Slpas mak mninggal, ayah khwen gadis muda, sdg mereka rse nikmat, kami mnangis di kubur mak.

**gambar sekadar hiasan

Dulu aku sangka drama melayu di TV hanya cerita yang agak keterlaluan dan tak mungkin berlaku di alam realiti.

Tapi hari ini segalanya berubah. Aku menjadi seperti cerita itu. Hidup aku kelam.

Aku kehilangan ibu tercinta beberapa bulan yang lalu. Saat kehilangan ibu meruapakan saat paling hiba dalam hidupku. Ibu adalah segalanya bagi ku.

Ibu pergi saat aku mengecap kejayaan menara gading, mendapat kerja bergaji ribuan ringgit, saat aku membeli sebuah rumah buatnya.

Dulu akulah insan paling gembira disamping ibu. Aku lah insan yang berusaha menjadi soleheh, muslimah dengan kasih sayang dari ibu.

Segalanya berubah apabila ibuku menghidap knser. Ya knser, penyakit yang orang kata kan m4ti. Penyakit yang orang kata tiada penawar.

Saat menerima berita itu, aku terduduk. Aku berendam air mata. Di saat aku ingin berubah menjadi muslimah memperjuangkan Islam aku diuji sebegitu hebat.

Setiap hari ibu memberi nasihat padaku. Aku dapat rasakan umurnya tak panjang. Keadaan ibu semakin lemah tapi aku tahu dia gagahkan untuk nampak kuat dihadapnku.

Mulai saat itu aku kehulu kehilir membawa ibu mencari penawar. Klinik kerajaan, klinik swasta, hospital kerajaan, hospital swasta, perubatan moden, perubatan Islam, perubatan tradisional semua aku pergi.

Saat itu aku rasakan ya Allah, tolong selamatkan ibuku, aku sayang ibuku, aku masih perlukan dia. Panjangkan umurnya ya Allah.

Setiap hari ibu memberi nasihat kepadaku, bila ibu sudah tiada nanti jaga adik adik, jaga diri, jaga keluarga, jaga aurat, jaga solat, jaga agama.

Setiap detik aku rasakan berharga. Aku belikan segala yang dimahukan. Aku bawa ke seluruh tempat yang ingin dia pergi. Aku masakkan semua makanan yang dia teringin makan. Aku buat segalanya.

Mulai saat itu aku paksa ibu berdiri dipintu setiap hari untuk aku salam dia, dan aku paksa ibu lambai setiap kali aku pergi kerja. Ya aku paksa. Kerana aku tidak punyai banyak masa lagi bersama.

Hari hariku berendam air mata. Bayangkan kita tahu waktu untuk ibu hidup tidak lama. Aku kuatkan semangat, aku mintak doa dari rakan rakan, guru guru, kaum keluarga. Tapi Allah lebih sayangkan ibu.

Ibu pergi seminggu selepas dia suarakan hasrat hati, “ibu tak tau lah sempat ke tak tengok kakak kawen”. Saat ibu menyuarakan ayat tu, aku menangis semalaman. Ya Allah, pajangkanlah umur ibuku.

Saat tu aku mula berfikir untuk membayar kepada rakan lelaki yang sanggup kawen dengan aku segera.

Kawen tanpa cinta, kawen tanpa rasa di hati. Kawen hanya untuk ibuku. tapi semua tu tak sempat. Ibu pergi dahulu.

Ya, saat tu duniaku gelap. Duniaku kelam. Aku mula belajar menjadi anak tanpa ibu. Sangat susah. Aku pernah kol ibu tapi tiada orang jawab, aku lupa ibu dan meninggal.

Aku belikan hadiah bawak balik kampung, Sampai rumah baru aku sedar ibu dah meningal seminggu lalu.

Ya Allah sangat susah bagi aku nak lalui hidup ni. Aku wasap ibu, share gambar aku. Tapi tiada bluetick, berhari hari. Baru aku perasan ibu telah pergi.

Cukup 40 hari ibu pergi, tanah kubur yang masih merah, air mata yang masih belum kering, bengkak mata yang masih belum hilang, ayahku menyatakan hasrat mahu kahwen baru.

Saat tu aku sedar, ibu tak ajar aku, ibu tak pesan padaku, bagaimana nak hidup disaat 40 hari dia tiada, dan ayah nak berkahwin baru. Ya Allah aku tak tahu nak bangun balik macamana. Ujian yang sangat berat buat aku. Adik adik aku masih belajar semuanya.

Setiap kali ada mak cik yang salam aku, peluk aku saat tu air mata aku akan keluar. Ya aku rindu ibu, aku terbayang ibu.

Aku sedih ibu pergi. Aku lagi sedih ayah nak berkahwin lagi. Disaat anak anak perlukan sokongan dari ayah, ayah membuat keputusan yang membuatkan semua orang menangis. Ayah mendapat banyak duit peninggalan ibu, KWSP, tabung haji, ASB dan lain lain yang semua hak ibu.

Ayah mula berubah, saat hartanya berlipat ganda. Aku dapat tahu dari sedara sedaraku. ayah mula berjumpa perempuan di tempat tempat awam. Aku malu. Ya! aku malu punya ayah seperti itu. Perempuan itu pernah mengganggu ayah dan ibuku suatu ketika dahulu.

Aku mula berjumpa ustaz ustaz mintak tengokkan keadaan ayah aku. Ya ustaz ada jelaskan ayah dah terkena buatan orang. Patutlah perangainya pelik.

Paper exam aku diuniversiti banyak yang gagal. Aku tak mampu nak tumpukan perhatian pada pelajaran. Kami adik beradik menjaga pergaulan, tapi ayah sendiri buat perkara yang tak baik. Dan apa yang paling mengecewakan aku, aku dapat tahu dari sedara sedaraku ayah aku cakap pada perempuan tu,

“Kenapa kita tidak dijodohkan 28 tahun yang lalu?”.

Luluh hati aku baca mesej yang aku terima tu. Jadi selama ni siapa ibu di hati ayah! air mata aku tak berhenti mengalir. Teringat ibu, ya Allah masa tu aku dah tak mampu nak bangun lagi. Dan aku biarkan semuanya berlaku. Kami adik beradik menangis bersama.

Akhirnya kami membiarkan apa sahaja dilakukan ayah. Kami tidak lagi pergi berjumpa ustaz untuk mintak nasihat, untuk mintak doa. Ke mana dia pergi kami tak peduli. Setiap nasihat kami beri, dikatanya kami penipu.

Kini, 5 bulan telah berlalu selepas ibu pergi. Segalanya berubah. ayah sudah berkahwin dengan perempuan itu, kami adik beradik mula membawa haluan masing. Tiada lagi gelak tawa adik beradik dirumah itu.

Saat perempuan itu di bawa masuk ke rumah, semua adik beradikku menangis di kuburan ibu. Kini ayah sibuk kehulu kehilir mengusung perempuan itu. Bergembira ke sana sini, menginap dihotel itu dan ini. Kuburan ibu, masih lesu dengan bacaan Alquran.

Kini, kami tiada tempat mendapatkan nasihat. Nasihat dari bapa yang sedang dilamun cinta umpama merobek hati kami sendiri. Impian menjadi keluarga mawaddah warahmah, keluarga acuan alquran, keluarga soleh dan solehah tinggal angan angan kosong sahaja.

Saat ini aku termenung ditingkap bilikku, adikku menagis di tepi birai katil asrama, adik lelakiku melepak tak tentu hala, masing masing sudah putus asa.

Satu aku pesan buat adik beradikku, kita tiada harta, tiada wang berjuta, bila bila masa sahaja kita boleh dihalau dari rumah itu oleh perempuan yang baru dikahwini ayah.

Apa yang kita mampu, belajarlah bersungguh sungguh. Itu sahaja harta yang kalian ada. Aku akan membantu di saat kalian terjatuh terngadah, dek rakusnya sifat manusia bergelar ayah.

Hidup aku kini hidup yang tanpa rasa. Dapat aku rasakan, tiada lagi relationship goals, tiada lagi cita cita mengelilingi dunia, tiada lagi cita cita mengejar kejayaan membanggakan ibu bapa.

Yang tinggal kini hanyalah doa buat ibu di alam sana, doa buat adik beradik ku supaya hidup kita dipermudahkan, dibantu Allah.

BUat ayah, terima kasih kerana ayah kami lahir ke dunia,

Kerana ayah kami kenal erti kasih sayang,

Kerana ayah juga kami kenal erti sengsara,

Selamat berbahagia buat ayah. Semoga kita jumpa disyurga kelak.

Aku mohon nasihat dari kalian. Jika kalian seorang ibu, aku mohon nasihati aku sebagai seorang anakmu, sesungguhnya aku rindu nasihat ibu.

Jika kalian seorang ayah, aku mohon nasihati aku sebagai anakmu, kerana aku rindu nasihat dari ayah.

Jika kalian seorang guru, nasihatilah aku sebagai muridmu.

Jika kalian seorang remaja, nasihatilah aku seperti adik beradikmu.

Kerana aku telah kehilangan harmoni kekeluargaan, yang dulu pernah aku ecapi.

Terima kasih semua yang sudi membaca. Jika kalian masih punyai ibu, hargailah dia. Kerana saat hilangnya ibu, hidupmu akan berubah. Aku telah rasakan derita itu.

Sudikah kau berkongsi ibumu dengan ku?

-doakan kami 6 beradik berjaya dunia akhirat. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.