Terkrjut adik ipar maki mak dlm whatsapp, terus aku tegur adik aku, tiba2 mak pula back up adik ipar. Ada yg xkena aku rasa.

*gambar sekadar hiasan

Aku tak tahu nak luah pada siapa, mungkin dekat sini dapat membantu aku sedut sedikit semangat.

Aku anak ketiga dalam empat beradik. Kami dilahirkan sepasang- sepasang. Maksudnya, kakak dan abang aku jarak jauh 10 tahun dari aku dan adik lelaki aku.

Aku membesar dengan kebanyakan hari istimewa aku tak ada orang tersayang. Aku masuk asrama tingkatan empat, hanya dihantar oleh ayah sampai anak tangga asrama. Mak aku? Tak ada.

Adik aku dapat keputusan PMR cermerlang, ditawarkan masuk MRSM. Dari baju, seluar, beg semua mak aku siapkan. Hari dia masuk asrama, mak aku ada.

Tapi.. Aku pun anak juga kan?

Habis SPM, aku fly pergi Sabah sebab dapat masuk PLKN. Mak aku hantar aku dengan muka kelat. Aku pun tak tau apa salah aku kena fly pi Sabah. Yang menangis mak mengasuh aku. Eh terbalik pulak.

Aku naik kapal terbang menangis sendiri. Macam biasa, baju seluar beg semua aku siapkan sendiri. Mak tak ada masuk bilik tanya aku perlukan apa-apa.

Tahun berikutnya adik aku pulak dapat PLKN. Pun kena fly pergi Sabah. Dari awal semua mak aku pack kan. Aku tengok saja dari balik pintu.

Tapi.. Aku pun anak juga kan?

Oh lupa nak story. Masa aku balik dari Sabah, tak ada orang dekat rumah. Mak ayah adik aku semua fly holiday dekat Indonesia. Aku tak tau apa-apa pun. Abang aku ambil aku dekat Stadium Bukit Jalil.

Waktu tu dah gelap malam. Aku diam dalam kereta. Aku minta hantar aku sampai rumah. Malam tu aku tidur sendiri. Hari esok, waktu ambil result SPM, aku jalan kaki ke sekolah. Tiada siapa yang menemani.

Tak sama macam adik aku, mak ayah drive jauh nun ke utara negara. Seronok nak ambil result sebab yelah.. Adik aku kan MRSM.. Sekolah aku jarak tak jauh pun dari rumah. Jalan kaki 10 minit pun dah sampai.

Tapi.. Aku pun anak juga kan?

Hari Konvo aku paling sedih kot. Mak naik umrah. Tak apalah.. Aku pun dapat tau tarikh konvo lambat. Aku naik tempat belajar dengan drive sendiri. Aku maklumkan pada keluarga dalam group wasap.

Kakak aku awal-awal cakap tak nak datang sebab malas ambil cuti. Abang aku diam saja. Adik aku masih belajar. Tinggal lah ayah seorang.

Aku teruja pegang tiket tempat masuk untuk bagi pada ayah. Aku dah bersiap dari awal pagi. Aku wasap tanya dekat mana, ayah aku kata baru gerak. Beberapa jam lepas tu, dah tiba masa aku pula naik pentas untuk ambil segulung diploma.

Aku text ayah tapi ayah cakap dia berhenti rehat dekat R&R. Tau lah aku.. Aku naik pentas tanpa sesiapa menyaksikan kejayaan aku..

Aku tengok lepas habis istiadat, kawan-kawan keluar dewan disambut dengan senyuman dari keluarga. Aku pulak terkuat-kulat tak tau nak buat apa. Nak senyum dan nak nangis.

Adik aku tak. Diploma ke ijazah ke, mak ayah aku ada. Aku siap drive bawak anak kecik (masa tu dah ada anak satu) ke sana. Siap ambil gambar sama-sama. Ramai-ramai.

Tapi.. Aku pun anak juga kan?

Ni masing-masing dah kahwin.

Bulan puasa lepas aku dapat jemputan jadi penulis dibawah penaung bekas menteri. Hari aku share gambar selfie dengan bekas menteri tu, anak adik aku masuk jatuh masuk ICU.

Aku faham baby masuk ICU, aku pun sedih. Siapa tak sedih tengok baby kan. Semua orang dah sampai hospital tengok baby tapi untuk part aku, tak ada satu pun ucapan tahniah dari mak ayah aku.

Sampai ke sudah pun tak ada…

Tapi… Aku pun anak juga kan?

Ada satu hari ni aku balik rumah mak. Sambil lepak-lepak dekat ruang tamu, aku swipe telefon mak, buka wasap. Tu perangai aku sejak sekolah lagi. Tapi hari tu aku terkejut bila baca mesej adik ipar aku sound mak aku.

Aku sebagai seorang anak pun tak berani buat gitu dan aku rasa agak tak baik sound mak aku macam tu.

Aku wasap adik aku, bagitau apa aku nampak. Aku tulis ayat baik-baik, minta adik aku tegur isteri dia. Aku ada rasa juga aku macam kakak ipar penyibuk tapi kalau aku diamkan, aku sedih mak aku kena macam tu. Baik buruk mak, tetap orang tua kita.

Seminggu dua kemudian, aku datang lagi rumah mak. Macam biasa, aku suka main henpon mak tapi terkejut aku, sebab dah ada password.

Selama 30 tahun aku hidup, tak pernah ada password dekat henpon mak. Ni tiba-tiba ada. Entahlah.. Mungkin sebab aku kot..

Baru-baru ni kami pindah rumah. Sebelum tu, adik aku pun pindah. Mak ayah aku siap bermalam tolong pek kan barang. Katanya sebab adik aku laki bini tak pandai mengemas.

Waktu kami mengemas, tak ada orang datang tolong. Tak apalah, aku pun dah biasa. Penat sikit sebab ada anak-anak nak kena urus. Semua kecik-kecik lagi.

Tapi… Aku pun anak juga kan?

Ni aku baru keluar hospital. Kebetulan adik ipar aku pun masuk hospital hari yang sama aku warded. Mak aku tepon tapi dia cuma cakap perihal keluarga adik aku saja. Katanya risau anak dia minum susu lagi, macam mana nak bantu, apa nak buat.

Sakit aku, aku simpan sendiri pun tak apa kot.

Tapi… Aku pun anak juga kan?

Aku dah besar dan dewasa. Aku boleh hadam dan faham sepatutnya.

Tapi aku sedar aku macam anak kecil yang inginkan perhatian dan pujian.

Benda yang patut aku let go tapi cuma mereka yang semacam aku akan faham kenapa aku menulis sebab… Aku pun anak juga kan?

Aku sunyi, gais.. Aku sunyi…

– Anak yang lain (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Rizal Razuan : Mungkin ada org cakap, alah ko dah besar ada keluarga sendiri, oh yg penting parent ko dah jalankan tanggungjawab mereka, atau yg mcm tu punya komen. Aku just nak cakap, aku faham apa ko nak sampaikan.

Cuma ko sekarang semua simpan sendiri tak perlu terhegeh2 kat parent n adik beradik ko, sebaliknya ko curah semua kasih sayang kat suami dan anak2 ko dahla, dan jgn sesekali ko ulang perbuatan parent ko kat anak2 ko ya wpun kadang2 kita ada anak yg kita sayang lebih skit dari anak lain, tanpa kita sedari.

Liana Khir : haha kalau sy mmg walk away je… budaya bezakan anak ni mmg tk patut. mmg ada parent yg membezakan ni atas certain factors which bukan slh anak tu pon .. tapi takleh nk kata ibu bapa confessor ni buat cmtu sbb taktau cerita penuh. tengok gaya mcm rapat jgk sbulan skali blik rumah mak tu…

pape pun kalau sy mmg walk away jek malas nk sedih2. find ur own happiness. kdg2 parent kita mmg ada kekurangan but in the end sapa tak sayang kan anak kan… takpayh layan sgt perasaan. bahagiakan diri sendiri. good luck ya

Hafizah Hana : puan sy faham
keadaan puan… sudah sampi masanya untuk puan move on..jangan meminta lagi kasih syg pada yang x sudi… ramai yg melaluinya dan memahaminya..kadang ini ujian Allah pada kita.. ada yg di uji dibeza2xkan kasih syg oleh family kandung tp direzekikan family mertua yg baik…

ada yg di uji kedua2x belah family macam tu tp direzekikan berjumpa mak ayah angkat dan org sekeliling yg sudi memberi kasih syg itu..

ada yg direzekikan semua di atas tak dapat tp direzekikan suami yg penyayang keluarga kecil sndiri bahagia.

carilah kebahagian sendiri, yg penting kita sudah berusaha dan lakukan tanggungjawab kita seperti yg diamanakan Allah..

utk elakkan hati disakiti menjauhlah buat seketika, fokuslah pada keluarga kecil puan sendiri..cuba bahagiakan keluarga kecil puan dan sentiasa ingatkan diri utk elakkan membeza2xkan agar anak2x kita tak melalui apa yg kita lalui…

saya doakan puan terus kuat. cari kebahagian sendiri.

kekadang menjauh utk mengelakkan peselisihan faham dan sakit hati itu perlu… stop ambil tahu or “menyibuk”perihal diaorg… bulatkan hati tekadkan hati stop meminta pada yg x sudi.

kdg2x dunia hari ini bila kita terlalu senang memberi kita akn kurang dihargai mereka akan mengejar juga pda yg susah tu juga…

biarkan mereka dalam dunia mereka.. binalah dunia kebahagian sendiri…

stop mencari jawapn persoalan2x kita pada mereka…kelak menyakitkan hati…

sibukkanlah diri pada yg lebih menghargai kita….

Jangan lupa utk berdoa kerana hati manusia berbolak balik…

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *