Wlupun suami xkerja dan prnah trlnjur dgn prempuan lain, aku tetap bela suami. Org sume igt aku ni bdohkan.

**foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Pertama sekali saya nak mintak maaf jika coretan ini membosankan dan susah untuk difahami sebab ini pertama kali saya menulis di sini.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan orang yang baru dikenali dan yang kita tidak tahu latar belakang beliau,

Dan juga khusus untuk anda yang sedang dilamun cinta dengan “Si dia” yang baru dikenali yang juga mungkin suamiku.

Sedikit pengenalan tentang diriku. Saya seorang wanita bekerjaya berusia awal 30an, seorang isteri dan seorang ibu kepada sepasang anak.

Pendapatan bulanan bersihku Alhamdulillah mampu untuk membayar segala perbelanjaan keperluan hidup untuk 1 keluarga dan komitmen bulanan tanpa tertunggak. Kami tak kaya, tapi cukup segala keperluan tanpa perlu meminta dari orang lain.

Saya percaya setiap orang di atas dunia ini diuji dengan pelbagai ujian sama ada wang ringgit, penyakit, perangai manusia dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan diriku. Saya juga tidak ketinggalan diberi ujian dari Ilahi.

Alhamdulillah saya bersyukur kami semua sentiasa sihat walafiat sehingga kini. Cuma masalah saya adalah perangai suamiku. Dia seorang suami dan bapa yang penyayang namun dia ada banyak hobi yang tidak baik serta tidak solat.

Siapakah dia?

Nama dia bermula dengan huruf “Y”. Dia berkulit gelap, tinggi, tegap dan sentiasa segak bergaya. Namun dia bukanlah siapa-siapa.

Dia sebaya denganku, kerja biasa-biasa dengan gaji minimum sehingga kini, sekolah tak habis dan tak banyak ilmu pengetahuan dari segi pengetahuan am, penggunaan Bahasa Inggeris dan ilmu agama.

Disebabkan kekurangan beliau, dia mencipta satu identiti palsu di dunia khayalan dia sendiri berserta motif tersendiri.

Bagaimanakah?

Okay. Dia aktif di sosial media seperti Facebook, Instagram, OMI, Wechat, Michat untuk mencari mangsa sebagai “Love Scammer”.

Dia kerap menukar ID (biasanya bukan nama asal) supaya tidak mudah di kesan. Tidak susah untuk mencari perempuan di zaman teknologi masa kini.

Semuanya di hujung jari. Mangsanya biasanya perempuan naif, janda kesepian, pelajar university/ kolej yang dapat tajaan setiap bulan dan wanita bekerjaya.

Dia akan memperkenalkan dirinya sebagai bujang, berumur lewat 20 an, pegawai kerajaan dan duduk menyewa bersama 2 orang rakan polis.

Modalnya cuma ayat-ayat yang sangat manis serta sifat mengambil berat. Selang sehari dua pasti dia akan jadikan wanita itu sebagai teman wanitanya,

Dan dia juga akan mengsaya dirinya sebagai pegawai beruniform berpangkat besar, sudah membeli rumah kondo dan bercerita akan kerjanya setiap hari berdasarkan fantasinya sendiri.

Untuk mengukuhkan ceritanya, dia juga akan menghantar gambar hasil carian daripada “Google” seperti gambar tengah berkawad, gambar pegawai tengah menjalankan operasi dan bulatkan orang yang seakan dirinya dari jauh.

Dia juga akan membuat cerita untuk meraih simpati contohnya tidak makan, ayah sakit, tidak cukup duit untuk membayar sewa rumah, mahu pinjam duit dengan “Along” dan macam-macam lagi. Sekali “kapel” bukan lah seorang, tapi 3 ke 4 orang dalam sesuatu masa.

Paling lama hubungan mereka bertahan setahun lebih. Itu pun disebabkan oleh awek dia yang tinggalkan dia apabila sudah tidak dapat bertahan dengan dia yang suka kikis duit dan sifat barannya atau kantoi akan status dirinya yang sebenar.

Apa motifnya?

Sudah pasti motifnya seperti yang kita tahu adalah duit. Dia akan minta pinjam duit seratus dua dan berjanji akan membayar balik lebih dari apa yang dia pinjam. Dari sini dia akan main pusing duit, pinjam, bayar sikit kemudian pinjam lagi dengan lebih kerap.

Selain dari itu, dia juga sanggup membelai wanita tersebut sehingga ke bilik tidur dan membuat wanita itu betul-betul cinta separuh mati terhadapnya. Biasa lah perempuan. Bila dah bagi segalanya, setakat duit apa lah sangat. Semua sanggup bagi.

Ke mana hasil duit tersebut?

Untuk pengetahuan, duit yang di peroleh hasil penipuan dia bukan lah untuk menyara keluarga ya. Dia seorang kaki main game judi online dan akan “topap” beratus pada setiap hari. Cuci pun kerap juga tapi biasa lah duit haram takkan bertahan lama. Kaya sehari dua sahaja.

Kerjanya hanya topap dan cuci ajelah selagi tak menang besar katanya dia takkan berhenti. Benda haram ni sudah menjadi ketagihan buatnya.

Tindakan saya? Takkan saya berdiam diri jer.

1. Nasihat dan amaran dah banyak kali tapi tak jalan. Termasuklah beritahu kepada keluarganya.

2. Marah dan mengamuk itu sudah biasa. Kemudian dia akan menerakakan saya. Katanya saya ahli neraka.

3. Suruh dia kahwin lain. Namun dia berkeras tak nak dan cakap tak pernah terfikir untuk dia kahwin lebih daripada satu.

4. Laporan polis tentang aktiviti judi ni supaya polis dan SKMM dapat “block” ejen, akaun bank “proxy”, game judi tapi sampai sekarang tiada tindakan dibuat.

5. Contact dan beritahu hal sebenar kepada aweknya (yang mana kantoi) tapi kemudian dia boleh cari baru lagi.

6. Lari rumah bawa semua anak-anak dah banyak kali. Tak lama sangat nanti anak saya merengek mahu balik jumpa papanya.

7. Minta cerai secara baik darinya namun dia enggan lepaskan dan bersungguh-sungguh mengatakan dia hanya suka-suka dan langsung tiada niat untuk menduakan saya.

Hati saya? Iya korang mesti cakap saya ni bodoh..kalau orang lain mesti dah lama angkat kaki. Benar. Saya tidak menafikannnya. Angkat kaki atau bertahan itu pilihan masing-masing. Tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu masalah atau situasi tak sama.

Ada orang tak perlu tunggu suami buat salah banyak kali, cukup sekali jer terus angkat kaki. Ada orang berkali-kali buat salah tapi masih boleh maafkan. Saya pula tidak meletakkan kepercayaan dan cinta sepenuhnya kepada manusia.

Jadi saya tak betul-betul “down” pasal hal ni. Kalau apa-apa berlaku terhadap dirinya (contohnya Allah bayar balasan cash atas dunia), sekurang-kurangnya saya akan menerima pampasan yang agak lumayan dari pihak insurans (Hibah).

Mungkin cinta sejati saya bukan di atas dunia ni, tapi di akhirat sana Inshaa Allah.

Akhir kata, buat kaumku yang dikasihi, sekiranya anda tengah dilamun cinta atau ada ahli saudara mara/ kawan-kawan anda tengah mengenali seseorang seperti ciri-ciri di atas, nasihat saya AWAS!

Anda mungkin mangsa seterusnya. Jadi perempuan yang bermaruah dan tegas. Jangan biarkan orang lain yang bukan halal untuk anda sewenang-wenangnya mengambil kesempatan.

Yang benar,

– Isteri dari dunia realiti (Bukan nama sebenar)

– Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.