Pelik mak selalu minta gmbar cousin yg brpurdah. Rupanya mak nak bagi pd BF bru dia. Mlm tu aku nekad buat sesuatu pd mak.

*gmbar sekadar hiasan

Assalamualaikum & hai semua yang sudi baca confession. Harap semua sihat. Kenalkan nama aku Tini. Aku nak bercerita kisah Mak aku.

Mak, umur dalam lingkungan akhir 50an. Baru sahaja kematian suami dalam 2 tahun macam tu.

Kami pulak ada 2 beradik. Seorang abang yang sejak pandemik ni langsung tak jenguk rumah Mak lagi walaupun dekat,

Dan aku adiknya yang dah bersuami, belum dikurniakan cahaya mata, sekarang duduk di rumah Mak temankan dia, sebab Mak, bukan jenis yang nak ikut anak-anak. Tak boleh tidak, kena anak yang duduk dengan dia. Tak ada kompromi.

Mak terkenal dalam kalangan adik-beradik nya sebagai seorang yang cerewet, agak judgemental dan ‘bias’. Jadi, tak satu pun adik-beradik yang rapat dengan dia. Hatta, aku dan suami pun dilayannya sama.

Sebab dia lebih prefer dengan abang aku, sampai semua yang abang aku buat walaupun salah dia betulkan, dan semua yang aku buat bagi dia salah. Aku ni tak sempurna di mata dia. Gitu.

Cerita bermula bila aku kesian tengok Mak ni kesepian selepas 4rwah ayah mennggal. Abang pun dah jarang bawa cucu-cucu mak datang jenguk dia.

Macam-macam alasan dia bagi. Kadang tu alasan tak masuk akal jugak. Tapi sebab ‘anak emas’, Mak terima saja tanpa banyak soal.

Satu hari dia mintak aku ajarkan dia masuk dalam Group Whatsapp bertemakan ilmu agama dan selawat dari negara seberang. Jadi masa tu aku fikir positif saja terus tekan link untuk daftarkan dia masuk group tu.

Mulanya banyak ilmu dia dapat. Kawan pun ramai. Dari Negeri lain ada, dan ramai jugak dari Negara seberang, Indonesia. Dia dah mula selalu berbual, call2 kawan2, saling bagi tazkirah. Siap join ceramah online..

Wah, bagi aku tu satu perkembangan positif la. Ada jugak aktiviti dia musim pandemik ni.

Masalahnya, makin lama aku tengok Mak aku semakin pelik. Tengah malam pun berbual jugak.. call2 jugak.. ada beberapa kali aku perasan waktu aku masuk bilik dia jam 2-3 pagi, Mak aku masih belum tidur.

Lama2 pandai pulak tu ucap2 “I Love U.. Muah.. Muah..”, kemudian habis la semua masakan aku dia ambik gambar.

Bila benda dah jadi semakin pelik, aku pun tanya Mak. Tanpa segan silu Mak mengaku dia palsukan identiti nya jadi ‘Wanita Muslimah’ berpurdah dengan nama Humaira, umur 19 tahun.

Dan melalui perbualan dia, aku dapat tahu ‘Humaira’ ada pulak BF dari Indonesia bernama Aziz. Aziz baru umur 20an weh.. aku lagi tua dari Aziz!

Hmm…

Aku jadi speechless kejap. Bukan apa, tapi kerja Mak aku ni macam bahaya saja.. (memang bahaya pun) dan.. macam mana Mak boleh jadi macam ni pulak?

Bila adik-beradik Mak datang dari kampung pun, Mak tak segan angkat call si Aziz tu.

Mak guru agama, ajar ngaji kot. Sebolehnya aku nak tutup aib tu dan jaga maruah dia selayaknya seorang Mak yang mulia. Tapi, Mak sendiri buka pekung. Kan mengundang fitnah dan cakap-cakap orang.

Makcik-makcik pulak macam malas nak tegurkan. Dorang macam biarkan saja. Dan aku yang anak tak sempurna bagi dia ni, semestinya lah aku punya cadangan, nasihat, teguran dia buat tak endah.

So, mulanya aku macam.. ahh.. biarlah. Mak cuma main-main kot. Sebab pakai nama samaran kan, sampailah ada seorang cousin pm aku, katanya Mak screenshot gambar-gambar dia, untuk bagi kat BF dia Si Aziz. Kononnya gambar dia, ‘Humaira’.

Mak datang rumah cousin aku sewaktu ketiadaan parents dia, semata-mata nak suruh pakai purdah lepas tu video call Si Aziz, supaya boleh guna muka cousin aku tapi pakai suara Mak.. dan.. banyak lagi gambar sanak saudara yang dia dah hantar bagi Aziz.

Haa.. sekarang, Mak dengan Aziz tu dah putus, tapi Masalah nya si Aziz pergi pulak cari gambar cousin aku tu dalam FB. Eh.. mesti dia pelik, nama lain kan?

Disebabkan cousin aku ni berniaga kecil-kecilan, haa.. terpampang nombor dia tu kat FB. Mula lah dia diganggu dengan Aziz.

Sampailah dia block si Aziz. Tak cukup tu kawan-kawan cousin aku pulak dia ganggu cari ‘Humaira’.

Cousin aku jadi takut, tapi serba salah nak minta Mak hentikan perbuatan dia. Sampai baru-baru ni pun mintak lagi gambar cousin aku. Seolah-olah tak ada apa terjadi.

Aku laki bini dah cuba tegur Mak aku, bagitau risiko2 dia buat gitu. Aku risau jugak orang tu kot boleh hantar ilmu pengasih kat cousin aku atau dia datang cari ke Malaysia ke..jangan buat gila..

Sayangnya, mak aku tak ambil serius pun benda ni, siap dia pm balik cousin aku tu marahkan dia sebab mengadu dengan aku.

Lagi satu, Mak aku buat masalah baru pulak dengan bercouple lagi dengan mamat Indonesia lain. Aku risau benda sama lagi berulang, dia hantar2 gambar cousin aku kat orang tu pulak.

Korang rasa, apa ye patut aku buat? Cadangan plis.. Dah lebih-lebih dah ni..

‘Anak Tak Sempurna’

– Tini (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Insiey Narzen : 1- suruh cousin buat report , buat aduan ada pencurian identiti/gmbar dan juga gangguan dari Aziz tu. Cover report
2- tukar nombor telefon mak confessor, buang leave semua group2 WhatsApp, fb
3- confessor install family link/parental control dalam telefon mak
4- bawa mak pegi check psychology mak, sbb ianya berulang dan macam takde apa2 rasa bersalah mak atas perbuatan tu
5- kawinkan mak dengan lelaki yg dapat membimbing mak. Mana tahu stop dah perangai camtu bila ada someone disisi.

Ann Fardan : Bagitahu mak awak… Memalsukan identiti dengan menggunakan personality org lain adalah salah dari segi undang2…ugut mak awak untuk report… Atau bgtahu yg cousin awak nak buat report… Minta mak berhenti dari main media dengan aktiviti yg salah sebegini… Bagitahu dgn serious… Atau cara lain cari member2 suruh call emak awak bgtahu kononnya ada laporan yg dibuat sb mak awak Memalsukan identiti…. Tengok mak awak goyang ke tdk. Kadang2 org2 tua ni bila buat perangai boleh bahaya kan kita di sekeliling… Kena tegas walau bersopan dan beradab.

Amylia Rosman : Ade je jenis macam ni.. memang payah nak tegur… kes ni pula terbalik perempuan indonesia nak cari lelaki Malaysia tak kisah laki orang janji nak minta jamin passport.

Terkedu kami mendengarnya.
Yang herannya setiap hari tukar nama lain lain,kami tuan kedai siap cari siapala punya nama

Ade je yang datang bawa makanan dan minuman..jadi perati la yang ada ayah,abang,sepupu yang tak berenti main hp selain game.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *