Foto sekadar hiasan ;
Sebelum aku cerita panjang-panjang, baik la aku terus bagitahu yang penghujung karangan ni soalan. Haha. Aku takut orang ingat drama pukul 7 pulak. Bismillah. Aku ada jiran yang dah tua.selang beberapa unit yang aku duduk sekarang.
Pak Lan aku panggil dia. Kisahnya dia kerja jadi tukang sapu dekat taman perumahan aku. Taman aku ni kecil je. Jadinya kalau lalu tu jarang la tak terserempak. Bini dia pun kerja jugak lagi. Tapi bukan tukang sapu la.
Tak silap aku bini dia siap ada ijazah. Bukan ijazah sarjana muda, tapi ijazah. Sekarang kerja dengan kerajaan. Kalau hari raya, ada la dia hantar makanan.. berbalas-balas tipuware gitu.
Dulu aku ingat dia tinggal seorang. Ada hari tu sekali dia suruh ambil makanan dalam rumah. Aku agak dia ada ambil tempahan makanan haritu.. Masuk je la. Ingatkan tak ada orang, rupanya ada dua orang, seorang lelaki, seorang perempuan tengah borak kat meja.
Kiranya ada keluarga la. Pak Lan ni aku pelik sebab asyik kerja je hari-hari, tak tau bila tak kerja. Hujung minggu kadang tengok ada la dia dengan penyapu dia tu. Tak pernah nampak beliau pergi meronggeng ke apa..
Kereta tak ada motor pun tak ada. Basikal tak payah cakap lah. Lepas tu aku tanya la;
“Pak Lan. Pak Lan kalau pergi beli barang basah, macam mana?” Tanya aku yang kurius amat ni.
“Tu– si kawan baik akak awak tu pergi belikan” sambil muncungkan mulut dia, tapi tak ada siapa pun dia tunjuk tu. Aku pelik jugak kenapa la dia bahasakan diri dia pakcik, bini dia aku kena panggil kakak, bukan makcik. Ok lah.
“Laa.. yeke. Dia duduk rumah yang mana? Bagus betul siap tolong hantar ambil akak” “Duduk rumah saya la.”
Masa ni aku jem. Sebab apa? Sebab orang tu lelaki. Haha. Selama ni asyik bertembung, sekali rupanya dari rumah Pak Lan. Ingatkan duduk lorong yang sama je. Mana la nak sangka kan. Pastu cerita punya cerita.. rupanya mamat yang aku ingat saudara dia dalam rumah awal tadi tu, dia la orangnya, kawan baik bini dia.
Lepas tu aku dah mula pelik.. mesti korang pun dah mula berfikir kan? Haha, ok lepas tu aku abaikan je la dulu. Terlalu awal untuk menghakimi. Nak dijadikan kisah.. dah acap kali jumpa, dia pun cerita yang dia dengan bini dia dah tak sehaluan.
Duduk kat rumah pun tak masak makan sama-sama. Dia ada anak, seorang je, tapi tak dibela sendiri.. 4rwah nenek kepada anaknya yang jaga. Aku ni malas nak jaga tepi kain orang. Tapi dah orang tu macam nak suruh aku jaga je. Aku tanya la, sejak bila dia ni menumpang, macam mana boleh duduk sekali.
Tapi dia kata, dia dengan bini dia tu masih tinggal sebilik la. Dah lama mat. Kalau beranak, budak tu dah darjah 1 kau bela. Begitulah tempohnya. Dia kata dia cuba je halau, tapi orang tu muka tebal benar.
Rileks je berleha-leha dekat rumah orang bukan muhrim. Tapi punca utama katanya, bini dia yang ajak duduk dan tak suruh langsung orang tu keluar. Bila disuruh, dia kata kesian tak ada tempat lain. Orang tu kerja macam Pak Lan juga, kat taman lain. Tapi kerap cuti. Banyak tak kerja dari kerja.
Yelah dah kerja jadi tukang hantar ambil bini Pak Lan kan. Pak Lan ni siap dah suruh bini dia pilih, saya atau orang tu? Jawapan dia, “kenapa kena pilih, orang tu tak ada kaitan dengan kita”. Tapi bila suruh keluarkan, beribu alasan. Pak Lan ni baik.
Mungkin la korang nak cakap dia dayus kan. Tapi korang pernah tak jumpa orang yang terlalu baik. Macam tak mampu nak marah nak naik angin, apa lagi nak terajang orang. Pak Lan ni salah seorang manusia yang macam ni.
Dia cerita, gaji dia dapat je memang terus dia bayar pinjaman rumah walhal pinjaman tu bini dia yang buat. Nama dalam SPA memang la berdua tapi beli rumah tu pun tak ada tanya pendapat Pak Lan pun katanya.
Bini dia kata, tu kan nafkah dan tanggungjawab seorang suami. Jadi orang yang baik ni, macam tu lah kan, kena tindas. Belakangan ini, baru aku tahu yang dia kerap kelaparan. Disebabkan dah biasa sembang dengan aku, dia pun tak segan mesej atau telefon aku untuk beritahu dah dua hari tak makan, lapar. Dah terketar-ketar.
Aku rasa berdosa pula sebab rupanya ada jiran kelaparan tapi aku tak tahu. Aku tahu dia perlukan sokongan anak dia, tapi sebab hubungan memang tak erat sebab tak bela sendiri, anak pun macam tak berapa nak layan sangat ayah yang nak sambung balik hubungan.
Yang aku tahu, dia tak rela pun anaknya dibela orang. Tapi dia tak mampu nak lawan. Dia kata, dia minta anaknya datang tolong cakap dan berdepan dengan orang tu supaya keluar dari rumah mereka.
Tapi anaknya tak nak sebab serabut dengan hal-hal macam ni. Kesian kan?Pak Lan kata dia nak larikan diri dari rumah, tapi aku tahu dia tak ada tempat nak pergi. Duit tak ada. Tersepit. Semalam aku jumpa dia, dia kata kritikal dah sekarang.
Dia dah berjaya cakap sendiri dekat orang tu supaya keluar dari rumah dia sebab dia menjadi punca masalah antara dia dengan isteri dia. Lepas tu aku tanya la;
“Orang tu dah bungkus barang-barang dia ke?”
“Belum.” Tepuk dahi aku dengar. Bayangkan kalau aku terserempak dia. Tak ikhlas betul aku nak senyum. Rajin juga aku cakap kat Pak Lan,
“Agaknya kalau dia keluar nanti tak ada orang boleh hantarkan dia pergi kerja kot”.
Pak Lan cakap “Akak kau boleh memandu la. Dia la selama ni yang bawak kereta kalau kami keluar pergi mana-mana. Dulu saya macam belangkas dengan dia pergi mana-mana. Sekarang dah tak lagi sejak adanya orang tu kat rumah saya.”
Aku kadang-kadang rasa macam, ke aku dengar sebelah pihak je? Tapi aku rasa tak logik pulak. Sebab pertama, terang dan nyata memang tinggal satu rumah yang sama.
Kedua, aku sendiri pernah tolong bayarkan duit rumah tu dekat bank, nama memang nama bini dia. Aku pernah tolong semak berapa baki akaun Pak Lan tinggal dalam bank.
Aku tanya juga, kenapa tak buat laporan polis je? Atau pun pergi pejabat agama. Dia cakap, isteri dia cakap dia tak ada niat nak bercerai dan bukan galak.
Pak Lan siap bagitahu kalau dia orang nak kahwin, dia tak kisah. Asalkan selesai dengan cara baik. Bukan biar je macam ni.
Tapi isteri dia memang menafikan dan tak mahu penceraian. Aku tak nak sebut berkenaan jika ada keterlanjuran atau apa-apa.
Aku tak berani tanya dan dia pun tak cerita. Aku pun rasa macam tak ada unsur-unsur begitu. Cuma cerita utama dekat sini, dalam rumah ada ajnabi yang tinggal sekali tapi tak nak keluar dan tidak dikeluarkan.
Jadinya kat sini, aku nak tanya, apa cadangan kalian?
Antara komen netizen :
Netizen 1 : Pelik tapi x mustahil berlaku. Teringat kes sorang kawan dulu. Lakibini dah bercerai tapi masih serumah kerana masih ada rasa sayang agaknya. Masing2 dah start dating pasangan baru tapi bila mereka balik rumah masih tidur sekatil mcm laki bini….Hmmmmm
Netizen 2 : Paklan jgn risau kalau berpisah blh ke pondok2..mendalami ilmu agama, habiskan sisa2 hidup disitu dekatkan diri dgn Allah..duduk dirumah sendiri pun sampai x makan 2 hari ya Allah kesiannya..daripada tanggung dosa2 isteri apa yg diaorg buat kat belakang pun x tau lah..nauzubillahiminzalik..mende2 mcm ni x blh husnuzon..perkara yg mendatangkan fitnah harus dijauhi oleh org mukmin..
Netizen 3 : Kalau betul ni bkn halusinasi, Paklan keluarlah dari perkhwinan tu atau kawin lagi satu please (kahwin baru). Kwin dgn org yg mnghormati & mghargai lan dan tak mnjadikan paklan suami yg dayus. After that, move to somewhere else pls dgn isteri baru cari ketenangan hidup ke.
If kes ni ada kaitan dgn mental health issues,teman laa pak lan gi berubat (seek professional help perubatan islam) juga if dia pun rasa something wrong dgn diri dia.
Tapi ape ape pun selidiklah dulu both sides and watak watak yg disebutkan tu sblm buat apa apa tindakan.
Cerita pelik, tapi tak mustahil ada.
Netizen 4 : Tolong jgn teragak2 utk cegah perkara yg jelas2 haram.. tolonglah, amar makruf nahi munkar itu dh wajib ke atas awk TT.. ini bukan isu mengaibkan jauh sekali jaga tepi kain org.. ini isu tanggungjwb kita sbg saudara sesama Islam..
Tak saja2 ALLAH zahirkn perkara ni pd awak TT.. kalau rasa lemah juga mcm Pak Lan,paling kurg smpaikn masalah ni pd pihak ke 3.. mna tahu mreka punya 1001 cara utk selesaikn masalah ini
Netizen 5 : Seriously..mcm dah kene nasi kangkang or guna2 je pkcik tu..menurut je.. yg paling truk smpi xd duit nk mkn..duit gji bg kt bini semata..tp bini duk la berhuhadlm uma dgn jntn keparat lain..keje pun lebih kurg mcm laki dia kot@pkcik tu… Ajk pkcik tu berubatdlm masa sama bole libatkn ustaz yg rukyah utk bantu selesaikn masalah pkcik tu… Mst ustaz pun takmau bnda2 dosa ni org lama biar kan..my 2cents..klu diri sndri xmmpu nk bntu tgur and selesai .mgkin pihak ke 4 bole tlg cr penyelesaian terbaik .
Netizen 6 : Aneh2 je.Cuba dtg bertandang dgn org ada ilmu, buat2 kepoh, borak2. Kalau rasa pihak isteri dan kwn baik tu salah, barulah buat aduan dkt ajk taman.
Tapi time borak2 tu hati2, kot2 yg penumpang tu ada ilmu / ayat power, silap haribulan dia tumpang rumah ko pulak..
Netizen 7 : Mcm x logik pula bini dia ckp xda apa2 dgn lelaki tu, tp halaunya tidak. Maaf ckp,pakcik tu mungkin dh kena guna2 dah tu.. bawalah berubat dl.pastu br settlekan hal org dlm rumah tu.. samada halau lelaki itu @ dia ke pjbt agama.. teringt bbrp thn lps lebih kurang mcm ni juga kisah yg sy tahu.. huhuhu…
Netizen 8 : Kesian betul pak lan… Jangan terkena nasi kangkang sudah .. minta dijauhkan… Ada ke lelaki yg betul2 sebaik cm dia ni … Tak tahu lah kalau belum jumpa dah terang lg nyata jelas bagai bukan siapa2 jantan tu . Duk serumah buat apa.. mesti lah kalau betul2 sedar and waras lah mesti kena halau punya.. tp tak tahu lah kalau mmg betul pak lan jenis lembut hati gitu
Netizen 9 : Mesti bertindakla..xde jkkk ke wakil rakyat situ yg tahu eh. Mesti busybody sikit la hal ni menjadikan kita bersubahahat dan mendatangkan kebalaan kpd semua. Mungkin juga belum lafaz talak dan unsur dayus . Mesti datangkan wakil untuk selidik.
Cam tmpt saya zaman dulu pun ada gini..org kg campurtgn untuk selesai kes.
Netizen 10 : Cuba beritahu pak Lan tu..kuasa seorang suami dn erti dn akibat perbuatan dayi5Syorkn dia stop bayar rumh, klu x de kuasa pun dlm rumh tu, gunakn duit tu, utk sewa bilik dn sara makn minum sendiri..Beritahu, cerai lbh baik dn mmg talak dlm kuasa dia, drpd jd dayus dn dlm masa yg sama, tak de kuasa nk kawal rumhtgga dn tdk dihormati pula cakap² dia.
Sumber : iiumconfession