Time kecik, aku selalu lari tgh2 jalan minta kena lnggar kereta. Aku rse mnyesal masih hidup smpai skrng.

*gmbar sekadar hiasan

Kebelakangan ni banyak yang cerita tentang masalah keluarga.. masalah rumahtangga.. Semua masalah berkait dengan dunia.

Mungkin kali ni masalah yang diceritakan agak berlainan sedikit. Masalah yang telah aku pendam sejak kecil lagi.

Kawan2 rapat, saudara2 kebanyakannya selalu memuji yang aku serba mencukupi.. dari segi rupa, pendidikan, latar belakang keluarga semua nya nampak sempurna. Boleh dikatakan aku dulu seorang pelajar cemerlang.

Result sentiasa straight A’s dari zaman sekolah hingga ke Universiti, selalu pegang jawatan tinggi, fast track, lepasan postgrad, kerja stabil,

Dan dalam family pun aku seorang saja yang berkulit cerah dan kurus (ya adik beradik lain semua gemuk hitam). Pendek kata, semuanya sempurna.

Tapi masalah yang aku hadapi dari kecil lagi tak pernah diceritakan sebab tak tahu medium mana yang sesuai untuk diluahkan.

Dari kecil lagi aku dilabelkan sebagai seorang yang sangat pendiam. Ibuku pun selalu cakap ‘taktau hang pandai cakap/ baca umur berapa.. tak bersuara’.

Tapi waktu umur itulah fikiran aku bercelaru sangat sehinggakan aku cuba plot sendiri kematianku.

Ya.. aku pernah cuba bvnuh diri sewaktu sebelum akil baligh lagi. Time tu aku nekad untuk m4ti dengan berlari tengah2 jalan raya.

Memang ekssidden, orang langgar, malangnya masih lagi hidup sampai sekarang. Aku buat macam tu sebab belajar kat sekolah, orang yang belum akilbaligh tidak dihitung dosanya.

Jadi aku fikir umur time tu adalah satu opportunity yang baik untuk m4ti dan masuk syurga.

Aku selalu menunggu bila waktuku akan tiba. Selalu jealous dengan kanak2 yang menlnggal awal.. dengan kanak2 Palestine yang menlnggal muda memperjuangkan agama. Tapi kenapa kanak2 tu bukan aku?

Kebanyakan orang sekelilingku selalu resah/ risau banyak benda @ cita2 yang belum dicapai.

Dan kebanyakan orang seusiaku sudahpun planning nak beli rumah, beli kereta, kena ada insurans, invest, kawin anak dan lain2 tapi kenapa aku tak mampu berfikir atau ada keinginan sedikit pun macam kebanyakan orang lain?

Kadang2 aku fikir adakah aku terlalu negative? Dan disebabkan pemikiranku macam ni.. aku tidak mempunyai sebarang simpanan walaupun gaji agak – ok la.

Sebulan aku akan bagi ibuku seribu lebih.. aku akan bagi duit pada saudara2 ku yang kurang mampu kalau datang ziarah.

Lagi2 yang sudah berumur dan sakit. Dalam 100-200 sekali ziarah. Dan aku selalu habiskan duit dipelbagai platform derma.

Kadang2 beli la juga untuk barang keperluan sendiri. Tapi duit gaji akan habis dalam masa sebulan tu jugak sebelum gaji lain sampai.

Aku fikir better aku habiskan semua duit ibarat aku akan m4ti esok. Point sini i never really think where I’ll be heading next never really care how my future looks like. Maaf ayat melayu tiba2 tak keluar.

Boleh dikatakan hari2 aku fikir soal mati. Ibuku selalu kata ‘hang ni kuat tidur’. Tapi bagi aku, tidur la satu2 nya yang buat aku rasa dekat dengan m4ti. Dan tidur juga buat otak untuk rehat dari overthink.

Pernah tidur lama sangat bila bangun tu menangis dan persoal kenapa masih hidup lagi.

Sebelum ni aku ada mentioned dalam family aku sorang saja yang kurus sebab memang dah tiada nikmat dunia dalam diri.

Tak teringin pun nak rasa makanan mewah2 macam orang lain. Tak teringin pun nak rumah besar kereta mewah travel sana sini. Aku akan makan bila rasa perlu sahaja.

Kadang2 segelas air sehari pun sudah memadai. Ayat ‘kau ni tak lapar ke?’ memang selalu dengar.

Dan disebabkan aku tak jaga pemakanan badan pun tak la sesihat mana. Selalu juga jumpa doktor atas penyakit yang sama.

Hampir tiap hari juga aku akan stare blankly. Memang otak kosong tak fikir apa2. Kadang2 time solat pun aku akan tiba2 shutdown.

Time kerja pun selalu susah nak fokus. Boleh kata makin lama, my own negativity really impact daily life.

Sejujurnya aku rasa pointless.. aku capai benda2 ilmiah/ perkerjaan sebab itu tuntutan agama. Aku dah buat sebaik mungkin untuk satisfy Allah. Tapi aku penat. Umur belum lagi cecah 30s tapi aku tak harap aku hidup lama macam ni.

Kenapa Allah pilih aku hidup didunia sedangkan hari2 aku minta m4ti? Aku takut m4ti macam orang lain. Banyak dosa.. dosa dengan Allah dan dosa sesama manusia.

Dan memang aku mengelak bergaul dengan orang sebab takut buat dosa.

Boleh kata hampir tiap2 hari aku akan menangis sampai satu tahap tu mata rasa pedih sangat, urat mata pun rasa berdenyut lain macam & air mata pun merajuk nak keluar.

Dan sekarang pun aku selalu terfikir tanpa sedar macam mana nak mati. Kadang2 aku akan bayang tali gantung kat leher, rasa macam nak jerut leher sendiri.

Time drive pun tiba2 akan terlintas aku perlu langgar kereta orang/ terjun kat jambatan. Aku takut aku akan terbuat benda ni tanpa sedar. Bukan ke itu pun dikira bunuh diri?

Macam orang lain akan nasihat.. dekatkan diri dengan Allah.. ya aku dah buat macam2. Ibadah wajib tak pernah missed.

Yang sunat pun cuma beberapa tahun lepas aku stop ibadah sunat sebab terlalu penat dengan dunia. Aku rasa Allah tak pandang aku pun.

Kalau dulu buat tahajud tiap minggu mungkin sekarang 2-3 bulan sekali saja. Dan dengar ceramah agama pun katanya kena bergaul dengan orang so boleh lupa overthink ni.

Tak.. aku akan lagi rasa penat bergaul dengan orang. Tiap2 kali keluar/ jumpa orang rasa macam kena fake happy.

Penat tu. balik tu aku akan menangis balik. Aku juga pernah mencari calon jodoh, kononnya fikir mungkin persepsi akan berubah selepas kahwin.

Tapi lepas fikir balik aku menolak perkahwinan sekeras-kerasnya sebab boleh jadi aku akan hancurkan hidup orang lain. Boleh dikira orang macam aku haram untuk berkahwin sebab boleh jadi threat kepada pasangan/ anak2.

Kenapa aku jadi macam ni? Nak dipendekkan cerita.. ya aku dari broken family. Pernah beberapa kali larikan diri dengan adik beradik lain.

Orang kata it heals with time. Itu semua dusta ya. Makin hari rasa makin mencengkam walaupun ‘orang’ itu sudah tiada.

Dan disebabkan aku selalu fikir mati, banyak kali jugak la mimpi pasal m4ti dan hari kiamat/ padang masyhar.

Memang semua seram2. Pernah juga mimpi aku sendiri rasa kematian dan disoal oleh dua lelaki disebelah kanan ku.

Masa dalam mimpi tu aku meraung2 nak kembali ke dunia sebab banyak dosa. Dua orang tu hanya pandang sahaja. Seram. Bangun2 terus rasa sesak dan menangis lagi.

Tiap kali bila orang cerita dapat mimpi berjumpa Rasulullah saw. Semua berkaitan dengan terima hidayah. Tapi lainnya dengan aku.

Ini pun aku tak pernah cerita dekat orang sebab malu. Aku jumpa tapi Rasulullah saw membelakangi ku dan kata ‘aku kecewa denganmu’.

Sedih sangat.. sampai sekarang fikir apa dosaku sampai dapat mimpi macam ni. Aku harap Rasulullah saw masih terimaku sebagai pengikut dia. Aku takut sangat.

Dah la hidup macam ni. Dapat pulak mimpi mcm ni. Orang kata mimpi buruk mainan syaitan tapi syaitan tak boleh menyerupai Rasulullah saw.

Memang sia2 hidup lama tapi akhirnya ke neraka. Sia2 rasa ibadah yang aku buat jika betul2 ke neraka. Kadang2 aku salahkan parents sebab lahirkan aku. Kalau rasa tak mampu nak besarkan anak kenapa lahirkan kami.

Dan salah seorang adik beradik aku juga depresi hingga masuk hospital sakit jiwa sampai sekarang disebabkan ‘parents’ kami. Kenapa aku hidup untuk m4ti dan diseksa? Aku pun taknak hidup didunia. Serious tak teringin pun.

Selama aku hidup aku rasa aku kena fake dan try hard untuk jadi ‘manusia’. Mungkin orang nampak aku sempurna.. dalam family aku sorang la yang berjaya.. dalam perkerjaan pun ramai puji kerja bagus konon ‘rare’.

Tapi from inside, rasa membuak-buak nak tinggalkan semua benda keduniaan ni.

Maaf confession terlalu panjang. Aku harap satu hari nanti akan ada perasaan eager/passionate untuk kejar dunia macam orang lain.

Walaupun sekejap aku teringin nak rasa nikmat dunia macam orang lain rasa.

Aku yakin bukan aku seorang saja yang ada perasaan ingin m4ti yang extreme dan lama macam ni. Kalau ada yang sama situasi sila munculkan diri anda dan sila share macam mana nak ada semangat untuk teruskan hidup.

Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat untuk para pembaca semua. Assalamualaikum…

– Cik Daun (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Ahmad Syafiq : saya ingatkan confessor seorang lelaki, tersilap rupanya. tahniah saudari masih hidup sampai sekarang, ada rakan kita yang lain, berkongsi perasaan yang sama, pilih untuk ambil nyawa sendiri dan sudah berbeza alam dengan kita.alhamdulillah saudari masih disini.

saya pun dari broken family dan tak bercadang nak ulang sejarah. pernah rasa hilang keterujaan dalam hidup. seronok tengok orang berkeluarga tapi tak berani ambik risiko. anak-anak dari broken family tau apa kesan membesar dalam keadaan kacau-bilau, struggle yang tak sama dengan anak-anak dari keluarga yang sakinah mawaddah warahmah.

tahniah saudari dapat capai semua yang saudari ada sekarang.ada orang bahagia ,berpangkat,sihat mental,pun tak dapat hulur sesen pun kat mak ayah,tapi saudari dapat alhamdulillah.

hidup kita sendiri bukan 100% pasal diri kita saja sebenarnya.sebaik-baik manusia,manusia yang memberi manfaat pada manusia lain.alhamdulillah saudari pun bersedekah.rasa kosong dalam diri kadang bukan ruang untuk diisi tapi mengisi.perbuatan baik kita buat untuk orang kurang berkemampuan,boleh juga buat diri kita rasa penuh.

apa yang saudari maksudkan dengan kejar dunia? ada 2 golongan yang kejar dunia,1 kejar dunia untuk dunia,2 kejar dunia untuk akhirat. beruntung bagi siapa yang kejar dunia untuk penuhkan saham akhirat. apa yang kita beri pada orang lain,itu yang kekal milik kita,sama juga konsep sedekah, sedekah jariah,yang mana pahalanya berterusan.

bila saya baca luahan ni,you hold something against your parents, didn’t you? benda yang sama semua anak-anak broken family rasa.tak ada parents berkahwin untuk kejar rasa duka but things happen.maafkan diorang & minta maaf pada diorang.perasaan negatif yang kita simpan dalam diri,akan makan diri kita perlahan-lahan.kita minta maaf untuk lepaskan diri kita dari perasaan menyalahkan orang lain untuk keputusan yang diorang pernah buat,tapi mungkin itu terbaik pada masa tu dalam perspektif diorang.

kita memang boleh hidup seorang sebab m4ti pun seorang.tapi kehidupan dalam dunia ni,banyak lagi benda yang belum kita teroka,dan sangat tak best explore new things seorang diri haha. dapat cari seorang sahabat pun jadilah. nak buat pahala mudah saja,senyum dapat pahala, berbahasa baik, jadi kawan yang baik,banyak lagi benda yang effortless boleh dapat pahala.Allah cipta dunia ni luas sangat untuk kita explore, kenapa kita pilih kotak kecik.maafkan saya kalau semua ni terlebih.

Liamsa Anazir : Hidup kita ni dengan tujuan Cik. Iaitu beribadah kepada Allah. (surah Az-Zariyat) hidup ini peluang. Peluang untuk ibadah, gembira Dan memberi manfaat kepada orang lain.

Saya mencadangkan Cik bertemu pakar psikiatri untuk rawatan. Sebab mood happy, ceria, yakin diri, marah, sedih ini dikawal oleh hormon dalam otak seperti serotonin, endorphin Dan dopamine. Terlebih Dan terkurang hormon-hormon ini boleh memperngaruhi pemikiran Dan mood kita.

Berfikir sentiasa soal m4ti Dan seolah-olah Cik tiada minat pada kehidupan ini, adalah satu tanda kemurungan atau depression. Mungkin ada trauma atau pengalaman Masa kecik yang Cik tidak dapat lupakan boleh menjadi penyebab Cik sentiasa berfikir begitu.

insyaAllah rawatan psikiatri dengan doktor yang bertauliah banyak membantu.

Saya adalah seorang yang pesakit yang dalam rawatan psikiatri kerana trauma Dan kehilangan orang tersayang, menyebabkan Saya susah nak lupakan Dan menyebabkan Saya tidak mampu berfikiran positif untuk hidup Dan hilang semangat Dan minat. Alhamdulillah banyak improvement setelah Saya ikut rawatan dengan pakar psikiatri.

Bent Rozi : Rasa di hati memang tak boleh dibuat-buat. Moga confesser kuat lawan perasaan tu.

Saya rasa, Untuk urusan Agama seperti amal ibadah, perlu ada pemurnian. perlu disemak semula. Kadang kita hanya melepaskan tanggungjawab seorang muslim tp tak terselit pengabdian dalam ibadah. Ikhlas tak ada ibadah. Kita kena mintak sungguh2 dengan Allah. Allah akan bagi juga.

Saya dulu depression. Menangis hari2.. Sampai sakit otak,,, sekarang pon dah jadi habit. kenapa aku tak menangis hari ni? Mmmm… Tp apa yg sy cuba buat. Mohon sungguh2 dgn Allah. Lama kelamaan diri kita akan automatik berubah. Selawat, zikir. Buat semuanya. Sampai jadi satu keperluan. Insya Allah negatif side tu akan pergi juga.

Confessor kena jumpa juga dgn pakar. Mereka lebih layak untuk bantu.

Confessor hebat Hugssss.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *