**gambar sekadar hiasan
Hai semua, aku Alya (semestinya bukan nama sebenar). Berumur 28 tahun. Ini pertama kali aku meluahkan di medium ini.
Aku yakin dan pasti ramai yang panas hati membaca tajuk confession ini. Mana tak nya, seminggu ini media sosial hangat dengan isu kisah suami curang dengan orang ketiga.
Aku perkenalkan sedikit sebanyak latar belakangku. Aku merupakan anak sulung dari tiga adik beradik perempuan, yang juga dibesarkan oleh ibu tunggal. Pendek kata, ruang lingkup kehidupan kami berempat hanyalah perempuan.
Ibuku bekerja sejak kami kecil, tanpa nafkah seorang ayah. Ia juga menjadi titik keazaman kami semua untuk belajar sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah.
Sentiasa terpahat didalam ingatanku, ibu sentiasa menasihati kami supaya ada pelajaran, kerjaya, dan duit sendiri tanpa mengharapkan lelaki. Alhamdulillah, sekarang aku bekerja di salah sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai produk perisian komputer.
Pendapatanku? Alhamdulillah mampu membeli sebuah kereta import dan juga sebuah rumah teres kos rendah secondhand yang baru dibeli hampir setahun.
Kisah bermula apabila syarikatku mendapat projek untuk bekerjasama dengan syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah konglomerat terkemuka di Malaysia.
Tugasku sangat penting dalam memastikan kedua syarikat ini menandatangani perjanjian bersama. Aku menjadi jurucakap dan juga orang penting dalam membuat ‘demonstration’ tentang bagaimana perisian komputer kami dapat membantu perubahan cara kerja yang mereka inginkan.
Seperti biasa, hari presentation yang mendebarkan. Aku bersiap dengan penuh kekemasan bersama laptop yang mengandungi slide yang sudah berapa kali aku telaah. Syarikat hartanah tersebut sangat besar, aku rasa sangat bertuah sesiapa yang bekerja disini.
Seperti biasa aku akan datang setengah jam awal untuk bersedia dengan laptop, projector dan juga sound system di dalam bilik mesyuarat mereka.
Pada jam 9pagi, semua sudah memenuhi bilik. Alhamdulillah semua mereka sangat peramah dan enjoy dengan peneranganku. Kebanyakan upper management kelihatan berminat dengan apa yang disampaikan olehku. Pendek kata, presentationku hari itu berjalan lancar.
Semasa semua beransur beredar, salah seorang daripada mereka datang untuk bersalam denganku. Aku kenalkan namanya Adli (bukan nama sebenar).
Kebetulan waktu itu makan tengahari, Adli mengajakku untuk turut serta lunch bersamanya. Awalnya aku menolak dengan baik, namun katanya hanya sekadar lunch untuk berborak lebih banyak tentang perkara yang tidak sempat ditanyanya ketika presentation ku tadi.
Melihat aku yang sepertinya keberatan, lantas dia memberiku idea. Kami akan menaiki kereta berasingan, supaya selepas lunch kami boleh balik ke office masing masing. Akhirnya aku bersetuju.
Di meja makan, kami duduk bersetentang. Aku mengambil peluang untuk mengamatinya. Berumur lingkungan 30an. Berpenampilan sangat kemas. Gaya percakapannya juga sangat jelas dan menarik. Paling menarik perhatianku ialah jam tangannya. Jenama yang sangat mahal.
Pasti mencecah puluhan ribu ringgit.
Akhirnya perbualan kami melencong daripada hal pekerjaan.
“Cik Alya dah bertunang ke?”
Aku mengerutkan dahi. Soalan apeni.
“Kalau saya dah bertunang kita takkan lunch berdua harini”
Aku lihat mukanya bersinar.
“Betul jugak tu. Well.. thank God”
“Thank God for?”
“For u being single” katanya sambil tersenyum.
Kami berpisah menuju ke ofis masing masing setelah membayar bil. Agak bergaduh ketika ingin membayar bil. Dia asyik menolak untuk aku chip in. Katanya, kali ni biar dia belanja. Aku boleh return the favor next time. Next time? He want to meet me again?
Selepas parking, aku bergegas membuka phone semasa berjalan ke ofis. Satu nombor yang tidak kukenali naik di notifikasi WhatsApp.
“Hope u safely arrived :)”
Tiada gambar pada WhatsApp picture. Aku klik contact info. Tertera namanya. Aku segera save namanya dan akhirnya gambar lelaki memakai baju sejuk berlatar belakangkan gunung ganang muncul.
Ya, Adli.
Tidak sukar meneka dimana dia mendapatkan nombor telefonku. Hampir separuh di dalam bilik mesyuarat tadi mengambil aku punya bussiness card, termasuklah dia.
Aku hanya membalas sticker seorang budak perempuan yang mengangkat thumbs up.
Awalnya aku agak keberatan untuk berkenalan. Namun difikirkan usiaku yang kian meningkat, aku rasa tidak salah untuk mula memikirkan soal jodoh.
Aku pernah bercinta. Namun gagal ketika sem terakhir di universiti. Selepas itu aku langsung tidak berkenalan dengan mana mana lelaki.
Dan aku juga tidak ingin membuang masa lagi. Bagiku jika sudah berkenalan, biarlah berkahwin. Jika tidak, lebih baik usah berkenalan terus.
Malamnya ketika aku ingin melelapkan mata, Adli menghantar WhatsApps sekali lagi.
“Sweet dream, beautiful. Have a good night rest“
Like what? Aku yang hampir tertidur terus bangkit. Kulihat jam. Sudah pukul 2pagi. Belum tidur nampaknya dia. Baiklah. Akhirnya aku membalas.
“Are u trying to flirt with me?”
Bodoh tak bodoh nombor dua. Aku takmahu buang masa. Kalau ya, aku akan teruskan berkenalan.
“Haha”
“Obvious sangat eh? Yeah sort of”
“I kinda attracted to you”
“I seriously want to know u more”
“Can we be friends? Maybe for now”
Aku tersenyum. It’s been a long time untuk aku rasa perasaan macamni. It’s a beautiful feelings.
The sparks is everywhere.
Sepanjang perkenalan dengan Adli, aku sentiasa solat dan berdoa kepada Allah, jika inilah jodoh yang Engkau hadirkan untukku, Engkau permudahkan lah segala galanya buatku.
Benar, Allah maha penyayang. Dia permudahkan segalanya untukku. Untuk aku melihat kebenaran. Dan kebenaran itu tersangatlah pahit untuk aku telan.
Sepanjang perkenalan dengannya, kami hanya berkomunikasi menerusi WhatsApps. Tiada phone calls, tiada video call, tiada voice call.
Kebiasaannya dia sangat aktif membalas chat aku sepanjang hari ketika aku di ofis.
Satu hal yang pelik. Tiba pukul 7 malam ke atas, WhatsApps aku tidak di seen. Malahan hanya satu tick sahaja. Namun sebaik sahaja sekitar pukul 1-2 pagi, pasti dia akan kembali menghubungiku, mengucap selamat malam dan sebagainya.
Kadang kadang aku sempat membalas. Kadang kadang aku sudah tertidur dan hanya membaca keesokan paginya.
Aku pernah bertanya juga kenapa. Jawapannya, phone nya memang begitu. Bila sudah sampai dirumah selalu saja battery sudah habis dan dia hanya biarkan mati sambil dicas.
Selepas itu dia akan bermain game di ps4 sehingga malam. Barulah dia akan mengambil phone ketika hendak tidur.
Sejujurnya, aku sangat tidak boleh menerima alasan itu. Mana mungkin dari pukul 7 sampai pukul 12malam langsung tak tengok phone?
Macam mana kalau ada emergency orang call? Macamana kalau ada benda penting orang WhatsApp? Namun soalan tu aku hanya tanya dalam hati.
Pernah aku tanya Facebook dan Instagram nya. Yelah, kami dah officially lover kan. Mesti lah nak follow each other. Katanya dia tak aktif instagram, lama dah buat tapi tak pernah guna. Dia hanya bagi aku follow Facebook je.
Dipendekkan cerita kami pun friends kat Facebook. Tapi aku perasan yang Facebook dia ni terlalu privacy. Susah untuk aku search apa apa.
Gambar yang dia upload pun hanya lah gambar yang sama macam dp WhatsApps dia. Ada beberapa keping gambar makanan dan steering kereta.
Namun, tiada satu pun gambar gambarnya mempunyai likes. Aku dah mula hairan. Bila aku scroll wall dia pun, semua content yang dia share langsung tiada likes. Tiada sebarang komen daripada sesiapa pun. Masa ni aku dah mula syak something. Ini adalah fake account. But why?
A woman’s instinct never fails her.
Aku sangat percayakan sebaris ayat ni. Dan instinct aku sekarang, Adli tak jujur. Cumanya, aku tiada bukti.
Hari berganti hari, kami masih pasangan kekasih yang normal. Sehari dua dalam seminggu kami pasti berjumpa untuk makan tengahari bersama. Adli juga melayanku dengan baik, sukar untuk aku teka dimana ketidakjujurannya.
Sehinggalah suatu hari dia menyuarakan hasrat untuk bertemu ibuku. Katanya, kami dah boleh fikir untuk bawa relationship kami ke next level, which is perkahwinan.
Sungguh aku gembira tak terkata. Sepanjang perkenalan, aku tidak pernah menyentuh soal perkahwinan, walaupun sebenarnya itu yang aku mahukan. Aku mahu Adli yang menyuarakannya dahulu, sekaligus membuktikan yang dia serius terhadapku.
Terbuai dengan keterujaan dan kegembiraan, aku terus menganggap instinct aku tempoh hari hanyalah mainan perasaan.
Ibuku orang paling gembira dengan berita ini. Sebab dia pun dah lama asyik bertanyakan aku bila nak ada boyfriend and so on. Yelah, aku pula anak sulung. Ibu belum merasa ada menantu lagi, apatah cucu.
Pelbagai lauk pauk ibu sediakan pada hari Adli bertandang ke rumahku. Dilayan Adli seperti anak sendiri. Ditambah pula dengan sikap Adli yang lembut tutur kata, bijak memuji dan sentiasa berbual panjang dengan ibu, ibu benar benar senang dengannya.
Pada suatu malam, aku agak bosan so aku start bergolek di atas katil sambil buka laptop. Sengaja aku buka Facebook dan ketika itu, adik perempuan aku lupa log out dia punya account. So aku teruskan saja scroll membaca cerita cerita hangat menggunakan Facebook nya.
Entah kenapa, terdetik dihatiku untuk search nama Adli menggunakan Facebook adikku. Beberapa akaun muncul, tapi bukan Adli.
Kemudian aku search nama penuhnya, berserta nama ayahnya juga.
Terpampang beberapa akaun. Namun ada satu yang menarik perhatianku. Aku klik, dan ia membawa aku kepada penemuan yang lebih besar.
Gambar Adli yang sedang berdiri bersama seorang wanita disebelahnya. Tangannya memaut erat pinggang wanita tersebut yang juga sedang mengendong seorang bayi kecil.
Aku buka gambar itu dengan lebih besar. Beratus likes pada gambar itu. Malahan puluhan komen juga. Aku kuatkan hati untuk buka komen satu persatu.
“Congrats Adli and Najah on your first babygirl!”
“Tahniah Adli and Najah!”
“Wahhh tahniah korang.. comelnya baby”
Speechless. Rasa macam every heartbeat is so painful. Sesak.
What is this shit?
Air mata aku berjuraian jatuh. Pening sangat kepala aku masa tu. Terlalu banyak benda aku nak kena process.
Aku terus ambil phone aku dan buka Facebook. Nama Facebook Adli aku search balik menggunakan akaun aku dan yes, sangkaan aku tepat.
Aku tak jumpa akaun yang sama aku jumpa dalam Fb adik aku. Adli awal awal lagi dah block aku guna Fb dia yang sebenar.
This is what he’s been trying to hide all this time! This is what my instinct trying to tell me! Ya Allah. Hancur hati aku. Aku ditipu hidup hidup. Adli sebenarnya suami orang, malahan sudah pun bergelar seorang ayah.
Aku menangis sampai hampir migraine. Dapat rasa macam keluar urat kat kedua dua pelipis kiri dan kanan. Sedar tak sedar jam dah pun pukul 4 pagi.
Facebook Adli sudahpun aku lihat semuanya. Semua yang dipost adalah gambar gambar kebahagiaan dia dan isterinya. Ada gambar percutian, ada gambar makan malam, dan pelbagai lagi berserta caption yang sangat romantik.
Aku lihat pula Facebook isterinya. Cantik, berkulit cerah dan kecil molek. Mirip instafamous terkenal Adira Salahudi.
Segala yang dipost nya adalah berkaitan kebaikan menjadi suri rumah, pahala berkorban menjadi suri rumah dan sebagainya. Aku dapat meneka sebelum ini dia mempunyai karier yang bagus.
Kasihan. Berkorban menjadi seorang suri rumah dan membesarkan seorang bayi, namun suami di belakang sedang menjalin cinta dengan perempuan lain. Sungguh bedebah kau Adli! Lelaki jahanam!
Tetapi apa kurangnya aku? Bercinta dengan suami orang? Tidak pernah terlintas dalam fikiranku walau sekelumit pun. Jijiknya rasa.
Aku bertekad. Aku akan confront Adli berkaitan hal ini.
Keesokan harinya, aku ambil MC. Puas aku fikir jalan yang terbaik untuk aku memulakan perbincangan. Akhirnya aku mulakan dengan send gambar mereka tiga beranak yang aku save semalam.
Lama Adli bluetick. Mencari ayat yang sesuai mungkin. Haha apa jawapan kau nak bagi ni.
“Alya, I actually memang nak come and clean pasal ni”
“I tak sangka u akan tahu dulu”
“U LIAR”
“Alya trust me. Sayang i kat u is real. Kalau tak i takkan propose u. I betul nak kahwin dengan u”
“U jangan sebut pasal kahwin Adli u already married! Ada wife, ada anak!” aku menaip sambil mengongoi. Tangis aku belum reda sejak semalam. Malah aku belum tidur lagi.
“I mampu Alya”
Tiga perkataan daripadanya membuat aku berhenti mengalir airmata. Perasaan sedihku bertukar geram dan benci.
Mampu?
Hanya sebab alasan mampu kau curangi isteri kau? Kau tipu aku dengan kasih sayang bulan dan bintang kau? Walaupun mungkin betul kau serius nak jadikan aku wife, but surely you have no right untuk treat kaum hawa sebegini rupa.
Adli. I thought you’re a man, but you’re actually a trash.
Tanpa membiarkan Adli lebih banyak bercakap dan memanipulasi, aku terus block WhatsAppsnya. Block nombornya. Juga block Fb fake nya.
Tiada lagi rasa sedih akibat dikhianati. Malah bila aku berfikir dengan lebih dalam, yang paling dikhianati itu adalah isteri halalnya. Yang sehingga sekarang mungkin belum tahu apa yang terjadi.
Pernah aku terfikir untuk confront isterinya dan ceritakan hal yang sebenar. Namun aku segera membatalkan hasrat. Tak sanggup rasanya membayangkan consequences yang akan berlaku.
Se kecewa aku sekalipun, pasti lebih kecewa isterinya nanti. Jadi aku hanya bertekad untuk membuang Adli sepenuhnya dari hidup aku.
Pernah dia cuba untuk menghubungi ku menggunakan nombor lain. Hati aku kuat mengatakan yang itu adalah nombor sebenarnya. Selama ini dia menghubungiku menggunakan nombor yang mungkin dipakai pada handphone extra sahaja.
Pelbagai kata maaf dan pujuk rayu namun aku hanya biarkan. Tiada satu pun aku balas. Namun ada satu yang sangat menghilangkan kesabaranku.
“Alya kalau u tak sanggup bermadu i lepaskan Najah”
“I want u please”
This is too much. Just too much. Hormat aku kepada Adli sebagai seorang manusia hilang sama sekali. Lupakah kau kepada anak yang masih kecil? Apa yang tak cukup Adli? Kau ada isteri yang baik, anak yang comel, kerjaya yang lumayan. Kenapa ini yang kau pilih?
Kenapa curang yang kau pilih? Kenapa perempuan itu aku? Kau dah hancurkan hidup aku Adli. Seumur hidup aku cuba menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan yang bermaruah.
Aku sangat bencikan perampas kerana itulah juga punca ibuku menjadi ibu tunggal.
Siapa sangka tercatat sejarah perjalanan hidupku menjadi asbab kecurangan seorang suami kepada isterinya? Menjadi asbab seorang suami sanggup mahu meninggalkan isteri dan anak kecilnya?
But i will not gonna let that happen. Not in my life.
Aku memberi Adli kata putus. Berhenti menggangguku lagi. Gunalah berapa ratus nombor sekalipun untuk menghubungi ku, tetap aku akan block semua.
Lelaki macam kau tak patut wujud dalam hidup aku, tak patut wujud dalam hidup semua wanita.
Alhamdulillah Allah berikan aku petunjuk. Kalau tidak aku sendiri tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi.
Sekarang aku harap kalian dapat doakan aku untuk berterus terang dengan ibuku pula. Aku tak pasti bagaimana penerimaannya sebab dia sangat mahukan Adli menjadi menantu. Maaf ibu, Kak Long tak jadi kahwin.
Aku harap pada para readers sekalian, ambil lah sedikit sebanyak iktibar dari kisahku. Kalau baru berkenalan tu selidik lah betul betul. Kita kan wanita. Bab stalk ni FBI pun boleh kalah.
Kalau tak nanti jadi macam kisah hidup aku. Menjadi orang ketiga tanpa disedari.
Sekian.
– Alya (Bukan nama sebenar)
Sumber : iiumc