Umur mama dah 50an. Aku trkedu bila adik tnjuk ssuatu dlm fon mama. Xsngka mak msih buat onar dgn lelaki muda.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum semua. Secara ringkas, aku baru berkahwin tahun lepas dan sekarang tengah sarat mengandung anak pertama.

Dalam adik beradik hanya aku tinggal jauh di negeri lain dari keluarga kerana aku ikut suami.

Aku tak tahu sebenarnya dari mana nak mula tapi aku harap korang faham sebab fikiran aku tengah celaru dan aku stress.

Suami aku kerja swasta dan aku pulak hanya surirumah yang tengah mencari kerja. Adik beradik aku dan ipar lain semua kerja gomen dan gaji pun besar besar belaka.

Aku dan suami biasa biasa sahaja. Aku dapat rasakan mama tak berapa kenan sangat dengan suami sebab kerja biasa saja tapi ayah aku ok.

Aku ada 6 beradik 4 lelaki dan 2 perempuan. Abang aku dan isteri diorang la yang aku maksudkan kerja gomen. Adik aku 2 orang masih bersekolah menengah dan sorang baru habis SPM.

Mama aku berumur 50an dan ayah aku pulak beza 4 tahun tua dari mama. Ayah dah pencen dan seorang pesara kerajaan yang hanya bergaji rendah dengan gred 19.

Mama pulak tahun depan akan pencen dengan gred 22 tinggi sikit dari ayah. Faham la kan beza gaji.

Semenjak ayah pencen, gaji ayah tinggal sikit sebab bayar hutang loan rumah. Kadang kadang beli barang dapur atau makan guna duit mama atau abang yang sulung (dia dah kahwin dan tinggal di rumah bersama ayah mama).

Mungkin ayah jarang bagi duit dekat mama sebab duit pencen ayah hanya cukup bayar hutang loan rumah (rumah sendiri).

Ayah seorang rajin dan selalu tolong mak sapu rumah, buang sampah, berkebun, tanam bunga dan banyak lagi.

Satu saja ayah tak buat iaitu masak. Lipat dan basuh kain semua ayah buat. Mama hanya masak. Ok cukup untuk intro tu.

2 tahun lepas, semasa adik perempuan aku form 4 dia meluah dekat aku yang mama chat dengan lelaki lain.

Macam mana adik aku tahu? Masa dia pulang rumah dia ada pegang hp mama dan kebetulan ada chat masuk. So nampak la notification mesej dari seorang lelaki. Adik aku tanpa sengaja baca chat tu.

Dan sah memang mama curang sebab chat tu mesra siap hantar gambar tanya dah makan ke belum macam orang tengah bercinta panggil sayang sayang.

Adik perempuan aku ni tinggal asrama dah nangis teresak meluah dekat aku lagi pun masa tu adik aku tengah exam benda tu dah lama dia simpan tapi sebab tak dapat fokus exam dia luah dekat aku melalui chat (pinjam hp dekat kawan dia).

Dan aku buat keputusan untuk cerita dengan abang sulung aku. Abang aku kenal lelaki tu seorang kontraktor tinggal di kampung sebelah dan berumur 40an.

Selepas itu, masa ayah tak ada dekat rumah, abang call mama yang tengah kerja suruh balik rumah kejap (tempat kerja mama tak jauh dari rumah) sebab ada benda nak cakap.

Sampai saja rumah abang terus tanya mama sape lelaki tu. Kenapa mama buat macam ni. Aku dah nangis.

Muka mama tak de satu pun air mata keluar tapi hanya muka takut sebab pecah rahsia kot. Abang aku bagitahu adik dekat asrama tak dapat fokus nak jawab exam sebab perangai mama.

Mama pun terus nak pergi lawat adik dekat asrama petang tu jugak. Lepas dari tu, kitorang anggap benda tu dah setel.

Hanya aku, abang sulung aku dan mama saja yang tahu pasal ni. Adik beradik lain tinggal tempat lain hanya abang sulung dan aku sahaja dekat rumah. So diaorang tak tahu kes mama cvrang.

Aku kesian dekat adik perempuan aku kenapa la umur macam tu nampak perangai mama kandung sendiri macam ni.

Kalau aku tak apa tapi kenapa adik aku? Sampai ke hari ni adik aku jadi f0bia dan selalu fikir bukan bukan pasal mama.

Dia selalu rasa macam betul ke mama tak chat lagi dengan lelaki tu. Lepas kejadian tu aku curi curi cek hp mama sebab aku pun rasa curious sangat.

Ya memang betul diorang ada chat dekat messenger tapi mama delete separuh chat. Hanya chat lelaki tu sahaja yang ada.

Dalam chat tu dia tanya kenapa block dekat messenger dengan whatsapp. So aku assume mama memang dah block dan unblock bila nak chat dengan lelaki tu. Tapi aku biarkan.

Tahun ni 2021 pulak, adik perempuan juga tiba tiba chat aku dia cakap dia dah tak tahan nak simpan lagi. Dia bagitahu mama buat hal lagi cvrang dengan lelaki tu.

Aku tengah sarat ni terus menangis nasib la suami aku kerja. Mama siap pergi saloon potong rambut dan bagi gambar dekat lelaki tu.

Adik aku screenshoot gambar dan chat mama dengan lelaki tu. Kecewa hati aku.

Mama siap hantar gambar free hair dengan rambut baru mekap cantik cantik. Dan gambar lain lagi berunsur lvcah macam gambar kem***an mama.

Panggilan abang sayang lagi. Ya Allah apa dah jadi. Aku stress aku tak tahu nak buat apa.

Aku hanya nasihat adik aku lepas ni jangan lagi buka hp mama dan tindakan dia betul dah bagitahu dekat aku dulu bukan dengan abang aku yang baran tu. Diaorang semua ada dekat rumah masa PKP ni. Yela rumah dekat saja kan.

Aku dapat rasakan ayah juga tahu mama ada lelaki lain (kes 2 tahun lepas) tapi dia macam senyap saja.

Masa dekat dapur mama pernah cakap ayat macam ni, “bukan ayah kamu ada bagi duit dekat mama pun”.

Aku dapat rasakan mama ni berdendam atau tak redha yang bapa tak mampu bagi wang ringgit banyak banyak dekat mama. Macam aku cakap pencen bapa hanya cukup untuk bayar hutang rumah sahaja.

Lelaki durjana tu pulak kaya siap bagi gambar duit kepok kepok lagi dekat mama.

Sekarang ni aku hanya terfikir nak bagitahu ni dekat abang sulung aku saja yang mama buat hal lagi. Tapi 2 hari lagi ayah hari jadi. Aku sedih kesian ayah.

Dari segi wang ringgit memang ayah tak ada, tapi rumah besar, tanah, anak anak kerja gomen, cucu dah ramai mama boleh cvrang lagi. Mama memang tak bersyukur.

Beberapa minggu lagi aku akan naik kapal balik kampung untuk bersalin anak pertama dan berpantang dekat rumah. Aku tak tahu nak balik ke tak bila jadi macam ni. Aku buntu.

Aku tak boleh terima mama cvrang siap hantar gambar lvcah macam tu. Kalau aku berpantang dekat sini, suami hanya cuti seminggu dan kami sama sama tak tahu lagi pantang di sebabkan ini anak pertama.

Kalau suami dan ipar aku tahu hal ni, aku malu sangat. Tak tahu lagi nak cakap macam mana dengan mama. Aku dah buntu.

Aku harap korang faham dengan cerita aku. Apa pendapat korang apa patut aku buat? Patut ke aku suruh mama cerrai dan pergi dekat lelaki tu? Patut ke aku balik berpantang dekat rumah? Tiket dah beli.

Patut ke aku tanya mama dulu atau terus serang lelaki tu sebab aku ada no hp lelaki tu?

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Baik awak pantang sendiri je.. Bersama suami. Takut nanti awak stress dan meroyan ngan perangai mak awak. Saya pon dulu, pantang sorang2.. Suami g kerja lepas cuti seminggu. Buat kerja yg awak bolih buat je.. Pelan2.. Dulu saya zaman anak pakai napkin.. Saya basoh di sinky.. Suami balik baru basoh… Yg besar2.. Tapi kena suami pon, memahami laa.. Kalau tak huru hara juga.. Hihi. Makan ala kadar.. Sebab kita dlm pantang kan.. Atau minta jiran yg baik suruh masakkan.

Netizen 2 : Pendapat Akak, berpantang di rumah sendiri lagi aman. Suami cuti seminggu tu sama-sama buat. Dan ulang rutin yang sama bila suami dah naik kerja. Paling kurang sebelum suami g kerja, sediakan air mandi untuk awak. Kalau berpantang rumah Mak awak, dengan masalah tuuuu dia lagi, nanti dia bising kalau awak tak beri duit belanja. Biar kita susah suami isteri.
Semoga dipermudahkan urusan awak sekeluarga.

Sumber : kuasa vlral

Leave a Reply

Your email address will not be published.