Terdetik nk buka email lama suami, trkjut aku baca, terus minta dia nikah lg satu. Tak sngka suami dlu mcm tu.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum wbt. Namaku Aina, aku adalah isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan.

Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan amat menitik beratkan hal agama. Aku cukup bertuah kerana mempunyai ibu ayah yang cukup menjaga maruah diriku sehingga keluar ke kedai pun aku diwajibkan ada teman.

Hanya berkerja sahaja aku dibolehkan untuk memandu seorang. Tapi itupun ayah akan menelefonku dan memastikan lokasi aku berada.

Aku tidak rasa itu satu sekatan dalam hidupku. Kerana didikan ibu ayahlah aku terhindar dari gejala sosial yang tidak baik dan aku hanya dikelilingi sahabat yang setia dan baik budi pekerti.

Tapi, manusia mana akan terhindar dari dugaan hidup? Allah sayangkan kita, sebab itulah kita diduga.

3 tahun lepas ada seorang pemuda yang ingin menyunting diriku. Ayah meminta tempoh seminggu untuk berfikir dan beristikarah. Ayah juga menyiasat latar belakang pemuda tersebut.

Aku juga beristikarah, tetapi tidak menemui jawapan. Dan aku hanya berserah kepada keluargaku untuk membuat keputusan. Cinta lepas kahwin adalah keputusan yang terbaik demi mengelak dosa maksiat dan zina hati.

Akhirnya kami diijabkabulkan dalam suasana sederhana tapi meriah. saat itulah aku bertemu wajah dengannya dan aku menerima dia seadanya.

Aku rasa bersyukur kerana sepanjang perkahwinan kami, dia menjagaku dengan sebaiknya. Sehinggalah lahirnya anak pertama kami, kami dikurniakan rezeki yang tidak terhingga.

Sampai saat pkp, kami berdua bekerja dirumah. Dia bekerja sebagai designer. Dan aku pula sebagai pensyarah. Saat inilah baru kami duduk 24jam 7 hari dirumah sebenar benarnya.

Bila aku ada kuliah online, suamiku akan menjaga anak. Dia cukup baik dan kami jarang bergaduh.

Sehinggalah Nov tahun lepas, aku terbaca email lamanya. Sungguh ku terkejut dan tidak menduga yang suamiku pernah ada kekasih sebelum berkahwin denganku.

Tapi aku cuba untuk positive sebabnya masa silamnya tiada kena mengena denganku. Sehinggalah aku terbaca email pergaduhan mereka.

Rupanya suamiku meninggalkan gadis tersebut selepas upacara merisikku dahulu. Cara ayat gadis itu aku tahu bertapa hancur hatinya.

Yang tidak boleh aku terima, rupanya mereka pernah “bersama” sepanjang hubungan mereka.

Gadis itu menyelar suamiku dan mengatakan dia seperti dir0gol, dan mempecayai kata suamiku yang akan mengambilnya sebagai isteri.

Gadis itu begitu kecewa sehingga dibehentikan kerja dan depresi.

Bahkan ayat terakhir gadis itu mendoakan satu hari nanti anak suamiku akan merasai perkara yang sama. Itu lah email terakhir darinya dan selepas itu kuduga suamiku memblocknya.

Allahuakbar.. sesungguhnya aku diuji bukan sekadar penipuan, tetapi aku melahirkan anak dari benih pengzlna. Dan anak kami itulah disumpah oleh gadis berkenaan.

Berjurai airmataku ketika itu. Aku cuba untuk positif dan pujuk diri sendiri supaya menerima suami.

Ya, aku boleh menerima dosa silamnya. Kerana setiap manusia ada dosa. Dan aku merasai suamiku sudah insaf kerana setiap kali selepas solat, dia akan buat solat taubat 2 rakaat.

Baru kutahu mengapa dia begitu takut dan setiap kali memohon maaf kepadaku sebelum tidur dan pergi kerja.

Yang menghantui diriku sekarang bukan kerana suamiku. Tetapi aku rasa cukup bersalah dengan gadis itu. Dari nama penuhnya, aku dapat mengetahui fbnya.

Aku melihat photo dan keluarganya. Allahu, jika ayahku mengetahui aku pernah berzlna dan ditinggalkan, pasti luruh hatinya. Aku pasti gadis itu mempunyai perasaan yang sama..

Aku melihat gadis itu agak naif, mempunyai ramai kawan menyayanginya. Aku kerap mimpikan gadis itu dan ingin sekali memohon maaf dengan apa yang suamiku telah lakukan.

Aku juga pernah ingin menyusulkan suamiku berkahwin dengannya. Tetapi apa kata keluarga kami? Dan aku sendiri tidak mampu berkongsi kasih. Adakah perceraian boleh menenangkan jiwaku?

Bulan lepas aku memberitahu suamiku segalanya. Suami menangis dan sujud kepadaku dan dia sudah bertaubat dan hanya ingin setia bersamaku. Tapi wajah gadis itu masih menghantui hidupku sepanjang hari.

Bila aku memandang wajah anakku, pasti aku akan menangis.

Ya Allah janganlah Kau pulangkan dosa suamiku kepada anak gadis kami. Setiap hari aku sujud kepadaNya supaya anak gadis kami teperlihara dari segala dosa.

Pembaca sekalian, dosa zina ini memang kita boleh memohon ampun padaNya. Tetapi dosa kepada manusia cukup susah untuk kita diampun.

Aku berdoa semoga gadis itu akan bahagia satu hari nanti. Jika Allah berikan ku peluang untuk bertemu dengannya, pasti aku akan sujud dikakinya dan memohon ampun.

Sehingga hari ini hidupku tidak tenang kerana dosa silam suamiku..

KISAH 2 :

Hati aku tergerak untuk share sedikit kisah family aku selepas membaca kisah Puan Aina didalam confessionnya, “Dosa Silam Pasangan Menghantui Diriku.“

Para pembaca sekalian, betul apa yang Puan Aina risaukan. Dosa sesama manusia bukan perkara remeh yang perlu kita memandang rendah. Apatahlagi melibatkan maruah manusia yang lain.

Kerana tiada mengenali aku disini, biarlah aku buka sedikit pekung didada mengenai kisah keluarga aku.

4rwah Ayah aku seorang Engineer. Selalu follow group tabligh dan seorang ayah yang cukup sempurna dimata kami.

Sedikit pun ayah tidak pernah naik tangan. Dia menjaga ibu dengan sebaiknya sehinggalah ke akhir hayatnya.

Malang tidak berbau, ayah ditimpa rumah roboh sewaktu bekerja. Ayah koma selama dua minggu. Tetapi yang peliknya, doktor mengatakan ayah narzak, tetapi bila semua preparation dah dibuat, oksigennya kembali normal.

Esok jadi benda yang sama, berulang2 selama dua minggu. Ia seperti ny4wanya susah nk keluar dari jasad. Seperti dalam keadaan terseksa.

Wajah ayah yang dahulunya putih, menjadi agak gelap.

Ramai ustaz datang untuk membaca doa supaya dipermudahkan urusan ayah. Malangnya keadaannya masih sama.

Kami semua memohon maaf kepada orang sekeliling sekiranya ayah pernah berdosa, atau hutang. Tetapi ayah tidak pernah berhutang dengan orang lain. Dia yang selalu dihutang orang.

Sampailah seorang rakan baiknya di universiti datang melawat, kami menceritakan keadaan ayah dan dia terus berwajah sugul.

Pakcik Ahmad iaitu kawan ayah hanya berdiam diri buat seketika, dan sepertinya dia menelefon seseorang.

Keesokkan harinya, seorang wanita separuh umur datang melawat ayah. Kami semua tidak mengenali dia.

Dia datang menghampiri ayah, dan mengucapkan perkataan “saya maafkan segala dosa awk kepada saya”.

Kami sekeluarga terkejut dan menjadi tanda tanya apakah dosa ayah kepadanya. Nasib baik waktu itu ibu tiada kerana menguruskan hal lain.

Aku menghampirinya dan mulalah bersoal jawab. Apakah dosa ayah sehingga terseksa begini?

Rupanya wanita itu adalah bekas tunang ayah. Wanita itulah yang menyara ayah di universiti dulu. Sehinggalah ayah berjaya, ayah meninggalkan dia dengan sekelip mata.

Mereka tidaklah sampai berzlna, tetapi ayah berjanji kepadanya untuk nikahi dia selepas berjaya. Hutang janji ayah itulah menjadi asbab ayah sengsara sewaktu menghadapi sakaratttulm4ut.

Selepas satu jam kejadian itu, ayah pergi meninggalkan kami dengan tenang.

Ini bukan kisah dongeng untuk semua pembaca. Ataupun majalah mastika. Ini adalah cerita benar yang terjadi didalam keluarga aku.

Sampai hari ini ibu tidak mengetahui kisah ini kerana demi maruah ayah dan kesedihan ibu, kami adik beradik berpakat untuk rahsiakan segalanya.

Aku sempat minum dengan wanita terbabit sebelum dia pergi meninggalkan kami.

Wanita itu mengatakan, dia tidak mudah memaafkan ayah kerana dia begitu setia dengan ayah disaat susah dan senang. Wanita itu jugak menolak pinangan orang lain kerana janji setia ayah kepadanya.

Dia berhempas pulas menyara ayah sehingga dia tidak ke menara gading kerana sibuk bekerja. Baginya cukuplah ayah capai cita2 dan berkahwin dengannya. Perasaan sengsara itu dirasai hinggalah kehari ini.

Sebenarnya dia telah melupakan ayah, cuma dia lupa untuk memaafkan kekhilafan ayah kepadanya.

Aku menyusul kepada wanita terbabit untuk membayar segala kos pengajian ayah supaya tiada hutang diantara kami. Tapi dia menolak dan beralasan rezekinya makin bertambah selepas ayah menganiaya dirinya.

Al-fatihah untuk ayah.. kami tiada dendam kepada ayah, cuma yang aku ingin sampaikan kepada sahabat semua, jangan memandang ringan dengan dosa dan janji sesama manusia.

Seperti kisah Puan Aina, beliau berhak untul risau dan trauma kerana dia tahu tentang perkara ini.

Buat Puan Aina, aku mendoakan semoga wanita terbabit memaafkan suami Puan. Keadaanya lebih keruh kerana hilang kehormatan dan dicurangi dengan begitu kejam.

Buat semua sahabat, jauhilah zina dan peganglah pada janji yang dibuat.

Sekiranya tidak mampu untuk melunaskannya, mohon lah maaf kepada manusia terbabit dan selalulah berdoa agar hatinya dilembutkan oleh Allah swt.

Akhir kalam, semoga kalian semua dilindungi Allah swt

Al-fatihah kepada ayahku..

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.