Suami dan mentua sgt pendiam. Mlm tu skit2 ak kluarkan perangai sebenar aku dpan mak n ayah mentua.

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum semua, tengok tajuk pun tahu aku nak tulis pasal apa kan.

Aku baru kahwin dengan anak lelaki ibu dan ayah, belum sampai setahun lagi, dan dari kahwin kami duduk bersama 1 rumah, ibu ayah & kami suami isteri.

Masa awal-awal nak kahwin tu memang dah plan nak cari & duduk rumah sendiri, nak-nak sebelum kahwin aku tak pernah langsung berkomunikasi dengan ibu ayah dalam telefon.

Sekali dua face to face pernah lah sebab aku bercinta dengan suami aku pun dah nak masuk musim datang nya C0vid.

Jadi tak ada lah istilah nak bertandang ke apa. Bila suami bagi cadangan untuk duduk dengan ibu ayah dulu lepas kahwin, sebab rumah ada 5 bilik & tak ada orang selain ibu ayah, dan ibu ayah pun okay.

Aku pun okay jela walaupun dalam kepala dah ada bayangan skeptikal ‘Ibu mertua tidak akan ngam dengan menantu perempuan’. Huhu, konsep redha aku sangat tinggi waktu ni. Aku doa yang baik-baik.

Nak dijadikan cerita, suami aku ni jenis pendiam. Anak yang baik, bertanggungjawab & rajin menolong bila dipanggil. Tapi tu lah, pendiam, hahaha.

Dia ada ke tak ada ke dekat rumah sama saja. Ni cerita dia sebelum kahwin. Aku pulak, jenis menonong saja meriah, banyak mulut, asyik nak bagi bunyi saja bila ada dekat rumah.

So lepas kahwin bila dah duduk sekali satu rumah, aku simpan dulu jemah aku. Aku observe dulu keadaan dalam rumah, ibu ayah tu macam mana. Boleh masuk ke tak.

Rajin kan diri masuk dapur, kemas sana sini, basuh itu ini. Awal-awal memang persembahan tip top lah haha.

Aku pun sikit-sikit keluar perangai sebenar aku, walaupun aku nampak ibu ayah pun jenis diam-diam jugak tapi dorang okay saja layan aku itu ini.

Lama-lama, rumah yang dulunya suram, jadi meriah walaupun kami berempat.

Suami aku? Masih pendiam depan ibu ayah, sekali sekala tu aku sakat saja dia depan ibu ayah, sampai dia terkekek-kekek macam bila kami berdua, biar ibu ayah tahu anak dorang pun sebenarnya masuk air jugak.

Ibu pun dah jadikan aku teman berborak. Bila aku balik kerja dan terus ke dapur, laju saja ibu bukak topik borak hal-hal kebun lah, kucing depan rumah lah, perangai ayah la hahaha.

Ayah pun sekarang duduk dekat kerusi bawah tunggu aku balik kerja. Kalau suami aku, balik lambat ke tak, takpe, kalau aku lambat, ‘Mana Bomboloni ayah?’ Hahaha, aku lah tu bomboloni.

Ayah pun dah pandai bergurau, buat lawak b0d0-b0d0 dengan aku time makan, belikan sarapan untuk bawak pergi kerja. Untuk suami aku sarapan dia tak ada takpe, tapi untuk aku mesti ada hahaha.

Bab dekat rumah, memasak ke apa, tiada paksaan. Dulu masa mereka bertiga dekat rumah, sangat jarang masak. Asyik beli luar makan.

Tapi sejak aku ada, hari-hari masak, aku beli barang dapur macam-macam, dari tak pandai masak pun jadi boleh la masak.

Kalau aku balik lambat, ibu dah siap-siap potong dulu apa yang patut, jadi aku balik terus sambung saja. Bila weekend tiada istilah takut bangun lambat ke apa, sebab ibu ayah jenis cool and chill.

Kalau aku bangun awal and buat sarapan, dorang akan bersorak dan tepuk tangan sebab selalunya aku dengan suami akan terlajak tidur hahaha.

Kadang-kadang dah lambat bangun pastu terkocoh-kocoh turun bawah, ibu dah buat sarapan dah and tinggal nak makan sama-sama saja.

Aku ada cakap dengan suami, bila nak pindah rumah sendiri. Walaupun sebenarnya seronok duduk sekali dengan ibu ayah.

Aku pun suka tengok dorang gelak-gelak sebab lawak b0d0-b0d0 aku. Faham anak sendiri pendiam hahaha. InshaaAllah, niat nak pindah tu ada.

Walaupun dah survey rumah nak duduk dekat-dekat dengan ibu ayah jugak hahaha.

Sebab nanti rindu ibu ayah selalu excited bawak balik buah dari kebun nak tunjuk dekat aku ‘ha tengok ni ayah bawak balik betik. Ha banyak pisang ni, boleh la buat cekodok untuk ayah’.

Realitinya, ada saja ibu dan ayah mertua yang baik, yang penyayang, yang boleh sayang kau macam anak sendiri. Aku bersyukur sebab ni rezeki untuk aku.

Mungkin juga sebab asbab aku sentiasa utamakan dan selalu tolong mak ayah sendiri dari zaman belajar sampai sekarang. Jadi Allah hadiahkan aku ibu ayah mertua yang baik.

Doakan aku bahagia bersama suami hingga akhir hayat eh. InshaaAllah aku doakan korang semoga dikurniakan mak ayah mertua yang baik dan terbaik. Jangan lupa doa banyak-banyak taw.

Doakan orang lain jugak semoga doa tu berbalik pada diri sendiri. Ok lah dah habis office hour, nak balik cepat-cepat nak borak dengan ibu dekat dapur.

Anyway, sharelah pengalaman best2 korang pulaaa..

– Bomboloni Nutella (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet :

Faiq Khairi : sama mcm pengalaman manis saya..sy berkahwin dgn isteri (anak tunggal)..sejak sy msok fmly mertua, mcm2 depa bljr drpd sy, sy jenis suka meraikan dan bg hadiah bile birthday org.., fmly mertua mmg bukan culture dorg mcm tue..jd sy raikan birthday mak bapk mertua, bg hadiah..tibe birthday saya , dorg plak buat kejutan dan bg hadiah which is before nie dorg xprh pon buat haha

Amanullah Khusairi : Alhamdulillah. Sebenarnya ramai je mak ayah mertua yang baik-baik. Lumrah manusia akan meluah perkara yang tak baik. Bila ada medium seperti media sosial macam zaman sekarang ni, banyaklah kita baca yang tak elok. Hakikatnya, alhamdulillah. Banyak je mak ayah mertua yang baik2 diluar sana tak terkecuali mak ayah mertua den yg disayangi. Tunjang utama keharmonian sistem kekeluargaan ialah memahami, tolak ansur dan timbang rasa.

Eva Fadrish : alhamdulillah….im happy for u. Memang lah ada mil & fil yg baik asal kita tau bawa diri…ambik hati dan respect mereka. Takpe lah klu mereka tak anggap kita mcm anak sndiri yg penting kita anggap mereka mcm ibu bapa sndiri. Tak perlu xpect apa apa. Allah kn ada.

semoga rumahtangga dan ukhuwah sesama belah suami sentiasa bahagia smpai akhirat.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.