompong ini.
Ringkas tentang aku. Berumur 35, bekerjaya stabil, telah ada rumah kereta, self finance, cukup semuanya. Putus tunang pada umur 26 tahun (tunang balik semula pada ex dia) dan sejak itu tiada lagi lelaki yang serius dalam hidup dan menghambakan diri pada ibu dan kerjaya. Tiada rupa, chubby dan mungkin sedikit bergaya.
Si dia aku namakan A. Mula kenal di tempat kerja selepas dia ditukarkan ke cawangan kami. Bekerja sebagai pemandu dan ditempatkan di department aku. Berumur 45, seorang isteri (guru-ustazah sekolah kerajaan), 6 orang anak yang masih bersekolah semuanya.
Tugas dia bawa aku ke mesyuarat ,urusan di cawangan lain dan semua yang berkaitan urusan kerja melibatkan aku. Sesekali bawa juga bosses department lain sekiranya kurang pemandu.
4 bulan pertama kerja, dia ditugaskan sementara untuk bawa big bos syarikat. Aku jarang berjumpa dan berkomunikasi dengan dia, dan kebetulan aku bercuti ke luar negara. Mula berurusan dengan dia untuk tanya jadual bos, bos pass dokumen pada aku melalui dia,
Beberapa kali naik satu kereta dengan bos untuk ke mesyuarat. Kena tengking marah dengan bos dalam kereta depan A. Aku menangis, A pujuk kemudiannya.
Bermula dengan pujukan itu (kadang rasa nak marah bos kenapa tengking aku sebab benda ni la punca segalanya). A mula personal whatsapp aku, ajak keluar makan, mula tanya khabar, mula tanya dah makan atau belum, dah bangun belum, setiap hari tanpa gagal.
Situasi aku ketika tu, duduk seorang diri, takda boyfriend, kawan2 pun dah ada family sendiri jadi tak banyak masa dengan kawan. Memang setiap hari, balik kerja pergi kerja dan sejenis aku ni workaholic.
Having fun dengan cara shopping, travel overseas, cuba restaurant baru makanan baru, shoeholic, cats dan karoke.
Aku dah lama keseorangan about 8 years, independent, tiba2 ada pula yang mula ambil berat. Kita jadi teruja sekejap. Ya aku layan semua whatsapp dia (salah aku yang pertama).
Tapi, aku tak keluar langsung dengan dia sebab bila saja sebut hak orang, tak kira la boyfriend ,tunang, suami orang memang pantang aku, takda dalam kamus hidup aku.
2 bulan terakhir dia bawa bos tu lah dia usaha mengorat aku tanpa gagal. Aku bukan penyondol, jadi aku dapatkan khidmat nasihat kakak bawang. Kakak bawang kata stop stop stop layan A, hanya berurusan dalam waktu kerja dan untuk urusan kerja.
Aku turutkan sebab aku tau apa aku buat ni salah. Aku terus tak layan A, whatsapp dia aku tak layan. Waktu kerja pun kalau takda urusan dengan dia, aku tak layan dia.
A perasan perubahan aku. Selang dua minggu, pagi nak pergi kerja, A buat luahan perasaan yang dia sebenarnya dah mula sukakan aku sejak pertama kali nampak aku, dah mula ‘ter’ sayangkan aku (my god, mulut manis) bla bla bla sangat panjang karangan dia.
Dia kata tak boleh kalau tak tengok aku satu hari, dan dia perasan aku berubah dan dia malu dengan aku, dia tak nak naik ofis, dan kalau boleh dia nak tukar cawangan lain.
Kalau la aku tak bodoh dan tak tau taktik suami orang durjana waktu tu, aku biarkan saja whatsapp tu dan biarkan saja dia tukar cawangan lain.
Tapi apa yang aku buat sebenarnya sebab aku naif sangat, tak tau macam mana nak handle situasi ni antara kerja dan suami orang ni, aku panggil dia datang jumpa aku. Aku fikir 4 perkara.
Pertama, dia baru saja masuk sini tak kan nak tukar lagi, kedua nanti aku lambat akan dapat driver atau takda driver,
Ketiga aku kesian pada wife dan anak dia sebab asik berpindah randah dan keempat aku taknak ada hubungan yang tak harmoni dalam pejabat.
Jadi dengan naifnya aku panggil dia dan berbincang elok2 jangan lah sampai tak nak naik ofis dan sebagainya dan dia pun ok (kesalahan aku kedua).
A ambil tu as if aku dan dia dah oke dah bole jadi macam dulu – whatsapp setiap hari call setiap pagi sebab immediately esoknya dia start buat begitu dan yes aku melayan sebab aku taknak dia buat hal kat pejabat tak datang lah apa lah (kesalahan ke 3 )
Time goes by, dia da tak bawa bos dan duduk di post hakiki dia di department aku which means aku spend almost everyday dengan dia – meeting, outstation, kursus dll. Yang mana sikap melayan aku tu menjadikan kita berdua ni rapat tanpa aku sendiri sedar.
(sekarang aku faham sebenar benarnya maksud melayan tu apa) dari segi kerja dia memang tip top aku tak nafikan malah lebih better dari yang sebelum ni. Sangat punctual, sangat jaga masa,
Tau semua jalan, tau hotel mana nak duduk, makan minum semua tau kat mana, jaga rehat aku, all my belongings , takda mencuri, bak kata aku puas hati. Pagi2 memang tugas dia kejut aku kalau aku terlajak sebab nak kena on time jaga masa.
Heels2 aku semua dia jaga elok semua tentang aku dia cepat faham dia tahu nak buat apa. Dalam pada dia menggatal dengan aku, bab kerja dia serius.
Sebelum ni dia pernah bawa Dato’ jadi kerja dia lebih teruk waktu tu berbanding sekarang. Kalau ada apa tak kena, kurang ke semua dia uruskan.
Makan minum aku kat mana-mana semua dia serve. Aku teruja lah dilayan begitu sebab aku bukan level datin pun.
Tapi dia kata dia dah terbiasa dan aku orang pertama dia bawak orang biasa takda pangkat besar macam Dato’ tapi kerja dia, tetap kerja dia. Aku pernah tanya kenapa dia nak tukar.
Dia kata badan da tak mampu nak kerja teruk dengan orang kenamaan sebab makan minum tido tak menentu, tak balik rumah tak pernah ada rehat langsung, jadual sentiasa penuh.
Dia buat keputusan tukar dengan orang muda. Dia da puas rasa. Duit memang banyak kalau bawa orang kenamaan tapi takda life.
Berbalik pada kisah aku dan A ni, bila dia uruskan hidup aku sampai macam tu sekali, aku mula tak kisah dia pegang kunci spare apartment aku.
Sebelum ni aku memang ada letak kunci spare dalam kereta tapi tanpa pengetahuan driver lah dan sampai sekarang dorang tak pernah tahu, dan tak pernah masuk rumah aku.
Dijadikan cerita, puncanya satu saja, aku kena pergi outstation on the spot dan kena pakai baju kurung dan aku minta dia masuk rumah aku untuk amik baju aku. Start tu dia pegang spare key aku in case anything.
Disebabkan kerja aku, outstation aku, aku da mula pula harapkan dia hantar baju amik baju aku kat dobi, bagi pets dalam rumah aku makan,
Kalau aku takda seminggu memang dia akan jaga rumah aku dan uruskan semuanya. Dia willing untuk buat sebab tu antara kerja dia sebelum2 ni tapi tengok juga bos, ada yang tak macamtu. Dan bezanya aku ni perempuan.
Kadang kalau tak sempat memang dia akan uruskan groceries aku. (kesalahan aku ke 4 sebab terlalu mudah dan tak da fikir negatif langsung tentang ni)
6months after, isteri dia mula hidu. Haihh. Isteri dia call staff aku, tanya aku siapa, aku orang yang macam mana, apa hubungan aku dengan laki dia, dia nak datang ofis jumpa aku.
My staff cuak sebab tak pernah isteri driver call cari aku. My staff jumpa aku the next day gigil tangan cerita and suh aku call wife A.
Staff aku ada beri nombor aku pada wife A juga. Staff aku tak bagi wife A datang ofis. Cuma ayat yang best tu, wife A pesan pada staff aku jangan beritahu langsung dengan A. Sebab semua orang tak tau A ni macam mana.
To be honest, sepanjang 6 bulan bersama A kami pernah ‘bersama’, kadang2 kerja luar book 2 bilik tapi hanya guna 1 bilik. A da mula ‘selesa’ keluar masuk rumah aku, makan minum dia dalam pada tak sedar aku tanggung complete 3 kali sehari,
Kalau beli makanan A tak pernah pulang balance duit (dia fikir aku Dato’ agaknya), kalau shopping groceries kat supermarket dia ambil sekali untuk groceries rumah dia masuk troli tapi kat kaunter bayaran, aku punya duit sorang yang keluar.
Setiap malam kecuali weekend, akan rest dan bermanja dulu dengan aku baru balik rumah bini.
Weekend kalau ade servis kereta dia akan lepak dulu rumah aku sampai petang da nak maghrib baru balik. Dah mula tunjuk barang2 dia minat pada aku, da mula ‘meminta’ cara halus tapi aku buat bodo, kenapa aku kena mewahkan dia.
Pernah dia pergi konvoi, motor dia rosak, call aku terus suh aku bank in pada dia rm700 nak betulkan motor.
Aku turutkan sebab aku malas nak pening2 kepala fikir. Kat sini memang aku mula rasa digunakan tapi aku tak tau macam mana nak buat sebab aku sendiri dah tersilap langkah dan kita kerja bersama.
Memang pepatah kata don’t eat and poo at the same place tu sangat betul dan memakan diri aku sendiri. Dalam tempoh tu, dia mula bawa aku jumpa kawan2 dia, meaning on the way balik rumah after outstation dia da siap2 deal dengan kawan dia nak makan kat mana.
Kadang memang tempat mahal saja sebab dia tau aku yang bayar. Kita ni da la penat kerja, balik kena ikut pergi makan pergi melepak, kene keluar duit pulak lagi, elok kena tanggung sorang makan, menambah 2 3 orang.
Niat dia yang aku nampak, nak bangga dengan kawan2 sebab dapat tackle aku dan berpangkat pulak lagi.
Dan ini bukan sekali dia bawa jumpa kawan2. Aku tak tau kenalan luar ofis dalam ofis dah berapa ramai yang dia canangkan. Juga setahap mana dia bercerita dengan orang tentang hubungan ini aku tak tau.
Sungguh maruah aku tercalar dan aku rasa malu sendiri sebab aku sangat menjaga maruah dan rekod aku dengan baik.
Selain tu, dia da mula pengaruh aku dalam urusan kerja, aku tak pernah kerap keluar, aku keluar dengan dia, makan, shopping, balik rumah awal. Dan paling teruk, pengaruh aku dalam semua keputusan2 aku dalam company, burukkan orang dsb.
Mungkin bos aku tak perasan tapi aku mula rasa performance aku dah makin kurang dan tak berkualiti dan aku benci perubahan yang berlaku pada aku sekarang. Bila dengan A solat terus tinggal. Aku free hair tapi masih jaga solat dan puasa aku.
Bila kenal A makin jauh aku dengan agama, hubungan dengan kawan baik kat pejabat da makin renggang mana tak, berkepit saja dengan A. Duit jangan cakapla memang tak cukup sentiasa. Hidup rasa sempit, tertekan, tak fokus kerja, leka.
Lagi menyakitkan, siang hari berseronok dengan aku, malam tetap balik rumah bini, lepas puas, tinggal aku sendiri.
Malam2 sakit aku, tak bole tido aku, semua aku tanggung sendiri. Setiap malam aku rasa useless. Jadi mistress kat rumah sendiri, pada driver sendiri, tak berduit pulak.
Berbalik pada bini A yang cari aku tadi, aku terus call bini dia on the spot. Bini dia tak angkat. Ok, maybe tak simpan nombor aku. Aku whatsapp kenal kan diri. Dengan kasar, terus tanya hubungan aku dengan A. Aku buta-buta la cakap takda apa-apa, hanya urusan kerja.
Dia memang tak percaya la. Aku ajak jumpa, dia setuju. Dia bagi syarat hari jumaat A pegi solat jumaat dan dia suruh aku pilih tempat yang A jarang pergi. Kata dia, dia sendiri tak tau apa A buat, pergi mana. Dia kata aku lebih tahu. Aku beri details pada dia tempat dan masa.
Pada hari kejadian, aku da bersiap nak pergi, aku tanya bini A ni dah kat mana. Dia kata tak jadi pergi, anak kat rumah takda sapa jaga. Aku cakap ok, saya pegi umah akak, saya nak selesaikan hal ni, beri location. Bini A ni taknak bagi aku datang rumah dan taknak bagi location.
Ok lah. Ikut kau lah kak. Esoknya macam biasa A call whatsapp aku. Aku tak layan. Seharian aku mendiamkan diri. Petang aku balik rumah (waktu tu rumah sewa), A datang. Aku dah awal2 tukar mangga. Dia bagi gambar duduk depan gate apartment aku.
Dia terus cakap wife saya cari awak ke. Aku tak layan. Dia ugut duduk depan gate sampai aku bukak pintu. Aku cakap lepaskan aku, aku taknak cari pasal dengan laki orang, kene terjah dengan bini orang. Aku cakap kalau dia tak balik, aku call polis atau bini dia.
Sepatutnya aku buat begitu (kesalahan no. 5). Instead, aku call kakak bawang aku sebab aku tak pernah hadapi situasi ni ,aku panik dan aku accept advice dia.
Kakak bawang kata, tak perlu report polis nanti effect kerjaya aku dan dia, tak perlu call wife A sebab dalam keadaan apa sekalipun,
Wife orang tetap akan salahkan perempuan lain menyondol laki dia (ikut geram aku sekarang ni, dah betul aku call bini dia, tunjuk bukti laki kau yang tak betul) . Kakak bawang advice, slow talk baik2 dengan A.
Bersambung, aku penat taip…
– Laila (Bukan nama sebenar)
Kredit : iiumc