Susahnya jd org cntik. Dr zaman lelaki asik dtg nk ‘himpit’, bila tolak makin mnjadi. Bila birthday, aku selalu dpt jadiah ‘misteri’.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum wbt. Tersentuh dengan kisah Dayang Senandung . Sedih baca sebab lelaki semua layan dia macam tak wujud.

Saya juga selalu melihat situasi lelaki double standard ni. Zaman dekat universiti memang obvious gila treatment double standard.

Apa yang Dayang Senandung bagitau, itulah realiti. Cuma situasi kita berbeza sebab saya tak hodoh, saya ada rupa dan boleh dikatakan agak comel.

Kalau kena buat group, memang saya tak de masalah sebab ramai lelaki berebut nak group dengan saya. Tapi kawan saya Nadia yang berkulit gelap dan bertubuh extra saiz selalu dipalau dari group.

Classmate pulak memang ramai lelaki (course engineering). Typical lelaki, memang suka approach perempuan cantik je. Perempuan buruk ni dia buat tak endah je.

Nadia tu baik sangat tau. Kadang saya sedih tengok dia dapat layanan buruk macam tu dari lelaki. Tapi saya tak boleh nak ubah lelaki-lelaki tu. Jadinya saya selalu ajak Nadia masuk group saya. Sebab saya tak sampai hati tengok dia terkebil-kebil takde group.

Bila dah masuk group, kalau Nadia yang bercakap diorang buat Nadia ni macam batu. Layan pun acuh tak acuh. Saya juga yang menyokong Nadia dan support pandangan Nadia. Nadia pun bijak, idea dia semua bernas.

Tapi lelaki ni kan bodoh. Perempuan cantik bila bercakap walaupun bodoh tetap disanjung dan diberi perhatian lebih hanya sebab rupa.

Dalam class saya yang boleh dikatakan girl hot termasuklah saya dan juga Mira. Mira ni memang putih melepak dan lawa, dan Mira ni instafemes. Kalau ada group, memang Mira ni berebut lelaki nak sama group dengan dia.

Sampai Mira ni suka ambil kesempatan atas lelaki sebab dia ni ramai peminat. Sehinggakan assignment pun Mira jarang buat sebab dia suruh lelaki-lelaki lain ni buatkan.

Lelaki2 yang ikutkan aje suruhan Mira ni pun bodoh keparat. Ikut je apa Mira nak. Even Mira ni dah ada boyfriend pun, lelaki2 bodoh ni masih layan dia macam dia single.

Mira ni dia punya suka ambil kesempatan sampai dia selalu pow duit dengan classmate kami yang berjantina lelaki bodoh itu. At the end bila Mira dah malas layan diorang, barulah lelaki2 keparat itu datang mengadu kat saya yang diorang dah banyak berhabis duit untuk Mira.

Padan muka! Bisik hati kecilku. Haha. Sape suruh belanja Mira macam-macam. Dasar tak sedar diri belanja awek orang macam awek sendiri.

Saya tak salahkan Mira, sebab Mira memang opportunist. Suka ambil kesempatan. Tapi lelaki2 keparat itu yang bodoh yang suka memberi & cepat cair dengan rupa paras tanpa menilai peribadi.

Ok berbalik kepada cerita saya. Saya dari kecil memang dah comel. Tapi struggle tau ada rupa ni. Dari umur darjah 5 lagi saya sudah dicbul di sekolah.

Rakan-rakan lelaki selalu mengganggu saya kerana saya comel dan ada rupa. Saya memang rimas kerana selalu dapat surat cinta bertabur bedak dan hadiah misteri di bawah meja sekolah.

Masuk sekolah menengah pun sama. Saya sering dicbul dan ianya sangat mengganggu emosi saya. Sehinggakan guru lelaki pun suka mengusik saya dan melawak lucah dengan saya. Saya jadi trauma dengan lelaki sehingga saya sering menjauhkan diri dari lelaki.

Walaupun begitu, saya tetap juga diganggu. Setiap kali berjalan ke mana saje, pasti ada lelaki yang memanggil sambil bersiul. Saya jadi tidak tenang. Hidup juga rasa tidak tenteram kerana merasa diri ini tidak selamat.

Masuk ke universiti, saya sudah boleh berkawan dengan lelaki. Saya terpaksa berkawan dan baik dengan lelaki sebab nak survive. Lagipun majoriti jantina dalam course saya memang lelaki. Jadi nak tak nak, terpaksa open mind untuk berkawan walaupun tak suka.

Di universiti, sangat banyak gangguan yang saya terima. Sering sangat terima panggilan misteri dari lelaki. Lepas tu kalau berjalan selalu kena pheewittt. Saya rasa malu dan terhina, seolah2 saya ini gadis murahan.

Sedangkan saya sudah jual mahal dan tidak melayan sangat lelaki. Tapi itulah dugaan orang cantik. Sentiasa diganggu. Tapi yang menariknya setiap kali birthday, saya selalu dapat hadiah misteri.

Hadiah pun banyak tau, sebab pengirimnya ramai. Hehe best jadi cantik ni tang dapat hadiah jelah. Part lain semua tak seronok.

Dalam saya sibuk nak exam final year, masa itulah ramai lelaki meluahkan hasrat ajak saya kahwin. Saya terpaksa menolak cara baik. Saya memang tak ready nak kahwin awal. Saya stress juga ramai ajak kahwin sebab ianya sedikit sebanyak mengganggu fokus saya untuk exam.

Tapi alhamdulillah my study went well.

Dah masuk kerja pun saya masih lagi diganggu, cuma kali ini diganggu suami orang. Ya Allah struggle betul nak menolak ajakan suami orang untuk meeting dan buat discussion di restoran/kedai makan. Saya sebolehnya cuma mengelakkan diri dari keluar dengan laki orang.

Apa2 urusan pejabat biarlah stay di pejabat je. Saya limitkan boundary. Saya tidak akan keluar dengan rakan sekerja. Biarlah orang nak cakap saya sombong. Tapi inilah yang terbaik untuk diri saya.

Sehingga kini, saya masih tidak pernah bercinta dan punyai kekasih hati. Umur pun dah hampir 3 series. Orang sekeliling terutamanya saudara mara sering bertanya bila nak kahwin.

Malah mereka terkejut saya belum ada boyfriend. Kata mereka takkanlah orang cantik seperti saya tidak ada yang hendak. Malah makcik saya kata, muka macam saya ni gerenti beratur orang nak. Cuma saya je memilih.

Tapi hakikatnya, saya tiada keinginan untuk berkahwin. Saya sebenarnya masih trauma dengan lelaki kesan dari dicabul beberapa kali dahulu.

Saya tekad, saya ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Saya ingin mengejar cinta Allah. Cinta lelaki itu semuanya bersifat sementara.

Jika berkahwin pun, suami bukan milik mutlak kita. Dan bila-bila masa sahaja suami boleh jatuh cinta dengan wanita lain apabila kita sudah tidak cantik. Tetapi kalau kejar cinta Allah, sudah tentu Allah takkan berpaling dari kita.

Buat Dayang Senandung, perkahwinan bukanlah satu2nya matlamat dalam hidup. Hakikatnya matlamat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Jika tiada yang mahukan awak, usahlah bersedih. Allah mahu awak mencintaiNya lebih dari apa pun, melebihi cinta kepada manusia.

Ya perkahwinan itu sunnah. Tetapi tidak semua orang berpeluang merasai nikmat perkahwinan. Tetapi semua orang tetap akan merasai mati.

Jadi manfaatkanlah masa berbaki untuk menyumbang kepada masyarakat dan mengaji agama supaya kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah.

– Cinderella (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Saya percaya cerita sis. Orang cantik memang dapat special treatment xkira layan atau x melayan macam sis, actually bukan dari lelaki ja perempuan pun sama double standard. Kadang teringin juga cantek haha, tapi bila fikir cantik-cantik nanti susah cari yang betul-betul ikhlas. Cantik-cantik pun bukan jaminan berjodoh & bahagia di dunia. Saya suka ending penulisan sis, tq yaa

Netizen 2 : Setuju sis Kawan sekolah sy sgt cantik… Dia pernah tunjuk surat budak lelaki sent kat dia..sekotak besor.. langsung dia tak bukak … Jenis menjaga ikhtilat..kami sekolah agama dulu..sekolah perempuan pulak tu.tu pun ramai giler peminat.. last-last terus pakai purdah, sbb pernah budak lelaki pandang dia, naik motor jatuh longkang.. kesian tgk.. rimass

Netizen 3 : Sy setuju anda dah pasang pagar siap2 dgn cara anda bergaul. Itu yg terbaik. Kalau anda nak cari teman, jgnlah yg sekitar dgn anda yg bersiul2 pd anda. Carilah di luar dari tempat kerja atau di luar circle anda yg biasa.

Pastikan anda consistent dalam pergaulan dan anda betul tidak keluar dgn lelaki kerana takut disalah anggap dan takut mrk ambik peluang.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.