Suami tiba2 lumpuh, tergerak nk check email hp suami, terkedu ap yg ak jmpa, mgkin ni balasan dr Tuhan

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Nama aku Seri, umur 27. Suami ku K, umur 30. Sudah kahwin hampir 3 tahun (Mac 2018) tapi masih belum ada anak.

Aku keje bisnes dari rumah je. Income sesedap rasa boleh la nak manjakan diri sendiri.

K pulak kakitangan kerajaan. Keje office hour. Gaji boleh tahan. kitorang takde masalah kewangan walaupun c0vid ni (alhamdulillah). Tinggal pula berdua di selatan tanah air.

Yerr… baru kawin 3 tahun, mentah lagi usia perkahwinan. Tak layak nak bercakap hal rumah tangga sebab setiap orang kisahnya tak sama kan.

Aku? Alhamdulillah cukup bahagia bersama K. Yelah, belum ada tangungjawab (anak). Dugaan hidup tak banyak.

Hidup berdua ni ibarat hari hari honeymoon lah. Jatuh cinta setiap hari.. Masih ada ‘spark’ walaupun dah hampir 3 tahun.

K sejenis yang sangat penyabar. Tak pernah marah, bertanggungjawab, tak kedekut, rajin, pembersih dan sangat memahami.

Kalau gaduh sikit sikit tu pun sebab aku saja emosi time PMS, tu pun mengada sebab nak rasa dipujuk. Cewah. Hahaha.

Hidup kami ibarat macam kekasih yang tengah seronok bercinta. Rumahtangga ni memang macam perkahwinan impian dan angan angan aku zaman bujang dulu.

Duduk rumah, masak, tunggu suami balik keje pukul 5. Jemput dekat pintu. Salam cium tangan. Makan bersama. Ahh indahnya.

Maghrib isyak akan solat jemaah sama sama dan baca quran sama sama. Then lepas isyak movie timeeee sambil makan jajan hahaha.. setiap hari ada saja benda yang nak dibualkan, tak pernah bosan.

Kadang kadang sampaikan aku terfikir, kenapa hidup aku ni smooth sangat. Macam semua apa aku impikan semua dapat. Aku sangat bersyukur…

Waktu dia tido, aku tengok muka K. Aku senyum dalam hati fikir, “apalah yang aku buat sampai aku deserve orang mcmni. Dah la kacak dan wangi”.

K pulak jenis mulut manis. Tiap tiap hari puji aku melambung. Hari hari aku rasa dihargai dan disayangi.

Hari hari dia ucap terima kasih sebab aku kemas rumah, lipat baju, masak, atau iron baju dia.

Padahal aku rasa tu bare minimum untuk tugas isteri kot. Dah la aku memang duduk rumah saja tak jaga anak pun. Nafkah pun dia bagi lebih dari cukup.

Pendek kata, alhamdulillah kita orang cukup bahagia. Walaupun tak dikurniakan anak. Tapi kitaorang tahu kita orang belum mampu, sebab tu belum ada rezeki.

Pernah pregnant sekali tapi gugur di awal kandungan. Murung kejap then ok dah boleh terima kenyataan.

Lagipun seronok saja hidup berdua macamni. No pressure. Belum terfikir untuk TTC sebab terlalu selesa. Kalau ada, ada lah. Kalau takde, ok je.

Tapi, Langit tak selalu cerah…

Tanggal 6 Oktober tarikh keramat, masa tengah keja, K tiba tiba jatuh pengsan. Tak sedarkan diri.

Doktor sahkan dia str0ke dan ada pendrahan dalam otak. Tiba tiba je. Dia takde penyakit, tak merkok, tapi vape. Memang sangat mengejut.

K koma selama 4 hari. Selama 4 hari tu lah hidup aku tak tentu arah. Aku rasa hidup aku gelap. Aku macam orang giila. Aku tak sanggup kehilangan dia. Hari hari aku berdoa.

Alhamdulillah lepas 4 hari dia sedar dan ditahan dekat ward seminggu lebih. Sepanjang dekat hospital, hanya seorang saja yang boleh melawat dan jaga pesakit (sebab c0vid).

So memang tugas aku untuk sentiasa jaga dia, teman dia. Aku bersyukur dia sedar dan stabil.

Walaupun dia dah tak boleh bercakap, tak boleh bergerak. Aku jaga dia dengan penuh kasih sayang. Asalkan dia masih ada disisi aku, aku bersyukur.

Ya Allah, aku sayang sangat dekat K…. Aku janji akan jaga dia selamanya.

Mujur jugak aku hanya bekerja sendiri. Duit setakat ni tak jadi masalah sebab K memang ambik takaful. Dan gaji dia so far masih berjalan.

Lagipun K memang pakar bab kewangan, so ada la pasif income dia. Dan banyak jugak dapat derma dan bantuan kawan kawan dan ahli keluarga..

Sekarang K dah dibenarkan balik ke rumah. Aku jaga dia sepenuhnya atas bantuan mertua. Mandi, tukar lampin, suap susu semua aku buat.

Setiap masa aku akan cuba berbual bercakap dengan dia walaupun dia tak boleh balas. Aku teman dia. Aku tak rasa terbeban sebab memang aku sayang dia.

Lagipun dah tangungjawab aku sebagai isteri. Kalau dulu dia yang suka berkepit dan peluk aku, sekarang aku buat benda yang sama jugak, sentiasa berkepit dan peluk dia walalupun keadaan dia hanya terlantar.

Dia? Hari hari menangis. Mungkin masih tak dapat terima kenyataan. Atau mungkin tengah menahan sakit? Aku tak tahu. Yang pasti aku akan sentiasa disisi dia.

Ujian aku bukan disini je.

Hujung tahun 2020, aku saja explore hp K (memang dari dulu aku selalu main henfon dia). Tapi kalini rasa nak buka email. Ternampak email dari dating apps.

Aku try download dan log in guna email dia. Rupanya selama ni, sepanjang perkahwinan kami, K masih seperti orang bujang busy mencari pasangan dekat dating apps.

Ya Allah hati aku hancur seleburnya. Aku baca semua conversations dengan ramai ‘match’ dia. Allah mengucap panjang aku.

Banyak yang berunsur s3xting. Siap ada yang dah berjumpa semasa waktu bekerja. Entah apa yang dorang buat.

Tapi aku boleh agak. Kebanyakan dia mencari untuk one night stand tapi bukan malam lah, sebab malam malam dia sentiasa bersama aku. Menangis terduduk aku.

Aku deactivate account dating apps tu. Aku delete semuanya. Aku nak lupakan!!

Nak jadi cerita..

2 hari kemudiannya, tiba tiba kawan lama aku contact. Dia ni kawan sekolah menengah aku, dan satu tempat keja dengan K tapi department lain.

Kiranya aku dan K masing masing kenal lah dia ni. Aku namakan dia, Z. Aku ingat dia nak tanya khabar ke, rupanya tak.

Z mesej aku minta maaf dan rasa nyesal takut. Atas desakan last last dia cerita dia ada hubungan sulit dengan K.

Dari sebelum aku kawin lagi, tapi K pilih aku. Dan dia still tak putus asa walaupun kami dah berkahwin.

Selama ni memang aku clueless langsung pasal kewujudan Z. Entahlah mana pergi instict kewanitaan aku, tak boleh pakai agaknya…

Disebabkan ‘rezeki’ depan mata. Jadi K pun masih melayan Z walaupun dah berkahwin. Yelah, Z jauhhhhhh lebih cantik dari aku.

Hubungan mereka hanya 8-5. Dan kadang kadang akan stayback untuk projek (Allahuakbar).

Dasar b4b1 menyondol. Katanya dia tak boleh lepaskan K sebab dia dah serahkan semuanya. Jadi nak K bertangungjawab.

Walaupun dia kata, dia perasan saja kewujudan dia macam perempuan simpanan sebab hubungan dirahsiakan dari semua orang.

Tapi Z tak kisah. Sebab dah giila mungkin (ish marahnya aku!) Z siap cakap dia selalu berharap aku dan K berpisah and takkan ada anak.

Bayangkan apa aku rasa. Heart broken sangat! Husband aku yang aku sayang. Yang tengah sakit. Yang aku jaga sepenuh hati.

Tiba tiba aku dapat tahu semua ni. Aku tak tahu nak fikir apa. Aku kecewa, sedih, dan marah. Tapi aku tak mampu nak buat apa apa.

Aku tengok K, aku kesian dengan keadaan dia sekarang. Aku nak benci dia. Tapi bila kenang balik sepanjang 3 tahun kami bersama, tak pernah sekali pun dia sakitkan hati aku.

Dia terlalu baik dan selama ni dia jaga aku dengan sangat sempurna. Aku bahagia bersamanya.

Takkan aku nak tinggalkan dia sekarang? Cuma apa yang dia buat belakang aku, aku tak dapat terima.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mungkin aku pun tak cukup baik. Sebab tu diuji macamni.

Ataupun ni cara Allah nak bersihkan dosa dia. Atau mungkin aku yang tak cukup sempurna untuk dia. Layanan tak cukup baik kot selama ni sampai dia sanggup ‘makan’ luar.

Aku simpan sorang diri sebab tak boleh cerita dekat sesiapa. Dekat K pun aku tak cakap apa apa. Aku buat macam biasa je. Tapi hati aku hancur, sakit.

Aku luahkan dekat sini bukan untuk reader semua kecam K. Tapi lebih kepada untuk doakan aku untuk lupakan semua ni.

The thing i wish i never knew. Sampai bila bila pun aku harap aku taktahu benda ni. Biarlah aku hidup dalam penipuan sekalipon.

K masih tangungjawab aku. Dia masih syurga aku. Aku taknak aku jaga dia secara terpaksa. Aku pasti K dah insaf. Keadaan dia pun dah makin improving sekarang. Doakan dia cepat sihat dan dosa kami diampunkan.

Suamiku syurgaku.

Dulu, dia buatkan hidup aku bagai disyurga. Sekarang, dia jalan untuk aku menuju ke syurga. InshaAllah.

Lastly, untuk menjadikan cerita ni tak sia sia. Aku nak selitkan beberapa nasihat.

1. Jaga nfsu, jaga pergaulan, jaga batas, dan jaga maruah. Baik laki mahupun perempuan. Kalau Allah marah, kejap saja Dia boleh tunjuk.

2. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau kita rasa kita hebat sangat buat jahat tak kantoi, ingatlah bahawa kuasa Allah tu lagi hebat. Takkan ada apa yang kita boleh sembunyikan dari Allah. Semua Dia tahu. Tak malu ke buat maksiiat?

3. Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat, kalau dah lelaki tu dah berpunya, jangan sesedap rasa nak menyondol. Dosa besar tu.

4. Segeralah bertaubat sebelum terlambat. Taubat taubat taubat selagi bernyawa. Jangan tunggu lepas kawin atau dah tua baru nak berubah. Yakin ke sempat hidup sampai tua? Yakin ke sempat kawin? Kang ajal yang menjemput dulu.

5. Hidup ni penuh ujian. Ujian tanda Allah sayang. Dia nak bagi pahala lebih. Jadi, sabar dan redha selagi mampu. K dengan ujian dia, Z dengan ujian dia, dan aku pun dengan ujian aku.

6. Hidup dekat dunia ni sekejap je. Semuanya pinjaman. Kita hidup untuk beramal bekal untuk akhirat. Jadi, kumpul kebaikan sebanyak mungkin.

7. Bahagia tu sementara, derita pun sementara. Akhiratlah yang kekal abadi.

8. Jauhi maksiiat.

9. Sejahat mana pun kita, solat jangan tinggal. Tu benda pertama yang Allah akan soal nanti.

10. Jangan turutkan hawa nfsu sebab nfsu sifatnya takkan pernah cukup dan takkan pernah puas. Lawan lawan lawan!!!! InshaAllah ada ganjaran yang menanti atas usaha penat lelah kita.

Ambil iktibar.

Sekian…

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Aku 1.
Aku dah susah susah dengan nko.
Ko senang pun dengan aku.

BILA.. Ko dah senang, ko bersenang2 dengan orang lain.

NEXT bila ko susah, aku JANJI aku takkan ada. Ko pergi la dengan org yang bersenang2 tu. Aku JANJI.

Jangan ajar aku bende jahat sebab setan dah lama ada.

Netizen 2 : Itulah hikmah dan ujian buat awak. Hikmah dia jatuh sakit sebab Allah tak mahu dia terus bergelumang dgn maksiat. Ujian buat sis kerana harus bertanggungjawab kepada suami yg sgt BAIK TERHADAP SIS SELAMA 3 TAHUN. Bukan suatu yg mudah. Tapi saya yakin sis kuat untuk hadapinya. Semoga suami sis akan pulih spt sediakala..dan semoga dia insaf dan bertaubat. Pasai betina tu …abaikanlah. Barang murah sis…entah jantan mana lagi yg dia sondol..tp tulah..kalau tiada titi masakan ada babi meniti..

Netizen 3 : Lupakn sgalanya..

Kemaafan puan trhdp kecurangan suami lbh bernilai di sisi Allah. Suami dah dpt pengajaran ats dosa dia. Tu between beliau dgn Allah. Sakit penghapus dosa. Lagipun puan sndri ckp slama 3thn tiada cela dia sbg suami pd puan dlm tnggjwb dn amanah dn brksh syg sbb tu sy nk puan mulakn idup baru dgn hati lbh tenang slps suami ditimpa musibah slps apa trjd krn sy yakin suami puan sgt mnyesal ats perbuatan kecurangan dia trhdp puan dn dosa suami tu pd Allah shj sbb Allah sndri berfirman mmbenarkn llki mukmin bp0ligami jika mampu. Takde larangan pon.

Kesabaran dn ketabahan puan mnerima ujian sbgini ttg kecurangan suami jika pn brjaya sbg seorang wanita muslimah solehah beriman lbh brnilai tinggi puan utk akhirt puan di sisi Allah. Just choose the rite action on islam level.. not human mind thinking as woman.

Sumber : kisah rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published.