Sedang aku menyusu anak, mak mertua tiba2 terjah masuk je rumah. Rse xselesa bila tp aku layankan je. Last2 aku marah suami.

Foto sekadar hiasan : Hai semua, perkenalkan aku Aisya. Aku baru setahun lebih berkahwin dengan seorang guru. Kami menyewa 1 blok yang sama dengan rumah mertua, dan hanya jarak 10km dari rumah ibu bapaku.

Alhamdulillah kedua ibu bapa kami orang baik-baik, dan suamiku juga jenis yang rapat dengan keluarganya.

Pada mulanya aku tak kisah tentang jarak rumah yang dekat dengan mertua, tapi lama kelamaan makin terasa yang tiada boundaries antara mertua dengan kami.

Masa aku baru habis pantang, aku tengah duduk sarapan sebelah baby yang tidur. Aku hanya pakai baju tidur yang tak berlengan. Suamiku dah keluar bekerja.

Tiba-tiba aku dengar pintu grill rumah aku dibuka. Aku pun suspen siapa pula ini.

Rupanya mak mertua aku datang (aku dah tak ingat apa tujuan dia datang) dan main masuk je menggunakan kunci spare yang kami tinggalkan untuk emergency kat rumah mertua. Masa ni aku dah tak selesa tapi aku layankan aja.

Kemudian ada 1 weekend kami suami isteri dah bangun tapi masih baring-baring di katil, kejadian sama berlaku lagi. Mak mertua aku datang terjah macam itu aja tanpa maklumkan kedatangannya.

Kali ini aku cakap dengan suami aku tak selesa, tak ada privasi. Suami aku rasa yang sama jadi dia pesan pada mak dia lepas ni kalau nak datang call dulu.

Lepas kejadian tu, mak mertua aku akan call sebelum datang. Tapi dia call bila dah ada depan pintu rumah aku. Dia call “Aisya, mak ada depan pintu ni.” Selalunya dia datang untuk hantar makanan.

Memang aku bersyukur selalu dapat makanan, tapi lama kelamaan aku jadi benci keadaan macam ni. Bila dah ada depan pintu rumah, tak kan aku nak kata eh tak boleh masuk. Mak baliklah.

Kadang-kadang rumah aku bersepah, kain baju belum selesai, aku sendiri tak terurus sebab tengah buat kerja rumah, aku tak suka orang datang.

Kalau nak kata datang tanya khabar, sebenarnya hari-hari mak mertua aku akan call aku bersembang dan aku layankan.

Kadang-kadang pagi call aku, malam call anaknya pula. Sehari berkali-kali call. Jujur aku sangat rimas tapi bolehlah aku sabar dan layan kalau sekadar panggilan telefon. Tapi bab datang rumah tu memang aku rasa jengkel sangat.

Kemudian, ada satu lagi yang jadi masalah. Aku dan suami hanya pernah bercuti berdua dengan baby dua kali saja sejak kahwin.

Tapi kami dah pergi bercuti dengan keluarga mertua sebanyak 5 kali! Kenapa aku sampai buat kira-kira macam ni?

Sebab setiap kali aku dan suami plan untuk ke mana-mana masa cuti sekolah, mak mertua aku nak ikut bercuti sekali. Setiap kali.

Dan ada satu kali cuti yang dia tak ikut, dia akan call kami tanya macam-macam, macam mana hotel, baby macam mana meragam tak.

Pada aku, benda tu semua boleh kita sembang nanti lepas kami balik. Aku pernah staycation di KL dengan suami dan baby, malam tu mak mertua call suami tanya benda-benda biasa tu.

Aku jadi rimas sangat dengan keadaan ini. Sekarang ni next cuti sekolah dia dah booking nak ajak kami semua dengan adik-adik ipar ke Ipoh. Walhal cuti sekolah sebelum ini kami baru pergi bersama-sama ke Melaka.

Suami aku pun buntu nak suarakan macam mana sebab ialah mak sendiri kan. Takut kecil hati pula. Aku pun buntu.

Aku selalu tertanya-tanya salahkah kalau aku nak sedikit privasi dalam rumahtangga kami? Salahkah kehendak aku nak pergi bercuti berdua dengan suami dan anak?

Kadang-kadang hubungan aku dan suami sendiri pun tak berapa baik, baru lepas gaduh jadi aku fikir salah satu cara nak bagi rapat semula ialah bercuti berdua.

Nak spend masa bersama sebab hari biasa dah sibuk dengan kerja. Salahkah kalau aku berfikiran begini?

– Aisya (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Bagi mak2 ni walaupun anak dah tua bangka dah beranak pinak, tetaplah pada mereka anak2 tu masih kecil..siang malam hati tetap fikir pasal anak2..berpuluh tahun mereka jaga anak2 bagai menatang minyak yang penuh, takkan mudah nak tukar habit tu mcm tu je..kalau masak, teringat anak suka makan…kalau buat tu, teringat anak suka mcm tu…apetah lagi kalau ada cucu, siang malam pk cucu pulak…gitulah kebiasaan mak2 sampailah mereka menutup mata..

Jadi kita pon pelan2 biasakan diri bila dah masuk dalam keluarga suami..sy faham bab privasi ni bagi setiap org tak sama penerimaannya..ada org suka ramai2 sama keluarga tapi ada orang tak suka..tapi begitulah orang kata bila dah kahwin ni, kita bukan saja kena terima kekurangan suami tapi juga kena terima kekurangan keluarga suami..

Kita juga ada anak, semoga bila anak semakin membesar kita akan faham kenapa mak mcm tu..selagi mentua bukan sejenis mengadu domba, kita cubalah bersabar semampunya dan berlapang dada..jgn esok2 bila org tua dah takde, kita pulak yg rindu untuk ade yg peduli dgn kita..

Netizen 2 : Bila ada baby ni lain..dengan dia nk menyusu lg,cuaca panas lg,sah2 pki baju inappropriately such as singlet and shorts je..rmh selerak sbb baju xsempat nk lipat..aku jenis klu org nk dtg,stress sgt bila rmh selerak a.k.a not in proper order..baby melalak lg nnti org sibuk “kenapa x3000” aiii boleh mendidih darah..mak sendiri kita boleh bgtau sejujurnya sbb dia tau anak dia mcm mana,mak mentua nnti takut kecik hati pula..bab cuti,if plan nk private holiday with husband je jgn la sesiapa interfere nnti mkn la amukan aku nnti..nk cuti sama2,kita plan lain later.bincang sama2 nk bercuti boleh,suruh aku ikut “holiday” sekali no thanks I don’t do well with people ordering me around..maybe you should do that,learn to say “no” when it’s not to your liking/in your favour.

Netizen 3 ; Saya ada 4 org anak, 2 lelaki 2 pompuan. Alhamdullilah saya ada 2 menantu lelaki yg saya sayang dan hormati, mrk juga begitu terhadap saya. Saya belum ada menantu perempuan walau anak sulong dah 30an. Bila makin banyak saya baca IIUM ni saya mcm jadi takut nak bermenantu perempuan.

Semasa saya jadi menantu tunggal, ibu mertua menjadi balu semasa saya bertunang. Emak saya nasihat mak mertua mcm mak kandong. Kata arwah mak saya walau camana pun mak mertua kita kena ingat, suami kita nak dia, yg dikandong, disusukan dan dididik dgn pelajaran. Emak kata, mertua dah tua, dia dah biasa dgn rutin dia dgn anak dia. Nak ubah amik masa, lagipun dia fikir masa dia dah tak lama pun. Pesan akhir emak saya, jgn zalim dgn mertua sbb nanti kita dpt menantu, menantu akan zalim dgn kita.

Netizen 4 : tu semua basic mak mentua dik… ko belum jumpa kan baru nak beromen mak mentua ketuk siap gelabah cari mana satu kunci rumah koo.. sebab semua menantu dia punya rumah, dia ada kunci… ko pun gelabah lap muka lap ssegala lap pakai baju laki bini terbaalik bukaknpintu tanya “kenapa mak?”

mil ko ckp maak bukak pintu sebab risau korg tak menyahut, skrg byk kes mati dlm rumah… padahal korg nk beromantik je berdua…

masak dikkk.. akak dh lalui… ini mak mentua kau kira ok sgt dik… akak punya ni dik…. another level dik……. tgh pakai seluar dlm bilik pun dia ketuk nk juga bercakap masa kau pakai seluar… katanya takpe mak taak tengok… mak nak borak je… haru dikkk….

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.