Time kenduri, kami plan nak tidur rumah uncle, tapi mak nak ajak sekali kekasih dia. Rumah tu kecik, mak ajak tidur lambak di ruang tamu pula.

Assalamualaikum . Sebenarnya aku ni di dalam dilema.

Kisahnya minggu depan di rumah nenek ada kenduri kahwin. Nenek je atok da tiada. Kami semua nak balik kampung, sebab majlis tu dekat sahaja dengan rumah uncle aunty.

Kami ni nak tumpang tidur la rumah mereka sebab rumah dorang pon ada bilik plus dorang memang tiada anak.

Yang jadi isunya sekarang mak kitaorang ni janda. Dia nk angkot sekali kekasih dia tumpang tidur rumah uncle dan unty kami tu.

Kitaorang ni serba salah sebab tu belom sah jadi bapa kami. Kami pun ada ank dara kecik dan besar.

Rumah uncle aunty pon tidak besar mana. Adalah 3 bilik muat muat untuk kami je. Mak kami seboleh nak ajak kekasih dia tumpang tidur sekali dengan kami.

Siap cakap kalau tak muat tidur ramai ramai dekat ruang tamu kata dia.

Persoalannya sekarang dia bukan bapak kami, kang kot kain terse lak ke, tersingkap ke da tidur da penat paham paham la kan.

Tapi bila kami suarakan pendapat mak tak nak terima, dia kata kami nak pisahkan dia dan kekasih dia.

Kami cuma mintak kekasih dia tidur di hotel sehari semalam sahaja. Tapi mak tidak setuju.

Kami sudah pening macam mana nak buat. Uncle unty pon nak cakap serba salah semua, sebab mak anak yang sulung dalam adik beradik dia.

So adik adik dia serba salah nak bersuara takut kecik hati. Takut bergaduh, macam mana nak buat bagi paham bahasa sikit, yang si kekasih pon macam tidak sedar diri tu belum ada apa apa ikatan.

Antara reaksi warganet :

Netizen 1 : Kalau saya adik beradik mak awak. Saya gaduh je. Lantak le. Yang penting jangan nak buat benda tak elok.

Dah ada ank menantu. dah ada cucu. kene jaga tu semua. Allahuakbar. Jangan di biar kan mak awak bawak boiprend dia tinggal serumah dengan family awak. Biar kite ni pikir yang tak baik dulu.

Netizen 2 : Dah alang alang nikah kan sekali mak dengan bakal ayah awak tu di rumah nenek. Buat skali harung. Senang, jimat belanja. mesti depe suka

Netizen 3 : Mungkin mak awak ni sudah terlalu cinta pada boyfriend dia. Tetapi kalau ya pun jangan la bawa tinggal serumah kalau belum ada ikatan yang pasti.

Tetapi nasihat saya kepada kaum wanita walaupun macam mana buruk pun situasi perkhawinan di masa lalu dan mungkin sekarang dah pisah dengan ex husband lebih baik tumpukan fokus untuk bersama anak cucu.

Sumber : KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published.