**gambar sekadar hiasan
Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalamualaikum admin. Saya berumur 40 an. Tak tau nak mula cerita kat mana. Setahun lalu saya dapati suami curangg dengan janda anak 2. Umur lebih kurang saya. Kenal dua bulan dalam FB. Kenal bulan puasa. Lepas raya mereka jumpa dan berziina. Mereka mengaku. Saya dah sembang dengan keduanya.
Memang blur nak terima. Panik, Tak sangka. Suami title haji tapi buat perangai macam tu lagi. Saya seorang guru. Suami tak kerja tetap. Dia tak suka keje makan gaji. Tak suka terikat. Dia suka duk rumah dan buat keje ikut masa dia suka. Time saya pergi keje.
Dia duduk berfb di rumah rupanya melayan janda miang dalam FB..Saya sibuk keje siang malam. Tak sempat nak chek tepon dia. Anak lelaki saya yang bongkar perkara ni. Tu pun bila dia bergduh dengan ayah. Dia paksa ayah dia suruh dia solat. Suami saya panas baran. Sama macam anak lelaki saya ni panas baran jugak.
Anak lelaki saya tingkatan 4. Suatu hari mereka bergaduh. Abah dia tak dapat kawal perasaan marah bertumbok dengan anak lelaki dia. Saya tak ade, sebab keluar dengan anak bongsu cari barang keperluan sekolah. Anak perempuan saya yang sulung tolong leraikan.
Tu pun menggigil ketakutan tengok drama pergduhan mereka. Last last tak tau macam mana terjadi, suami saya terkeluar perkataan.
“Baik aku bnuh je kau dari dulu”. Anak lelaki saya stop bergaduh. Sebab terkejut. Dia tergaman. Bila saya sampai rumah.
Anak lelaki saya sedang menangis teresak esak. Suara dia sebak sangat. Dia mengadu terlalu kecik hati dengan kata kata abah nya. Saya pun terkejut. Saya pujuk dia,
“Abah tak bermaksud begitu.. Tu sebab dia dalam keadaan marah.” Saya jugak salahkan dia. Sebab melawan abah, kalau tak abah tak kan meng4mukk.
Tapi dia tetap berkeras dengan mengatakan, “Kenapa abah kata abang anak yang jhat, dia ingat dia tu baik sangat ke.
Abang tau dia lagi teruk pada abang, abang pernah jumpa sesuatu dalam FB dia. Tapi umi tolong jangan tanya, cukup abang sorang je tau.” Dia bahasakan diri dia abang. Anak lelaki tunggal. Terkejut saya dan anak sulung saya. Saya tak nak percaya, saya cakap tak baik tuduh orang tanpa bukti.
Lepas dua hari kemudian Allah tunjukkan kepada saya tentang perkara yang anak lelaki saya kata kan itu adalah benar. Hancur hati. Gelap masa depan. Bila saya tanya dengan elok elok. Suami mengaku. Ya allah tuhan yang tahu perasaan. Tapi saya tak meng4muk. Saya cakap elok elok.
Suami saya ni kalau terkantoi dan kalau saya cakap elok elok, dia akan bukak abis rahsia. So saya pun cakap macam kawan, bertanya. Bila kenal. Dari mana. Umur brapa. Sejauh mana hubungan. Serius ke tidak. Last last dia mengaku nak kawin. Sebab perempuan tu dah mengadung.
Bagai batu besar hempap kepala saya.. Tapi saya dapat kawal diri. Saya mintak dia bertaubat. Nak nangis, tak ade keluar air mata. Nak marah. Tak de rasa apa apa masa tu. So saya buat tak tahu jer lah.. Esok saya kena mengajar kat sekolah. Saya kena kawal perasaan.
Saya kena berlakon agar saya dapat keje dengan baik esok. Saya keje macam biasa. Janda tu nak jumpa saya. Dia kata konon nak serahkan balik suami kepada saya. Dia kata dia chek dalam FB suami, tak de kekurangan saya dan suami. Sy guru berkerjaya. Cantik. Baik budi bahasa.
Dia pelik kenapa suami saya masih cari orang lain. Dia rasa bersalah. So dia nak kembali kan. Saya pulak. Bagi kata Dua. Nak saya atau janda tu. Suami saya kata nak dua dua. Saya kata kalau macam tu. Lepaskan saya. Tapi saya mintak undur diri. Saya tau saya dah tak boleh terima dia lagi.
Tapi janda tu berkeras dia akan undur diri. Bagi saya, orang layan baik saya akan layan baik. Kami jumpa bincang elok elok. Dia muntah dah sebab mengadung. Kami sembang elok elok. Saya susun kata kata dengan baik dan penuh padat serta sentap tapi dalam ayat lembut. Dia menangis.
Suami saya menangis bila saya bukak cerita pengorbanan saya selama ini. Saya ada gambar sksi yang dia hantar pada suami. Chat chat lvcah dia semua sy ambik screen sh0t, simpan. Mulanya saya ugut nak sebarkan. Tapi, bila fikir fikir balik. Tak pe lah. Saya abaikan, saya delete.
Saya bagi tahu jangan risau saya tak aibkan dia. Dia ada bisnes.. Dia takut sangst bisnes dia hancur kalau saya sebar pic tak senonoh dia. TAK pe lah. Saya mengalah. Dia janji tak kan ganggu dan call chat suami lagi lepas ni.
Kami baik baik jer. Dia siap cakap nak makan nasi kerabu konon mengidam. Saya tak kisah. Saya bawak dia makan. Sembang macam adik beradik. Bagi saya, saya terima dan maafkan kalau dia niat baik. Saya letak kan suami saya di tempat saya.
Tentu dia mengharapkan kemaafan.. So saya maaf bersyarat. Mereka putus. Tapi kesokan hari saya dapat tau mereka chat lagi. Ya penipuan Bermula. Saya tau. Saya h4cked wasap dia. Hancur hati. Tapi saya diam. Suami saya tak de keje tetap. Gaji tak seberapa.
Sepanjang 20 tahun kawin, dia tak pernah beli sepasang pun baju kepada saya kecuali jubah masa balik dari Mekah. Tu pun saya kirim. Duit belanja pun tak prnah bagi. Tapi kalau saya suruh dia beli beras, kadang kadang dia beli. Kadang dia mintak duit saya nak beli beras. Saya suruh beli lauk nasi pun dia mintak duit.
Macam suruh orang asing belikan barang. Itu lah suami saya. Dari dulu macam tu. Dia suka ambik kesempatan. Banyak dia buat. Hutang sana sini. Dan orang cari saya mintak bayar hutang. Saya mang4muk. Tapi Last last bayar juga. Sbab mereka duduk cari sy kat sekolah. Ya allah sabar lagi.. Duit nafkah anak anak tak bagi.
Saya keluarkan belanja semua. Dia hutang kereta tak mampu bayar sebab dia berhenti kerja sebelum habis bayar kereta yang syarikat belikan untuk dia. Last syarikat dia saman suami sebab berhenti kerja sedangkan duit bulanan kereta belum habis bayar.
Last last sampai jual rumah saya yang saya buat sewa nak settle hutang tu.Saya terpaksa settle sebab saya jadi penjamin. Ya Allah malu bila pihak bank telepon ke pengetua saya bagitahu masalah hutang suami. Pengetua panggil saya.. Cakap personal mintak settle sebelum tindakan tatertib diambil. YaAIIah.. Dengan berat hati jual rumah.
Allah tolong saya. Mudah jer orang beli rumah tu. Tak de duit lebihan yang dapat. Sebab orang tu beli rumah murah. Hutang saya banyak lagi baki dekat bank. Dugaan. Dah setahun. Saya masih tak dapat lupa apa yang dia buat. Walaupun saya terpaksa terima dia.
Sebab dia berkeras tak nak cerrai kan saya. Dari dulu dia selalu hubungi perempuan tu. Sampai janda tu kawin pun dia masih coktek.. Walapun tak selalu. Dia selalu call janda tu bila gduh dengan saya. Saya selalu gduh sebab dia tak berubah.
Tiba tiba dia jadi cemburu buta. Semua rakan FB saya yang like pic saya, dia PM.. Dia warning. saya sebab orang tu tak salah apa pun. Memang malu sangat. Sekarang baru saya sedar saya tak boleh lupa apa dia buat kat saya. Dah lah saya sorang keje siang malam bayar yuran anak sekolah.
Beli semua keperluan rumah.. Dia bayar rumah dan kereta saya. Tu pun tunggakan sokmo.. Last saya jugak yang bayarkan. Masalah saya sekarang. Saya dah tawar hati dekat dia. Saya jadi pendendam. Saya tak banyak cakap dengan dia. Saya selalu gduh. Saya tak boleh hormat dia.
Anak anak pun bennci dari dulu dengan perangai dia yang malas keje dan suka Ambil kesempatan atas saya. Bila jadi kes macam ni. Mereka paksa saya cerrai. Memang nak.. Tapi dia tak nak cerrai. Saya malu nak ke mhkamah. Tapi sekarang saya betul betul dah tak sanggup.
Walaupun pun dia sayang giila dekat saya. Tapi saya dah tak de hati kat dia. Last sekali dia buat hal. Bila suami janda tu PM saya ikut FB. W4rning ke saya agar pesan pada suami saya jangan ganggu isteri dia lagi. Remuk redan perasaan yang dah Remuk luka p4rah.
Sakit hati bila kita tanya dia bagi alasan bdoh. Ekoran dari itu.. Saya betul betul dah rasa malas nak bagi peluang lagi. Saya nekad akan ke mahkamah. Dan bersedia utk bercerrai cara paksa. Dia tak berubah. Macam macam dia buat dekat saya. Semua anak anak tak hormat dia lagi.
Saya pun selalu tak hormat dia. Saya diam.. TAK banyak cakap. Kalau dia tanya, kadang saya buat tak tau jer. Dah tak de rasa…Banyak lagi benda yang dia buat. Kalau saya citer semua.. Tentu korang datang sini lanyak suami sampai hancur. Dia psyc0 saya cara mental dan fizikal.
Dia buat saya sakit hati dengan cara yang z4lim dan sadis. Tapi tak kesihatan dia sadis.. Pandai dia. Dia tak boleh bawak bincang. Jenis nak orang dengar cakap dia jer.. Time kita nak bersuara.. Dia suruh diam.. Tak payah cakap.. Diam.. Diam diam.. Tak payah cakap.. Terus lari dari rumah.
Antara Reaksi Reaksi warganet.
Rizal Rodzuan – Takpelah kak sabar je OK bertahan dengan suami pakej neraka ni. Dgn pau ko cukup cukup, baran, curanng sampai bunting kan janda lain.Kalau nak cakap setia demi anak, anak anak pun tak suka ayah dia siap baran ikut perangai ayah dia. Apa lagi alasan ko nak setia.
Pelik aku wanita kerjaya bagus masih mcamni. Di mana ramai pasangan lain cerrai atas sebab yang boleh dimaafkan lagi pada pendapat ku.
Zanariah Zana – Kenapa terus nak nenyeksa hidup sendiri dan anak dengan orang macam ni. Dia tak nak lepas kan awak sebab awak tempat dia bergantung hidup. Awak kan cikgu takkan benda macam ni pun tak boleh fikir.
Takkan awak nak biarkan hidup awak dengan anak terus hancur. Sayangilah diri sendiri dan masa dpan anak anak. Keputusan di tangan awak fikir fikirkan lah.
Kalissya Batrisya – Sis… Sebenar benarnya dia sayangkn sis cuma taknak hilang tempat bergantung untuk meneruskan tujuan dia hidup di muka bumi ini sebagai biawak hidup, buaya darat. Sedarlah wahai sis. Anak anak dah minta sis berpisah. Buat kerana anak anak boleh?
In shaa Allah, anak anak akan jadi kekuatan untuk sis meneruskan kehidupan sis. Semua harta sis pergi la buat hibah ke atas nama anak anak sis sahaja. Dia dah terlalu banyak menzalimi sis. Memang kesabaran itu milik sis. Tapi tetapkan batas tu. Bagi saya ni bukan kesabaran tapi kebdohan. Maaf ya.
Lela Sari – Lebih baik hidup sendiri bersama anak anak puan. Dari ada suami tapi macam menanggung biawak hidup! Sepatutnya dia yang wajib tanggung isteri dan anak anak. Ini terbalik. Lagi tunjuk perangai tak elok pada anak anak. Jangan malu turun naik mahkamah. Bukan puan seorang kes mcamni.
Ramai lagi yang senasib dengan puan. Puan kena kuat demi kebahagian puan dan anak anak.
Tazul Adi Amin – Hadoi, susah jugak dapat suami yg BUKAN DARI JENIS BERIMAN, BERTAKWA, BERAMAL SOLEH ni. Apa apa hal pun suami awak dah berhutang nafkah dengan awak (boleh tuntut di Padang Mashyar nanti).
Kepada adik adik perempuan yang belum kahwin tu, berhati hati pilih pasangan. Jangan Cari yang hensem je (takut merana di kemudian hari).Ingat ye , TAK HENSEM TAK PE, JANJI BERIMAN, BERTAKWA DAN BERAMAL SOLEH.
Untuk adik adik yang lelaki pulak Prkahwinan ni pakej tau (SEDAP/SERONOK +TANGGUNGJAWAB). Jangan fikir nak sedap je tapi tanggungjawab takda. Cuba bayangkan, kat Padang Mashyar nanti isteri dan anak anak akan tuntut semua tanggungjawab yg kita sebagai suami abaikan.
Takut habis semua pahala kena beri dekat anak isteri, lepas tu kita jadi golongan B4NGKRAP di AKHIRAT. Sila buat homework sebelum kahwin nanti. Peace , no w4r.
Sumber KRT.