Skrng suami sorg je bkerja, kami berjimat mkn nasi, telur, sayur 30 sen hari2. Cita2 aku xtinggi, asalkan xmnyusahkan orang lain.

*gambar sekadar hiasann

Hi Assalamualaikum semua.. Berdasarkan tajuk, sayalah surirumah tak berganjak tu, hehe. Saya berumur hujung 20an, dan mempunyai 3 orang anak yang semuanya jarak 2 tahun.

Kenapa saya tak bekerja… sebab saya rasa saya tak ada cita-cita. Saya rasa.. Selesa dengan hidup macam ni. Bila bekerja, saya hadap pelbagai masalah.

Contohnya saya pernah kerja retail.. Saya tidak tahan bunyi radio mall, bunyi orang lalu lalang yang bising, bunyi tapak kaki, bunyi mesin vacuum.

Benda ni semua buatkan telinga saya sakit dan kepala berselirat macam anxiety. Tak tahu lah saya ada anxiety atau tidak tapi itulah keadaan saya.

Saya tak mampu nak cakap dengan customer secara friendly. Bukan sengaja tapi saya anxiety. Boss selalu marah sebab saya tidak buat eye contact atau senyum.

Saya pernah kerja yang tak hadap orang, macam dropship. Tapi sama juga saya tetap kena ada interaksi dengan orang, jadi saya panic attack.

Bekas rakan sekelas saya pernah kongsi di media, dia ada buat graphic design dari rumah saja. Saya nak buat macam tu tapi saya tak ada skill.

Kawan saya diploma dalam bidang tu. Yang saya ada cuma basic spm. Saya tak pandai macam orang lain, walaupun spm saya dapat A dalam 5 subjek, tapi saya cuma menghafal dan tak pandai secara praktikal.

Sebelum berkahwin, saya yatim piatu. Ibu ayah meningal waktu saya umur 19.. Hidup bekerja hanya untuk bayar sewa, bil, transport dan makan.

Bagi saya, asal ada makanan untuk dimakan, ada bumbung atas kepala, kira cukuplah. Saya cuma fikir saya tak mahu kerja menghadap orang lagi kalau saya dah berkahwin.

Lepas bersalin anak sulung, saya berhenti kerja dan jaga anak dirumah sampai lah sekarang 3 orang anak. Saya tak bekerja, tapi saya berjimat mana yang boleh.

Dari segi kesihatan, saya akan pastikan semua ahli keluarga saya makan benda sihat supaya tidak mudah jatuh sakit. Kami elak maggi takut sakit lain dikemudian hari.

Kos rawatan bila sakit bukanlah sikit. Saya akan cut benda lain, biasanya kami akan makan telur, sayur seikat 30sen kedai runcit jual, dan nasi (sayur, protein, karbohidrat).

Kadang jiran bagi buah yang dia jual tak habis.. Kami dah cakap tak apa, tapi tiap minggu anak jiran datang bagi 4 plastik. Buah elok lagi..

Masa bayi saya lahir.. Saya rasa saya kekurangan susu badan. Bagi kami, formula agak mahal dan kami terpaksa utamakan benda lain selain formula iaitu sewa rumah, bil dan makanan.

Disebabkan kami nak jimat.. Saya buang rasa malu datang klinik minta nurse ajarkan cara betul susukan baby. Alhamdulillah dapat jimat susu untuk 3 orang anak. Bukan kami anti formula… kami memang tak mampu. Hehe..

Lepas anak sulung lahir, baru kami dapat beli kereta secondhand cash, duit dari hantaran dari suami yang kami patutnya buat kenduri tapi tak jadi, disebabkan saya tak nak telinga dan mata saya serabut bingit bila orang datang dengan bunyi kipas, motor, tapak kaki.

Saya rasa nak menjerit kalau berada dalam keadaan macam tu. Itulah punca saya pakai ear plug dalam kereta.

Masa nak beli baju untuk anak sulung, waktu ni shopee tak ada. Semua beli kedai.. Harga kedai hmm. Waktu tu.. Kami turun motor kira duit depan kedai.

Cukup ke? Cukup ke? Kita kira kejap… lepas masuk tu, kebetulan kedai baby tu. Owner kedai tengah jaga cashier.. Kami ambil 4 helai baju saja. Owner kata, “ambil lagi 4 jadi 8 helai saya belanja”.

Kami dah cakap takpe.. Kami memang dah prepare duit cukup cukup dah. Tapi owner tetap cakap dia nak belanja. Saya berterima kasih sangat pada owner tu.. Semoga dimurahkan rezeki. Aamiin..

Lepas anak nombor 2 lahir, suami dapat naik gaji sikit.. Kami tetap jimat seperti biasa. Cuma yang lebih sikittt tiap bulan tu masuk akaun anak anak.. Sikit pun jadilah ye.. Saya tak pakai perancang sebab dah ikat lepas nombor 3.

Diapers pula.. Saya duduk dirumah jadi saya gunakan lampin dan pin saja. Kalau musim hujan baru saya akan pakai diapers untuk emergency. Suami seorang pendiam dan cakap bila perlu saja.

Saya tak ada rasa sakit telinga dan mata dengan anak-anak, sepertinya Allah swt jadikan mereka, suami dan anak-anak ni khas dan special untuk saya.. Saya tak mampu cakap dengan orang lain, jadi mereka hadir temankan saya. Hehe..

Setiap hari saya solat saya doakan semoga kesihatan suami baik baik saja. Saya takut sangat kalau apa-apa jadi pada dia, saya terpaksa keluar bekerja semula.. Dari kecik saya mudah sangat dapat sakit.

Sebulan saya boleh demam panas suhu 39 tu 3 kali. Suami dan anak ok saja, cuma antibodi saya sangat lemah. Saya ada asma dari kecil lagi kena jaga pemakanan.

Kalau ditanyakan soalan pada saya, apa impian saya.. Inilah impian saya. Ada orang yang lindungi saya dari dunia luar. Saya tak ada cita cita tinggi macam orang lain. Kawan-kawan ada yang beli kereta & rumah.

Tapi saya tetaplah disini tak berganjak dan saya tidak menyusahkan orang lain selain suami, tidak berhutang pada sesiapa atau menganiaya orang lain.

Saya kongsi cerita saya bukanlah sebab nak menjadikan isu surirumah atau tidak. Tapi hanya nak kongsi cerita diri saya yang begini saja.. Orang yang tidak bercita cita tinggi macam saya ini wujud..

Tidak mahu lebih, cukuplah apa adanya.. Dan saya tidak cemburu lihat orang lain.

Kalau orang tak faham keadaan saya mesti akan cakap saya banyak alasan itu ini. Tapi itulah yang alami dunia luar itu cuma saya. Nak tunjuk pada orang apa saya alami pun saya tak pandai..

Kalau ditakdirkan suami pergi dulu sebelum saya.. Semoga simpanan bulanan yang kami simpan tu cukup. Saya tak pandai beza hibah yang betul atau scam sebab tu saya tak ambil. Sekian terima kasih kerana sudi membaca.

– Kipas Angin (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Munirra Rzai : Bila baca ayat puan, “tak bercita-cita tinggi” tu somehow sama dengan keadaan diri saya sekarang. I can relate. Bezanya, saya suri rumah yg mempunyai bisnes sendiri.

Tapi saya tak bercita-cita tinggi seperti orang lain.

Saya tak ada keinginan untuk impress sesiapa, mempunyai office, berbelas pekerja, beribu dropship dan jutaan sales.

Saya sukakan kehidupan saya yg simple. Tak perlu sakit kepala dengan kerenah pekerja, sales jatuh menjunam atau apa-apa masalah yg lain. Cukup bulan, saya dapat gaji dari bisnes saya sendiri, saya bayar insuran, hibah, investment untuk persiapan kecemasan.

Tapi memandangkan saya hidup dikelilingi orang yg berjaya, saya acapkali dibandingkan dan di-brainwash untuk buat bisnes gila-gila which somehow make me wonder do I have to be like other entrepreneurs?

Apa pun, jalan hidup masing-masing adalah pilihan masing-masing.

I chose what i want, and they chose what they want.

Nue Caharlya : Sangat rasa bahagia membaca tulisan Puan. Kerana bahagia dan kejujuran Puan telah memercik ke sini. Malah bahagia itu sangat sederhana dan tersendiri. Orang kaya ialah yang tak berhutang. Puan ada kesemuanya.

Puan berjimat dengan cara yang sangat bagus dengan tetap memastikan hidangan keluarga tetap beroleh nutrisi. Bukan berjimat dengan cara makan maggi, malah Puan mengelakkan menjamu maggi. Salute!

Semoga Allah murahkan lagi rezeki Puan, suami dan anak2.

Sherri Azmi : Ok. Aku boleh accept macam ni. Aku pun bukan orang yang bercita2 tinggi sangat pun. Takde la nak ada bisnes ratusan ribu ada banglo 5 6 ekar, Mercedes berderet. Dapat dating dengan laki aku berdua kat food court pun aku dah cukup happy.

Tapi aku kerja. Dan aku takde cita2 langsung nak jadi surirumah sepenuh masa. Tiada dalam kamus aku. Sebab aku suka kerja aku sekarang. Aku suka travel, suka outstation dan buat kerja kerja yang mencabar.

Agitteww. Bahagia dengan cara kita memasing.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *