Suami marah dan hanger anak umur 3 tahun. Trkjut bila dia pkul dan tumbuk2 suami balik. Aku dah la bru lpas bersalin.

**gambar sekadar hiasan

Aku berusia 35 tahun, baru melahirkan anak kedua, masih dalam pantang hari ke 30. Anak sulung aku lelaki, usia 3 tahun, aku namakan A.

Anak kedua (B) ni memang kami plan, because i thought 3 years gap was good enough.

Memandangkan usia aku pon dah lewat, aku tak nak la mengandung bila hampir ke 40 tahun. So masa mengandung tak da masalah, si A hari2 cium perut, kata sayang adik.

Tapi bila dah keluar si B, ya dia masih cakap & cium sayang adik, tapi perangainya menjadi-jadi & menguji kesabaran.

Laki aku dah habis cuti, jadi aku menjaga keduanya sekali. Ya Allah susah & perit sangat.

Masa aku sibuk menyusu B, si A akan panggil aku dari tandas, sibuk bagitau dia kencing/ berak. Bila aku sampai, habis banjir semua sebab rupanya dia main air.

Kalau tengah tidurkan adik, dia akan main & buat bising, bayangkan lah baby baru sebulan, entah berapa kali terkejut & nangis dik si abang buat bising.

Aku dah try cara lembut, cakap baik2, langsung dia tak dengar cakap.

Aku pon dah mula pukul2 dia, jerit2, dengan harapan dia takut & dengar cakap. Tapi tau tak, aku marah dia, dia jerit kat aku semula. Aku pukul dia, dia pon sama naik pukul aku pulak.

Dia baru 3 tahun taw, apa salah aku didik dia. Sedangkan sebelum ni aku selalu cakap baik2, apa dia nak semua aku layankan, bawak main sana sini.

Hari2 aku menangis, kenapa anak aku buat macamni, kadang2 terdetik, menyesal tambah anak, sebab yang si abang jadi lain macam.

Aku penat, dengan anak kecil bangun mlm, siang nak jaga dua2. Kalau ayahnya cakap pon dia tak dengar, ayah pon geram ada hanger dia, end up memang dia pukul & tumbuk3 ayah.

Puncanya; adik dah tidur, punya susah nak bagi adik tidur, dia sengaja panjat2 then bukak lampu. Apa lagi adik bangun la nangis. Ayah cakap baik2, tak dengar, kena pukul lah lagi.

Macamana ya? Apa cara terbaik untuk didik anak yang baru 3 tahun untuk behave & dengar kata?

Aku serius da penat ulang2 cakap baik2, lembutt2 dengan dia, explain kenapa tak boleh macam ni, tapi memang dia buat tak tahu saja.

Aku tanya, boleh tak dengar cakap ibu, dia cakap tak boleh. Geramnya aku. Bila aku jerit suruh diam, dia akan nangis2, tapi lepastu dia akan jerit semula dekat aku, the same word.. DIAM!

Lepastu, makan aku kena suap. Baru dia makan. Kalau bagi makan sendiri, memang bertambah2 la kerja aku, sebab confirm bersepah & apa lah sangat yang masuk mulut.

So boleh bayang tak, sebelah pegang baby, sebelah suap dia makan. Tolong aku please, macamana orang lain jaga anak berderet2. Adakah anak diaorang behave saja, tak macam anak aku?

Aku ni sampai tahap buka TV most of the time, nak bagi dia duk diam. Tapi tetap buat hal. Ni kan musim covid, mana lah alku nak bagi dia main2 dekat luar.

Kalau dia keluar pon, siapa la nak pantau dia? Tak kan aku nak bawak keluar baby yang masih kecil ni?

Aku nak naik kerja dah tak lama lg. Aku dah survey playschool untuk dua2 ni. Allahu mahalnya bayaran… daftar sahaja dah 2k plus.

Doakan aku dapat pengasuh. Nursrery pulak dah pesan awal2, baby jangan ajar tidur buai. Macamana ya? Aku dah tepuk2 anak, dia lena, datang si abang, habis la. So buai jela penyelamat.

Tolong ajar aku macam mana nak tidurkan anak lena tanpa buai. Tolong ajar aku cmna nak jaga 2 anak sekaligus?

Suri rumah yang hebat semua, please bagi tips/ doa yang boleh aku amalkan. Im just a tired mummy need help.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Hafiz Aiman : Alhamdulillah bermula usia kandungan ibunya 24 minggu. Saya mula terangkan dekat anak – anak saya yang berumur 3 tahun dan 6 tahun. Supaya bersama – sama dalam memudahkan hidup ibu, jangan jadikan ibu marah, sayangi diri ibu, menyayangi diri adik dan menjaga adik dengan baik.

Kedua – dua anak saya ini masa ibunya berpantang. Dia orang faham apa yang saya beritahu dekat mereka sebelum ini. Jadi mereka banyak membantu saya dalam menguruskan rumah. Mereka yang selalu tolong sediakan makanan untuk ibu mereka.

Bila mereka siapkan tugas yang diberi. Saya akan peluk mereka dan beri ucapan terima kasih Arif kerana jadi anak yang baik untuk ibu dan abang yang baik untuk adik. Akhir sekali selepas saya peluk saya akan cium pipi mereka dan kata anak ayah awesome.

Dengan tindakan begitu mereka rasa sentiasa dihargai dan akan sentiasa bersemangat dalam membantu hidup ibu dan adik mereka.

Saya tak susah mana pun jadi seorang bapa. Sebab anak saya bermula usia 2 tahun akan mula diajar buat kerja rumah. Kemudian mereka dididik guna pendekatan psikologi.

Hazirah Hamzah : Anak saya 3 tahun pun perangai macamtu. Kalau kita marah dia, dia marah kita balik siap pukul kita.. Atau dia pukul diri sendiri. Belum ada adik lagi tu. Ye saya tak ready nak tambah anak lagi memandangkan pengalaman dengan anak pertama very high need baby. Sangat susah ditidurkan. Nanges siang malam (sawan tangis). Itu waktu baby sorang pun, baby tu saya dah nak lempar, dah goncang. Jadi ni sorang lah anak saya walaupun saya dah umur 33. Saya dapat imagine if sekarang dia ada adik..mesti dia selalu akan kena pukul, lagi-lagi if dapat anak kedua pun high demand. Kesian dia.

Saya takut jadi perasaan bersalah mcm confessor. Saya taknak anak saya diabaikan. Taknak anak dipukul dijerit.. Jadi memang taknak ada baby lagi. Tengok lah bila dah besar nanti boleh la kot bagi adik. Atau cukuplah seorang je

Hanis Bakri : Biasa tu sis kalau ada adik,anak sulong mmg dia akan lebih byk buat perangai.sebab dia rasa dia xckp perhatian.

Anak sulong sy dulu pun selalu lompat2 katil time adik dia tido,memang laki sy double penat sampai termarah anak sulong masatu..

Jalan dia,sis kena tenang.sebab kalau sis tak tenang,anak dpt rasa kita tgh stress..tu yg dia makin buat perangai.

Lepastu sis kena peluk anak sulong kerap sgt,belai2 dia.ye memang dia dahagakan perhatian sis.

Yg penting diri kita dulu kena tenang.

InsyaAllah,sy doakan sis kuat dlm melayan anak2 sis.dlm pantang ni memang sis,kita akan mudah stress.istighfar banyak2 ya sis

Sy smpi skrg pn msh struggle emosi nak jaga dua org anak.

Nur Farhana : Assalam situasi kita sma puan..bezanya sy mgalami 9 bulan lpas..sy brusia 30 tahun..anak 1st umo 5 tahun..baby plak 9 bulan..

At that time mmg mguji ksbran sy..anak sulung sy mmg sllu akan bising bila si adik nk tido..kdg2 dia pkul tiba2 tnpa sbb..mcm2 dia buat utk wat sy naik angin..

Tpi sy sgt brsyukur..suami dn parents sy sgt2 mmbntu..suami sy bnyk take over jga yg sulung..bgitu jga ngn my parents..sy sgt2 rsa lapang msa tu..wlau ad wktu2 si sulung mngamuk nk saya attend dn blai mcm baby, sy buat mcm biasa..pluk dn sllu utamakan dia dlu sblm baby..

Skrg ni dia x kcau adik..dia yg jga adik..bila kita tggal kjap nk g amek brg kat dpur pun,si sulung mmg jga sgguh,main ssma ngn adik..protect adik..x bg sspa dekat ngn adik..nak mandikan adik jgk..

Smoga puan dipermudahkan urusan..

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *