Suami ‘sound’ mak mertua sbb tiap2 mnggu nk pinjam duit. Suami cerita, mak mertua selalu buat benda tu, mmg patut kena sound.

Foto sekadar hiasan : Aku dan suami awal 30-an, dah kahwin 3 tahun, masih belum ada anak. Aku kerja swasta tetap gaji M40, suami kerja kontrak, every job dapat banyak jugak. Suami aku baik, aku sayang suami aku.

Sebelum kahwin aku dah tau suami aku tiada apa2, kereta sendiri pun tiada, aku tak kisah, takpe kita susah senang sama2, bangun hidup sama2. Sebelum kahwin, aku dah kira stabil, dah ada kereta, rumah, kerja tetap.

Saving dia pun tiada, sebab duit dia sebelum kahwin mak dia pegang (dah kahwin ni dia pegang sendiri lah), aku pun tak tau macamana mak dia manage duit tu, sampai tiada saving dan harta langsung even kerja dah lama, dan every job dapat banyak jugak.

Mak dia sebelum kahwin lagi dah pandai nak pinjam duit aku. Aku bagi lah sekali, pastu dia nak pinjam lagi, sedangkan yang pinjam haritu pun tak bayar lagi, aku dah tak bagi. Waktu aku tak nak bagi tu, boleh tahan jugak lah dia push aku.

Call aku, wassap aku banyak kali merayu rayu bagi pinjam duit, sampai aku rasa aku tak nak kahwin dah waktu tu. Nak dapat balik duit aku tu pun, banyak jugak lah drama, mintak banyak kali, pastu bila aku mintak, eh macam aku pulak nampak jahat sedangkan dia yang tak tepati janji.

Lepas kahwin pulak, bapak mertua aku nak pinjam pulak duit dengan bapak aku, tapi bapak aku tak bagi.

Mak ayah dia guru kerajaan, pilih bersara awal. Mula2 tu, aku macam kagum jugak lah, sebab mak aku pun guru kerajaan, tak dapat bersara lagi sebab hutang tak habis lagi.

Waktu tu, aku fikir bestnya mak ayah dia takde hutang, boleh bersara awal. Mak aku kena tunggu bersara wajib sebab banyak hutang.

Waktu sebelum bersara dan tak berapa lama lepas bersara tu, aku ada lah dengar2 yang diorang selalu tak cukup duit, sampaikan adik ipar aku buat personal loan untuk mak ayah dia, adik ipar yang lain gadai emas (dah lah barang kemas tu suami dia bagi).

Aku dah banyak kali bincang dengan suami aku (suami aku anak sulung), aku mintak dia slow talk dengan mak ayah dia, apa tak kena sebenarnya dengan pengurusan duit, selalu tak cukup duit. Last sekali, aku yang kena marah, so lepas tu, aku dah malas nak ambil tau.

Sebelum ni, suami aku suruh aku pegang duit dia, kalau dia nak, dia mintak. Tapi lama2 aku perasan duit dia mintak lebih banyak dari yang diberi,

Lepas tu aku dah catit apa yang dia bagi, so tak terguna duit aku. Aku banyak kali pesan, keje projek macam dia tu, kena simpan lah duit.

Sebab projek bukan ada setiap bulan. Tapi tak sempat akhir bulan, duit dia habis, tak nampak habis kat mana, aku syak dia bagi kat family dia,

Sebab peel mak dia ni, kalau ada adik nak duit, mintak lah kat abang2 jugak, kan adik beradik. Tapi nak bagi pun, takkanlah tak boleh buat saving sendiri kan.

Suami aku memang tak berkira duit dengan orang, tak kisah lah aku ke family aku ke family dia ke kawan2 ke, dia memang pemurah.

Tapi aku risau dia, takkanlah takde simpanan langsung kan. Manusia kan, bila takde duit, mula lah nak jadi marah2. Tu lah jadi kat suami aku bila dia takde duit, asyik nak marah2.

Aku dah banyak kali mengadu dengan mak mertua aku ni, nasihat suami aku suruh simpan duit sebab mula2 aku ingat suami aku tak pandai manage duit, tapi rupa2nya dia yang asyik kikis duit anak dia tu.

Tapi mak mertua aku ni, bila aku mengadu dan luah rasa bengang, dia mula la cakap “isteri tak boleh berkira dengan suami, jadi isteri yang baik etc”.

Eh bila kena dekat anak perempuan dia pandai pulak dia terasa, kutuk menantu lelaki dia tu, sebab anak dia kena tanggung some of household lepas start keje.

Aku dah banyak support suami aku, tak berkira dengan suami aku and family dia. Bawak bercuti, belanja makan best, beli hadiah etc. Sampai lah awal tahun ni.

Bulan 2 baru ni, mak dia dengan suami aku ajak aku borak, nak mintak tolong sebab ayah dia dapat surat tunggakan lhdn, tau lah kan lhdn macamana. So, nak pinjam duit. Aku dengan rasa kasihan, bagi lah dengan janji dia waktu tu nak bayar guna duit kutu.

Oh ya, mak dia suka main kutu, sampai aku pelik, kenapa nak pening kepala main kutu, kan dapat duit bersara setiap bulan. Time goes by, sampai ada peristiwa dengan menantu lelaki dia, menantu lelaki dia macam boikot terus mak ayah mertua aku ni.

Aku syak sebab dia bengang isteri dia selalu kena bagi duit kat mak ayah mertua aku ni, sampaikan beberapa barang kemas yang dia hadiahkan kat isteri dia tergadai tak tebus2 lagi.

Duit aku tu tak dibayar seperti dijanjikan. Bila aku tanya banyak kali, sampai suami aku pun macam ‘sound’ mak dia tu sebab tak kotakan janji, dia main drama air mata dia, macam terasa la anak menantu guris perasaan dia.

And during that period pun, adik ipar aku tu gesa banyak kali mak dia, bila boleh dapat balik barang kemas dia semua sebab laki dia dah tanya. Last2 nampak adik ipar aku tu lah pulak yang jahat kan, gertak mak dia banyak kali.

Bulan lepas aku stay kat rumah mertua aku. Aku kerja kat selangor, tp lepas pkp tu, bos bagi wfh je, so aku boleh stay kat kampung lama2.

Kami dok kampung dengan harapan nak rehat2 sebab suami aku baru habis projek.

Start minggu ke2 stay tu, suami aku masuk bilik macam mengeluh, dia cakap, balik ni ingat nak rehat, tapi tak habis2 lagi masalah duit, dari ikhlas nak tolong jadi tak ikhlas. Aku macam tak nak ambik port sangat waktu tu, sebab dah masak dengan perangai diorang.

Sampai la 1 petang tu, suami aku mintak kad kredit dia. Fyi, aku suruh suami aku ambil kad kredit sebab nak mudah dia beli rumah. Nak buat loan kan, bank nak tengok komitmen kita. Dia mintak kad kredit dia sebab mak dia suruh ambik duit kat situ.

Waktu tu aku terus naik darah. Allahu, mak dia ni nak bunuh anak sendiri ke apa. Dia tau keadaan kewangan dan kerja anak dia macamana kan.

Keesokannya, mak ayah dia datang bilik kami, dan akhirnya berterus terang. Dia dapat surat muflis bank (sebab personal loan tak bayar).

Bank boleh isu kan arahan muflis kalau 6 bulan tak bayar dan pinjaman more than 50k kot.

Pastu kereta nak kena tarik sebab 3 bulan tak bayar. Nak kena bayar duit kutu, nak kena bayar duit jualan dia yang dia terguna tu, kereta nak kena servis, nak bayar tunggakan gadaian barang kemas.

Aku bila dengar tu, mampu istighfar je. Allahu dugaan apa ni. Malam tu, aku tak dapat tidur, maybe korang cakap eh bukan masalah aku, buat apa aku nak fikir.

Tapi suami aku anak lelaki sulung kot, dan aku kenal suami aku macamana. Then, aku bagi la pinjam jugak duit nak settle apa yang penting kan.

Eh tu pun dia nak mintak lebih dari apa yang aku cakap aku boleh bagi, tapi aku tak bagi lah sebab aku nak tengok dulu keadaan macamana.

During that time, aku cuba korek dengan mak mertua aku ni, komitmen sebenar dia apa, kenapa boleh jadi macam ni. Sebab honestly aku tak faham duit tu habis kat mana.

Setau aku, dia bukannya joli jalan luar negara (mekah pun tak sampai lagi), rumah bukannya mewah sangat, stay rumah teres yang disambung2 macam tu, kereta pun taklah baru dan mewah sangat.

Current komitmen dia, 1 rumah yang dia ada yang tengah duduk ni, tak habis lagi, kereta second hand tu tak habis lagi, few loan tak habis lagi. Senang cakap, semua aset la bank punya.

Dia cakap, waktu muda tu, suka tukar kereta, macam tak habis lagi bayar kereta tu, tukar kereta lain camtu. Pastu buat overlap loan.

Tapi aku rasa punca utama dia adalah dia sangat sangat ambil mudah bab hutang. Dia anggap hutang tu mende biasa. Bayangkan kalau buat kira2, last dia bayar personal loan tu akhir tahun lepas.

Oh ya, punca kesesakan ini berlaku pun sebab duit bersara bapak mertua aku tu bank sekat sebab loan jugak, mesti lah ada sebab kan.

Dan aku rasa mende ni baru berlaku semua sebab waktu pkp haritu kan ada moratarium and yes, dia ambil moratarium tu. Dan kehidupan dia waktu tu seperti tiada apa2, raya baru ni boleh buat rumah terbuka, shopping anak2 dia kat mall, berjalan ke sana sini etc.

Short story, aku dah tolong separuh masalah dia tu dengan harapan ringan la sikit beban suami aku, then aku balik kampung aku, tenangkan fikiran. Pesan banyak kali kat suami aku, jangan belanja kad kredit tu melampau.

The next week aku jumpa suami aku balik, aku tengok dia punya m2u credit card, physical credit card dia ada dengan aku. Then, you know outstanding dia dalam 7k. Rupa2nya, dia topup touchngo ewallet dia guna credit card, then transfer ke akaun bank.

Bijak kan, keluarkan duit dari credit card tanpa charge. Waktu tu, hati aku terus menggelegak sebab aku tau duit tu untuk settle masalah yang mak dia cari tu. Aku terus wassap mak dia, aku jujur je cakap apa aku rasa, lantak dia nak terasa ke apa.

Yang aku paling nak dia tau, aku cakap kat dia, kalau hubungan aku dengan suami aku terjejas sebab ni, aku takkan maafkan dia sampai mati, sebab selama 3 tahun kahwin ni, punca gaduh pun selalu bab duit, dan dia tak habis2 himpit anak2 dia dengan duit.

Aku mintak dia bayar duit aku tu segera sebab aku rasa dikhianati dan dizalimi sangat2.

Aku tau apa dalam fikiran dia. Dia tak rasa bersalah mintak duit dengan suami aku, sebab dia tau aku mampu cover balik kekurangan dalam rumahtangga kami, dan sebelum ni, boleh cakap aku memang jenis baik dan tak berkira.

Aku serabut. Aku ajak suami aku balik rumah aku kat selangor, rehat kat sini. Beberapa hari lepas, ada dia call suami aku, mintak duit belanja, suami aku mana ada duit dah, kat sini pun aku tanggung makan minum semua.

Based on their phone conversation, aku boleh agak dia macam mintak suami aku mintak duit dengan aku. Mujur la baru lepas raya haji, banyak orang bagi daging kat dia, ada la jugak nak buat hidup kan.

Day by day sekarang, aku dah kenal suami aku macamana. Yes, dia sangat family-man, anak dan abang yang baik dan pemurah, tak berkira.

Maybe sebab selama ni aku banyak tolong suami aku dan aku keje, so, dia ambil mudah kat aku.

Bulan depan dia nak masuk keje, dan aku dah cakap ni last aku tolong dia. Memanglah before ni dia pinjam duit aku, dia bayar balik. Tapi belanja dan komitmen, aku lah yang tanggung. Kalau bulan tu takde masalah kat sana, bolehlah dia tolong aku.

Maybe ni lah hikmah Allah tak bagi anak lagi. Few weeks ni aku banyak termenung, mengaji. Aku doa Allah lindungi aku dari kezaliman manusia, cekalkan hati aku. Dan akhirnya aku sedar, orang yang betul2 ikhlas dengan aku hanya family aku sendiri.

Aku terasa dengan suami aku, aku faham dia tersepit dengan masalah family dia, tapi dia seolah tak fikir aku, macam aku ni bukan tanggungjawab dia dah.

Aku slow talk dengan suami aku, aku cakap kalau sayang hubungan ni, aku dah tak nak ambil tau masalah family dia, sebab aku rasa semua tu sendiri cari penyakit. Aku cuma nak fikir pasal diri dan kebahagiaan aku sebab orang tak fikir pun pasal aku.

Sekarang terngiang2 kata2 hinaan suami aku dengan family dia dulu, sebab aku ni jenis cermat berbelanja dan buat kerja bersungguh. Aku tak pelik hidup diorang macam ni sebab cara fikiran diorang tu.

Waktu pkp dulu, sebab aku support system, jadi memang aku kena kerja lebih sebab nak stabilkan system.

Aku keje stay sampai tengah malam kat rumah mertua aku tu. Dan tau bapak mertua aku kutuk aku apa, dia cakap aku ni hamba duit, hamba c*n*. Sekarang sape yang jadi hamba duit.

Sekarang suami aku dah sedar kesilapan dia dulu. Dan aku hanya mintak 1 dengan dia, jujur dengan aku. Dia takde skandal ke apa, sekarang skandal dia ni, masalah never ending family dia lah.

Fikiran aku dah serabut few weeks lepas dan sebelum2 ni, dan akhirnya aku sedar, punca nya adalah dari never ending financial problem family suami aku, dan suami aku yang family-man.

Aku pilih untuk tenang dan fikirkan kebahagiaan dan ketenangan aku. Semoga Allah pelihara rumah tangga kami dan murah rezki suami aku untuk bayar hutang. Korang komen baik2 je lah, jangan kecam2 aku, hati aku tengah rapuh sekarang.

– Isteri rapuh (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Suruh mak bapak mertua tu pergi AKPK. Orang yang tersepit hutang macam ni, depa selalunya tak nak. Sebab untuk banyak tahun tak boleh buat loan lagi dengan bank sampai hutang habis. Pelikkan? Dah banyak hutang pun masih fikir nak tambah hutang. Dengan AKPK mereka boleh schedule balik financial sampai peserta jadi stabil semula. Bank pun tak ganggu dengan panggilan Telefon. Kalau asyik beri-beri mereka tak belajar. Anak-anak kena berpakat untuk refer mereka ke AKPK. Anak-anak pun ada komitmen. Semoga kita semua dapat ubah mindset tentang berhutang ni. Budaya yang sangat tak elok.

Netizen 2 : Family mertua hang ni jenis nak senang, tapi tak mau kerja kuat. Last2 duk bersandar pada anak menantu. What a shame! Kena bagi mereka learn from their own mistakes. Suami dn awk tlg sekali dua okay lah, tp kalau dah berkali2 they won’t learn anything. Ini bukan soal kedekut, tp soal didikan cara hidup yg sepatutnya!

Netizen 3 : Kalau tengok kdrama selalu ade scene anak2 pening kepala tanggung hutang mak bapak..lagi teruk bila mak bapak bila dah tersepit berani berhutang dgn lintah darat..semoga mertua sis takde la sampai ke tahap tu..

Parents ada habit macam ni memang membebankan tapi nak dibiarkan pon tak sampai hati sbb tu tetaplah parents dia nak dibuang pon tak boleh..anak yg berhati lembut takkan sanggup nak biarkan parents kesusahan

Selalu kalau bank sampai hold akaun tu maknanya dia dah muflis, bknnye baru nak muflis..ape2 duit yg masuk akaun, bank akan sedut dulu..duit pencen pon mungkin dia dah tak dapat..yg dia kata duit kutu tu mungkin sebenarnye mmg takda pon..sekadar berjanji manis untuk meminjam..harapnye mmg bank la yg hold akaun dia bkn along ke ape…huhuu

Nak bagi cadangan ape pon sy tak tau cuma maybe boleh pujuk mentua pergi ke AKPK..sy doakan mentua berubah dan sis dpt hidup tenang dgn suami..aminn

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.