Pelik Zul kalo vdeo call, dia mst rse xkeruan. Dia suruh ak buat bnda tu tp ak tolak.

Gambar sekadar hiasan.

Hai. Aku Lysa (bukan nama sebenar) 20 tahun. Aku tak tahu nak cerita dekat siapa tentang cerita hidup aku tahun ni.

Sebelum ni, hidup aku ok saja. Walaupun tahun lepas pkp, tapi semua berjalan dengan baik dan hidup aku tenang. Tapi tahun ni…

Semua bermula pada bulan Januari haritu. Aku buat akaun facebook baru. Sebab aku stress belajar online, penat dengan suasana kerja yang stress, jadi aku buat facebook baru untuk tulis luahan isi hati aku dan aku tak nak ada orang kenal aku.

Aku bekas pelajar sekolah agama, walaupun bukan dari keluarga yang kuat agama, tapi keluarga didik aku dengan ilmu agama yang baik.

Tujuan aku cerita ni, sebab aku memang dah tak tenang. Ye, Aku buat salah. Aku tak nak bukak aib aku atau sesiapa sebab Tuhan pon melarang kita bukak aib kita sendiri sedangkan Dia dah sembunyikan semuanya.

Jadi, aku harap korang tak kecam aku. Aku buntu, tolong aku nak cari hidup baru 🙁

Masa bulan januari, ada satu mesej masuk dekat messenger facebook baru aku. Lelaki. Zul (bukan nama sebenar). Dia Kata nak kenal, aku ok saja setakat intro semua. Dia umur 23.

Pada mula kenal, memang aku tak berapa suka dengan cara dia Sebab dia terus mintak gambar. Lama kelamaan, dia makin try hard nak kenal lebih rapat dengan aku.

Even tak pernah tengok aku. Dan aku pon tak pernah tengok dia. Jujur aku kata, bila ada orang yang datang masa aku tengah down dan jatuh, memang aku sambut saja tangan siapa yang hulur.

Zul selalu tanya khabar aku lepas habis waktu kerja, dia tahu aku ada anxiety, d3pression dan dia cakap nak tolong aku. Lama-lama, aku rasa macam Zul saja selalu ada dengan aku. Selalu respon bila aku cerita pasal masalah kerja, atau peribadi.

Aku tak de kawan yang faham situasi aku. Family pon tak percaya sangat pasal sakit mental ni. Diorang banyak suruh aku kuatkan iman. Aku down jugak masa awal tahun haritu.

Bulan februari, aku dah mula suka dekat Zul tapi tak bagi tahu dia pon. Sebab masing-masing tak pernah tengok satu sama lain.

Satu hari, dia mesej aku tanya nak kahwin dengan dia tak? Aku insecurity banyak tentang diri aku. Jadi, aku jawab dekat dia, aku akan bagi jawapan lagi sebulan. Zul pon kata ok.

Cuma, dia kata nak kenal dengan lebih rapat sebab tak pernah tengok muka. Jadi, kami pon video call Petang tu, Aku baru habis kerja. Dan baru aku tahu dia rupanya kerja di PD.

Aku bukan tak suka orang kerja uniform ni, tapi sebab aku kalau boleh, nak cari orang yang sentiasa ada dengan aku dengan situasi aku sekarang.

Kalau kami bersama, aku mesti banyak kena tinggal. Aku jugak tak kuat nak tahan rindu. Kalau boleh, Aku nak cari yang sekufu.

Dah genap 3 bulan kami kenal and selalu vc, aku pon cakap kalau betul nak kahwin, datang la perak. Jumpa family. Dan dia kata, habis saja pkp, dia terus datang.

Bila masing-masing dah janji untuk teruskan hubungan ni, perasaan sayang dan rindu tu mula datang dalam diri aku.

Aku mula takut kalau dia buat hal. sebab aku dah mula rasa sayang. Jadi, dia selalu akan vc bila ada masa free. Cumanya, masa vc dia selalu h*rny. Dan dia ajak aku teman dia.

Aku memang tolak dia ajak buat benda tak senonoh tu. setiap kali aku marah kalau dia ajak buat benda tu, Zul akan minta maaf dan pujuk aku suruh terima dia balik.

Sampailah hujung bulan Mac haritu, zul kata dia kena pergi kursus 2 minggu. Dan dia suruh aku tunggu sampai dia dapat telefon semula. Aku tunggu dia!

Sepanjang kami tak berhubung ni, aku mula rasa something, tidur malam tak lena. Mungkin sebab aku kenal lelaki tanpa pengetahuan keluarga kot.

Jadi setiap malam aku doa dekat Allah supaya beri aku ketenangan, dan jalan yang betul. Lagi aku rindu dekat Zul, lagi aku rasa berdebar sampai susah nak nafas.

Jadi, malam2 aku nangis dekat Allah, kenapa aku jadi macam ni. Sampailah aku sakit. Gastrik dan gerd aku makin teruk, dan berat badan aku turun 6kg dalam masa sebulan. Family aku risau. Aku pon risau.

Aku rasa macam semua ni ada kaitan dengan Zul. Kenapa tiba-tiba aku jadi macam ni?!

Masa bulan Ramadan, kami ada vc. Tapi masa vc, aku tak rasa seronok dan bahagia macam sebelum ni. Aku rasa macam berbelah bahagi sebab aku vc dengan lelaki.

Aku baru sedar yang aku buat salah sebab aku vc dengan laki bukan mahram tanpa pengetahuan family.

Tapi, sebab sayang dekat Zul, aku leka terus,. Zul seorang yang soft spoken, bila aku rasa macam nak turn off dengan hubungan ni, dia akan pujuk dan cakap elok-elok, aku mesti kalah..

Lepas raya aidilfitri, dia akan pergi kursus lagi. Nak dijadikan cerita, sepanjang dia kursus, aku rindu gila dekat dia, tapi tak nak ganggu.

Jadi, apa aku buat ialah, aku stalk akaun facebook dan instagram dia. Aku tengok gambar dia, dan tiba-tiba Aku rasa pelik. sebab friends dia semua perempuan.

Aku stalk lagi, sampai aku dapat tahu dia ada dalam group facebook ‘janda’. Group tu public, jadi aku boleh baca semua posting dalam group tu. Lcah !! Semua sembang lcah !!

Aku search saja nama facebook Zul dalam group tu, terpapar semua posting dan komen dia dalam group tu. Semua posting baru tahun ni.

Hancur hati aku. Dan lagi sakit, dia baru tinggal komen dua hari lepas dekat gambar perempuan skesi. Padahal dia tengah kursus dan takde mesej aku pon.

Aku rasa takut pulak nak teruskan hubungan ni sebab bila teringat balik, masa kami vc Zul akan cepat h*rny. Jadi, aku ni tempat dia lepaskan nfsu saja ke?

Aku stalk pulak intagram dia. Semua following dia perempuan dan kebanyakannya yang tawar servis foensx. Aku abaikan semua tu sebab rasa sesak nafas.

Tiba-tiba, aku perasan ada seorang perempuan ni dia like semua posting Zul ni dekat instagram. dekat facebook Zul pon aku ada perasan nama perempuan ni.

Jadi aku stalk instagram perempuan tu. Rupa-rupanya, perempuan tu pernah post gambar dia dengan Zul masa bulan 10/2020. Gambar diorang tunang :’) aku dan Zul kenal bulan 1/2021. Jadi aku kenal, mesej, vc dan tersuka dekat tunang orang ke sebelum ni?

Aku cari akaun facebook perempuan tu, dan aku add friend dia. Oh ya, dekat akaun perempuan tu, dia baru tukar status engaged kepada married pada 12 march 2021.

Aku tak sedap hati. Serius rasa something. Aku pm perempuan tu sebab nak tahu jawapan. Tapi dia lambat reply, jadi aku pm adik perempuan tu.

Jujur aku cakap, perempuan tu cantik, baik, adik beradik perempuan tu semua hebat2 dan jenis keluarga yang beragama.

Jadi, aku nak jawapan, sebab aku rasa bersalah dengan perempuan tu. Aku pm adik perempuan tu, tanya kakak dia dah kahwin ke, then adiknya balas kata dah kahwin, bulan 3 haritu.

Aku tanya nama suami kakak dia. And yes, Zul suami dia :'( Allah . Jadi masa bulan 3 haritu, dia balik kampung nikah la?. Bukan pergi kursus? Tapi kenapa? Kenapa tipu aku? Kenapa buat dekat isteri dia macam tu? Isteri dia baik :'(

Kenapa tak terus terang dekat Aku? Aku taknak jadi dan taknak gelaran perampas.

Aku senyap saja pasal benda ni. Sampai sekarang aku tak bagitahu pun dekat Zul yang aku dah tahu kebenaran pasal perangai dan status dia.

Aku tak tahu macam mana nak mulakan perbualan and bagitahu Zul yang aku dah tahu semua pasal dia. Aku jugak tak pernah bagitahu adik perempuan tu pasal Zul (iaitu abang ipar dia). Sebab aku akan jaga aib Zul selagi dia tak buat benda yang jatuhkan maruah aku.

Aku terus block semua akaun ssial media Zul. Hati aku sakit. Aku terus teringat masa awal kenal dulu, aku pernah tanya Zul dah kahwin atau bertunang ke? Sebab aku tak nak kacau hubungan orang.

Dan Zul kata tak de. Dia single lagi. Dan Masa bulan Mac aku sakit haritu, aku pernah mimpi yang aku kena tangkap dan naik mahkamah.

Aku pelik kenapa tiba2 mimpi macam tu, aku pun pernah mesej Zul cerita pasal mimpi aku tu. Aku siap cakap dekat Zul kalau nak kahwin dengan orang lain, bagitahu aku dulu. Jangan hilang macam tu saja.

Tahu apa Zul reply? Dia kata, jangan fikir bukan-bukan. Tu semua mimpi saja.

Wahhh, bila teringat balik semua tu, aku baru sedar yang Tuhan dah tunjuk dari awal lagi. Tapi kenapa aku lambat sedar? Kenapa lepas dah rasa sayang dekat Zul, baru aku nampak semua kebenaran ni?

Kalau korang nak tahu kenapa aku boleh percaya dekat Zul senang-senang? Sebab dia soft spoken, aku tak pernah kenal mana-mana lelaki jadi aku ingat dia first love aku.

Kedua, dia bagitau semua pasal kerja dia dekat aku. Zul buat aku macam orang penting dia dan orang yang dia percaya.

Dia siap bagi alamat tempat kerja dia suruh aku datang kalau pkp habis nanti. Aku syukur sangat sampai sekarang masih pkp, kalau tak .. mesti aku ikut nfasu dan cinta buta ni pergi jumpa dia kat PD tu. Dan tak tahu apa akan jadi.

Lagi satu, dia pernah mintak belikan kuih raya, sebab cuti dibekukan dan dia tak dapat balik raya, sedangkan aku dapat sambut raya dengan keluarga aku.

Jadi aku tolong pos kuih kat dia. Orang kalau dah sayang, semua benda dia sanggup buat :’) aku jugak tahu dan ada no akaun bank Zul sebab aku pernah bayar balik duit dia topupkan dekat aku.

Aku tak nak ada hutang dengan sesiapa selagi belum halal. Aku ada gambar dia dengan baju dia.

Dan aku tahu dia duduk dalam bahagian apa. Semua tu Zul yang bagi tahu sendiri even aku tak pernah tanya. Aku ingat dia betul nak halalkan aku, sebab tu aku percaya dia.

Aku bernasib baik sebab tak bagitahu family aku tentang hubungan aku dengan Zul. Kalau tidak, keadaan jadi lagi teruk sekarang.

Semalam (24 July) dia whatsapp aku. Mungkin dia cari aku dekat facebook takde, jadi dia whatsapp aku. Rosak move on aku selama 2 bulan sebab dia tiba-tiba whatsapp aku. Dia ajak vc kejap sebab ada benda nak bagitahu.

Aku ingat dia nak jujur pasal status dia yang dah berkahwin, jadi aku accept vc. Aku banyak senyap, sebab dah tawar hati. Tapi tahu tak tekaan aku salah?! Dia nak bagitahu yang harini hari jadi dia.

Aku tahu saja, tapi aku saja tak wish. Sebab dia laki orang : ) Tapi, Lepas 10 minit vc, Zul ajak aku teman dia l+nc+p .. Aku terus off fon. Dan dia call banyak kali, pujuk aku bagai. Aku ignored saja.

Kenapa dia macam ni? Kenapaa? Pagi esok tu, aku tanya dia kalau kami dah tak contact lagi, dia jaga aib aku tak? Sebab aku takut Zul ada simpan gambar aku. Dan Zul cakap, kalau dia nak buat, dari dulu lagi dia buat aku malu.

Zul terasa sebab aku tanya soalan tu, dia kata aku tak percaya dekat dia. Hahahahha memang lah tak percaya, sebab sampai sekarang dia tak pernah mengaku yang dia dah berpunya. Dah ada isteri!!

Zul jadi macam ni sebab dia jauh dengan isteri dia ke? Lepas tu dia cari perempuan lain untuk puaskan nafsu dia saja? Tapi kenapa aku? Zul buat aku trauma nak kenal dengan lelaki lain.

Sekarang aku baca banyak kes curang macam ni. Aku tak pukul rata semua, sebab pakcik aku ramai jugak kerja ni, tapi semua setia sampai dah beranak pinak. Tapi aku tertanya kenapa sekarang ramai lelaki yang kerja ni ada scandal?

Aku takut tengok keadaan sekarang banyak kes curang. Kenapa pilih curang? Mana pergi rasa cinta masa mula-mula kenal dulu ?!! Lelaki atau perempuan, semua sama saja sekarang.! Kenapa pilih curang, tak tahu ke rasa dicurangi tu sakit??!

Jadi aku ni scandal dia saja lah kan? Bukan macam niat asal dia dulu nak jadikan aku isteri dia?

Aku sakit dia mainkan perasaan aku, dia bdohkan aku, dia gunakan sakit aku untuk aku dekat dekat dia,. Tapi, kalau aku dekat tempat isteri dia, lagi aku rasa sakit.sangat-sangat..

Kepada isteri Zul, saya minta maaf, saya tak mampu nak terus terang dekat awak sebab saya tahu, Zul sayangkan awak. Cuma cara dia saja salah. Awak isteri, terus doa minta Allah tetapkan hati dia untuk awak saja ye.

Aku akan tahan rasa sakit ni sendiri sebab aku tahu hubungan kami salah. Doakan aku dekat dengan Tuhan. Aku nak rasa bahagia sekejap dekat dunia, dan nak rasa bahagia selamanya dekat Akhirat.

– Lysa (Bukan nama sebenar) via iiumc

Antara komen ntizen :

Atifah Latif :

Perempuan yg ada mntal iilness mmg mudah jd mngsa utk lelaki mcm ini sbb perempuan itu akan ada dlm keadaan sgt rapuh n tak boleh fikir dgn waras.. Beberapa kenalan saya pernah hadapi situasi mcm ni.. Mngsa n pemngsa yg berbeza..

Tp pemngsa semuanya guna taktik yg sama utk kepuasan nfsu mereka.. Pemangsa ada yg dah kawin ada yg belum.. Utk awak.. Satu pesan saya.. Love yourself..

Cari apa yg buat awak happy.. Buang jauh2 yg bleh trigger anxiety depression awak termasuk dia.. Reward diri sndiri utk setiap pencapaian.. Lama2 InsyaAllah anxiety depression awak makin okay.

Nuna Nafiz :

Selamat datang ke dunia realiti yang dihuni manusia yg tidak realiti. Jadikan kenangan ni sbg pelajaran yg akn mendewasakan kita. Allah sedang bentuk diri awak menjadi yg terbaik dan sesuai dgn bakal jodoh awak nanti dik.

Sekarang adik dh faham kn kepercayaan tu mahal harganya. Jgn simply put trust free cmtu je. Adik jg dh faham kn ciri lelaki yg bagaimana sesuai dgn diri adik.

Paling penting adik dh bina stand diri yg kukuh utk menolak sebarang bentuk perhubungan yg menjurus kepada percakapan ehem. Nampak x how you grow now… Dah, kesat airmata tu dan senyumlah… Ckp kt diri “I passed this level. Let’s go to the next one!”

Surya Fatihah :

Dia bukan lelaki yg baik

Semoga Allah beri ganti berjuta kali baik dari Zul untuk awak. Zul tu mmg tak ikhlas kerana sembunyikan status..

Dia taknk pula ye buat vc mcm tu dgn isterinya ya? Ke dia malu isteri dia tu kuat agama, tak suka cara begitu? Dan awak…menjadi sasaran dia?

Allahu.. Sabar ya dik.. Awak mmg baik. Moga sentiasa dlm pemeliharaan Allah SWT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *