Sedih bila isteri duka sbb rindukan lelaki lain. Lpas cerai,dia beli Civic baru pdhal krja operator kilang je. Akhirnya terbongkar jua.

Foto sekadar hiasan : Assalam semua. Aku ada beberapa masalah yang ingin ditanya. Aku tidak pandai nak menulis.

Harap korang faham apa yang aku ceritakan dan minta pandangan semua. Aku adalah seorang suami dan bapa kepada anak anak aku.

3 tahun yang lepas aku telah menjatuhkan talak kepada bekas isteri aku. 10 tahun aku hidup bersama bekas isteriku.

Tapi apakan daya jodoh kami setakat itu sahaja. Sejujurnya aku sangat gembira ketika itu susah dan senang bersama. Kami dikurniakan 2 anak perempuan yang sekarang berumur 6 tahun dan 8 tahun.

Aku melafazkan talak kepada ex aku kerana dia ada skandal di tempat kerja. Ini bukan satu fitnah sebelum aku melepaskan dia tanpa aku redha akan pencerraian ini. Aku selidik sedalam dalamnya.

Aku memikirkan anak aku yang masih memerlukn belaian seorang ibu. Aku masih mempertahankan rumahtanggaku.

Tetapi setelah satu per satu Allah tunjukkan, aku tak boleh terima dan bersabar lagi apa yang dia buat di belakangku. Untuk makluman semua, semua manusia tidaklah sempurna.

Aku cuba untuk menjadi suami terbaik dan soleh. Aku bekerja normal dan EX aku bekerja kilang dan aku lah yang buat kerja rumah dengan membantu EX memasak untuk anak anak, membasuh baju, kemas rumah, mengasuh anak dan banyak lagi yang tak perlukn aku perincikan.

Nafkah rumah, bil, anak, dan makanan semua aku tak pernah abaikan. Aku makan nasi lemak pun aku tak kisah. Kadang kadang diri aku pun tidak cukup yang penting aku tunaikan nafkah yang Allah amanahkan.

Cuma kekhilafan diriku aku tak dapat memberi nafkah tunai kepada isteriku dan tak dapat memberi barang barang kemas kepada isteriku sebab untuk diriku pun kadang kadang tak cukup.

Ceritanya bermula begini, aku dah Nampak perubahan EX ku 6 bulan sebelum pencerraian. Aku masih fikir positif.

Satu hari, aku masih ingat lagi hari Jumaat, lepas selesai solat Jumaat aku balik rumah dan aku lihat EX aku dalam kesedihan. Aku tanya dia masalahnya dan jawapan aku dapat amatlah sedih bagiku.

DIA RINDUKAN SEORANG LELAKI LAIN BUKAN DIRIKU. Aku namakan LELAKI itu T. Punah harapan aku yang aku bina selama ini. Terbayang wajah anak tanpa belaian seorang ibu.

Selepas itu satu per satu Allah tunjuk aku selongkar beg tangannya aku jumpa resit resit yang T belikan barang barang untuknya.

T membeli peralatan rumah menggunakan kredit kadnya. Rupanya dia telah menyewa kondo mewah yang semua ditanggung oleh T.

Aku mengadu nasibku kepada mak dan abangnya. Mereka seperti beranggapan dah memang tiada jodoh. Mereka seperti meredhai kecuurangan yang berlaku.

Akhirnya aku lafazkan talak kepada EX ku. 3 bulan aku d3press, berat badanku turun mendadak. Siapa kata lelaki kuat. Hahaha.. Aku mengambil tanggungjawab menjaga anak anak ku.

Sebabnya aku tahu semua aset yang dimiliki oleh EX aku sekarang semuanya ditanggung oleh T. Selepas bercerrai terus EX aku tukar kereta mewah RM1XXk lebih sedangkan dia operator kilang jer.

Kalau aku lepaskan tanggungjawab anak anakku dah semestinya anak anakku akan ditanggung oleh T sedangkan mereka masih mempunyai ayah.

Aku faham kalau diikut kan anak anak perluukan kasih sayang ibu lebih dari seorang bapa. Tetapi aku perlu mendidik anak anak supaya mereka menjadi anak anak solehah.

Aku tak rasa diriku sempurna tetapi aku cuba yang terbaik untuk anak anak ku. Aku kesian dengan anak anak aku mereka tak rasa belaian seorang ibu.

Aku terpaksa belajar untuk pakaikan tudung ketika mereka hendak ke sekolah. Bila ke sekolah aku lihat pelajar perempuan bertudung cantik terletak sedangkan anak aku sebaliknya. Maklumlah lelaki yang siapkan.

Aku pendekkan cerita, selepas beberapa bulan aku mula kenal dengan isteriku sekarang. Aku selidik dia adakah dia boleh menerima anakku dan bagi aku bila kita dah pernah berumahtangga malas untuk bercinta kembali, lagipun boleh menyebabkan kemaksiiatan berlaku.

Aku ambil keputusan terus berkahwin dan bercinta selepas kahwin. Dia seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun. Anaknya dia, dijaga oleh ayahnya.

Sebelum menikahinya aku dah maklumkan kepadanya bahawa anak dia tak boleh tinggal bersama kita sebab anak aku perempuan.

Aku bukan ada rumah besar dan anak anak ku terbatas auratnya dengan anak tiriku. Setakat nak datang cuti sekolah aku tak halang.

Dia setuju dengan cadangan itu. Lagipun aku pilihnya sebab aku tahu dia pernah melalui fasa menjaga anak kecil dan senang untuk bonding bersama anak anak ku nanti.

Bab duit Isteriku tidak berkira dengan anak anakku tetapi bab kerja rumah. Akulah yang akan membasuh baju anak anakku, iron baju sekolah anak anakku.

Aku tak mengungkit tapi aku pun manusia biasa. Aku berkerja manakala isteriku surirumah. Kerja kerja rumah aku terpaksa mengadap. Aku lah yang kemas rumah, sapu sampah, basuh baju, jemur baju dan lipat baju semua aku yang lakukan. Dia hanya memasak sahaja.

Bab menegur anakku. Aku memberi kebenaran untuk dia menegur anak anakku jika mereka melakukan kesalahan.

Tetapi setiap perkara anakku lakukan salah dimatanya. Sampai mak aku pun menegurku isteri terlalu garang dengan anak anakku tetapi tidaklah sampai memukul. Sampai aku pun str3ss.

Aku tak backup anak anak ku. Tetapi bila semua apa mereka lakukan tak kena, susah juga. Anak anak ku macam dah berjauhan dengannya. Masa mula kahwin anak anakku rapat dengannya.

Kadang kadang aku berfikir betul ker aku pilih jalan ni. Aku rasa menyesal. Anak anak ku jadi mngsa keadaan. Aku dan isteriku sering bergaduh sebab anak anak.

Kalau bukan aku yang ambil berat tentang anakku siapa lagi. Aku dah cakap dengan isteri, aku tak akan buang anak. Mereka masih perluukan perhatian ibu bapa.

Maaflah kalau korang kurang faham dengan penulisan aku. Aku harap korang boleh mendoakan aku supaya aku kuat dan boleh melalui ujian ujian hidup ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published.