Sdg aku tnggu ayah dlm pndok, tiba2 guard masuk angkat aku dduk atas riba dia. Tergamam aku sekejap.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua, nama aku Zaza. Aku nak cerita satu kisah silam masa aku sekolah rendah yang tak dapat aku lupakan.

Dan aku tak pernah cerita dekat siapa siapa kecuali sorang kawan baik aku dekat kolej tu pun bila aku rasa dah ready nak cerita.

Aku cerita ni bukan nak buka aib sendiri tapi aku nak semua parents di luar sana ambil pengajaran dari kisah ni.

Dulu, time sekolah maybe darjah 2 aku tak ingat sebab dah lama, aku bersekolah di satu sekolah kebangsaan ni.

Hari hari ayah aku hantar dan ambil balik sekolah. Tapi kadang kadang ada hari ayah aku lambat ambil sebab ayah aku kerja bomba.

So dia selalu pesan, “jangan pergi mana mana. Tunggu ayah dekat pondok pakcik guard tau”. So aku pun tunggula. Mula mula aku tunggu dekat luar pondok saja. Pondok tu kecik saja muat muat dua orang. Ada tv, sofa kecik.

Pakcik Guard tu nampak baik la pada aku masa tu yang baru berumur 8 tahun. Ada hari aku tunggu ayah aku dekat luar pondok. Tiba tiba hujan lebat so pakcik guard ni pelawa duduk dalam pondok, pastu bagi aku jajan.

Start dari sini aku mula rapat dengan pakcik guard tu. Eh lupa nak bagitau pakcik guard tu berumur 60-70 camtu sebab memang nampak dah tua betul.

Since dari haritu, kalau ayah aku ambik lambat aku tunggu dalam pondok tu.

Tapi ada satu hari ni macam biasa tunggu ayah aku ambik aku dudukla berdua dengan pakcik guard tu dalam pondok dan dia angkat aku duduk atas riba dia ala macam atok angkat cucunya. Tapi tak sangka pakcik guard ni perangai binatang.

Dia seluk tangan dalam kain sekolah aku dan meraba raba bawah aku. Korang tau tak aku buat apa lepastu? AKU TAK BUAT APA APA Wehh. Aku duduk diam saja.

Sampai sekarang aku menyesal dan persoalkan diri aku. Kenapa tak lari, kenapa tak jerit, tak boleh fikir ke.

Tapi apakan daya, aku hanyalah seorang budak yang naif, tidak tahu yang mana betul atau salah. Aku tak tahu. Aku betul betul tak tahu.

Beberapa kali jugak perkara ni berlaku. Tapi start aku darjah 3 aku dah balik jalan kaki sendiri memandangkan rumah aku dekat jadi tak perlu tunggu ayah aku ambil.

Makin lama makin aku membesar, banyak yang aku belajar terdetik dekat hati aku yang bende tu salah tak betul. Bukan pakcik guard jaga dan lindungi keselamatan murid murid tapi makan murid tu sendiri.

Okay, aku ni anak sulung so, aku dah naik tingkatan 1 menengah, dan aku ada sorang adik perempuan yang sekolah di sekolah yang sama, dan pakcik guard yang sama.

Aku tak kasi adik aku tunggu dekat pondok guard kalau nak jugak tapi dekat luar tak boleh masuk dalam and aku memang benci giler kat pakcik tu dengan apa yang dia dah buat.

Kadang kadang aku sendiri ambik adik aku balik and aku memang benci tengok muka pakcik tu. Sampai sekarang umur aku 20 an aku masih tak boleh lupa.

Sampai aku tak boleh beza tu mimpi atau betul. Bila dah besar aku mempersoalkan aku ke yang salah dalam hal ni?

Aku jadi marah dekat diri sendiri, sedih sebab aku dah tak suci lagi dari kecik aku jadi geli dengan diri sendiri tapi time tu aku masih budak tak tahu apa apa. Aku trauma dengan semua ni.

Untuk parents dekat luar sana, tolonglah please. Aku merayu dekat korang tolong tahu dan cakna dengan anak anak korang. Lagi lagi yang kecik masih sekolah rendah. Sebab mereka naif, tak tau apa apa.

Cubalah tanya, “hari ni buat apa kat sekola?”, “makan dengan sape?”, “balik tunggu ayah dengan sapa?” dan sebagainya.

Dan jangan terlalu percaya pada sesiapa pun. Even yang diamanahkan jaga murid pun berhati binatang.

Aku harap korang semua dapat ambik pengajaran dari kisah aku ni. Aku taknak budak budak kecik yang lain senasib dengan aku.

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Saya seorg mak cik guard telah berkhidmat selama 16tahun d sekolah. Saya bagi pesanan kepada ibu bapa d luar sana sila ambil anak anda tepat pada waktu balik sekolah. Dan sila keluar dari dalam kereta pimpin tangan anak anda semasa menyeberang jalan. Tugas kami menjaga keselamatan d dalam kawasan sekolah sahaja..

Netizen 2 : Pengalaman hampir sama dgn aku.cuma bezanya aku diraba yg ats sj oleh bekas pak sedara.lama dah zaman awal 90an waktu tu aku dah Ting 1,tp bdk kg tak tahu sgt benda tu cabul salah,dah kerja br tau. sampai sekarang rasa benci ttp ada wpn umur dah 40 lbh.kisahnya dulu tiap kali mak sedara pantang selalu aku tidur rumah dia,tlg apa yg patut ,mak sdara aku ni jenis subur beranak sorang sethn ,berhenti setahun LPS tu bersalin lg dua org sorg setahun jadi akulah yg disuruh mak aku tidur rmh makcik aku tu bantu hulurkan apa2 brg waktu MLM UTK makcik aku.Nak cerita pjg pula,tp betullah ibubapa jgn mudah percayakan sesiapa.benda2 mcm ni malu nk cerita kt org,mcm aku sdri pun x cerita kat sesiapa pun slps kejadian tu.

Netizen 3 : Zaman saya keje dulu, 2 anak perempuan hantar pengasuh. Walaupun saya selalu abis keje mlm hampir setiap hari, saya akan cx seluruh badan anak. Klu diorg blm tido masa ambil saya akan tanya klu ada org pegang bahagian sensitif badan. Siap pesan bahagian mana yg tak blh disentuh, klu ada yg sentuh mesti bgtau sbb perangai tu tak elok n salah.. anak2 tak rau beza salah atau tidak, kita yg kene bgtau supaya diorg faham n klu ada yg amik kesempatan diorg tskkan diam kan diri..

Kredit : kisah rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published.