Suami sedang kemas rumah, aku post dalam status. Tiba2 mak mertua call marah, cakap aku sebarkan aiib suami.

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Ni saya nak cerita saya baru sahaja kahwin berapa bulan lepas dan tengah mengandung anak pertama kami. Saya dan suami bekerja. Sekarang duduk dgn keluarga saya atas faktor mak saya yang kurang sihat.

Rumah mertua boleh dikatakan tak jauh dari rumah keluarga saya. Nak dijadikan cerita saya ni suka posting apa apa dekat media social walaupun hanya sekadar pergi mana mana or buat ape ke dengan suami tu atas sebab suka suka je saya takde niat nak menunjuk.

Jadi satu hari suami saya kemas rumah dan saya buat status. Suami saya ada 3 kakak. Masalah sekarang ni tiba tiba mertua saya talifon suami dan bercakap tentang status yang saya muat naik tu.

Dan mertua saya pesan pada suami supaya saya jaga maruah dia sebagai suami jangan masukkan status macam tu. Yang saya hairan bin ajaib tu macam mana mertua boleh tahu kalau bukan ada yang bercerita sedangkan mertua tak layan pon media social ni.

Saya minta suami untuk bergilir balik rumah mertua atas sebab saya perlukan masa bersama dengan suami untuk keluar jalan jalan luangkan masa cuti sama sama tapi lain yang jadi sebab mertua salah faham. Dikatanya kita buat peraturan.

Saya tak kisah suami nak balik rumah mertua, dan pandailah kami nak balik kesana tak payah nak suruh suruh balik tu semua.

Kemudian kakak ipar duai tu semua mulalah jalan kan kerja mereka dengan mengh4sut. jadi saya nak pesan dekat ipar duai adik beradik tu jangan lah sibuk sangat jaga tepi kain orang rumah tangga orang.

Lebih baik sibukkan diri rumah tangga sendiri yang macam tali tersimpul m4ti tu.

Tak salah nak bercerita tapi jangan lah sampai hal rumah tangga orang pon nak masuk campur tangan.

Mak itu utama tapi isteri tu tanggungjawap yang awak kena pikul wahai suami suami dekat luar sana.

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Bab ipar duia Aku memyampah betul la. Suka huru harakan ipar diorang.

Sebab Tu la Aku tak suka campur tangan hal adik beradik Aku. Nak nak hal Bini diorang. Nak stalk FB diorang memang malas la Aku.

Sekali sekala berjumpa bercerita, biarlah seronok. Bukan hidup nak Cari pasal.

Netizen 2 : Memang ada ipar duai gini. Diorang buh status tak apa. Jangan kita yang up, terus jadi bahan.

Kita ni buatla baik macam mana pun tak nampak dah. Cerita buruk juga yang keluar. Jawapannya redho je lah.. tak pun share with certain contacts je..

Netizen 3 : Ipar ipar yang mulut tak reti diam cuba tanya diri tak ada media social ke wassap ke. Mengata orang bukan main.

Maklum tt post dalam nie semua nak tunjuk dia lah yang paling baik tak pernah up apa apa kat status. Mustahil.

Nak tegur tak salah, tapi ipar ipar yang cakap belakang bercerita itu ini dengan mak mentua. Entah entah ditambah serbuk perasa. Last last sampai ke suami.

Yang suami pun tak pandai selidik dulu. Habis di hentam nya isteri. Sedangkan dipost benda biasa pun

Sumber : KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *