Setiap bulan suami bagi MIL 4K. Nafkah aku cuma 1K. Tiap bulan MIL bgtahu tak cukup, aku yang kena topap.

Assalamualaikum. Saya seorang isteri yang berkerjaya yang baik. Mempunyai seorang anak.

Kisah yang saya ingin kongsikan ini sudah lama saya pendamkan. Luaran rumahtangga saya bahagia. Suami business alhamdullilah kami senang.

Namun badai kadangkala melanda juga. Apa yang ingin saya ceritakan disini tentang sikap suami yang pemurah tapi akhirnya yang menjadi mangsa adalah kewangan saya.

Suami saya menyara ibunya dengan memberi RM 4k setiap bulan. Dalam pada itu ibunya akan meminta dia selesaikan beberapa perkara lain yang melibatkan kewangan.

Di pihak saya pula saya tidak sampai hati untuk meminta wang lebih dari apa yang suami berikan. Setiap bulan saya akan diberikan RM 1500 sebagai nafkah diri.

Saya sememangnya bersyukur dengan pemberian suami. Namun yang kadangkala menyakitkan hati ialah bila fikirkan mak mentua yang memang dah dapat sejumlah wang yang banyak tapi masih lagi tidak cukup untuk dirinya seorang.

Jadi apabila dia meminta lebih wang gaji saya yang akan diberikan kepada mak mentua. Suami berkecil hati bila saya bertanya bila dia dapat membayar hutang kepada saya.

Saya dituduh tidak bersyukur dan tidak memahami. Jadi saya ingin bertanya adakah betul saya ni manusia yang tidak bersyukur?

Untuk pengetahuan mak mentua saya tidak mempunyai tanggunggan dan dia juga mendapat pencen 4rwah bapa mentua.

Saya sangt sedih bila dituduh seperti itu sedangkan selama ini duit gaji saya lah yang digunakan untuk suami mulakan business serta sepanjang suami berniaga.

Saya juga membuat pinjaman bank dan masih lagi membayar jumlah yang banyk setiap bulan. Suami akan membayar sekiranya dia ada lebihan wang.

Sekiranya tiada maka sayalah yang menanggung pinjaman tersebut.

Adakah wajar saya dianggap kedekut dan berkira serta tidak bersyukur. Memang suami saya yang uruskan semua hal bil rumah dan segala bayaran berkaitan rumahtangga.

Disebabkan saya bertanya akan hutang dia terhadap saya maka suami marah dan keluarkan kata kata yang sangat mengecilkan hati. Cara dia bercakap seolah olah menyesal akan perkahwinan kami yang sudah masuk 24 tahun ini.

Sayu sangatt hati saya hari ni. Saya sangat sayangkan suami sebab itu selama ini saya diamkan aja.

Tapi ada juga beberapa kali pernah berlaku pertelingkahan kerana bab hutang. Tapi kali ini suami pun nampaknya sangat berkecil hati dengan saya.

Sedangkan saya bukan meninggikan suara pada nya. Saya hanya berkata ‘Abg salah tak sepatutnya buat macam nih’ Apa yang perlu saya buat??

Adakah patut saya diamkan saja hutang dia yg dah mencecah RM 120k kepada saya?? Atau saya bagi terus kad bank saya padanya supaya dia tidak menuduh saya macam macam.

Saya dah letih sesungguhnya. Letih dengan semua ini.

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Entah la puan saya tak berani nak cakap banyak mungkin ini dugaan puan. Cuma dari pembacaan saya, puan ibarat merasa diri puan salah. Tak puan, puan tak salah.

Isteri adalah tanggungjawab utama suami kalau melibatkan nafkah. Apa pun isteri paling utama. Tiada guna mengharapkan syurga dengan alasan berbakti pada ibu bapa tapi dalam masa yang sama menzalimi isteri sendiri. Tanggungjawab masih tanggungjawab.

Berkeraslah puan, puan tidak salah. Kalau puan sayang suami, tegurlah suami untuk tunaikan tanggungjawab dia seperti yg sptutnya. Anggaplah teguran puan tu teguran kerana sayang. Semoga dipermudahkan puan .

Netizen 2 : tanggungjawab tetap lah tanggangjawab. betul ibu adalah syurga seorang suami. tapi tak guna mengharapkan syurga dengan alasan berbakti pada ibu bapa tapi dalam masa yang sama menzalimi isteri sendiri.

Bagi seorang suami utamakan lah nafkah yang sepatutnya. isteri kerja untk diri sndiri bukan untuk suami. haram suami guna duit isteri

Netizen 3 : Nampak sangat suami awak bagi nafkah awak tak ikhlas. Dia bagi nafkah, tapi buruk siku. Macam macam dikatanya pada awak tak tahu bersyukur la apa la. Suami awak ni mempergunakan awak sebenarnya.

Seolah olah bagi nafkah pada awak, minta semula bagi pada mak mertua. Apa lagi yang tak cukup untuk mak mertua awak. RM4k setiap bulan yang diberi pun masih tak cukup dan dia juga tiada tggungan.

Sumber : KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *