Foto sekadar hiasan : Hai Assalamuaikum. Ini adalah kisah luahan hati aku dan apa yang aku rasa selama ini semasa bercuti di kampung. Sebenar nya masa aku taip ini pon, aku masih berada di kampung lagi.
Cerita bermula apabila suami ajak pulang ke kampung beliau setelah sekian lama tak pulang.
Tidak menjadi masalah aku untuk balik ke kampung beliau sebab aku pon suka balik ke sana.
Dekat kampung suami, ada adik ipar aku dan keluarganya yang dah menetap di situ dalam tiga bulan lepas.
Adik ipar aku mempunyai dua orang anak yang berumur empat tahun dan seorang bayi tiga bulan.
Pada mula nya kami sampai semua okey, anak aku memang suka berkawan dengan sepupu dia.
Anak aku berumur dua tahun lebih, memang aktif dan boleh dengar kata terutama kalau orang dewasa bagi arahan walaupun dia tak mampu nak bercakap dengan ayat yang betul.
Tapi lain pula dengan anak adik ipar aku itu (anak saudara suamiku). Apa yang aku nampak, ibubapa dia tak bertegas langsung dengan sikap anak nya. Kesan daripada itu, anak nya jadi kurang adab dan tak dengar kata.
Ada suatu hari, aku suruh anak aku kemas mainan lepas bermain, anak aku pon mula mengemas bila tengok aku kemas barang mainan sebab memang cara aku didik anak aku, dah ambil barang, letak semula.
Bila anak saudara suamiku nampak kitorang kemas, boleh dia punggahkan balik mainan yang kami anak beranak sama sama mengemas tadi.
Fuhh.. dia punya rasa, menyirap macam nak tampar je.. haha. Kalau itu anak aku, memang dah kena habuan dah.
Sebelum itu, masa aku mengemas mainan, ada biras aku tegur (isteri adik ipar aku), tak payah kemas.. nanti dia sepahkan balik.
Dalam hati aku, patut lah pon anaknya tak pernah nak mengemas. Aku tak kisah lah dia budak lagi ke apa tapi sebagai ibubapa kena lah tunjuk dan ajar anak lepas main, tunjuk cara kemas.
Memang banyak hari dah aku nampak, dorang biarkan je mainan tersebut sepah sana sini. Sakit mata tengok, memang lumrah budak akan main dan sepah sepahkan barang tapi ajak kemas lepas bermain.
Anak aku pergi rumah siapa pon, lepas main, dia sendiri yang kutip dan kemas mainan sebelum kami beredar pulang dari rumah tersebut.
Ada satu lagi peristiwa, di mana budak tersebut berdiri atas meja, anak aku pon tunjuk tunjuk suruh turun dari meja (dengan bahasa dia sambil jari tunjuk suruh turun).
Bayangkan anak aku yang lebih muda dari budak tersebut pon tahu sikit sikit pasal adab.
Sepatut nya tengah umur masih budak lagi, kita tunjuk dan terapkan nilai nilai baik walaupun kita tahu budak takkan paham tapi percaya la kalau dia selalu nampak dan perhati, dia akan ikut dengan sendiri nya.
Yang ini paling aku geram sangat. Tengah taip pon bila teringat rasa menyirap je drah.
Dah pukul 11 malam, memang time anak aku tidur, nampak dah anak aku mengantuk sangat tapi dia tahan mata sebab nak main juga dengam sepupu dia.
Sepupu dia tidur lambat dan kebetulan ayah nya bagi handphone, lagi lambat lah nak tidur.
Ingat lagi, aku dalam bilik nak tidurkan anak aku nombor dua. Tiba tiba pintu bilik di buka dan anak saudara suamiku muncul dan buat bising.
Masa ini, aku geram sangat sebab anak kedua aku baru tidur dan terjaga. Tekanan rasa nya, aku panggil suamiku suruh bawak keluar.
Dua tiga kali jugak budak bertuah masuk bilik tidur kami sebab suamiku sendiri tak boleh nak handle.
Aku cakap, pergi panggil mak ayah dia, kutip anaknya yang tak tidur lagi sebab kacau orang lain (at the time, jam menunjukkan pukul 11 lebih).
Jawapan paling tak masuk akal suamiku bagi, adik dia dan isterinya dah tidur dalam bilik.
Ehh… jenis ibubapa lain macam pernah aku jumpa, kau dah sedap landing dalam bilik, boleh biarkan anak kau kacau family orang lain sampai masuk bilik orang which is bagi aku kurang sopan! (even dia budak lagi)
Anak aku pon kalau masuk bilik orang especially kalau orang tengah rehat, memang aku panggil dan tegur tak elok masuk bilik orang.
Even kau tak boleh dah nak lentur anak sebab kedegilan dia, kau boleh fikir kot, dah malam. Apalah salah nya panggil anak masuk bilik.
Takkan kau nak tunggu semua orang berjaga sebab nak layankan anak kau sampai dia tertidur. Anak aku tak sama macam kau, lewat malam tidur main handphone.
Ajar anak speaking high level sekalipun tapi dengan adab tahap paling bawah, baik tak payah tunjuk lah.
Geram betul rasa nya. Memang tunggu masa nak kena dengan aku kalau budak bertuah buat hal, mak bapak kau taknak ambil tindakan, biar aku sendiri yang ajar anak kau macam mana.
Tolong lah mak ayah sekalian, jangan nak guna alasan “alah.. dia budak lagi” dan kau biarkan anak kau jadi makin kurang ajar.
Masih tak terlambat lagi adik ipar aku nak ajar anak dia pasal adab tapi kena struggle dan perlu ada kekerasan sedikit.
Aku tak perfect pon didik anak tapi bagi aku penting tunjuk adab yang baik depan anak.
Ada juga anak aku buat perangai tapi aku dan suamiku memang marah depan depan, bukan guna konsep tegur ada fasa fasa. Tiada. Anak buat silap, direct tegur dan daripada itu anak belajar.
Cukup lah bebelan aku setakat ini. Anak aku pon tak sebaik mana, ada juga perangai nya tapi tugas ibubapa kena kawal pergerakan anak semua bukan biarkan sahaja.
Antara komen netizen :
Netizen 1 : Kita xblh samakan Ank kita ngn Ank org lain.. Ada budak.. Dh dididik pon.. Masih lagi perangai degil.. Xdgr kata.. Masih lagi suka buat sepah walaupun penat dh ajar lps main kemas balik.. Level budak lain2.. Jgn la ko judge org xreti jaga Ank sbb ko tgk budak tu xde skema cam Ank ko.. Ujian org lain2… Ada budak hyper.. Ada budak slow… So ko yg dh dewasa tu gunakanlah otak ko.. Xsuka budak masuk bilik.. Kunci.. Xsuka budak buat sepah mainan.. Sorokkan.. Bnd simple je
Netizen 2 : First anak kau kecik lagi masih dalam proses belajar, tapi nampak kau asyik cerita tentang keburukan anak sedara kau je , dan kau baik kan anak kau.. kalau kau ibu yg baik mak sedara yg baik tegur je budak tu mcm anak kau sendiri . Budak selalu kalau dgn mak sendiri takot dgn org lain dia akan buat perangai dia.. kau tegur la kakak pergi masuk bilik unty nak tidur kan baby ni jangan keluar masuk . Ini kau panggil laki kau kau memekak dgn laki kau . Sampai kan kau guna perkataan suruh mak bapak dia “kutip” anak dia. Mcm aku Tegur anak sedara mcm anak aku sendiri memang aku garang tapi aku akan tekel hati dorang tegur dan sambil nasihat. Sampai sekarang Alhamdulillah dorang dengar cakap even mak dorang cakap dia suka buat perangai kene mak dia cakap ulang2 dgn aku elok lentok dia cerita bagai. Anak aku pun sama ada masa panggil nama sekali dua tak menyuhut, bula dgn mak sedara dorang elok je.. so proses la budak2 kene byk nasihat. Aku garang tapi bertempat nak marah anak org / anak sendiri bukan depan semua org ingat dorang pun ada air muka. Jadi tegur tu kene tempat dan cara baru dorang akan hormat kau..
Netizen 3 : Balik kg kalau anak buah ramai…takde masa aku nak mengemas..pi lantak diorang main dengan sepupu sepupu diorang…kami mak mak masak Dan kalau lepas makan aku suruh basuh pinggan jadiler…..masa ni lah diorang nak main….peel Kat rumah masing2 rahsia..bila bersama lantak diorang…janji mesra….Kat kg takyah nak buat peel rumah sendiri…
Sumber : kisah rakyat