Xpernah dpt nafkah dr suami, tiba2 ak dpt sampul berisi 200. Telinga suami tiba2 merah kepanasan.

Foto sekadar hiasan : Aku nak kongsi kisah masalah rumahtangga aku dulu. Ye, dulu aku ada masalah, sekarang alhamdulillah masih terkawal walaupun biasalah ada sikit-sikit masalah rumahtangga.

Aku dah berkahwin dalam 7 tahun lepas. Kami dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Bila aku lahirkan anak yang sulung, aku memang dah berhenti kerja sebab susah nak cari pengasuh.

Dalam masa yang sama, laki aku ni gaji boleh tahan la. Suami aku ni ok je, dia rajin tolong aku dekat rumah. Semua benda dia boleh buat bila waktu dia tak kerja la..

Tapi yang jadi masalah 3 tahun pertama kahwin, dia tak pernah bagi nafkah dekat aku. Aku nak beli benda-benda yang aku suka pun kadang-kadang aku tenung je barang tu.

Tak mampu nak beli sebab tak ada duit. Walaupun aku ada buat bisnes online kecik-kecik tapi mungkin bukan rezeki aku nak dapat banyak-banyak hasil dari bisnes tu.

Aku kadang-kadang makan hati tapi aku diam je, aku redha. Aku fikir, tak apalah asal tempat duduk, makan minum dah disediakan walaupun aku tak pernah dapat baju baru ke apa.

Cuma masa Hari Raya je la aku merasa dapat baju baru. Kadang-kadang kalau aku pergi makan, ada orang minta derma masa laki aku tak ada, aku jadi malu sebab walaupun seringgit aku tak mampu nak bagi. Sedihkan hidup aku, 3 tahun bukan masa yang singkat.

Aku nak minta nafkah dekat suami tapi aku rasa serba salah sebab aku tak kerja.

Aku bukan nak banyak pun, cukup RM 30 untuk ada duit dalam purse pun kira dah ok dah tu.

Takut-takut anak aku nak aiskrim ke kan. Satu malam tu aku ada terdengar ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam radio. Dia cakap pasal nafkah untuk isteri, aku rekod dan yang part dia cakap..

“Suami wajib bagi nafkah pada bini walaupun 10 ringgit. Dan walaupun bini mu keje, wajib mu bagi. Berd0sa mu Ianggar hukvm ni.. Mu nak masuk ner4ka try ah tak bagi”

Aku ulang ayat tu banyak kali, akhirnya aku ada idea. Aku cr0p audio tu dan aku buat ringtone handphone aku.

Setiap kali orang call akan keluar la suara tu! Hahaha, suami aku bila dengar tu, cuping telinga dia merah macam udang kena bakar. Dalam hati aku rasa takut, takut dia marah tapi dia senyap je.

Dalam sebulan aku tak tukar ringtone tu, akhirnya aku ingat lagi, masa dia dapat gaji. Malam tu dia kira-kira duit untuk bayar semua bil, dia bagi aku sampul surat suruh aku tengok.

Bila aku bukak, eh! Ade duit RM 200 dalam tu. Aku tanya dia duit apa, dia cakap, lepas ni dah boleh tukar ringtone tu.

Itulah kali pertama aku dapat duit sebanyak tu. Ya Allah aku menangis depan dia.

Aku minta maaf sebab aku tak bermaksud nak menyind1r dia (padahal memang betul menyind1r).

Dia pun minta maaf jugak dengan aku sebab ambil remeh dalam hal nafkah ni. Dan sekarang, alhamdulillah dia tak pernah miss lagi bagi duit dekat aku tiap-tiap bulan.

Kadang kalau makan dekat kedai, dia tak ada duit kecik, aku yang tolong hulur.

Kalau dulu, terp4ksa dia cari kedai ke ape untuk tukar duit kecik. Masa tu dia senyum je, aku plak yang cakap, “duit awak bagi kat saya tu, duit awak jugak, kalau awak terdes4k.” Aku tanya dia, apa perasaan bila dengar ringtone tu, dia cakap, macam set4n kepanasan bila dengar azan.

Sekarang dah 4 tahun, suami masih belum miss, walaupun kadang sikit, kadang banyak.

Aku tak minta lebih pun janji ada untuk aku pegang-pegang. Takut ada masa terdes4k. Semoga suami aku dimurahkan rezeki selalu.

Komen Warganet :

Adilah Jamaludin : Sedikit tapi bermakna. Tanda suami bertanggungjawab dan memahami. Menerima teguran dan berlapang dad4. Hargai dia. Bukan senang nak jumpa. Semoga jod0h kalian hingga ke syurga.

Nini Sueni : Terkadang lelaki ni belum paham sepenuhnya makna nafkah isteri dan duit belanja.

Yang dia tahu, bagi makan dan tempat tinggal dahlah. Dan yang dia tahu nafkah batin tu hanya berjim4k je. Dan yg dia tahu, nak pasang dua tiga dan seterusnya adalah wajib.

Itu pengetahuan lelaki zaman sekarang. Tapi bukan semua lelaki macam tu. Ada juga yang baik dan bertanggungjawab.

Rohanah Talip : Alhamdulillah. akak punyalah sedih dan terharu.. Sekarang ni pun dah meleleh airmata dan hidung pun dah mula basah.

Puan bijak dan syukur ada perubahan dan kesedar4n pada suami. Semoga semua suami yang tak sedar lagi, berubahlah selagi ada hayat dan sebelum jauh lagi aIam perkahwinan. Semoga keluarga puan sentiasa dirahm4ti dunia akhir4t. Aamiin..

Ziana Mar : Baiknya dia, buat secara halus dan berhemah tak menjatuhkan maru4h seorang suami pada orang lain Perbuatan yang patut dicontohi. Setiap perbuatan kita ALLAH catit.

Tak rugi bersabar, berdoa banyak-banyak. Berkat doa dan doa yang tak putvs silap-silap istana pun suami boleh bagi kalau dia mampu.

Faridah G Mintu : Good idea.. syukur ada keinsafan sang suami. Saya pula sangat-sangat bersyukur kerana suami memang setiap kali gaji akan bagi semua duit dia ke saya.

Kerana semua perbelanjaan dan urusan anak-anak saya yang urus. Moga rezeki suami-suami yang pemurah dan penyayang dimurahkan, aminnnn.

Leave a Reply

Your email address will not be published.