Suami kantoi trlnjur dgn isteri org yg hamil, mlm tu ak tgk suami sujud lama dlm blik.

**gambar sekadar hiasan

Salam admin. Saya ada masalah hubungan dengan isteri. Kami dah berkahwin lebih kurang 3 tahun dan dikurniakan seorang anak alhamdulillah. Saya nak luahkan. Saya sebagai suami kecik hati dan kecewa dengan isteri, awal perkahwinan isteri begitu bersungguh nak kan anak.

Macam2 cara isteri goda saya. Pakai sksi2, selalu manja2 dengan saya, selalu minta dilayan. Saya bahagia sangat2 waktu tu.

Tapi lepas kami dah dapat anak, sekarang anak dah umur 1 tahun 6 bulan. Isteri dah macam bersikap dingin dengan saya, awal2 perkahwinan kami duduk rumah family lagi.

Jadi saya fikir mungkin sebab kurang selesa menyebabkan isteri dingin dengan saya, saya pun menyewa di luar. Ingatkan boleh selesai masalah, maklumla bila dah menyewa ni.

Mungkin dah ada privasi, saya harap isteri dapatlah layan saya macam awal2 kahwin dulu. Tapi lagi teruk, sampai kan waktu kami bersama pun dia boleh tidur, saya sebagai lelaki rasa d0wn sangat2 bila isteri buat mcm tu.

Nampak takde effort dalam hubungan bersama. Setiap kali saya nak ajak bersama. Isteri tolak dengan alasan ngantuk, malas nak mandi nanti, dah tgh malam la.

Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah culas nafkah zahir, kerja2 rumah semua saya buatkan, basuh pinggan, sidai kain, basuh baju, menyapu mop semua.

Apa yang buatkan saya kecewa sangat2 haritu depan family mertua isteri boleh cakap “laki aku ni tak adela sedap mata memandang” sedangkan saya ada depan dia, saya sengih je mcm kerang busuk.

Dan baru2 ni isteri ada cakap dengan saya, dia takde nfsu dengan saya. Bayangkan betapa sedih hati saya sebagai suami bila isteri cakap mcm tu, rasa mcm saya ni tak guna langsung.

Saya sedar saya bukanlah ada rupa paras yang hensem pun, sebab tu saya buat kerja2 rumah semua supaya isteri rasa bahagia, tapi ini yg saya dapat.

Saya pernah tanya, kenapa awal2 kahwin dulu selalu goda2 abang, dia cakap sebab nak kan anak je. Bila dah dapat. Dia layan saya acuh tak acuh. Saya rasa d0wn sangat2 bila isteri tak bernfsu dengan saya, apa perlu saya buat?

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Salam. Aku isteri orang dan ada seorang anak. Masuk tahun ni sudah 6 tahun aku mendirikan rumah tangga dengan suami aku atas dasar cinta. Dia merupakan kawan baik aku dari sekolah menengah.

Dia bukan budak pandai. Sebelum berkahwin dengan aku dia kerja macam-macam. Dia seorang yang rajin dan baik hati. Semasa aku sedang belajar di sebuah IPTA aku telah mengisi beberapa borang pekerjaan untuk suami aku.

Alhamdulillah dia dapat kerja tetap yang aku telah mohon untuknya. Dari kehidupan susah sekarang dia dah senang. Selepas setahun bekerja kami berkahwin. Alhamdulillah dapat baby yang comel. Kami bahagia.

Tapi selepas beberapa bulan aku bersalin suami aku berubah. Dia suka melepak sampai pagi. Sembahyang pun tidak. Anak dia layan dengan baik dan anak aku memang manja dengan ayah dia.

Aku suka membebel sebab dia tak solat. Aku selalu nasihat aku cakap kat dia anak semakin membesar. Takkan tak nak berubah jadi ayah yang taat. Tapi dia tetap dengan perangai dia sehingga aku jadi tawar hati pada dia.

Aku selalu tolak layanan dia sehingga dia marah dan tidur asing dengan aku kerana dia skit hati aku tak layan nafsu dia. Aku jadi skit hati sangat dia susah nak dengar nasihat aku. Bukan nasihat aku je tapi semua orang terdekat dia.

Makin lama hubungan kami jadi renggang. Die pernah tuduh aku ade hubungan dengan lelaki lain sebab aku tak layan dia. Dia juga pernah cakap nak die layan pelacur ke baru aku nak menyesal.

Masa tu die menangis sebab aku dah jauh dari dia. Masa dia nangis tu aku cerita semua apa yang aku tak puas hati. Dan kami berbaik semula. Cuma satu je suami aku tak berubah.

Dia masih tak solat. Dan aku dah malas nak tegur. AKu cuma tegur dr hati je. Aku selalu buat solat hajat utk dia berubah, supaya dia menjadi suami yang taat perintah agama.

Selepas beberapa tahun, hubungan kami masih elok.masih bahagia.tp hubungan suami aku dengan Allah mmg ke laut..tapi aku cuma berdoa sepanjang masa jika suami aku bukan yang terbaik untuk aku pisahkan la aku dengan suami aku.sebab aku tau keburukan tak solat dalam rumah tangga.

Tak berkat sesebuah rumah tangga. Tapi kami masih bahagia cuma kebahagiaan tu rasa macam tak sempurna.

Pada suatu hari , aku tergerak hati nak cek handphone dia. Aku cek satu persatu satu. Tiba2 aku terbaca satu wasap dari nombor yang tidak di save namanya.

Dalam wasap tu takde ayat2 cinta. Aku tak syak apa2 ketika tu. Sehingga ada satu ayat perempuan tu kata ‘aku sayang kau.lepas aku bercrai aku nak kawin dengan kau.’

Suami aku reply dia kata ‘aku taknak bagi kau harapan sebab aku sayang isteri aku.’

Perempuan tu cakap dia sayang suami aku dan ada ayat2 cinta dia dan gambar2 lcah dia cuba mengg0da suami aku. Suami aku layan dia sebagai skandal. Perempuan tu isteri orang. Dia buat ayat sedih2 pada suami aku dia merintih mengadu suami dia jahat.

Dia sedang mengandung anak suami dia tetapi suami dia tak layan dia baik2. Suami aku kesian pada dia sebab dia mengandung. Hubungan mereka semakin jauh. Suami aku tolong dia macam2. Dan suami aku juga telah terlnjur bersama dia semasa dia sudah mengandung. Astaghfirullahalazim…

Selepas aku baca semua wasap2 tu aku tanya suami aku, dia masih sayang pada aku atau tidak? Dia terkejut. Dia cakap dia sayang aku dan anak. Aku tunjuk wasap betina tu.. dia terkejut. Aku menangis semahu2nya.

Dia pluk aku minta maaf. Aku tampar muka dia banyak kali, aku cubit dia sampai berdrah kuluit dia, aku pkul badan dia sekuat hati aku. Dia minta maaf kat aku dia kata dia dah tak contact betina tu dah.

Dia lupa padam wasap tu.. aku minta die lepaskan aku sebab tahap dia sangat teruk. AKu tanya apa salah aku. Apa punca dia layan betina lain. Selama aku jaga anak, aku masak jaga makan minum pakai dia.

suami aku kata aku takde salah apa2.. dia yang bodoh melayan betina lain..aku minta crai tapi suami aku kata dia takkan craikan aku kecuali dia mati..

Esoknya aku call betina tu, betina tu sangat kurang ajar. Dia kata aku tak pandai jaga suami. Sebab tu suami cari betina lain. Aku marah dia balik aku cakap dengan laki orang pun nak bernafsu dah la tengah mengandung mana sifat malu sebagai orang islam dan sebagai isteri?

Aku cakap dia isteri derhaka. Dia pun cakap aku tak layan nafsu suami aku sebab tu laki aku cari dia untuk puaskan nafsu. Aku kata suami aku bodoh sangat layan betina macam dia. Dia kata suami aku dah banyak kali puas dengan dia.

Dah tak guna dah. Dia buruk2 kan suami aku dia kata suami aku layan pelcur. Macam2 dia burukkan. Tapi aku malas layan betina sial macam tu. Kesian anak dalam perut dia tu dapat mak sundal macam dia.

Aku harap dia mti beranak. Hahaha. Dia cabar hukum tuhan. Aku tak buat apa2 pda dia, aku cuma berharap Allah balas dengan setimpal pada dia.

Suami aku? Aku pergi pejabat agama dengan dia. Aku minta pandangan ustaz. Perkara pertama ustaz akan tanya suami solat tak? Isteri solat tak? Solat berjemaah tak? Aku cakap aku je solat.

Jemaah tak pernah langsung. Ustaz tu geleng kepala. Dia kata sepatutnya solat lah paling perlu jaga. Sebelum jaga hubungan suami isteri perlu jaga hubungan dengan pencipta dahulu.

Ustaz tu minta aku buat solat istikharah supaya aku dapat petunjuk. Suami aku banyak kali cakap dia takkan lepaskan aku walau macam mana cara sekali pun..aku buat bodoh je dulu. Malas aku nak layan. Kalau sayang aku dia tak buat macam tu. Bodoh kan?

Malam tu aku buat istikharah. Allah bagi petunjuk yg baik pada aku. Seperti menyatakan aku perlu bagi peluang kepada suami aku. Dan aku bagi peluang kepada suami aku. Tapi aku layan dia teruk lah.

Aku panggil dia aku kau je dengan dia. Aku taknak kurang ajar tapi aku terpaksa ajar dia macam tu. Aku cakap kat dia aku boleh bagi dia peluang. Tapi tolong jangan ulang lagi kesalahan tu.

Aku bagi dia peluang terakhir untuk buktikan dia boleh jadi suami dan ayah yg berguna. Dia cakap terima kasih kat aku banyak kali sambil pluk aku. Tapi aku tak pernah balas pluukan tu.

Sebab aku dah benci pada dia. Malam tu aku mimpi lagi, aku mimpi aku masuk neraka.tempat yang panas.aku berfikir kenapa aku mimpi macam tu.

Bila fikir balik mungkin sebab aku bagi peluang kat dia tapi aku tak ikhlas. Aku masih kurang ajar pada suami aku. Aku marah dia. Aku panggil dia bodoh dia sial.

Aku menangis masa tu. Masa nak pergi toilet nak cuci muka aku nampak suami aku solat. Dia tengah sujud. Sujud yang sangat lama. Tak lama tu dia duduk bagi salam dan berdoa. Aku dengar dia menangis.

Dia cakap ‘terima kasih ya allah kau lembutkan hati isteri aku.kau bagi isteri aku semula, kau bg aku peluang untuk aku buktikan pada isteri aku aku memang sayangkan dia.

aku tak sanggup berpisah dengan dia.’ Masa tu aku pun nangis.. tapi aku tak pergi pun kat dia. Aku masih kuatkan hati aku untuk tak berlembut dengan dia.

Aku bersikap dingin pada dia selama nak dekat setahun. Sehingga satu hari aku rasa aku rindu dia. Suami aku dah banyak berubah. Dia tak pernah tinggal solat. Tak keluar lepak, tak isap rkok.

Dia selalu masak untuk aku. Dia belajar mengaji, pergi masjid. Aku nampak perubahan dia. Aku rasa Allah dah jawab permintaan aku dulu. Aku perluukan suami yang taat agama, yang berguna. Jika suami aku bukan utk aku, jauhkan lah dari aku. Tapi suami aku semakin dekat pada aku. Semakin menyejukkan hati aku.

Semasa dia solat aku tunggu sampai siap. Aku pergi pada dia. Aku salam dia aku ciium tangan dia. Aku pluk dia kuat kuat. Aku sayang sangat pada dia ya Allah. Aku anggap ini semua ujian rumah tangga.

Aku minta ampun pada dia sebab layanan aku selama ni. Dia cakap aku takde salah. Memang patut aku layan dia macam tu. Dia yang salah tak reti hargai aku. Taknak dengar nasihat aku. Dia minta maaf pada aku banyak kali. Janji pada aku takkan ulang perkara sama.

Ya Allah jika ini ujian utk aku dan suami aku redha. Ujian yang sangat manis hikmahnya. Akhirnya aku dapat suami yang baik, yang menjaga solat. Yang menyejukkan jiwa aku. Terima kasih ya Allah. Semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga dengan keberkatanMu, kasih sayangMu. Ampunkan dosa suami aku.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Zaza Zakaria, Bini penat kot nk urus ank.sbb slu ank time umo cmtu mmg agak lasak .memanjat ,terejun pnjt lg terejun lg.kna lbh alert klu ank umo cmni.cuba la berbincg dlu dgn isteri klu bab x ckup tido tu suma ibu2 akan alami.ank xmo tido ibu laa kna jga.

tt pun kna la sma2 bntu isteri jga ank.ank sndri kn bukan ank kmbg. Ht mna suggest suruh cr madu tu bukan jln penyelesaian.nti madu tu dpt ank penat nk kna tmbh lg sorang madu ker cmna. tula lelaki ckit2 nk cr lain ckit nk cr lain

Nuraz Wan, Sy rasa hubungn kalian sdh sampai ketahap tepu, tiada perubahn yg mmberangsangkn, tiada apa² tentangn exited lngsung.. Cuba ajk dia buat aktiviti luar dihujung minggu misalnya, ajk jalan², cuba jg syorkn isteri campur persatuan2 wanita..

Sllnya, klu hidup tepu dgn kebosann, manusia hilng ghairah hidup.. Nk kata sbb rupa, masa dia pilih awk pun, mcm ni jgk rupa awk kn.. Knp masa tu dia setuju sj.

Ella Pajila, Allahu, isteri jadi seperti itu semestinya bersebab. Mungkin tuan tidak membantu isteri membuat kerja2 rumah, dan seharusnya tuan kena tahu, kemas rumah, basuh pingan, cuci baju , susukan anak adalah tugas suami.

Tuan kena ingat itu. Dan tuan kena tahu, suami adalah cerminan isteri. Ajaklah isteri solat. Jangan hidup bergelumung dosa. Jgn tempah tiket ke nerake tuan.

Izhar Kifli, mungkin isteri penat menguruskan rumah dan anak2..untuk pengetahuan tt,nk jaga rumah dan ank2 ni perluukan 1mentality yg kuat,saya pernah try sehari je duduk tmpt isteri ya Allah s.w.t letihnya bukan kepalang..x snggup saya nak jadi seorang isteri ni..

tambah pulak lepas je mengemas anak2 buat sepah balik,tu x campur yg buat terjun payung,wall climbing,jungle trecking,kuak lentang,training army,perbarisan kawad and mcm2 sk1ll yg muncul ikut kreativity ank masing2..

lastly saya sndiri faham tugas seorang suami tu membantu isteri menguruskan rumahtangga disamping selalu belikan supplement tambahan untuk isteri tetap cergas dan cekap..

apabila yg kat atas ni kita dh buat InsyaAllah layanan atas katil bakal menyusul dgn hebat..saya dulu pun masalah macam tt jugak tapi saya berjaya keluar dari kemelut tersebut.

Siti Fatimah, P.puan lps bsalin mmg ada yg brubah jd ln satu sbb lth satu lg sbb emosi dlm pantang trganggu xdi jaga dgn elok. Klau isteri ko full bf anak lg lth..nk2 lg anak tgh mlasak umur mcm tu. Lg satu p.puan yg mnyusukn anak mmg xda nfsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *