Tgh2 mlm trdgr lantai ditepuk tap tap. Trkjut aku, cpt2 bangun pergi dkt mak. Rupanya mak hypo mcm xsedar.

Foto sekadar hiasan : Seorang rakan chat wanita mengadu dan meminta nasihat bagaimana nak sabar dengan ibunya. Kadang2 wujud konflik hubungan di antara ibu dan anak. Terasa hati, marah, hilang sabar dan sebagainya.

Saya bukanlah baik dan anak solehah sepanjang masa. Pernah berdosa dengan mak. Pernah melukakan hati mak juga. Mak saya tak penah buat salah, hanya saya sahaja yang tidak memahami emak.

Dalam Islam, membuka aib sendiri sangat dilarang keras. Hanya Allah saje yang tahu keburukan saya. Cuma ada beberapa kesalahan yang saya rasa boleh kongsi sebagai iktibar bersama.

Di akhir2 hayat mak, Allah macam buka pintu hati saya agar tak jadi anak derhaka. Tak buat benda yang akan saya kesal seumur hidup. Setahun dua sebelum mak meningggal, saya perasan perubahan dia dan berazam menjadi anak yang baik.

Masa sekolah mak pernah terasa dengan saya. Saya lupa faktor apa. Kami tak bercakap dan saya lari ke perpustakaan memujuk diri. Masa nak balik, cuaca tiba2 hujan dengan guruh berdentum.

Saya ketakutan teringat kisah anak derhaka . Bimbang dipanah petir. Saya berdoa bagi saya peluang untuk tebus dosa dan akan jaga mak bila dia tua nanti.

Penah juga saya mengemas bilik mak dan buang barang tak guna yang berhabuk. Mak punya marah sampai tak nak bercakap. Saya taubat tak mahu usik ape2 lagi bimbang jatuh derhaka.

Saya bekerja di negeri lain, tiap kali balik kampung, saya akan balas dendam dengan tido lepas Subuh sebab saya terlalu penat bekerja dan kurang tidur di perantauan. Katil rumah sendiri je saya nyenyak tido.

Satu hari lepas subuh, saya dengar panggilan mak sayup2, saya buat bodoh je. Nak tido sebab letih sangat dengan memandu long distance.

Tapi suara dia tak berhenti panggil. Rasa tak sedap hati, saya buka pintu bilik, suara mak dari bilik dia.

Terkejut tengok mak sedang menangis, duduk atas lantai. Mak cakap dia tiba2 hilang keseimbangan dan pandangan berpinar2, tak boleh bangun nak ke tandas.

Sejak ari tu juga saya suruh mak tido kat ruang tamu supaya senang dia nak bergerak dan panggil saya. Saya tido dengan pintu bilik terbuka supaya boleh dengar dengan jelas jika mak panggil.

Saya takut sangat jika mak meningggal dalam keadaan tak redha pada saya. Saya tak mahu dicampak dalam neraka.

Penah satu malam ni, tengah2 malam, saya dah tido, terdengar bunyi macam lantai ditepuk tap tap. Saya jenis mudah terjaga walaupun tengah tido. Cepat2 bangun tengok keadaan mak.

Rupanya kena hypo (kurang gula) tengah malam. Cepat2 buat air milo bubuh gula dan sua straw ke mulut mak. Mak macam tak sedar tapi dia minum.

Dalam setengah jam baru dia sedar. Dia terpinga2 tengok saya duduk sebelah dia tengah2 malam. Dia langsung tak ingat ape yang berlaku tadi.

Time kena hypo memang dia tak sedar, meracau, mengumam. Penah dia berguling-guling dan terkencing atas lantai. Sebagai anak, basuh saje. Ujian untuk kita sabar.

Kalau baca kisah anak derhaka, saya selalu berdoa semoga Allah pelihara saya. Semoga saya jadi anak yang baik. Semoga saya boleh jaga mak masa sakit dan cuci najisnya.

Allah betul2 makbul. Mungkin nak menguji kata2 saya. Ada sekali time sakit, mak terberak dalam kain. Rasa dekat 10 helai kain terkena najis.

Ikutkan hati, saya ni jenis penggeli dengan najis. Tapi ntah kenapa masa tu saya jadi tak geli. Saya basuh tapi dengan pakai glove. Rasa gembira lulus ujian. Harap2 Allah terima amalan saya.

Mak penah cakap kat saya nape lama tak telefon dia. Saya pelik sebab berbelas kali telefon mak tak angkat. Geram juga nak marah masa tu.

Allah tunjuk kesalahan saya depan mata.

Saya kat dapur tengah masak. Saya panggil mak tapi dia tak dengar walaupun jarak cuma dalam 3 meter. Saya kuatkan suara pun tak dengar.

Saya pegi dekat baru mak saya perasan. Dia cakap tak dengar suara saya. Masa tu saya jadi curious nape dengan mak aku ni? Tak lama kemudian saya dapat jawapan.

Rupanya kesan sampingan pengambilan ubat2an mak ambil menyebabkan deria pendengaran makin lemah. Sedihnya. Rasa berdosa sebab nak marah mak tak angkat telefon berpuluh kali. Rupanya mak sudah semakin uzur.

Di akhir2 hayat dia, setiap petang dia duduk atas sofa, menghadap pintu utama sambil termenung kosong ke arah jalan besar depan rumah kami.

Masa ni saya mula terasa ‘jangan2 umur mak dah tak lama’. Tahun terakhir raya bersama mak, tiba2 saya tenung muka mak kemudian terlintas ‘jangan2 tahun ni raya terakhir dengan mak’.

Rupanya betul apa yang instinct saya rasa. Mujur saya ubah sikap. Bayangkan jika saya buat dia terasa, menyesal seumur hidup sebab tak jaga dia dengan baik.

Sejak beberapa petanda keuzuran dan kesihatan mak merosot, saya jadi alert. Mak panggil, cepat2 menyahut, mak suruh cepat2 buat.

Masakkan menu kegemaran dia.

Jaga nada suara supaya tak kasar. Buat dia happy. Bawa jalan2. Jangan buat dia tersinggung sebab bimbang itulah hari terakhir dia dengan kita.

Emak hanya seorang, tiada galang ganti. Kalau dia boleh bersabar mengandung, melahirkan, menyusu, menjaga dan membesarkan kita.

Sabarlah dengan sedikit permintaan dia. Takut2 kita akan menyesal nanti.

Sudah 5 tahun mak pergi tapi hati masih rindu. Hanya mulut saje tidak bersuara. Hanya sesekali saje buka cerita. Jangan sampai kalian menyesal. Hargai ketika dia masih bersama. Masih ada di depan mata.

– Nuhas (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Saya pun seolah diberi instinct bahawa ayah seperti tak lama lagi, benar benar terjadi. Tapi masih terlalu banyak penyesalan.

Kepada sesiapa yang mempunyai ibu atau bapa dan hubungan mungkin retak atau tak baik, saya doakan dilembutkan hati supaya tidak membuat perkara yg akan disesali andai mereka pergi selamanya

Netizen 2 : Sy dari kecik sampai umur 28 tahun, masih mak yg jaga sakit sy. Waktu berpantang anak pertama, eksiden patah kaki berbulan2 & skrg tengah menanti kelahiran anak ke2, masih jua mak yg jaga makan, pakai, minum & juga ank sulung sy. Semoga Allah S.W.T bg sy peluang utk balas sgala jasa mak sy, kurniakan beliau kesihatan yg berpanjangan, dipanjangkan umur & syurga tertinggi buatNya

Netizen 3 : Thankyou for sharing sis. Buat saya beringat untuk sentiasa sabar. Mungkin sekarang saya tengah diuji dengan kesabaran yang menggunung. Sedang menjaga mama yang kesakitan di hospital hampir sebulan. Boleh dikatakan setiap hari rasa nak marah sebab apa yang dia minta, semua kita tunaikan. Tapi bila kita minta apa yang dia perlu buat (bersenam gerak2 kaki supaya boleh jalan semula, duduk menegak supaya kesan operation kembali melekat), dimarah ditengking dibentak pulak. Allahhhh.. Setiap kali solat setiap kali tu mintak sangat diberikan kesabaran sepenuhnya. Doakan ibu saya kembali sihat boleh bangun dan berjalan semula seperti sedia kala. Thanks

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.