**gambar sekadar hiasan
Hi semua. Saya ada pengalaman nak berkongsi. Saya ada seorang Pakcik yang amat kaya. Boleh dikatakan dia dan keluarganya hidup senang. Saya rapat dengan Pakcik saya ni. Saya nak kongsi apa yang saya lihat dari mula mula saya start rapat dengan dia.
Dia dan Makcik saya mempunyai 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka ni kaya tau, bukan kaya pakai Vellfire duduk bungalow. Ni kaya merepek sikit. Orang beli bungalow, dia beli tanah dekat Pulau buat rumah, tu pun bukan duduk, cuma jadi rumah persinggahan.
Macam tu dia punya kaya. Pernah sekali saya temani dia ke showroom kereta, dia carikan Porsche Taycan untuk anak lelaki dia sempena ulangtahun kelahiran ke 21. Macam tu punya kaya. Dia juga ada 2 jet peridadi yang dia beli untuk kegunaan domestik dan international.
1 jet ringan untuk kegunaan domestik yang saya ingat adalah, jenis HondaJet Elite S. Saya ingat sebab sewaktu jet tu sampai di hangar di Lapangan Terbang Subang, saya di ajak untuk menemani beliau.
Agak seronok jugak la, pengalaman yang saya tak dapat lupakan. Pengalaman pertama naik jet peribadi, saya macam biasa lah.. macam kera dapat bunga. Yela, bukan hari hari dapat masuk jet peribadi.
Pakcik saya ni bukan kaya atas keluarga, dia boleh dikatakan ‘self made’ man. Dia bekerja dengan syarikat yang agak besar iaitu A_azo_.
Syarikat jual beli barang online. Korang sendiri tahu la syarikat apa. Berpangkalan di Amerika Syarikat. Saya tak berapa pasti apa jawatan dia, tapi antara orang besar la dalam company.
Dia ni dan keluarga dia memang jenis private tau. Takda orang tahu dia ni kaya selain saya dalam keluarga. Disebabkan kami rapat, jadi dia ni banyak bercerita dengan saya, dan selalu jemput saya ke rumah nya.
Bila hari raya, atau ada perjumpaan dengan seluruh ahli keluarga, keluarga dia ni duduk paling hujung dan paling diam. Masih segar dalam ingatan saya, kira macam keluarga dia ni di anak tirikan la dalam keluarga.
Sewaktu sesi perjumpaan antara keluarga tu, biasalah.. ada keluarga bercerita anak dia dapat masuk Universiti, ada juga yang bercerita anak dia jadi pegawai kerajaan, ada juga yang bercerita suami dia dinaikkan pangkat dan sebagainya. Itu biasalah perbualan antara keluarga kan.
Dia ni jenis tak bercerita tentang keluarga nya, bila orang tanya, dia akan kata ‘biasalah’ ‘kecil kecil sahaja’ macam tu jawapan nya. Pernah sekali ada seorang dalam kalangan ahli keluarga tanya anak dia, tak sambung belajar ke, belajar course apa?
Anak dia jawab, “ya sedang belajar, ambil courses memasak saja”. Menurut stigma masyarakat, saya cakap direct ya.. courses memasak ni boleh dikategorikan sebagai course rendah. Padahal yang sebenarnya tidak.
Tapi orang orang kita mentaliti kalau dengar course ‘engineering’, ‘business management’, ‘law’, ‘doctorate’ baru la diakui berjaya dan dipandang tinggi dan dihormati.
Benda ni tak perlu nak menipu, kalian sendiri kalau ada pengalaman dibanding bandingkan dalam kalangan keluarga, kalian akan faham.
Ya, anak dia ambil courses memasak saja, pada pandangan keluarga.. yang mereka faham course memasak tu dapat la sijil kemahiran macam tu. Mereka tak sedar dalam industri F&B demand sangat tinggi, bukan di Malaysia saja ya, di serata dunia.
Yang mereka tak tahu, anak pakcik saya ni ambil course tu bukan di Malaysia, tapi di France, nama institut nya “Le Cordon Bleu”, kalau ada diantara kalian pengajar culinary, kalian mesti tahu.
Le Cordon Bleu tu bukan senang senang boleh masuk, even kau berduit pun, dia tapis pelajar dia betul betul.
Marco Pierre White adalah salah satu advisor untuk institusi itu ya. Marco Pierre White ni adalah Guru kepada Gordon Ramsay. Kenal tak Gordon Ramsay? Gordon Ramsay tu chef nombor 1 dunia.
Anak Pakcik saya yang mengambil course memasak tu belajar setahun di negara, setahun di paris dan setahun di london. Total 3 tahun.
Anak kedua dia, yang perempuan.. minat dengan makeup. Dia bercita cita nak jadi Proffesional Makeup Artist, dan nak bekerja sebagai Makeup Artist untuk big studio dekat Hollywood.
Dia juga sering diperli dalam kalangan keluarga sebab konon nya dia ni ‘makeup berlebihan’ dan over. Ramai juga la perli dia sambil berkata ‘aku tak perlu makeup pun, aku natural beauty’, ‘ala boleh buat duit ke jadi mak andam ni’ dan bermacam macam lagi lah.
Dia ni sekarang sedang mengikuti kursus di Fifth Avenue, New York.. dengan satu company makeup bernama ‘Bobbi Brown’, saya tak tahu besar ke kecil brand tu, sebab saya lelaki.. saya tak faham bab makeup. Tapi saya ingat la nama nya Bobbi Brown.
Mungkin ada penggemar makeup boleh kongsi di ruangan komen sama ada Bobbi Brown tu brand yang bagus atau tak dan sebagainya.
Yang saya tahu yang paling besar adalah brand ‘MAC’. Itu pun sebab selalu nampak kat shopping mall. Tengok harga makeup dia pun lebih kurang ‘cabut sat nak kentut’.
Bila ada hari keluarga, hari raya, doa selamat, kenduri kahwin. Pakcik saya ni dan keluarga dia selalu parking kereta hujung hujung dan jauh jauh. Yang beli ‘H’ of course la parking depan depan. Pakcik saya ni pakai kereta model ‘Kia Rio’ saja. Ya serious, saya tahu tu kereta maid diorang. Haha.
Tapi dia sekeluarga tak pernah datang bawa kereta mahal atau apa pun. Sampaikan pinjam kereta maid dia sebab nak datang.
Untuk pemakaian dan sebagainya, mereka sekeluarga pakai pakaian normal macam kita. Nak kata normal tu, apa yang saya nampak.. kalau ada event keluarga formal.. normal la pakai baju polo, seluar slack atau seluar jeans kan.
Ha macam tu la mereka pakai. Even sebenarnya saya tahu saja dia pakai kemeja polo tu walau colour hitam dan tiada branding, tapi saya tahu itu jenama ‘Tom Ford’ ataupun “Hugo Boss”. Tom Ford punya baju polo warna hitam bodoh bodoh macam tu saja dah RM1300.
Yang Makcik saya pula, tiada datang fancy fancy, kadang kala berjubah dan pakai baju kurung biasa biasa saja. Tiada lip lap di baju mahupun tudung. Takda fancy, tiada emas penuh pergelangan tangan.
Serious. Cuma nya dia datang pakai Handbag ‘Hermes’ la. Itu pun tak da branding ‘Hermes’ depan muka. Tapi saya tahu la. Bag hitam kosong macam tu saja dah RM55 ribu. Dah harga sebiji Myvi baru dah.
Saya tiap kali ada majlis, saya memang akan duduk dengan mereka. Mereka ini adalah keluarga. Tapi bila datang, takda pun orang reservekan tempat untuk mereka.
Saya selalu tunggu mereka, saya selalu reservekan meja untuk mereka makan. Dan saya akan selalu bungkuskan lauk untuk mereka.
Jadi bila ada majlis, mereka selalu akan pergi ke saya dulu. Kalau saya tiada di majlis tu, mereka tak datang la. Ha sampai macam tu sekali.
Mereka ni sekeluarga tinggal di rumah teres saja. Teres setingkat. Jadi secara dasarnya, memang di pandang rendah la. Ye la mana tak nya, lain lain duduk paling paling pun Semi D. Dia ni duduk teres ja.
Mereka tak tahu dia ni duduk Malaysia bukan nak tinggal sini pun, sini tempat singgah aje. Rumah dia bersepah seluruh Asia ni.
Saya pernah ke Apartment dia di New York, sebab masa tu ada berjalan jalan dengan kawan travel. Dan pada hari terakhir travel ke Amerika tu, saya singgah rumah dia tidur semalaman.
Ya lah, saya perlu menaiki Airport Di JFK(John F Kennedy International Airport) di US untuk ke Kuala Lumpur, jadi alang alang tu, singgah la kejap rumah dia.
Nak masuk bangunan rumah ada 3 kod keselamatan. Pertama check in dengan security team di lobby. Kemudian pergi ke Lif check in pulak Face ID.
Sesudah sampai ke aras nya, ada final check di receptionist di tingkat aras rumahnya. Kita ni pun dah jadi tak selesa. Tapi itulah pengalaman nya. Dia tinggal di Apartment 2 tingkat top floor, menghadap City Center. Apartment tu dalam bahasa kita, kita panggil “Duplex” dekat Melaysia.
Apartment tu bernilai 7.27Mil USD, ada private rooftop pool ya. Convert Malaysia 30 juta bang. The reason dia duduk rumah teres tu, sebab itu rumah pertama dia sebelum dia kaya, dan dia tak ada plan untuk beli rumah lain di Malaysia. Setiap kali dia ada di Negara, dia akan tinggal disitu.
Senang cerita, memang majoriti dalam keluarga tak tahu dia ni kaya nak m4ti, cuma saya saja yang tahu. Saya pernah juga bertanya, kenapa tak kongsi dengan semua orang yang dia ni kaya dan berpengaruh.
Dia kata ‘untuk apa?’ Dia kata dia kaya bukan sebab nak perhatian dan hormat dari orang.
Dia kata bila dia diam la baru dia tahu siapa ikhlas dan siapa tidak. Saya tanya dia juga, tak ada rasa terhina ke bila ramai perli dia.
Dia kata, ‘tidak pun’, dia kata kenapa nak kisah orang perli.. dia kata apa pun orang cakap, bukan duit dia berkurang pun dalam bank.
Saya juga tanya, saya faham la bab sembunyi kekayaan, tapi untuk pelajaran anak anak dia, kenapa tak berkongsi dengan keluarga yang lain.
Dia kata sebab ada juga antara anak anak dalam keluarga yang tak berpelajaran, dia taknak kecilkan hati mak cik dan pak cik lain.
Jadi dia prefer diam dan jawab yang basic saja, tak perlu ‘brag’ kata dia. Ini adalah orang yang diperli tetapi masih fikirkan perasaan orang lain.
Ya memang benar ada yang tak menyambung pelajaran, seperti saya. Tapi mereka sekeluarga sangat menjaga sensitiviti keluarga lain walaupun mereka kerap dipinggirkan.
Itu adalah karakter. “Character is what you do when nobody is looking”, itu yang Pak Cik saya pesan pada saya. Dia kata, boleh saja nak bawa kereta sport datang, tapi untuk apa? Untuk dihormati? Dia tak berfikiran macam tu. Pakcik saya selalu berpesan, ”
2 things that define you. Your patience when you have nothing, and your attitude when you have everything”.
Moral disini adalah, saya banyak reflect diri saya bila lihat keluarga mereka. Kaya, tapi tak pernah tunjuk kekayaan pada umum, berjaya tapi merendah diri. No wonder TUHAN beri kekayaan kan kejayaan yang bertambah tambah pada mereka sekeluarga.
Kadang kala kita beli kereta, bukan main nak tunjuk dekat orang kampung, keluarga dan kawan kawan. Beli emas penuh lengan, supaya orang tahu kita berduit. Bila saya lihat anak anak billionair, tak pernah saya nampak mereka di social media tayang ferrari atau lamborghini.
Masing masing very private. Kita beli Mustang, hari hari update social media nak orang tengok. Benda benda macam ni betul betul buat saya reflect diri saya.
Oh ya, anak lelaki dia pakai telefon Iphone 6S skrik retak retak. Kita kerja kerani pakai Iphone 4-5 ribu. Kita tu termasuk saya la. The idea is to be rich, not to look rich.
Saya juga ingat, 4 dari saudara saya yang menyambung pelajaran ditanggung sepenuh nya oleh Pakcik saya ni. Mereka tak tahu, saya saja tahu.
Sebab masa dia datang Universiti itu, saya temani dia. Untuk proses bayar penuh yuran pengajian, salah satu ahli keluarga ‘blood related’ perlu hadir sebagai saksi.
Jadi saya la saksinya. Dia bayar full amaun yuran pengajian 4 saudara saya. Tapi dia dikategorikan sebagai ‘annonymous donor’. Kadang kala saya nak saja cerita dengan keluarga saya apa kebaikan dia buat dalam diam.
Rasa geram pulak, kau berlagak anak kau belajar course mahal mahal, kau tahu tak yang membayar nya orang yang kau perli ni. Tak lupa juga ketika ada saudara yang kahwin, mesti akan grand majlis kahwin tu sebab ada ‘annonymous donor’. Iaitu Pakcik saya ni.
Pakcik ada ajak saya bercuti bulan 2 ni di Maldives, katanya dia akan ambil saya dengan private jet di Subang, dia ajak spend time sebab bulan 2 ni dia nak sambut anniversary perkahwinannya.
Kalau ada kelapangan boleh la saya join. Join bukan nak kisahkan gi Maldives pun, join sebab nak gi pantai dia saja, ramai dahi licin berbikini. Haha.
Sekian saja, Uncle.. if you or your family read this, Know that i’ll always admired you and your family and i’ll always appreciate what you did for me in terms of advice and life lessons. I love you all, and soon we’ll meet again. Much love Uncle
– Boy (Bukan nama sebenar)
Antara komen netizen :
Netizen 1 : Sebenarnya, ramai yang betul2 kaya yg saya pernah jumpa, adalah sangat humble dan x brag pasal harta diorang. Mostly, cerita pasal kerjaya, usaha dilakukan, nasihat2 dsb.
Antara sebab saya jarang buka IG adalah kerana instafemes dan influencer yg asyik menayangkan kekayaan hingga anak2 muda terikut. Saya harap, generasi akan datang dan kita sendiri dapat keluar dr takuk: kaya mesti show off atau biar papa asal bergaya.
Alhamdulillah, Allah banyak bagi saya bergaul dengan org hebat2 yg humble hingga terikut perangai diorang, termasuk family saya. They are very good financial planner.
Netizen 2 : Brand yang memaparkan jenama secara extrovert (terang-terang tulis nama brand besar2 kat beg, baju atau kasut), target market diorg mmg untuk org yg tak mampu tapi nak show off. Kalau secara introvert, luaran takde paparkan nama brand, means bila kita tengok dalam beg baru tau tag brand mahal, tgk dlm kasut br ada tag brand, yg ni selalunya target utk personal satisfaction, utk org yg nakkan kualiti dan service yang dtg dgn brand tersebut. Org lain x perlu tau pun apa brand dia pakai. Asalkan hati dia puas ok dh.
Netizen 3 : I get that u r trying to say “better jd org kaya yg ade class”. Totally get it. Sbb masih ramai golongan yg ikut style Dato Vida, Alif Syukri dll semua kan (founder cosmetics)
Sy sdri akui bnde ni btl..sy pnh berkwn dgn org yg btl2 kaya dan mmg ade beza dgn org yg baru nk kaya
Cumaaa… Sblm ni xde org tau psl fmly pkcik awk tu..now org da tau. Walaupun anonymous, tp org tau da la
Ok tu je nk habaq
Sumber : iiumc