Pelik bila VC anak tiri dia bg gmbar dlm hotel. Tnjuk atas katil berhias tuala angsa. Suami hanya membisu.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkenalan aku dan suami, Aidil bermula di dating apps sekitar pertengahan 2018. Masa tu aku tengah patah hati putus cinta. Aidil pula duda anak satu yang telah bercerrai setahun lebih.

Long story short lepas kenal, kami masing masing memang serius tengah cari pasangan hidup memandangkan masa tu aku dah menginjak 30 dan Aidil pula dah lama kesunyian.

Aku tak pernah berkawan dengan duda namun apa yang buat aku tertarik, Aidil sangat caring.

Cara dia layan anak juga cara dia layan aku. Tak pernah sekali tinggi suara dan sangat sabar melayan kerenah aku.

Aidil juga seorang yang rajin bekerja. Pagi kerja ofis, malam dan weekend pula sibuk berbisnes. Sebabnya punca pencerraian dulu adalah faktor kewangan.

Aidil bekerja di Perak, manakala aku pula di Penang. Jarak kami hanya lah sejam setengah. Lepas berkahwin, kami decide untuk PJJ memandangkan Aidil tinggal dengan keluarga dan aku pula tinggal sendiri.

Setiap Jumaat petang aku akan balik ke Perak dan balik semula ke Penang setiap pagi Isnin.

Rutin ini berlarutan sepanjang kami kahwin sebabnya hak lawatan Aidil juga jatuh pada hujung minggu.

Memandangkan anak kecil Aidil tidur bersama setiap hujung minggu, aku terpaksa tidur di bilik tetamu. Dapat la 2-3 jam untuk bermesra, pastu Aidil akan sambung tidur dengan anaknya.

Sepanjang ber PJJ aku banyak berkorban. Aidil tak boleh pindah ke Penang sebab anaknya di Perak.

Aku penah try tinggal di Perak tapi sangat letih ulang alik hari hari dan kekok tinggal dengan keluarga mertua.

Even time mangandung pun aku still berulang setiap weekend sebab aku happy sangat jumpa Aidil.

Masa awal PKP tahun lepas, larangan rentas negeri menyebabkan aku dan Aidil terpisah beberapa bulan.

Beraya lah aku berdua je dengan baby. Aidil dengan anaknya, aku dengan anak kami.

Elok sempadan negeri dibuka, aku cuti 2 minggu balik Perak. Sepanjang di Perak, aku baru tau anak Aidil tidur di situ setiap hari atas alasan tadika tutup dan Aidil WFH.

Setiap hari mereka akan keluar berdua atas alasan kesian budak bosan dekat rumah dan aku terpaksa stay di rumah sebab masih bahaya untuk bawa baby berjalan di musim pandemik.

Satu hari masa mereka keluar, aku sembang dengan mak mertua kenapa hak lawatan berubah.

Terbuka lah cerita bekas isteri dah diberhentikan sejak Mac lepas. Aku terus terdiam sebab Aidil tak cerita pada aku.

Cuti berbaki seminggu, sebab tak nak keruhkan keadaan aku simpan dalam hati sampai balik Penang.

Mereka tinggal dalam daerah yang sama, hati aku kuat boleh rasa mereka jumpa setiap hari.

Balik Penang, aku tanya Aidil secara baik. Aidil mengaku mereka berjumpa sepanjang aku bercuti di Perak namun tak timbul isu rujuk kembali sebab hanyalah atas urusan anak semata mata.

Sumpah aku terasa teruk masa ni sebab Aidil tak pernah cuba nak luangkan masa untuk aku dan anak kami.

Masa dibenarkan rentas negeri untuk pasangan PJJ pun Aidil tak melawat aku di Penang sedangkan dia WFH je.

Sekejap je aku dan Aidil gaduh, tak lama lepas tu hubungan kami baik macam biasa. Aku teruskan rutin balik Perak setiap weekend macam dulu.

Pertengahan November 2020, daerah aku tertakluk dalam PKPB yang mana rentas negeri kembali dilarang.

Berlanjutan sehingga seluruh Penang dikenakan PKP sampailah seluruh negara PKP.

Ini adalah PKP kedua sepanjang kami kahwin, jadinya aku anggap seperti biasa. Silapnya aku di sini, semakin jauh aku dengan Aidil, semakin dekat lah bekas isteri dengan Aidil.

Masa cuti CNY, sepanjang hari aku gagal contact Aidil. Aku segan nak contact mertua sebab tak nak mereka fikir bukan bukan. Jadi aku VC anak Aidil dengan alasan anak aku rindu abangnya.

Sekali lagi aku pelik sebab anaknya tido dalam bilik emak Aidil. Bila aku tanya mana abah, anak kecil ni jawab pegi hotel dengan mama.

Aku masih tak faham jadi anak Aidil cakap jap lagi dia bagi gambar. Gambar yang dihantar adalah gambar mereka berdua atas katil hotel berhias tuala angsa sambil cadar ditaburi bunga mawar tertulis “Just Married”.

Sepanjang malam aku tak boleh tidur. Lagi luluh hati aku bila dalam gambar, Aidil tak pakai cincin kahwin kami tapi cincin lain.

Aku hanya mampu menangis sambil pandang anak silih ganti pandang gambar mereka.

Esoknya aku demam, seharian aku tunggu Aidil contact. Even family mertua pun tak tanya khabar aku sebab aku tau mesti mereka dah tau dari anak Aidil.

Empat hari aku tunggu macam tunggul, masuk hari kelima baru Aidil hantar mesej. Satu ayat je “I’m sorry”. Aku baca je tanpa reply. Tu lah last mesej Aidil pada aku.

Sampai saat aku menulis ni, Aidil masih tak contact aku. Hari hari aku tunggu andai dia nak call atau mesej sebabnya setelah berhari macam ni, hati aku terbuka untuk berbincang.

Jujur cakap aku masih sayangkan Aidil tapi aku redha andai dilepaskan. Aku sedar aku siapa, nak kata isteri pertama pun bukan.. isteri kedua la kot.

Kalau bermadu pun, aku tau keadaan banyak tak menyebelahi aku. Family mertua pun macam seronok mereka berbaik kembali.

Aku terbeban nak cerita dekat family aku sebab parents aku dah remind aku before kawin dulu.

Doakan aku kuat. Aku terima jodoh aku sampai di sini. Disebalik apa yang berlaku Aidil adalah lelaki terbaik pernah hadir dalam hidup aku.

Aku anggap dia pinjaman Tuhan untuk aku. Tiada Aidil, mungkin sampai sekarang aku masih sendiri. Perginya Aidil, aku kembali sendiri bersama anak kami.

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Nak komen juga. Rasanya Aidil sayang awak x? Klu dia x sayang, x berbaloi pun utk awak stay n sayangkan dia. Klu dia sayang, dia x tipu awak get back dgn ex-wife dia. Klu dia sayang, dia akan confront awak. Again, sayang orang yg sayang awak. Kali ni, awk x keseorangan. Awak ada anak awak.

Netizen 2 : Sedih baca kisah ni.. semoga Allah bagi kekuatan kat sis.sis kena kuat lawan ni.pada saya aidil tak dpt berlaku adil.family dia pon tak dpt sokongan moral kat sis.elok berpisah je.ank baru 1 in sha allah sis mampu jaga sebab tak ramai.semoga Allah mudahkan urusan sis n ank..harap saya tak berdosa sokong sis berpisah.ni utk kebaikan sis juga.
Semoga Allah terima puasa saya n kita semua

Netizen 3 : Kak. Kita citer benda senang r kak. Ko dh ada anak and ko pn masih berkerjaya. Dari cara ko cerita tu dh nampak yg laki ko mmg x bersungguh pun. Apo ko peknen tp ko yg kena drve jupe jantan taguna tu. And dh terang lg bersuluh yg ko pn xdiperlukan lg. direk g pej agama minta fasakh. Setel. Jng lak ko gatal nk get together. Biarlah jantan tu ngn betina tu. Jng risau kak. Janda ank sorg masih hot. Nak2 lagi kalo ko mmg berkerjaya. Silap2 ko dapat bujang yg hebat lg. good luck kak!

Kredit : kisah rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published.