Foto sekadar hiasan
Saya disini sekadar ingin meluah rasa hati yang berat. Andai ada cara penyelesaian dari pembaca juga saya terima. Saya seorang isteri jugak seorang ibu untuk putera puteri soleh solehah aku.
Saya mula kan cerita daripada saya mula menikah saja ya. Selepas saya dan suami menikah kami memilih untuk tinggal bersama emak ku dimana mak juga memang mahu kami tinggal bersama dia dan dia selesa dengan kami.
Sementara suami mahu kukuhkan kewangan dia untuk kami keluar hidup sendiri berdikari. Dalam kami masing masing selesa tinggal bersama bawah satu bumbung rupanya ada yang tidak senang kami begitu.
Lalu kakak sulungku yang tinggal tidak jauh dari rumah mak (sekampung) meminta kami keluar berdikari. Untuk memberi laluan kepada kakakku yang lagi seorang yang ketika itu masih bujang tapi tinggal sendirian dibilik sewa kerana dia suka kan privacy sebegitu.
Saya dan suami terus mencari rumah sewa lain yang lebih dekat dengan tempat kerja suami. Saya fikir mungkin ada betulnya, malah kami bertambah bahagia bila tinggal sendiri dapat susah senang bersama tanpa menyusahkan emak. Lalu kakak ku yang kedua kembali berpindah tinggal bersama emak.
Kami membiasakan rutin melawat emak setiap kali hari off day, tapi saban hari saban tahun rumah mak makin berubah. Makin kotor, makin semak, makin bvsuk dengan najls kucing. Keadaan rumah mak jauh berbeza berbanding ketika saya tinggal disitu, lantai rumah berpasir.
Dapur yang k0tor dengan lantai berkerak. Sampaikan saya tak lalu nak makan masakan emak, sangat menyedihkan sebab masakan mak lah yang paling saya suka hatta ikan kembong goreng pun bagi saya rasa sedap sangat.
Saya tak mahu menyalahkan mak yang bagi saya sudah dimamah usia untuk melakukan kerja rumah walaupun mak sejenis yang kurang pengemas.
Contohnya bila sapu sampah mak cuma akan melonggokkan sampah di belakang pintu dan membiarkan disitu saja . Bila saya tertengok gambar gambar rumah k0tor yang vlral di media sosial terus saya terbayangkan rumah mak walaupun rumah mak tak seteruk itu tapi ya kotornya lebih kurang.
Lepas kami berpindah kakakku yang tinggal dengan mak berkahwin dengan pilihan hatinya dan mereka tinggal disitu. Bagi saya ya perlu kami salah seorang anak tinggal bersama mak untuk membantu mak dari segi pengangkutan dan sebagainya.
Tapi kakak ku sangat lah pemalas ya Allah, dia tak berminat untuk mengemas rumah atau masak dan itu lah punca rumah mak makin teruk k0tor kerana mak saya perlu dibantu. Dan usia mak juga bukan untuk buat semua kerja rumah lagi, kita yang muda yang kuat ni yang perlu ambil alih segala kerja rumah.
Sebelum pandemik saya pernah berniat untuk pergi mencuci rumah mak ketika hari cuti tapi saya juga sibuk dengan rumah tangga saya dan kerja kerja lain yang perlu saya uruskan. Dan kemudian saya melahirkan anak lagi, ketika pkpp kami pulang melawat mak seperti biasa.
Tapi yang saya nampak rumah bukan nya semakin bersih kerana kakak ku cuma berada dirumah kerana tak boleh bekerja. Tapi rumah semakin kot0r! Yang terbaru saya tengok sawang rumah mak penuh di syiling rumah sampai dah kehitaman dan sudah bertali hampir kena kepala.
Bayang kan punya teruk sawang tu sampai hitam dah melebihi sawang pintu gua. Setiap kali saya melawat mak saya tak mampu nak tolong kemas atau apa kerana saya punya anak kecik yang sangat lasak suka mengutip semua benda untuk dimakan.
Jadi memang saya kena fokus untuk anak saya didalam keadaan rumah yang k0tor banyak benda berbahaya untuk anak saya . Mak selalu mengadu hal kakak ku yang tidak membantu dirumah, dia dan suami makan pun dalam bilik.
Kalau gelas air yang di minum ditinggalkan saja penuh meja diruang tamu dengan plastik sampah makanan lain lain. Saya cuma diam, saya tiada solusi. Rumah itu tak besar pun, cuma dua bilik sahaja. Maksudku perlukah saya orang yang tidak tinggal disitu ikut campur urus rumah yang kakakku dan suaminya perlu urus?
Kenapa ketika saya dan suami tinggal disitu rumah itu bersih saja, kenapa dia tak mampu buat benda yang sama? Kakakku belum punya anak kecil macam saya dan saya rasa dia lebih dari mampu untuk urus rumah itu berbanding aku.
Saya dan suami takkan sesekali kembali tinggal bersama mak selepas apa yang dikatakan kakak sulung ku terhadap kami dulu. Kami lagi rela emak datang tinggal bersama kami tapi mak tak mahu.
Ya lah, dirumah saya mak tak boleh beraktiviti seperti dirumah sendiri. Dia tiada kawan kawan dan sebagainya. Saya cuba tidak se’detail’ mungkin untuk karang cerita ini, saya tak mahu orang yang kenal keluargsaya tahu tentang ini.
Saya rasa sangat teruk bila tengok rumah mak begitu, juga saya malu dengan jiran jiran. Dengan keadaan k0tor sebegitu bukan nya boleh dikemas dalam sejam dua. Mungkin ambil masa berhari hari, dan jika saya mula mengemas saya akan buat bersungguh sungguh hingga bucu lantai pun saya tak mahu tengok berkerak,
Jadi memang ambil masa yang lama untuk saya mengemas sesuatu ruang waktu tinggal dengan mak dulu. Dengan keadaan saya punya anak kecil memang saya tak mampu membantu. Ampunkan saya ya Allah.
Nasihat warganet :
Miera Wahab :
1. Minta kakak sulung sampaikan pesanan kepada kakak yg tinggal dgn mak. Kakak sulung yg pernah ‘sound’ confessor supaya keluar dari rumah mak supaya kakak yg ni boleh tinggal dgn Mak kan? Maka, kakak sulung jugalah yg perlu bersuara hal ni sebab dia yg menyebabkan kakak yg ni tinggal dgn Mak.
2. Bincang dgn semua adik beradik utk upah orang membersihkan rumah Mak. Pakat kongsi bayaran upah sebab itu rumah Mak, Mak tu atas tanggungjawab semua anak.
Memandangkan confessor kata kekotoran rumah Mak dah sangat ‘tebal’, maka memang perlu upah orang utk bersihkan. Takkan mampu nak buat sendiri kalau sawang dah sama macam pintu gua.
3. Nasihat elok2 kat kakak yg tinggal dgn Mak supaya jaga kebersihan. Bukan semata utk dia, adik beradik lain dan confessor yg kadang2 singgah rumah Mak, tapi lebih kepada kesihatan fizikal dan mental Mak.
Eida Ghani :
Cadangan saya..kl.off day..anak2 tinggal dgn suami skjp..smntra awak blh kemas umah mak..nk tg kakak awak kemas mmg xlah.jdi buat je apa yg awak nak buat .
Sblm tinggalkan ank2 kat suami. Siap2 la masak utk suami n anak..moga mereka kenyang n awak dpt mngemas dgn tenang
Nadiah Tuhara :
Saya tak setuju tt pergi kemas rumah tu.. nanti dah kemas beria.. kakak dia kotorkan balik.. lagi syok dia menyepah lepas tu sebab ada orang akan kemas..
Laserkan kakak tu sekali.. cakap dengan dia
“rumah kotor ni sama macam undang jin duduk sekali..” boleh bayang apa jadi bila jin duduk sekali? Tu yang berbalah je suami isteri..
“rumah kotor / pengotor ni menifestasi kurang iman dalam diri” ..
Suruh dia kemas or suruh dia pergi cari rumah sendiri.. dekat tt pandai pulak dia nasihat suruh duduk sendiri berdikari
Sumber – Mimi (Bukan nama sebenar) via iiumc