Nmbor HP diconteng belakang pintu tandas, ramai suami org call pdhal aku lelaki. Trkjut aku ap yg dorg mintak.

Foto sekadar hiasan – Aku harap admin bantu aku untuk luluskan confession aku kerana aku terpanggil kerana tanggungjawab aku berkongsi untuk kebaikan semua. Maaflah kalau ada SUAMI yang tak suka tapi aku perlu sampaikan atas rasa tanggungjawab.

Aku ni single, memang terbuka kalau siapa nak try atau mengenali aku lebih dekat. Aku alukan saja. Tapi sejak tahun lepas, aku dapat banyak mesej dari aplikasi Whats app yang tiba-tiba mesej, “Hi, boleh kenal?”, “Saya Shah, 29, klang, Intro back plsss”.

“Hi, dapat nombor u. Katanya san**p? Kenal jom”. Dan banyak lagi. Semua mesej berpuluh-puluh tu dari LELAKI dan masalahnya, aku pun LELAKI!!

Dalam Disember tahun lepas, aku dapat banyak sangat mesej nak kenal. Aku cuba lah risik dari mana, siapa? nak apa? Rupa-rupanya, tu semua adalah golongan LBGT, atau golongan minat sesama jenis.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya ada orang pergi jual atau conteng nombor aku belakang pintu tandas di 3 tempat berbeza. Di mall, rnr dan tandas awam. Aku tak tahu siapa yang pedajalkan nombor aku atau siapa yang nak gurau kasar atau dengki dengan aku.

Tapi yang pasti, aku dah dua kali tukar nombor termasuk nombor kesayangan aku, nombor yang aku mula-mula sekali pakai. Kalau aku tahu, siapa yang jual nombor aku sampai privasi aku terganggu ni, aku kerat kerat dia ni.

Menunjukkan bertapa marahnya aku dengan perbuatan bangang ni. Seingat aku, aku memang tak pernah sakitkan hati orang, jadi aku tak tahulah motif sebenar perlakuan ni.

Balik pada topik, bila dah kerap dapat mesej, aku cubalah melayan beberapa orang dari berpuluh tu. Untuk nak selidik juga rahsia mereka.

Rupa-rupanya, ada antara mereka yang bergelumang dengan sesama jenis ni memang dah berumah tangga.

Ada isteri, ada anak. Benda ni baru bagi aku, tapi rupa-rupanya, kata mereka, yang benda ni dah lama, dah memang meluas. Cuma kata mereka, pandai makan, pandailah simpan.

Maknanya, suami-suami orang ni memang dah berkeluarga, tapi mereka memasang skandal lelaki pula tu dibelakang isteri dan berapa banyak dah yang dah ke ranjang pun dengan safety atau penggunaan ko***m.

Sumpah aku terkejut, dan aku tak sangka, mereka yang dah berkeluarga, dah ada wife, tempat fitrah pun tak dikisahkan dah. Bila aku tanya kenapa cari lelaki bila bini dah ada. Nak tahu apa jawapan aku dapat?

Antaranya, wife tak pandai layan atau sibuk dengan kerja. Dan ada juga yang jawab, kepuasan dengan sama jenis ni tak dapat nak digambarkan, memang berlipat ganda kepuasan dia. Automatik aku terfikir, dalam kepala lelaki sekarang, memang ada nafsu saja ke?

Itu saja kah yang difikirkan? Ada yang nak goda aku, katanya dia boleh bagi video dia berjlmak dengan isteri dia, tapi aku kena puaskan dia pula selepas tu. Mengucap panjang aku.

Bagi aku, ni antara salah satu masalah sosial yang teruk. Kalau dibiarkan, lama-lama boleh jadi barah. Siapa sangka, suami orang. Nafsu pada sama jenis . Kemungkinan blsek5ual atau mungkin kahwin hanya untuk menutup perlakuan terkutuk tu.

Aku nasihatkan kepada golongan ni, tolonglah sayangi keluarga anda. Hentikan lah perbuatan anda kerana itu pun dikira menzalimi hak isteri.

Aku tahu memang banyak ada nafsu sebegini dan mungkin meraka tetap kahwin pun sekadar untuk mempunyai zuriat saja tujuan nya, bukan untuk ke syurga atau bahagia bersama pasangan.

Kepada para isteri, sila jaga atau perhatikan suami anda, adakah benar-benar suami anda lurus?

Pernahkah anda semak handphone atau rahsia suami? Atau ada tindakan mereka yang mencurigakan? Mungkin ada yang berpendapat, tak perlu semak sampai terlalu detail, anda percaya suami anda.

Tapi bagi aku, kalau anda suami isteri, sepatutnya tiada rahsia. Tiada syak pelik-pelik. Tiada privasi password handphone, dan sebagainya, kerana anda sepatutnya berkongsi segalanya. Zaman sekarang ni, musuh isteri bukan saja perempuan lain, tapi juga lelaki lain.

Tapi siapalah aku untuk menetapkan. Aku cuma pesan kerana apa yang terjadi pada aku menunjukkan ramai suami orang yang nak try aku, bukan perempuan.

– Ijal (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Netizen 1 : Salam,

Hahaha… just nak share, makcik pernah kena kacau sebab orang tulis no telefon kat duit. Hampes betul. Sampaikan makcik cuba nak dapatkan duit tu.

Last last, dapat la…

Lepas tu tak ada dah orang kacau.

Syukur makcik tak diuji suami suka lelaki sama lelaki… dia ada sahabat, tetapi sahabat yang sama sama mengajak utk pergi umrah pegi haji… hehehe…

Semoga kita semua bahagia dan dilindungi daripada ujian pelek pelek.

Netizen 2 : Pernah seorang kenalan aku, tak pernah sorok dia gey, ajak aku kahwin.🤣

Aku ni ingat dia dah insaf, so aku bagi peluang dekat dia. Dalam pada tengh makan dengan aku, bf dia call. Bf dia famous weh, influencer ke artis macam tu la, sponsor dia duit bulanan, baju kasut bag semua branded.

Dia ajak aku kahwin sebab dia kata mungkin aku boleh didik dia jadi lelaki.

Aku reject dia, dia marah aku. Mengamuk.

Nak ceritanya lelaki gini, target je nak kahwin. Nak tutup malu, nak orang didik dia. Dia sendiri tak nak berubah. Dia ingat perempuan ni kain buruk dia tukang lap dosa dia.

Dia pernah cerita dengan aku, suami-suami orang ramai je yg dia kenal terlibat dgn hubungan songsang. Isteri tak syak sebab ingat keluar dengan kawan lelaki, tak bahaya.

Begitulah lelaki. Tak dikebas perempuan, disangapkan oleh lelaki. Takpun diambil tuhan.

Last-last perempuan juga yang salah.

Netizen 3 : Sedihnya ketua keluarga mcm ni. Tp itulah.. hati, iman dan akidah kita ni antara usaha kita dan izin Allah jua. Klu minta isteri tgk²kan suami, ikutkan.. suamilah yg lebih utama membimbing isteri. Tambah tolak sbgai manusia yg alpa, bolehlah isteri tegur²kan.

Tp pada saya lbh senang serah dan doa pd Allah, penguasa yg maha besar. Doa biar Allah tanamkan rs takut pd maksiat dan kejahatan dalam hati kita dan pasangan, taqwa yg tinggi dan segala yg baik².

Nak check satu², nak kena jaga badan bg tiptop.. nak curiga lebih².. nak buat itu ini hny sebab nak suami lekat ngan kita.. penat tau.

Doa agar Allah bg balasan dan keinsafan pd suami² yg menganiaya keluarga.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.