Gambar sekadar hiasan
Saya seorang wanita sederhana berasal dari kampung dan berkahwin dengan seorang lelaki bandar.
Sebelum berkahwin, saya pernah ke rumah bakal suami untuk berkenalan dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tidak lama kemudian kami berkahwin.
Ketika datang ke rumah tersebut, saya lihat rumah mereka bersih dan kemas.
Selepas beberapa bulan berkahwin, lama kelamaan saya perasan keadaan rumah keluarga suami bertukar kepada bersepah dan tidak berkemas.
Sebagai contoh, baju kotor dibiarkan di celah2 tangga, alatan memasak ditinggalkan lama tidak berbasuh di dalam sinki, tandas berlumut dan kuning,
Yang paling saya terkejut, ulat-ulat sampah bersepah dekat kawasan tong sampah kerana mereka tidak buang sampah selama beberapa hari.
Saya bertanya kepada suami, kenapa jadi sampai macam ni. Suami hanya diam dan tiada jawapan.
Untuk pengetahuan, saya tinggal berasingan dengan keluarga mertua tetapi rumah saya sangat dekat dengan mereka. Jadi, seminggu sekali saya dan suami akan datang melawat.
Pada awal nya, saya ambil inisiatif sendiri dengan tolong kemas ruang tamu, dapur & cuci tandas. Malang nya, pagi saya kemas, petang sudah bersepah semula.
Lama kelamaan saya jadi stress dan bengang dengan ahli keluarga suami. Saya bukan lah terlalu pengemas dan pembersih, tapi cukup lah nampak sedap mata memandang.
Contoh nya, atas meja bersepah dengan botol air, pinggan kotor, majalah, plastik makanan yang telah kosong. Saya kemas dan susun sebelah pagi, petang mesti dah berselerak semula.
Kadang-kadang, saya tolong lipat baju adik beradik suami, saya datang semula 2,3 hari baju masih lagi di tempat yang sama.
Paling saya tak tahan, salah seorang adik beradik suami ada membela kucing. Tetapi, dibiarkan thi kucing sampai kering dan penuh bekas thi kucing.
Boleh bayangkan bau tahi kucing tu macam mana. Ada dalam 15 ekor kucing di bela di luar rumah (dalam cage) dan 3 ekor kucing dalam rumah.
Paling saya tak tahan, dalam rumah bekas thi kucing diletakkan di dapur sebelah tempat memasak. Bayangkan kita nak masak kat dapur, sebelah ada bekas thi kucing yang penuh dengan thi. Seksa nya saya Allah yang tahu. Dan tak ada siapa yang tegur.
Saya jadi buntu fikir, tak ada ke orang dalam rumah ni yang bau thi kucing ni?
Awal- awal, saya tak tahan saya tolong buang tahi kucing tapi lama kelamaan saya tengok mereka seperti buat tak kisah.
Jadi saya ambil keputusan untuk biar kan saje. Jika masuk ke bilik masing2, saya hanya akan istighfar dalam hati. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, perkara ini masih belum selesai.
Kini saya sudah pon mempunyai 2 orang cahaya mata. Saya selalu megajar anak2 untuk menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
Pernah anak saya yang sulung bertanya kepada saya, mama kenapa rumah nenek bersepah dan busuk? Kakak tak selesa mama. Saya diam dan hanya memberi senyuman nipis kepada nya.
Jawapan apa yang saya nak berikan kerana apa yang saya ajar, tak sama dengan apa yang dia lihat di rumah nenek nya?
Saya pernah menegur suami tentang keadaan rumah keluarga nya, tapi jawapan suami adalah mereka dah terbiasa hidup begitu.
Tetapi apa yang manghairan kan saya, apabila keluar rumah masing2 nampak sangat bergaya dan kemas. Langsung tidak mencerminkan diri mereka apabila dirumah.
Setiap kali suami ajak datang ke sana saya jadi dilema dan stress. Stress sebab saya kena hadap bau dan suasana rumah yang ktor dan bersepah.
Belum cerita lagi anak-anak akan kena gatal2 bila balik dari sana. Keluarga mertua saya sangat baik terhadap saya dan anak2.
Saya cuma buntu dan tertekan dengan masalah kebersihan dan perangai buat tak tahu mereka. Apa yang patut saya buat?
– Shima (Bukan nama sebenar)
Antata komen ntizen :
Faten Amir : Pada pendapat sy, untuk menghilangkan rasa stress dan serabut tu, tt kena terima yg ada orang hidup dah biasa mcm tu and dah susah untuk kita ubah. Jadinya kalau tt nak tolong kemas, tolong jelah. Tapi buat setara yg mampu. Jangan stress2 pening hal orang kalau orang tu sendiri taknak ubah.
Untuk hal anak tu, teruskan saja didik anak jadi pembersih. And ajar juga anak, biarlah orang lain nak kotor pun, yg penting kita jaga tempat kita. And kita nasihat mana blh je ok.
Alhamdulillah keluarga mertua tt baik layanan, jadi jgn stress lebih2. Fokus kepada baik mereka drpd kekurangan mereka.
Nurul Izyan : memandangkan tak dok sekali, so takda issue sgt la. susah nak ubah mentaliti pengotor ni, depa dah terbiasa. tiap2 kali balik tu, buat xtau sudah (pejamkan mata & lihat saja semua kekotoron tu). buat b0doh sudah. tak payah nak jadi menantu baik sgt nak tolong cuci & kemas semua tu 🤭😬
asalkan rumah sendiri terjaga sudah. didiklah anak2 utk kemas & pembersih. tu paling penting.
Zulhilmi Joe : Hi confessor. Dulu masa saya kecik, balik kampung mandi sungai kan, sungai tu cetek jer, saya dengan adik buat mcm tembok pasir untuk bagi air sungai bertakung supaya jadi dalam. Tapi bertahan sekejap saja sebab aliran sungai tu akan tetap runtuhkan tembok pasir tu.
Sama juga dengan situasi awak. Awak boleh tolong kemaskan rumah mak mentua, tapi akan tetap bersepah juga kemudian. Sebab apa? Usaha awak kemas ibarat tembok pasir yang di bina, perangai pengotor mereka pula adalah aliran sungai yang runtuh tembok pasir tu.
Jadinya kalau keluarga mentua tak nak ubah diri mereka ke arah lebih baik, suami pula diam seribu batu tak nak nasihat keluarga sendiri, selagi tu mereka akan teruskan buruk mereka, mereka dah selesa jadi pengotor agaknya. Kita akan jadi stress apabila kita tak boleh ubah perkara di luar kawalan kita.
Jadi, my advice to you, kalau awak stress sangat cakap dgn suami supaya nasihatkan lah keluarga, jika tak jalan juga, awak kurangkan balik ke rumah mentua, mungkin sebulan 2 kali instead of seminggu sekali. Ini untuk kurangkan stress awak, takdalah hadap benda yang stress kan awak setiap minggu. Mungkin suami adalah terdetik “kesian bini aku stress setiap minggu, takpelah aku nasihatkan keluarga aku, takpelah aku tolong kemaskan rumah mak ni Sementara aku dah balik ni, takpelah kurangkan balik pun okay agaknya, musim covid19 pun tak reda, 2025 baru reda kutttt, risiko kena pikir jugak ni”. Haha. Terpulang ya confessor, moga dipermudahkan.
Sumber : iiumc