Time merisik , tiba2 nampak satu susuk yg sgt aku knal. Trus aku tarik baju abg, meraung nangis.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum semua. Jarang lelaki nak post, selalu kaum hawa yang banyak nak meluah tapi malam ni aku rasa perasaan bersarang ni nak kena buang, jadi aku muntahkan kat sini.

Di samping tu jugak, aku harapkan nasihat berguna kat aku. Aku confess sebab aku tau orang-orang yang aku ceritakan kat bawah ni, takkan baca termasuk la wife aku, sebab dia takde facebook. Harap admin approve.

Nama aku Arif. Umur 30an, dah setahun lebih berumah tangga tapi masih belum ada rezeki anak.

Aku ni, kahwin agak lambat, 30 lebih baru terbuka hati. Tu pun mak aku dah bising sebab semua yang dia kenen tak menjadi. Ada sebabnya, nanti korang akan faham dengan cerita aku kat bawah.

Ok, aku kerja government, untuk kerja aku ni memang aku agak busy.

Aku biasa saja, tinggi-tinggi, kurus, kulit macam orang melayu, sejenis yang introvert, so sebelum aku kenal wife aku ni, balik kerja aku memang dok rumah, main game, kemas-kemas rumah, me time sorang-sorang.

Kadang aku mintak cuti lebih sikit, aku balik rumah parents aku. Aku jenis yang tak melepak dan sukan yang aku suka adalah jogging.

Introvert kan, jogging sorang-sorang pun dah buat aku happy.

Ok berbalik kenapa aku serabut adalah ada satu malam, wife aku ajak tengok movie Age of Adeline, korang google la sendiri cerita tu. Tiba-tiba wife aku tanya, “abang ada first love tak…” hah jem la soalan camni.

Aku buat lawak, Sabariah, Katijah, Saloma, Nelofa. Wife aku gelak-gelak, fuh selamat. Tapi lepas tu otak aku dah menerawang jauh.. Jauh sangat.

Ye, aku ada first love. Aku namakan dia Saloma. Crush saja pun, masa sekolah menengah.

Saloma ni pandai gila, memang aku respect la kepandaian dia, cikgu suka dia, kawan-kawan suka dia. Dia takdak la cantik, biasa-biasa ja, tapi dia bubbly, menyebabkan semua orang senang dengan dia.

Tapi satu benda dia tak pandai, ada la subject ni. By the way, kami satu kelas. Aku ingat lagi, Saloma datang masa sebelum rehat, lantik aku jadi cikgu dia.

Aku on ja, aku cakap lepas kelas la, buat waktu petang, stay kat sekolah. Dia ajak kawan-kawan dia. Aku masa tu, takdak la suka sangat kat dia.

Biasa-biasa saja, tapi bila dah lama, akhirnya tersuka la jugak. Aku tak pernah confess, sebab mak ayah aku garang gila, tau aku bercinta jenuh aku kena basuh.

Fast forward, SPM kami cemerlang. Dia dapat sambung oversea course medic, aku sambung kat Malaysia, course apa tak payah la cerita.

Zaman aku dengan dia, ada yahoo messenger saja. Kitaorang chat guna tu saja. Pastu ada skype, raya dia call la aku wish.

5 tahun dia kat oversea, 5 tahun mesej, chatting, tapi aku tak pernah confess sebab aku rasa macam aku ni halus, macam ikan bilis ja, tak pi oversea macam Saloma.

Ntah cemana ada kawan baik Saloma masa sekolah menengah terjumpa aku, cakap Saloma suka sangat kat aku, tapi Saloma malu.

Dia reject ramai kawan-kawan dia yang study sekali kat sana. Aku rasa macam nak luruh jantung sebab terlalu gembira. So aku bukan la bertepuk sebelah tangan.

Pastu aku start kerja, makin lama aku makin busy memang tak sempat reply chat dia. Aku tahu dia balik dari oversea, so aku jumpa dia.

Masa tu aku dah kerja, ada gaji sikit, aku belanja dia makan dengan bagi hadiah kat dia. Saat aku nak confess, aku nervous diam kat situ.

Aku tau dia sukakan aku, dan dia mungkin tau aku sukakan dia. Tapi tak terluah. Rasa muda lagi aku dengan dia. Dia pun baru nak start kerja, aku fikir, biar dia takde distraction. So aku diam.

Tup tup setahun kemudian, aku dengar dia dah kahwin. Aku masa tu, memang sangat-sangat down.

Aku apply cuti seminggu, sampai abang aku kena datang rumah tengokkan aku. Aku deactivate social media, aku block nombor Saloma, aku frust. Frust dengan diri sendiri layaknya. Aku memang tak ambik tahu pasal Saloma.

Aku punya frust tu, aku memang tak dekatkan dengan mana-mana perempuan. Sampai la aku terjumpa wife aku sekarang.

Aku jumpa wife aku 2 tahun sebelum kami kahwin, wife aku seorang yang ramah, ceria dengan semua orang, seorang yang extrovert.

Sepanjang aku berkenalan dengan dia, aku jadi senang, rasa serasi untuk nak berbincang. Dia selalu bercerita tentang family dia. Parents wife aku suka kalau ada anak-anak yang dapat tinggal bersama-sama.

Dia ada suggest untuk kami tinggal di rumah ibu bapanya selepas berkahwin. Aku antara setuju tak setuju, aku kata aku akan fikirkan dulu.

Tiba masa aku nak hantar rombongan merisik ke rumah famili wife aku. Waktu sesi nak menetapkan tarikh, jantung aku seakan berhenti.

Cliche as can be, yes, it was Saloma. Dia pun bagai terkaku, aku apatah lagi. Aku minta untuk keluar rumah sambil tarik baju abang aku. Aku ceritakan semuanya, aku menangis.

This is not supposed to happen today. Abang aku diam, dia suggest not to proceed with this marriage kalau aku taknak. Aku nak, tapi aku serabut.

Saat cincin tanda disarungkan ke jari wife aku, aku di luar, tengah serabut. Tapi aku sayangkan wife aku, aku setuju nak proceed.

Masa jamuan makan, aku tanya wife aku, tu sape? (sambil tunjuk ke Saloma) dia mention tu kakak ipar dia. Berbiras la kita Saloma..

Fast forward, aku nikah dengan wife aku. Aku request nak stay asing-asing sebab Saloma dan keluarga dia stay di rumah mertua aku.

So as awkward as can be, aku harung jugak. Macam seolah-olah takde apa terjadi antara kami. Aku tak pernah confess alhamdulillah, and she never knew I guess.

Tapi bila tengok cerita Age of Adeline tu, memang susah nak deny, she was my first love, but I love my wife more, so aku boleh relate la dengan William bapak Ellis tu. Aku cuba untuk nak buang terus, maka terjadi la confession ni.

– Arif (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Orang lelaki kalau confess penulisannya ringkas…isinya padat…mudah faham n simple…x Salah menyimpan cinta pd yg pertama…tapi ia sudah jadi sejarah…kekal lah mencintai yg terakhir tiba…sebab ia adalah tanggungjawab Dan amanah….apapun jodoh rahsia Allah…makcik pernah jumpa Kes sebegini…apabila dah tua pasangan mereka meninggal Dunia…mereka kembali menuai cinta lama..bersatu dihujung usia hingga ke Liang lahad…cliche?? Jika Allah sudah takdirkan jodoh Itu ada..tetap akan sampai…buat masa ini…peganglah janji pd sang isteri utk setia hingga ke mati…

Netizen 2 : Salam,

Hmmm… cinta pertama yang tak mungkin terlupakan.

Tetapi, jangan lupa, kita kuburkan dan create kenangan lain yang lebih indah. Makcik tak tahu caranya, tetapi sepatutnya cara mudah adalah dengan ingat tanpa rasa. Oleh kerana kita cuba pendam, kita cuba sekuat hati melupakan, ianya buat kenangan makin kuat datang.

Jadi, cadangan makcik, kena biasa biasakan diri untuk menjadikan suasana tidak terlalu asing.

Sebenarnya kita tak pernah pun boleh rapat dengan biras yang lain jantina, walaupun bukan cinta hati kita itu ini. MEMANG TAK BOLEH ! Jadi, rasa asing tu biasa, jangan takut. Kena biasakan diri untuk kawal supaya debar dalam hati tu lama lama menghilang. Bila melihat kelibat dia, jantung kita lama lama boleh belajar bertenang.

Tau ? Hehehe…

Semoga bahagia dengan isteri sampai syurga.

Netizen 3 : Bro..benda yg dah jd sejarah hidup.. SEJARAH – past history..
jgn Ulang Sejarah..harap lepas luah hati jd lega dan boleh membina kehidupan bkeluarga yg lebih cemerlang, gemilang dan terbilang seiring dgn keluarga yg sakinah mawaddah dan warrohmah.

Saloma – wife org dan Bro – Laki org..
Haram ada terdetik cinta hati kembali..

Contoh Melaka Bandar Bersejarah.. ada kesan² tinggalan..tp xmungkin sejarah akan berulang..kerana akan myebabkan kemusnahan yg lebih teruk..

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.