Foto sekadar hiasan : Salam pembaca budiman. Terima kasih membaca luahan hatiku. Lega sedikit membaca komen komen yang menyejukkan hatiku. Ini luahan terakhirku, sekadar luahan, kerana aku tidak mempunyai tempat luahan.
Mahu bercerita pada ibuku, aku ambil pengajaran dari kisah kakakku, masalah rumahtangga dicerita pada ibuku, kemudian habis dicerita pada saudara mara.
Akhirnya mereka suami isteri bergaduh kerana suaminya mengatakan aibnya disebar. Begitu juga ibu mertua, kisah rumah tangga adik ipar dicanang pada saudara mara. Confession ini panjang juga.
Suka untuk aku bermula dengan kehidupanku sebagai mak orang, kerana ini yang aku hadap 24 jam. Terima kasih diatas cadangan robot vaccum dan sebagainya. Aku ada terfikir, tapi mungkin aku masih perlu membersihkan rumah. Ini kerana, aku mempunyai anak istimewa.
Rumah selalu kotor berhabuk kerana anak sulung & anak istimewa suka menyepahkan mainan dan membuat sampah. Adik kecil, akan mengutip sampah2 ini ataupun mainan dan masukkan ke dalam mulut. Pernah adiknya tercekik kerana makan mainan. Nasib aku nampak.
Aku bukan tak boleh nak kemas. Boleh, tapi aku tiada kemampuan kerana aku banyak perkara lain yang perlu dibuat. Nak kemas, kena dukung sekali anak kecil. Lagipun, anak sepatutnya diajar berkemas tetapi kenapa aku yang jadi kuli buat segala galanya? Anak diajar tapi tidak mahu berkemas.
Suruh suami marah anak, dia ugut ugut cakap macam tu saja. Sebab tu aku cakap aku marah aku tengking sebab cakap baik baik tak mahu dengar. suamiku cakap baik baik tak mahu dengar.
Rumah perlu dicuci dan dikemas sentiasa kerana ada anak istimewa yang suka bermain najls. Pantang leka, habis najls dicalit sana sini.
Ketika aku sembahyang, dia membuang air besar tanpa aku sedari, belum sempat habis sembahyang, najls dah dicalit sana sini di dinding.
Sembahyang pun tidak boleh tenang. Dengan adiknya menangis nangis.
Bila aku mandikan adiknya, sempat dia keluarkan penls, kencing di lantai. Air k3ncing dimain, dilap2 sana sini juga. Bukan sekali perkara ini berlaku. Banyak kali juga. Mana mungkin aku dapat berehat. Mana mungkin aku dapat tidur kerana anak istimewa aku perlu dipantau sentiasa.
Baju dan seluar dipakaikan berlapis , siap di pin, masih dia berjaya bermain dengan dengan najis. Kadang kadang aku menangis semasa membersihkan najls, nak termuntah muntah. Adik pulak asyik menangis je bila aku membersihkan abangnya, sebab tak boleh ditinggal.
Anak istimewaku juga akan mengamuk dan menangis tiba tiba. Pening dan stress aku dengar nangis tak henti2. Aku sebenarnya fed up dengar tangisan dah sebab anak istimewa aku semasa kecil juga menangis menangis tanpa henti selama 2 hingga 3 jam. Kadang aku marah, kadang aku pekakkan aje telinga.
Tapi itula, bila anak menangis, jiran sibuk bertanya kenapa anak menangis, mengamuk. Bukan dia tak tahu aku ada anak kecil. Bukan dia tak tahu aku ada anak istimewa. Benci aku. Adakah budak budak kecil tidak boleh menangis?
Anak istimewaku juga suka meludah ludah dalam rumah. Nak tak nak aku kena mop dan bersihkan. Rumah aku seperti nak kena samak tiap tiap hari. Dia belum berjaya dilatih bebas lampin kerana dia tidak faham arahan. Setelah terapi, dia dah boleh makan sendiri, tidak mahu disuap lagi.
Perkembangan yang baik, tetapi aku masih perlu mencuci makanan yang dicampak ke lantai, yang diteraburkan, air yang ditumpahkan.
Setiap kali makan.
Aku masak banyak kali kerana anak istimewaku tidak mahu makan makanan yang sama..contoh, pagi jika aku sediakn roti atau mi, tengahari dia mahukan makanan lain. Dia tidak mahu makanan yang sama.
Makan perlu tepat pada masanya, kerana dia seperti tahu rutinnya, walaupun dia tidak tahu tengok jam dan waktu. Kadang aku masak lebih, anak istimewa aku nak makan lebih. Seketul ayam atau ikan tidak cukup untuknya. Jadi lauk tidak cukup sampai malam.
Anak sulung tiada masalah jika makan makanan yang sama, cuma itula, dia kadang nak makan, kadang tak nak. Kalau makan sampai berjam jam. Boleh sampai 6 jam untuk habiskan makanan yang sedikit. Leka asyik main sahaja. Makan tengah hari bawa ke malam terus.
Aku malas nak suap sebab kalau suap pun dia akan ambil masa yang lama untuk kunyah dan telan sampai berjam jam & kering tangan aku tunggu. Fed up aku. Aku jarang beli makanan kerana aku tinggal di pinggir bandar. Tidak banyak kedai makan yang ada. Pilihan yang ada di grabfood atau foodpanda pun terhad.
Nak sedap pun kfc sajalah. Itupun anak anakku sudah muak. Aku bagi saja anak sulungku pergi ke rumah nenek dia sebab aku tak nak marah marah selalu pada dia tentang makanan dan mainan. sebab kalau aku marah, aku marah betul, sampai tengking. Tapi tula, dah pergi rumah nenek, jajan jajan jela dia makan.
Kain kain, seperti baju baju dan cadar perlu dibasuh setiap hari kerana seperti kataku, anak istimewa ku suka bermain najis dan meludah ludah. Minta dryer pada suami, dia macam tak masuk dikepalanya. Bukan dia yang menguruskan. Entah apa yang difikir dalam otaknya.
Mesin basuh sudah cukup baginya.
Anak istimewaku juga kerap bangun malam, mengamuk, menangis, menyebabkan adiknya bangun, menyebabkan aku terjaga, tidak boleh tidur, tidak cukup tidur. Jika tidak dipantau, dia akan mengeluarkan kemaluan ketika berjaga malam dan kencing di tilam. Mana mungkin aku dapat tidur lena jika setiap masa perlu dipantau.
Suami. Baik, cukup nafkah, tetapi malas, tiada common sense. Anak muntah atas tikar, tikar gulung basuh, tinggal dalam bilik air. Kerja tak lengkap. Tak siap. Tikar tak disidai.
Anak kencing atas carseat, basuh, tinggal dalam bilik air. Tidak dijemur. Vaccum rumah, perabot di alih, tetapi tidak disusun semula. Begitu juga setelah dimop, perabot dibiar bertebaran. Jika mop di ruang tamu, air mop dibiar ajela tinggal di situ.
Kalau makan, dua pinggan lauk, satu dibasuh , satu tak dibasuh. Potong buah, pisau dan papan pemotong dibiar tidak dibasuh. Sampah penuh, dibiar sampai terkoyak plastik. Aku boleh buat semua tu tapi aku kulikah di rumah? Aku cakap sekali, seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Aku membebel, dia fedup dengar, lagi dia pekak kan telinga. Bila aku bagitahu, aku mahu tindakan. Dia tidak membuat tindakan. Aku kadang membebel, dia buat, tapi lambat lambat.
Aku nak makan, anak istimewa panjat panjat meja. Aku suruh ambil anak, tak ambil. Sibuk tengok telefon. Aku menangis sambil makan, dia masih tengok telefon. Aku jerit minta cerai, baru dia ambil anak. Takde common sense. Aku nak makan pun tak boleh senang. Mandi pun sama la.
Kalau hujung minggu minta beli sarapan, dia akan balik rumah pukul 10. Buat janji lepak dengan kawan. Pukul 10 aku nak masak tengah hari dah. Anak istimewa aku pun dah mengamuk dah. Baik aku masak sarapan. Kalau suruh pergi pasar, lagi lambat balik. Pukul 11 baru dapat sarapan. Takde common sense.
Nak tak nak aku juga la yang keluar ke pasar awal pagi. Pukul 8 aku sudah balik rumah. Ye, memang aku aje yang buat semua.
Suamiku begini kerana inilah didikan keluarga dia. Perangai suamiku sebiji perangai bapa mertuaku. Keluar lepak minum, balik rumah pukul 11 atau 12 baru balik bawa sarapan. Itulah ibu mertuaku cerita. Bapa mertua ku cari nafkah ibu mertua menguruskan rumah dan anak.
Mungkin ini yang suamiku jadikan contoh. Ini yang dia praktikkan di rumahku. Dia mahu aku jadi seperti ibunya. Ibu mertuaku juga suka membebel bebel.
Aku cerita pada ibu mertuaku, suamiku malas, tidak mahu dibebel bebel. Dia cakap suamiku memang macam itu. Dari dulu susah untuk disuruh suruh buat kerja. Dia lagi rela suruh anaknya lain.
Kalau dah begini, sudah pasti suamiku selesa dengan kehidupan malasnya. Maknya atau isterinya membebel, dia akan pekakkan telinga sahaja. Setel masalah dia.
Bawa bercuti, tapi aku yang penat. Aku yang kemas segala benda. Pergi pantai, aku duduk tepi pantai jaga barang, jaga anak kecil. Anak mengamuk balik. Kejap ajela pergi cuti pun. Banyak duduk bilik je. Pergi tido hotel mahal dekat KLCC tu, dia dan anak2 sedap tidur atas katil. Aku?
Anak kecik meragam tidur atas kerusi je. Katil pun tak muat. Nak pergi KLCC, anak istimewa buat perangai, balik rumah ajela. Percutian apa tu? tu untuk bukan untuk aku. Baik tak payah pergi bercuti. Duduk rumah lagi bagus. Aku pun dapat tidur tilam.
Nak pergi bercuti sendiri, dia tak bagi sebab aku pernah ugut nak bunuh diri. Takut aku sendirian buat perkara bukan bukan. Aku memang tertekan. Nak pergi mall, dia bagi tapi suruh bawa anak. Anak istimewa je tinggal. Aku nak pergi sendiri. Aku nak masa bersendirian.
Aku tak nak pegang2 anak. Sekali sekala aku mahukan kebebasan dari anak. Aku tak nak bawa beg pampers ke apa. Itu pun tak boleh. Aku tak tahu kenapa dia tak faham faham.
Aku pun dah penat menaip ni. Aku cuma terkilan bila baca komen yang membandingkam dan mengatakan aku tidak ikhlas dengan perkahwinan kerana jika dilihat zaman dahulu lagi susah. Seperi aku katakan, aku bersyukur, cuma aku penat. Salahkah meluahkan rasa penat.
Aku pasti orang zaman duhulu juga penat. Aku pernah nampak ibuku menangis semasa aku kecil. Aku faham pasti dia penat. Ibu mertuaku pun pernah bercerita, semasa berpantang dahulu, dia basuh kain di tepi sungai. Aku faham, zaman dahulu susah, suami mencari rezeki.
Suamiku mungkin melihat pengorbanan ibunya, ayahnya seperti itu, lelaki mencari nafkah isteri menjaga rumah. Kerana itu suamiku berkelakuan seperti itu, memberi nafkah, cukup untuk keluarga tapi aku perlu uruskan segala urusan rumah.
Tetapi, adakah ini yang perlu diterapkan dalam pemikiran masyarakat melayu kita? Adakah ini yang perlu dilalui oleh wanita melayu yang berkahwin? Adakah ini tradisi yang perlu dikekalkan, dimana wanita perlu berkorban masa , badan dan lelaki dilayan seperti raja?
Adakah wanita sahaja yang perlu menanggung masalah emosi? Tidak boleh diluah masalah, dikata aib, mengeluh, hilang pahala. Semuanya perlu ditelan sendiri. Bila mahu meluahkan pada suami, suami endah tak endah. Kadang kadang tiada respon pun.
Aku seperti bercakap sorang sorang. Kadang kadang dia cakap orang lain ok je. Dia tahu ke? Setakat tengok kawan kawan kerja tak payah.
Ataupun dia suruh buat bisnes. Buat bisnes apa? Semua nak komitmen.
Dengan anak kecil, anak istimewa yang perlu dipantau sentiasa dan urusan rumah, aku tiada kapasiti memberi komitmen.
Ya, jika diundur masa, aku mungkin tidak mahu berkahwin jika inilah yang sepatutnya wanita lalui selepas berkahwin.
– Delima (Bukan nama sebenar)
Kredit : iiumc