Shahrizal selalu jd imam, family suka dia.Tp xsangka sehari sbelum tunang dah kantoi, cepat2 aku call abg dia.

Foto sekadar hiasan : Hi semua pembaca. Aku nak share my experience berkaitan love scammer. Tengok tak Tinder Swindler dekat NETFLIX? Korang percaya tak dekat Malaysia pun ada love scammer?

May be some of you percaya and some of you tak percaya. It’s ok wanna believe it or not.. Sorry kalau confession ni bercampur malay and english. Aku bangga jadi anak Malaysia! Tapi bila emo lagi best keluar english.. hahaha..

Cerita dia aku kenal Syahrizal (bkn nama sebenar) dekat FB Dating. Basically untuk yang tak tahu, FB ade 1 apps atau icon FB Dating. So dalam tu korang boleh swipe kiri kalau tak berminat, click like kalau korang berminat.

So aku pun masa PKP 2021 banyak masa kan, gatal la tangan pi click FB Dating ni. So berkawan la dengan beberapa orang. Dalam 3 orang tak silap.

Dalam 3 orang ni, Syahrizal ni salah seorang yang hari-hari akan wish morning wish good night and rajin la chat. Aku tak de la hari-hari buka apps ni. Tapi Syahrizal ni akan chat tanya ok ke tidak, kenape senyap and macam-macam la.

Sembang punya sembang sampai la dah boleh rentas negeri, so Syahrizal ni ajak la jumpa.

By the way, aku stay dengan family and aku tak suka keluar sampai malam and aku ada routine weekend aku berjoging. So Syah ni pun ajak la dating, aku pun ajak la joging sambil dating.

1st date tu joging then pergi breakfast bual-bual then dalam pukul 11am macam tu dah balik.

Lepas 1st date mula la mamat poyo ni cakap nak jumpa my parents since i stay with my parent. Aku pun ape lagi, syok la kan. Syah ni pun bagitahu la plan nk jumpa family and future plan die dengan aku.

Masa tu aku memang hati bunga-bunga kan, dah syok la sebab nampak la serius die ni. Wei, orang berani nak jumpa big family kau kot. Berani tu.

So datanglah Syah ni ke rumah and jumpa my big family. Everything smooth, pandai Syah ni bawa diri. Memang family aku suka la die ni.

Pandai bawa diri, bila time solat tu mmg routine kitorang family solat jemaah and die willing jadi imam.

Long story to short lepas 1st meet dengan my family, kerap la Syah ni datang rumah join kitaorang lunch, dinner and sebelum kitaorang nak keluar die jumpa parent aku untuk minta izin nak bawa aku keluar. Baikkan die.. OK korang sabar jap.

Sampai lah plan untuk bertunang then bernikah. Plan semua die yang direct inform family aku. Date, bulan nak buat dekat mana semua die yang plan. Cuma die nak minta family aku tolong masa hari kejadian sebab die ni anak yatim piatu. So date untuk bertunang hampir tiba,

Syah dah mula buat hal. Busy sangat dengan kerja sampai kadang-kadang terlupa call, terlupa whatsapp. Tak call aku boleh terima tapi tak whatsapp macam pelik sebab aku tengok die online saja dekat whatsapp tu.

Pernah saja aku issue kan bende ni, tapi jawapan die, die buka whatsapp web sebab kerja, memang tak sempat nak reply whatsapp aku.. errmmm pelik kan.. Seminggu sebelum nak bertunang aku dah mula risau sebab die dah tak ade contact aku and aku memang masa ni dah hilang sabar.

Aku tanya die nonstop pasal cincin tunang. Jawapan die, die busy. OK fine.. mulalah kerja aku stalk semua FB, IG and tik tok die.

Wow surprisingly aku jumpa petunjuk. Aku jumpe FB abang dia and aku tanya everything dekat abang dia. Lagi sekali aku terkejut. semua ice breaking antara aku dengan die semuanya PALSU. Ya PALSU. Semua dia tipu.

Ok, masa ice breaking, die perkenalkan die duda kematian isteri 7 tahun lepas and tak ada anak. Pernah putus tunang and kene tipu dengan tunang die RM50k due tu business issue.Dia mengaku ada 4 beradik lelaki.

And the real is, dia masih ada mak, yes ayah dia menlngggal 2014, masih ada isteri, anak ada 6 tapi 2 dah menlnggal, ada 7 adik beradik which is 4 lelaki and 3 perempuan. oh by the way dia adalah seorang coach softball di sebuah U yang ternama.

Wow, masa dapat tahu semua ni sedih memang aku sedih tapi aku kene kuat. So aku dah start mula jauhkan dari die. Slowly aku jauhkan diri. Syah whatsapp pagi, petang baru aku reply. Dia call aku tak jawab. bagi aku kumpul data-data dulu.

So tiba-tiba aku sangat la baik dengan abang Ssyah. Wei, abang Syah ni sangat baik. kenapa aku cakap sangat baik, from our conversation tak berhenti dia minta maaf dengan aku.

Dia cakap macam mana pun family dia terima adik dia ni sebab darah daging diorang. menurut abang Syah, aku bukanlah mangsa dia yang pertama. Aku adalah mangsa dia yang ke-13.

WOW.. Amazing kan.. ramai dah jadi mangsa Syahrizal tapi yang 13 ni yang abang dia tahu, yang abang dia tak tahu? Wallahualam..

Aku siap minta maaf dengan abang Syah sebab at 1st memang aku ade maki family dia sebab aku marah tapi bila tahu cerita ni, aku kesian dekat abang and mak dia.

Aku kesian dekat isteri and anak-anak dia. Anak dia yang sulung baru habis belajar and dia paksa kerja kedai pakaian sebab die nak duit.

Lepas saja aku dah OK, aku whatsapp Syahrizal and aku cakap,

‘Thank you for everything, nice to know you and it’s lesson learn for me’

‘We are done’

Bila die baca, dia call aku nonstop sampai aku terpaksa off phone. Then dia whatsapp macam-macam dia kata dekat aku. But then, aku dah tak kisah dah.

Buat yang tertanya-tanya, aku tak selidik ke before kenal and bawa dia dalam family? Yes aku dah selidik tapi tak banyak info yang ada. Lagi menguatkan aku sebab dia memang berani and selalu juga la jumpa family aku.

So aku bukanlah nak bagi nasihat sebab aku sendiri masih belajar kehidupan ini.

Menyesal? Yes aku menyesal kenal seorang yang bernama Syahrizal tapi aku ambil ia sebagai pembelajaran dan pengajaran untuk aku.

Betul dalam hubungan never attach, once you attach memang kau hanyut.

Jangan ingat yang kau dah bawa jumpa family confirm akan jadi pasangan kau! Pedihkan tapi itulah reality.

Buat pejuang-pejuang and masih mencari-cari jodoh, kita jangan putus asa OK. Sesungguhnya kita kuat untuk melalui semua ini. Sebab tu kita insan terpilih dalam ramai-ramai umat ini 🙂

Kepada semua wanita di dunia ini, kalau tak ada siapa yang cakapkan ini.

I want to tell you that…

Awak sangat cantik, awak sangat baik dan awak adalah wanita yang sangat kuat. Yes awak!

You are amazing, you are awesome, and you are unique.

Unique with our own version. Just do what make you happy and thankful with what you have in your life

Promise that u will love yourself okay?

– Mina-chan (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Pengalaman sy, kenal ex melalui kawan pun kena scam jugak. Smpai kawan tu taksngka ex ada mcm-mcm karakter.

Lesson learnt. Whatever we do in a relationship, must have a limit. Once it exceed the limit, just walkway from this toxic relationship.

Alhmdulillah, Allah swt dah bagi semua cukup untuk sy..cuma part “jodoh” mungkin ujian dari Allah swt ntk melatih sy agar lebih sabar dlm mencari redha Nya..

Netizen 2 : Orang kata jangan kenal bakal jodoh di medsos, tapi masalahnya yang depan mata hari-hari pun boleh menipu girls.

Ramai dah kawan aku kena. Kenal dekat tempat kerja, hari-hari jumpa, tapi luar waktu kerja, bersusun ‘tunang’ lelaki tu. kau ingat jumpa hari-hari kau tak akan kena tipu?

Ada kawan aku ni dah nak bertunang dah. Bukan main lagi siap jumpa family, g beraya, celebrate birthday mak ayh dgn bakal tunang. Sekali tetiba bagi cold treatment, dalam 3 minggu bagi cold treatment, dia kawin. tu jumpa hari-hari selama 4 tahun weh.

Tu belum lagi jejantans scam duit perempuan. Tu sebab orang perempuan jgn la kau percaya lelaki. Selagi dia tak nikah dengan kau, tanggung tempat tinggal kau, makan 2 kali sehari dia bagi, kau jangan la percaya janji lelaki setia sampai tua ni.

Netizen 3 : Percaya je cakap abg kepada syah tu? Kalau abg kepada syah yang menipu? Dia ingat pula 13 orang perempuan yg adik dia dah tipu? Ini macam tipu je. Awak dah skodeng website U dia kerja, ada tak nama dia as trainer softball? Atau pergi je terus kat U tu, tanya orang2 sekitar. Tak pun pergi je terus rumah lelaki tu, minta alamat kat abg dia. Bawa ayah mak awak sekali masa selidik tu. Jangan sorang2. Bahaya. Dia dah dtg rumah dan beria nak kawen kan, mak ayah awak ada hak nak find out tentang lelaki yg beria nak kawen dgn anak dia ni.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.